Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, October 31, 2012

Angkasawan Lihat Sandy Dari Angkasa Lepas..

Assalamualaikum,
Kebesaran Allah yang tak dak tandingannya.....Kalau tu lah kehendaknya,tak dak sapa pun yang dapat melawannya.....

IMEJ satelit yang dirakamkan kelmarin menunjukkan taufan Sandy di luar pantai timur Amerika Syarikat.

CAPE CANAVERAL, Florida - Taufan Sandy yang membawa kemusnahan besar di pantai timur Amerika Syarikat (AS) dapat dilihat dari angkasa lepas.

Komander Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), Sunita Williams semalam menyatakan dia dan seorang kru lain dapat melihat lingkaran besar Sandy semasa ia mendekati pantai timur itu.

Keluarga Sunita tinggal di New England dan dia membuat pemerhatian dengan teliti di wilayah tersebut.

Taufan Sandy itu melanda New York kelmarin sehingga mengakibatkan hampir keseluruhan bandar raya tersebut tenggelam.



Seramai 18 orang mati di tujuh buah negeri termasuk Kanada.
Kematian itu akibat dihempap pokok, rumah runtuh, terkena serpihan yang berterbangan dan renjatan elektrik.

Taufan itu tiba di New Jersey malam kelmarin dengan kelajuan angin 130 kilometer sejam.
Lebih enam juta penduduk terputus bekalan elektrik dari Carolina ke Ohio.

Sementara itu, kempen pilihan raya presiden terpaksa ditangguhkan selama seminggu.

Pilihan raya itu menyaksikan pertembungan antara calon parti Republikan, Mitt Romney yang juga bekas gabenor Massachusetts dengan Presiden AS, Barack Obama.


Taufan itu juga menyebabkan sistem tren bawah tanah di bandar raya New York mengalami kerosakan teruk dalam tempoh 108 tahun.

"Ia akan menjadi salah satu rekod," kata Naib Presiden Kanan Consolidated Edison, John Miksad.

Beliau menyatakan, lebih 670,000 pelanggan syarikat itu yang tidak mendapat bekalan elektrik akibat taufan tersebut di bandar raya New York. - Agensi

Sumber

Nak tau maklumat lebih lanjut mai masuk sini..(kat gambar).. berminat nak daftar,ada link kat atas ni...jangan dok risau daftar free ja....

17 comments:

  1. kuasa Allah kan..sgt menakjubkan

    ReplyDelete
  2. Semua yang berlaku atas kehendak Allah jua. Banyak sangat dah depa dok buat kat negara org tapi kesian kat rakyat depa yang kena musibah ni.

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan...saya dah follow balik..

    ReplyDelete
  4. salam kenal, balas kunjungan & join...nice blog...byk info menarik...

    ReplyDelete
  5. kun fayakun...
    tiada sapa mampu menghalangnya

    ReplyDelete
  6. semaju mana pun negara tuh takkan dpt menghalang kuasa Allah swt, bersyukur negara kite blum di uji ngn banjir besar mcmni...

    ReplyDelete
  7. barang makan mahal dan semakin kurang bencana alam pula..makin teruk ekonominya...

    ReplyDelete
  8. begitu dasyatnya badai sandy ya...subhanllah semoga diberikan keselamatan semua....amiin

    ReplyDelete
  9. Takutnya bila dengar bencana alam kat negara orang.... syukur negara kita masih terlindung drp bencana ni..

    ReplyDelete
  10. allah antar tenteranya iaitu angin & air.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails