Sahabat adalah perisai diri

Monday, September 3, 2012

Wajib Hisap Syabu Dan Pakai Ala Hawaii...

Assalamualaikum,
Kak Ros rasa setiap kali sambut hari merdeka ,mesti ada ramai manusia yang rosak...ni lah salah satu contohnya...apa yang depa paham pasai merdeka ni pun tak tau lah...pasai apa setiap kali nak sambut hari merdeka nak kena rosakkan diri sendiri...ni kah caranya kita nak sambut hari merdeka yang pejuang2 kita bermati matian nak mendapatnya dulu ...?

Isshhhh....risau Kak Ros bila dok pikir pasai anak2 merdeka zaman la ni.....

Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my



TAHAN...antara peserta parti terbabit yang ditahan dibawa dengan bot APMM.


KUANTAN: Dengan mengenakan bayaran serendah RM150 setiap seorang, dua juruhebah (DJ) bebas dikesan menubuhkan satu laman web sosial bagi menarik perhatian peminat muzik tekno sebelum menganjurkan parti ‘Tekno Underground’ sempena sambutan malam kemerdekaan di Teluk Juara, Pulau Tioman, Rompin, pagi kelmarin.

Bagi peminat muzik itu yang mahu menyertai parti liar terbabit, mereka perlu mematuhi syarat wajib penganjur iaitu pertama, berpakaian ala Hawaii, kedua, menghisap syabu dan ketiga, pil Ecstasy yang dibekalkan penganjur.

Difahamkan, dua penganjur terbabit sudah menutup akaun laman web sosial berkenaan pada 25 Ogos lalu selepas menarik 24 individu termasuk beberapa gadis yang meminati muzik berkenaan.

Pada masa sama, dua penganjur terbabit dikatakan memperuntukkan lebih RM1,000 bagi menyediakan kemudahan penginapan, makan serta minum kepada semua peserta

3 comments:

  1. mereka tak faham erti kemerdekaan atau mereka ambil kesempatan atas nama kemerdekaan tu sendiri...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails