Sahabat adalah perisai diri

Saturday, October 6, 2012

Kasihnya Seorang Ibu Mithali....

Assalamualaikum,
Walaupun usianya dah mencecah 89 tahun,dengan kehidupan yang susah lagi daif tapi dia tetap sanggup menjaga anaknya yang kurang upaya dan lumpuh pulak tu..inilah kasih nya seorang ibu yang sejati...
Tersentuh sungguh Kak Ros dengan segala  ujian yang Allah bagi kat mak cik nih...Semoga mak cik ni sentiasa dikurniakan Allah rezeki,permudahkan perjalanan hidupnya,kesihatan yang baik dan semoga tabah menghadapi segala ujian Allah ni...

Oleh Nuraishah Ya
am@hmetro.com.my



KASIH IBU...Esah yang lumpuh menjaga Zulkifli yang tidak mampu bergerak sejak lahir.

KOTA BHARU: Seorang warga emas yang lumpuh, buta dan hidup dalam kedaifan bertekad untuk terus menjaga anak lelakinya yang juga orang kurang upaya (OKU) berusia 57 tahun, walaupun anaknya itu pernah ditawarkan untuk ditempatkan di pusat perlindungan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Esah Mohd Yusof, 89, berkata dia tidak sanggup berpisah dengan anaknya, Zulkifli Mohd Nor, yang tidak mampu bergerak sejak lahir kerana bimbang tiada sesiapa yang mahu menjaga zuriatnya itu. “Saya tidak akan meninggalkan Zulkifli kerana sayangkannya. Jika hendak bawa anak saya ke pusat perlindungan, bawa saya sekali kerana saya tidak sanggup berpisah dengannya.

“Walaupun hidup dalam kemiskinan, saya tidak rela melihat anak saya bersendirian. Walau apa pun berlaku, biarlah kami susah bersama,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di sini, baru-baru ini.

Menurut Esah, dia mempunyai empat anak, namun dua daripadanya sudah meninggal dunia dan kini tinggal bersama Zulkifli, manakala seorang lagi anaknya bekerja di luar Kelantan.

“Untuk menampung hidup, saya menggunakan wang bantuan daripada JKM dan pencen arwah suami berjumlah RM400 sebulan.

“Wang berkenaan tidak mencukupi dan saya sering mengharapkan ihsan jiran yang kerap memberi makanan,” katanya.

Esah berkata, dulu ada wanita yang diupah menjaganya dan anaknya tetapi wanita itu menipunya dengan mengambil wangnya untuk kegunaan sendiri, malah menggunakan namanya untuk pendaftaran talian telefon sehingga bil mencecah RM600 sebulan.

“Ketika itu, semua wang saya habis digunakan oleh wanita itu sehingga dia pernah mengurung kami di dalam rumah tanpa memberi makanan, namun nasib baik ada jiran yang prihatin menolong kami.

“Wanita itu melarikan diri dengan membawa bersama barangan berharga di dalam rumah, malah MyKad dan kad bank saya turut dicuri.

“Tanpa MyKad, saya tidak dapat memohon apa-apa bantuan yang disediakan kerajaan,” katanya.


4 comments:

  1. Begitulah kehidupan.
    Membaca kisah begini,membuat kita insaf dan bersyukur dgn kurniaan Allah kpd kita.

    ReplyDelete
  2. kasih ibu hingga ke Jannah..

    ReplyDelete
  3. sedih membaca cerita ini..kasih ibu tiada tandingannya..hu2x..

    ReplyDelete
  4. kasih ibu mmebawa ke syurga. Tapi hairan kan mengapa tergamak pihak tertentu menganiaya dan menzalimi ibu tua dan anaknya ini

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails