Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, September 25, 2012

Sebatang Lilin Perlu Dimasukkan Ke Dalam Duburnya Dua Kali Sehari...

Assalamualaikum,
Tersentuh hati kak Ros bila baca kisah derita yang ditanggung oleh adik Muhammad Anas Miqhael nih...ya la kan dia masih kecik tapi dah menanggung sakit yang macam ni...Semoga Allah menyembuhkannya....

Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my


MAIZATUL memasukkan sebatang lilin ke dalam dubur Anas di rumah mereka di Jitra, Kedah semalam sambil disaksikan bapanya, Salehuddin.

JITRA - Sukar dibayangkan betapa sakitnya seorang budak berusia dua tahun apabila sebatang lilin perlu dimasukkan ke dalam duburnya dua kali sehari.

Namun itulah yang dilakukan ke atas Muhammad Anas Miqhael Salehuddin (gambar kecil) oleh ibunya bertujuan untuk memastikan dubur anaknya itu yang dibuat melalui pembedahan pada 12 September lalu tidak tertutup.

Anak kecil itu perlu melalui proses tersebut sehingga satu lagi pembedahan ke atas duburnya itu dilakukan di Hospital Sultanah Bahiyah di sini pada 25 Oktober depan.

Ibunya, Maizatul Shahida Jalil, 29, berkata, walaupun dia tidak sanggup mendengar jeritan anaknya setiap kali lilin tersebut dimasukkan sedalam empat sentimeter, dia terpaksa juga melakukannya bagi memastikan dubur anaknya itu tidak tertutup.

Katanya, proses memasukkan pelbagai saiz lilin yang dibekalkan oleh hospital ke dalam dubur anaknya perlu dilakukan setiap hari sehingga pembedahan akan datang dilakukan.

"Hati saya terhiris setiap kali mahu memasukkan lilin ke dalam lubang dubur Anas kerana dia akan menjerit kesakitan.

"Namun saya terpaksa lakukannya juga demi kebaikannya. Jika boleh biarlah saya yang merasai kesakitan itu kerana dia masih kecil," katanya ketika ditemui pemberita di Taman Cermai di sini semalam.

Bagaimanapun penggunaan losen pelembap memudahkan proses memasukkan lilin ke dalam duburnya anaknya itu.

Kosmo! pada 10 September lalu melaporkan Muhammad Anas yang tidak mempunyai saluran najis dan lubang dubur, saluran makanan dan karung testis akan menjalani pembedahan ketiga tidak lama lagi.

Anak bongsu daripada empat beradik itu sudah bertarung nyawa bagi menjalani pembedahan di perut untuk memasukkan saluran bagi penyusuan melalui tiub getah dan mengeluarkan saluran najis hanya enam jam selepas dilahirkan pada tahun 2010

Ketika berusia lapan bulan iaitu pada April 2011, dia telah menjalani pembedahan kedua bagi menyambung saluran pemakanan dari kerongkong ke dalam perut.

Langkah itu bertujuan membolehkan kanak-kanak malang itu mengambil makanan menerusi saluran normal iaitu mulut.

Pada 25 Oktober depan, dia dijadual menjalani pembedahan keempat iaitu memasukkan usus ke dalam perut dan membuat karung testis.

Kata Maizatul Shahida, selepas pembedahan sebelum ini, anaknya kembali aktif namun mengalami demam sejak beberapa hari lalu menyebabkan berat badannya turun dari sembilan kilogram (kg) kepada 8.7 kg selain hilang selera makan.

"Saya terpaksa memasukkan tiub getah ke dalam lubang hidungnya untuk memasukkan susu dan satu lagi tiub ke dalam mulut bagi mengeluarkan kahak.

"Minuman susu tidak mencukupi kerana saya juga perlu memaksanya makan untuk mengaktifkan saluran pemakanannya agar tidak sempit," katanya.


33 comments:

  1. Ya Allah... anak sekecil ini terpaksa menerima dugaan sebegini, moga penderitaannya akan berakhir, amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum kak tini,

      Ya.. sama2lah kita berdoa buatnya ya kak tini...semoga dia cepat sembuh..

      Delete
  2. Replies
    1. Assalamualaikum Mira,

      EEEmmmmm...memang kesian kan Mira,sedih Kak Ros tengok keadaannya tuh...kita hanya mampu berdoa,semoga Allah menyembuhkannya...

      Delete
  3. Replies
    1. Assalamualaikum Lya,

      Sama2 lah kita mendoakannya ya Lya...semoga dia cepat sembuh..

      Delete
  4. kesiannyaa...semoga adik ini cepat sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Cik Puan Izan,

      Ya semoga dia cepat sembuh dan sihat macam kanak2 lain...

      Delete
  5. Baru membaca kisahnya di HM..semoda dia cepat sembuh dan diberi kesihatan yg baik sehingga dewasa..sama2lah kita mendoakannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Norhaizan,

      Ya ..inilah yang kita harap2kan ya Norhaizan...sedih kak Ros tengok,kecik2 lagi dah menderita macam nih..semoga dia cepat sembuh..

      Delete
  6. kesiannya namun perlu dihadapi mereka sekeluarga..semoga tabah menghadapi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum rieda,

      Betoi tu rieda...semoga depa tabah dengan ujian Allah ni...berat mata kita memandang,berat lagi bahu yang depa pikul...

      Delete
  7. memang sadis bila membacanya laa.... sian sangat.... muga cepat sembuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Kazman,

      kak Ros terbayangkan anak2 sendiri,tu yang rasa sedih bila tengok dan baca cerita lagu ni...semoga depa tabah dan adik ni cepat sembuh...hanya ni saja yang mampu kita tolong kan Kazman...berdoa pada Allah...

      Delete
  8. ngilu hati baca ... semoga adik ni cepat sembuh dari deritanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum anaa,

      Ya sama2lah kita berdoa ya anaa....kesian sungguh kak Ros tengok...

      Delete
  9. Pedih rasa badan, nak menitik airmata tengok baby comel ini...Ya Allah moga ada org2 yang tertentu dapat membaca cerita ini dan tampil membaca bagi mengurangkan kesakitan anak comel ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Mak Wardah,

      Kak Ros pun mengharap macam tu lah jugak Mam Wardah....bagi kita ni hanya mampu berdoa saja ...semoga dia cepat sembuh..

      Delete
  10. kesian nyer anak sekecil itu terpaksa menanggung kesakitan, moga ada jalan buat beliau dan keluarga ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Kesuma Angsana,

      Ya semoga Allah mendengar doa kita semua ni ya, Kesuma Angsana...

      Delete
  11. Ya Allah... ringankanlah penderitaan anak kecil itu. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum kakcik,

      Amin...semoga Allah makbul semua doa2 kita ni ya kakcik...

      Delete
  12. Ya Allah kesiannya..xdpt bayangkan pederitaan yg ditanggung anak kecil tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Qasey Honey,

      Kak Ros pun tak sampai hati tengok adik nih..masih kecik lagi dah kena tanggung sakit yang macam ni kan Qasey...semoga dia cepat sembuh...

      Delete
  13. macam2 penyakit sekarang ni.. kekadang yg x sanggup kita nak baca dan lihat.. Smoga ibu ni tabah demi anaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum aimaniman,

      Betoi tu aimaniman...semoga depa tabah menghadapinya dan semoga adik ni cepat sembuh...

      Delete
  14. tersentuh,, kecil2 lagi dah menderita ..semoga ALLAH permudahkan urusan ibu bapanya..Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum norazis,

      Ya inilah yang kita harap2kan ya norazis...semoga Allah permudahkan semuanya...

      Delete
  15. Ya Allah, Kesiannya budak ni. Semoga Allah menyembuhkan dia secepat mungkin. Sabar ye dik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Terbakor,

      Masih kecik lagi dah menaggung sakit yang macam ni kan Terbakor...kesian sungguh kak Ros tengok...semoga dia cepat sembuh...

      Delete
  16. kesiannya..semuga keluarganya terus tabah menghadapi ujian dr Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum mama,

      Ya ...semoga Allah permudahkan semuanya ya mama...

      Delete
  17. Sedihnye :((((

    Ya Allah, moga anak ini cepat sembuh dgn izin Mu...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails