Sahabat adalah perisai diri

Sunday, September 16, 2012

Resepi Mee Hailam..

Assalamualaikum,
Agak lama jugak kak Ros tak posting resepi kat sini kan...bukannya apa,jarang masak sedap2 dok masak besa2 ja,nak letak kat sini pun tak dak mod he.he....lagi pun tak ramai yang nak makan...kadang2 tu beli siap kat kedai ja..


Hari ni entah macam mana teringin nak makan mee hailam buatan sendiri pulak..selalunya kalau nak makan tu pi dok senyum kat warung ja he.he...tak pa lah toksah dok melalut panjang2, Nih hari ni Kak Ros nak letak resepi ni kat sini,kalau ada sapa2 yang nak tu ambik lah.....resepi ni kannya istimewea mana pun,saja ja  hari ni Kak Ros terasa ada mod pulak nak posting pasai resepi mee hailam nih.......

Bahan-bahan ( 6 orang )
2 bungkus mee kuning
500 g udang sederhana besar
4 ekor sotong
1 keping dada ayam(kalau nak buboh daging pun boleh)
2 biji lada Benggala hijau dan merah, dipotong kiub
6 keping cendawan tiram, dihiris
Bunga kobis,putik jagung dan jugak daun sawi lobak merah
2 biji tomato, dibelah 4 setiap 1 biji
1 cawan taugeh (yang ni ikut suka hampa lah banyak mana hampa suka)
2 keping tauhu digoreng dan hiris
Hirisan daun sup, daun bawang dan cili padi secukupnya
Bawang goreng,telor dan limau utk hiasan
3 ulas bawang putih, ditumbuk lumat
3 camca besar sos tiram
2 camca besar sos lada hitam
1 camca besar sos abalone
1/2 camca teh minyak bijan (gaul semua sos dalam satu bekas)
1 camca teh kicap pekat
1 camca besar tepung jagung, bancuh dgn sedikit air
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
Basuh udang, asingkan kepala dan ekornya tu... Perap udang yg telah dibersihkan dgn 1 camca teh garam, biar 5 minit, cuci balik dan toskan. Dada ayam dipotong kecik2, cuci dan sejatkan jugak...

Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan kepala dan ekor udang tadi sehingga kekuningan... Lepas tu angkat dan tumbuk hingga lumat. Masukkan kedalam periuk, tuang 1 liter air dan didihkan selama kan 20 minit. Tapis dan asingkan stok udang.

Dalam periuk atau kuali. Tuang sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan udang, daging ayam,sotong dan kacau goreng 2 minit. Masukkan bancuhan sos tadi dan juga stok udang. Biarkan hingga mendidih.

Lepas tu masukkan pulak lobak merah biar sat baru masukkan bunga kobis,putik jagung, tomato, cendawan, tauhu,daun sawi dan jugak lada benggala pulak. Masak jangan sampai lembut sangat,nanti tak sedap. Tambah sedikit lagi air (kalau hampa qasa kurang).

Masukkan bancuhan tepung jagung, dan kicap pekat. Gaul rata. Masukkan mee dan taugeh. Gaul rata. Masukkan garam dan gula secukupnya. Hidangkan panas2,lepas tu hampa taburlah sikit dengan daun sup/daun bawang, bawang goreng,telor dan limau(cili padi ni kat sapa yang suka pedas tu boleh la buboh)...

Selamat mencuba kat sapa2 yang nak mencuba tuh he.he.....


19 comments:

  1. Mee hailam.....fav anak bongsu sis ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Norzie,

      Ya ka...mesti Norzie selalu dok buat mee hailam ni kan pasai anak2 suka makan...kak Ros pun suka makan mee hailam nih..
      he.he..

      Delete
  2. Sedapnya laa..bilalaa dpt merasa masakan mee hailam kak ros..hehe..tang udang tu sedap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum,

      He.he.he...nak makan mai laaa...ada lagi nih...

      Delete
  3. kalau makan kedai bosan jugak kan..
    buat sendiri ni lagi jimat n sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum,

      Betoi tu Wida..tu yang terasa nak masak pulak tuh he.he...

      Delete
  4. Replies
    1. Assalamualaikum kak tini,

      EEEmmm.... memang sedap he.he...

      Delete
  5. sedapnya mee hailam...biasnya makan kat kedai jer, tak pernah buat sndiri....hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum MP,

      Tu la MP.. Kak Ros pun macam tu lah jugak..,entah pasai apa pun tak tau la,hari ni gatai tangan nak masak sendiri pulak...he.he..

      Delete
  6. banyak betul dia nyer rencah ye kak... jarang dana msk mee hailam nih, sbb neyr mls ahak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum norhidana,

      Betoi tu norhidana...tu yang buat sedap tu...Kak Ros pun jarang masak jugak,sekali sekala ja masak nih he.he..

      Delete
  7. Replies
    1. Assalamualaikum Azhariah,

      Masakkan yang macam ni memang membukak selera kita kan Azhariah he.he....

      Delete
  8. Replies
    1. Assalamualaikum,

      Kak Ros pun suka udang,tu yang sedap sangat tu kan he.he...

      Delete
  9. Replies
    1. Assalamualaikum,

      He.he. kalau dok dekat dengan Kak Ros lama dah Kak Ros pos pi rumah...

      Betoi sangat apa yang tertulis di blog new hope tu....Kak Ros sentiasa mendoakan yang terbaik di PRU13 nanti semoga Allah menyebelahi pada sapa2 yang benar....

      Delete
  10. salam...x pernah terfikir nk letak cendawan...huhu... next time nk trylah...

    www.mummysayf.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails