Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, October 31, 2012

Macammana Nak Kekalkan Kesegaran Sayur...

Assalamualaikum,
Sayur sayuran ni memang baik sangat untuk kesihatan badan..,harus dimakan selalu,anak2 kecik yang tak suka makan tu,kita kena ajarlah bagi depa suka makan...Sayur ni kita kena makan hari2,tapi tak kanlah hari2 kita nak pi pasar kan..,jadi bila kita dah beli tu mestilah untuk dua atau tiga hari,
Masaalahnya sayur sayuran yang kita beli ni, kadang2 tak tahan lama kesegarannya...jadi macam mana kita nak kekalkan kesegarannya tu mailah sama2 kita ambik tau...haaa.bacalah kat bawah ni he.he...


Oleh Faizatul Farlin Farush Khan
ffarlin@hmetro.com.my


SAYUR yang rangup, sedap, segar serta penuh zat sememangnya penting kerana hidangan lebih enak untuk dinikmati seluruh ahli keluarga termasuk anak kecil.

Selain khasiat yang tinggi, sayur juga sebahagian menu yang penting kerana jika tiada masakan berasaskan sayur di atas meja, ia umpama menghilangkan seri resipi yang lain.

Namun, kadangkala kita berdepan dengan masalah sayur yang layu sebelum dimasak atau terlalu pahit hingga sukar menjamahnya. Oleh itu, berikut panduan untuk menyediakan sayur yang enak dan segar:

Menghilangkan pahit peria

Ambil peria, buang bijinya serta dipotong ikut keinginan sebelum dicuci dengan bersih. Potongan peria itu kemudian direndam dalam larutan yang dicampur dengan satu senduk garam dan dibiarkan antara 15 minit hingga 25 minit bagi mengeluarkan air peria yang pahit.

Selepas itu, cuci peria hingga bersih bagi membuang garam pada sayur itu.
Kemudian, rebus peria selama lima minit sebelum ia sedia dimasak mengikut selera masing-masing. Hasilnya peria tidak terlalu pahit dan boleh dimakan semua. 

Kekalkan kesegaran sayur 

Ada beberapa cara yang boleh dibuat untuk mengekalkan kesegaran sayur.
Antaranya, ambil sayur yang disimpan dalam peti ais dan direndam dalam air bercampur sedikit cuka selama beberapa minit sebelum dimasak. Sayur juga akan lebih rangup menggunakan cara ini jika ia tidak dimasak lama. Kotoran pada sayur juga mudah disingkirkan.

Selain itu, sayur dibasuh terlebih dulu dan kemudian boleh dimasukkan dalam beg plastik, dibungkus dengan surat khabar atau disimpan dalam bekas plastik sebelum dimasukkan dalam peti ais supaya ia kekal segar. Cara lain yang boleh digunakan ialah merendam sayur sepenuhnya dalam air sebelum dimasak. 

Kekalkan kesegaran taugeh 

Sayur taugeh boleh dikekalkan kesegarannya dengan merendamnya dalam air dan lebih baik sekiranya ia dititiskan sedikit dengan perahan limau. 

Kekalkan kesegaran bendi 

Rebus kacang bendi tanpa memotongnya dalam tempoh yang singkat dalam air yang dicampur dengan satu sudu minyak masak. Cara ini bukan saja memastikan bendi tidak berlendir, kesegarannya juga lebih lama. 

Mengenal pasti sayur yang segar 

Jika ingin membeli sayur, perhatian perlu diberikan kepada beberapa ciri yang ada pada sayur itu. Misalnya jika memilih bendi, pastikan bahagian hujungnya tidak keras dan pilih tomato yang tidak terlalu berwarna oren kerana bagi memastikan jangka hayatnya lebih panjang ketika disimpan di rumah.

Sayur seperti kubis juga perlu dipilih daripada jenis yang berongga besar dan
ringan.

Mencantikkan rupa sayur 

Rebus sayur dalam air yang dicampurkan sedikit minyak masak sebelum dihidangkan. Minyak tadi akan menyebabkan sayur nampak cantik, berkilat dan menyelerakan.

Nak tau maklumat lebih lanjut mai masuk sini..(kat gambar).. berminat nak daftar,ada link kat atas ni...jangan dok risau daftar free ja....

9 comments:

  1. nice sharing..
    btw, blogwalkng here.. ;)

    ReplyDelete
  2. baru bercita2 nk makan peria utk tambah susu badan..kalau guna petua ni bolehla makan byk sikit sebab dh kurang pahitnya... bagus2..thanks

    ReplyDelete
  3. i lak suka makan peria pahit2 tu sis...
    buat ulam cicah sambal belacan...sedap...
    thx for sharing petua2 nie...

    ReplyDelete
  4. Satu lagi kalau nak simpan sayur tahan boleh gunakan bekas milo/susu yg paket tu. Cuci keringkan bekasnya dan masukkan sayur dlm plastik/foil tu ia akan lebih tahan juga..

    ReplyDelete
  5. bagus tips ni tapi lagi bagus sebab cheqna dan suami tak makan sayur
    ok nyorok bawah meja takut kena marah

    ReplyDelete
  6. Hi Ros, thanks for sharing the useful tips. I pun beli sayur seminggu sekali aje, kerja full time mana ada masa nak pergi pasar ari2x kan.

    Have a nice week ahead.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails