Sahabat adalah perisai diri

Monday, October 29, 2012

Lembu Naik Minyak....

Assalamualaikum,
Haaa...tudia semua lari lintang pukang bila lembu dah naik minyak..Bukannya senang nak perebah dan sembelih lembu ni kan..,mesti kena berhati hati,situasi yang macam ni memang amat merbahaya,apa2 pun boleh berlaku...(Kak Ros tak suka tengok orang sembelih lembu,takutttt..he.he..)


SEORANG budak lelaki ditanduk seekor lembu di Karachi kelmarin.

KARACHI, Pakistan - Seorang budak lelaki cedera selepas dia ditanduk seekor lembu jantan yang akan disembelih sempena Hari Raya Aidiladha di sini kelmarin.

Budak tersebut ditanduk semasa haiwan itu mengejar kanak-kanak itu.

Bagaimanapun, budak itu hanya mengalami cedera ringan ketika haiwan tersebut terlepas daripada ikatan ketika ia hendak disembelih.

Pemiliknya, Abdul Quddoos berkata, lembu korban tersebut berjaya ditangkap semula dua jam selepas ia terlepas.

Sementara itu di bandar Peshawar, seekor lembu korban yang terlepas mencederakan tiga orang termasuk seorang budak lelaki berusia 12 tahun.

Seorang anggota polis, Abdul Waheed berkata, berpuluh-puluh orang mengejar lembu tersebut selama sejam sebelum ia berjaya ditangkap semula.

Di Gaza, seorang lelaki Palestin mati selepas dipijak seekor lembu korban yang terlepas di Rafah, Genting Gaza.

Seorang pegawai kesihatan, Ashraf al-Kidra berkata, kira-kira 150 orang dirawat di hospital di wilayah Palestin kerana cedera akibat terkena pisau dan ditanduk lembu korban yang terlepas di lokasi penyembelihan. - Agensi

Sember

Nak tau maklumat lebih lanjut mai masuk sini..(kat gambar).. berminat nak daftar,ada link kat atas ni...jangan dok risau daftar free ja....

9 comments:

  1. kesian..
    nak tengok lembu kena sembelih..kena kuat semangat

    ReplyDelete
  2. jarang kes mcm ni terjadi di Malaysia

    ReplyDelete
  3. Saya baru la ni je berani tengok orang sembelih lembu

    ReplyDelete
  4. macam2 insiden ye..itulah pengorbanan yang harus di lalui dalam menjalankan ibadah korban...

    ReplyDelete
  5. mcm2 kan..saya pun takut tgk org sembelih lembu ni..jgn kata lembu,tgk ayam kena sembelih pun terasa ngeri juga

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails