Sahabat adalah perisai diri

Monday, September 10, 2012

Pisau Dalam Sambal Tumis....

Assalamualaikum,
Agak2 la kan...bahaya betoi...pisau macam ni punya besar pun depa tak perasan ka,
Hati2 lah bila nak makan kat luar tu,kena tengok betoi2 dulu juadah kita tu baru lah makan....banyak kali dah Kak Ros jumpak kes yang macam ni..
Kak Ros pun pernah terkena sekali,terjumpak skru dalam nasi.....mujur tak makan lagi...nampak sangat depa tak jaga kebersihan masa menyediakan makanan.......
Cari rezeki yang halal ni memang baik dan dituntut Allah,tapi biar lah dengan jujur dan ikhlas...dan buat apa pun biar lah kerana Allah jangan semata mata pasai duit ja......

Pisau lipat yang ditemui dalam sambal tumis.

KULIM – Seorang pekerja industri, Mohd Ridzuan Abdul Manaf 31, terkejut apabila mendapati terdapat pisau lipat dalam sambal ikan bilis yang dihidangkan di kantin kilang tempat dia bekerja.

Katanya, dia kemudiannya memaklumkan kecuaian dilaporkan kepada pengusaha kantin, tetapi ia tidak diendahkan sebaliknya pekerja kantin hanya membuang pisau itu sahaja, manakala sambal ikan bilis itu dijual semula.

“Cuba bayangkan kalau ada dia ntara pekerja kilang ini yang tertelan atau tergigit pisau itu, mereka pastinya akan mengalami kecederaan parah. Saya kesal masalah seperti ini tidak diendahkan semata-mata kami hanya pekerja kilang dan berpangkat rendah.

“Saya bersama beberapa rakan sekerja memaklumkan kejadian itu kepada pihak Sumber Manusia kilang, tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil.

“Kami kecewa kerana sebelum ini, pengusaha kantin tidak menitik berat tentang kebersihan ketika menyediakan makanan bagi pekerja kilang seperti kami,” katanya.

Mangsa ditemui di pejabat Pengerusi Persatuan Pengguna Daerah Kulim, Mohd Zailan Hashim.

Mohd Zailan berkata, beliau meminta persatuan pengguna mengambil tindakan terhadap pengusaha kantin terlibat, kerana ia membahayakan keselamatan dan kesihatan pekerja kilang.

Menurutnya, beliau sudah menghubungi Pejabat Sumber Manusia kilang terlibat dan meminta masalah itu disiasat.

Sekiranya enggan berbuat demikian, Persatuan Pengguna akan membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan dan membuat pemeriksaan mengejut terhadap penyediaan makanan di kilang itu.

“Pisau dalam makanan bukan satu perkara yang harus dipandang remeh. Kita tidak boleh mengetepikan keselamatan pekerja biasa yang bukan terdiri dalam kalangan kakitangan berjawatan tinggi,” katanya.


12 comments:

  1. ee..bahayanya.. nak bg org mkn agak2 la kan... seriau pulak negoknya...nasib baik takde kejadian yg buruk...

    ReplyDelete
  2. bahaya tu.. tiba2 hilang selera nak makan!

    ReplyDelete
  3. salam Ros.Mmg bahaya ni..tamatkn jer tender kantin depa tu..cuai sgt!

    ReplyDelete
  4. mmg bahaya le..camne bole terlps pandang erk..

    ReplyDelete
  5. Apa yg kakak musykil kena HR dia tak ambil tindakan pada org kantin itu kan. Bahaya betul

    ReplyDelete
  6. Terlalu cuai kan!jgn terlalu mengejar keuntungan...silap2 terus ditamatkan kontrak memasak...

    ReplyDelete
  7. cuai betul la pihak kantin ni kan..buatnya org x perasan main telan je..x dpt dibayangkan..

    ReplyDelete
  8. boleh dia jual balik sambal tu.. kan pisau tu cam karat jer. Bahaya tu..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails