Sahabat adalah perisai diri

Friday, October 12, 2012

Macam Mana Nak Atasi Masaalah Stress....

Nak tau maklumat lebih lanjut mai masuk sini..(kat gambar).. berminat nak daftar,ada link kat sebelah kiri ni...

Assalamualaikum,
Dengan taraf kehidupan dan gaya hidup kita zaman la ni memang boleh membuatkan kita stress...kak Ros yang duduk kat rumah hanya dok jahit baju ja ni pun kadang2 tu stress jugak...sampai kena makan ubat pasai darah naik...Bila kita didalam keadaan stress,apa pun kita tak boleh nak pikir dah dan apa pun kita tak boleh nak buat..,inilah keburukkannya,Mai kita tengok sat kat bawah ni macam mana nak atasi masaalah bila stress nih..

Ehsah google...

ALLAH itu Maha Kaya...Dia menjadikan setiap daripada hasil di bumi ini untuk kita nikmati, teladani dan hayatinya. Pernahkah kita terfikir macam itu...?

Kita semua sering melalui detik-detik dan hari-hari yang amat mendukacitakan di dalam hidup...Namun, selagi mana kita mampu untuk menangani setiap permasalahan di dalam hidup ini dengan bijak,..rasa bosan, tidak bersemangat, tiada motivasi di dalam hidup bukanlah suatu masalah yang besar di dalam hidup.

Kat bawah ni ada 3 petua yang amat berguna untuk kita semua menjana lebih kekuatan dalaman agar kita akan sentiasa menjadi manusia yang lebih gagah, perkasa dan yakin dalam melalui setiap arus cabaran kehidupan yang penuh dengan cabaran nih...

1. Kaji semula matlamat utama kehidupan kita..

Pernah dak kita mengkaji, membuat penelitian semula akan apa matlamat sebenarnya kita hidup di muka bumi ini? Ya, setiap daripada kita pasti mempunyai matlamat tersendiri di dalam hidup. Mungkin ada di antara kita yang pernah memasang impian untuk bergelar manusia berjaya ketika zaman belajar di persekolahan.

Ada jugak yang sering mamahat angan2 untuk menjadi seorang juruterbang, peguam atau doctor yang hebat di masa kita kecik2 dahulu. Tak kurangnya, ada jugak yang mungkin sering bermimpi-mimpi untuk menjadi seorang isteri dan suri rumah yang terbaik buat suaminya kelak. betoi dak he.he...?

Justeru, bila kita kian lemah dan merasakan tidak bersemangat di dalam hidup, cuba kita ingat semula matlamat kita masa kecik2 dahulu....Realisasikanlah ianya sekarang.Kita semua berhak untuk mencapai kesemua matlamat itu.

Hidup kita kat atas dunia ni hanya sekali saja.... Gunakanlah ia sebaik2nya. Tuhan mahukan yang terbaik daripada setiap hambanya. Pastikanlah yang terbaik itu adalah kita.

2. Kegagalan adalah suatu proses kehidupan

Tahukah kita bahawa setiap kegagalan yang kita pernah,sedang dan akan lalui adalah suatu proses2 kehidupan? Ya, jatuh, bangun,jatuh dan bangun semula itu adalah proses normal kehidupan kat kita.., supaya  menjadi seorang manusia yang benar-benar kuat, hebat dan berjaya!

Justeru kita tak boleh sama sekali merasa keluh, kesah, dan kecewa, akan segala kegagalan yang berlaku kat kita. Gagal, jatuh dan sesekali ‘down’ di dalam hidup itu adalah normal.... Semua orang pernah merasakan kegagalan di dalam hidup. Namun selepas itu depa mampu untuk bangkit semula dan menjadi seorang manusia yang betoi2 hebat dan berjaya.

Percayalah, pada setiap kejatuhan itu, pasti ada bangunnya suatu hari nanti, andai kita terus berusaha dan berusaha untuk membangunkan diri kita...

3. Kita adalah makhluk terbaik ciptaan ALLAH.

Kita tidak boleh merasakan yang diri kita ni dah gagal atau adalah manusia yang tidak berguna di atas muka bumi ini setelah kita mengalami apa-apa jugak bentuk kegagalan di dalam hidup. Kita ini adalah makhluk ciptaan terbaik daripada Yang Maha Esa. Jadi, kita jugaklah yang mesti dan wajib membuktikan bahawa kita sememangnya benar2 berhak untuk menjadi makhluk terbaik daripada ALLAH.

Jangan rasa sedih, tak usah bermuram muka, jangan sekali-kali merasa jatuh, sebab kita semua ni adalah  sememangnya makhluk yang terpilih...Allah menghadiahkan setiap ujian itu kat hamba-hambanya yang terpilih sahaja...Kita perlu tahu bahawa kita adalah makhluk yang Allah pilih kerana kitalah yang dirasakan berhak untuk mendapat ujian tersebut.

ALLAH tidak menghadirkan ujian kepada hamba-hambanya yang tidak layak untuk mendapat ujian tersebut. Setiap ujian, dugaan dan cabaran adalah untuk hambanya yang dirasakan berhak dan mampu untk menanganinya.

Maka, hadapilah dengan tabah, kuat, tegar dan cekal. Yakinlah bahawa kita ni merupakan makhluk yang terbaik untuk menerima setiap ujian daripada ALLAH SWT..
Apa pun yang penting sekali janganlah kita lupa.. sentiasalah ingatkan Allah...peringatan buat diri Kak Ros jugak nih...


16 comments:

  1. sesekali jika stress..muhasabah diri..ingatkan Dia..insyaAllah dpt ketenangan...mekasih atas informasi..perkongsiaan yg sangat bermanfaat untuk kita semua..

    ReplyDelete
  2. ingtn yg baik :)
    mmg tgh stress pon ni..huhu

    ReplyDelete
  3. bila stres pergi pantai yang mendamaikan mesti hilang stres tak percaya cubalah......

    ReplyDelete
  4. Cantik motivasi pagi ini Ros. Kakak suka...

    ReplyDelete
  5. thanks kak... kite keje apa pun ttp akan stress... kite nih kene heppykan diri kite sndiri supaya tak stress...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum ros.. :)

    betul tu, manusia ni mana boleh lari dari masalah.. cuma cara mengatasinya tu yg perlu kita tahu.. makluk allah yang di beri akal dan fikiran, sentiasa di uji dengan ujian2nya.. kena pandai dan bernas mengatasi nya.. :) insyaALLAH.. setiap nya ada jalan penyelesaian.. thanks for sharing.. :)

    ReplyDelete
  7. salam ros.

    Semoga tabh menghadapi dugaan..relexs..

    Oh ya..jawapan anda...huhuhu..


    Sila e mailkn alamat bg urusan surat myurat. Ta ada sesuatu nak beri. Kalau sudi...
    tiranaaduka@gmail.com

    ReplyDelete
  8. sy pun selalu stress.
    setiap benda masuk dlm fikiran ni ~berfikir dan mulalah stress.

    ReplyDelete
  9. take it easy kan...
    byk2 berdoa dan beristigfar...
    insyaAllah akan rasa lega skit

    ReplyDelete
  10. kak ros,

    kalau selalu mengadu pada Allah setiap masalah walau sekecik2 pun, insyaAllah tak mereng dan stresss.. huu..

    ReplyDelete
  11. Semoga kita sentiasa 'memerlukan' Allah samada dalam senang mahupun susah. :)

    ReplyDelete
  12. kalau stress dgn kerja ofis, saya gi jalan2 di kedai berhampiran... cuci mata kejap

    ReplyDelete
  13. HI kak ros

    good sharing
    nak hadapi stress ni kena kuat fizikal n mental

    ReplyDelete
  14. kak ros! mmg tgh seteghess ngn keje yg berlambakan ni. thanx for sharing :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails