Sahabat adalah perisai diri

Friday, October 5, 2012

Malang Tak Berbau...

Assalamualaikum,
Kalau boleh ,jalanraya2 mana yang dah rosak tu cepat2lah dibaiki supaya tak membahayakan orang ramai..pada semua pengguna jalanraya yang hari2 dok menggunakan jalanraya tu berhati hati lah ya,malang ni memang tak berbau...

Semoga Pakcik  Bahardin Mohd Sohor ni cepat sedar dari koma dan cepat sembuh...

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my

BAHAYA...keadaan jalan yang rosak teruk akibat gagal diselenggara.



KUALA LUMPUR: Gara-gara permukaan jalan yang rosak teruk sejak dua bulan lalu, seorang warga emas kini koma sejak seminggu lalu selepas terbabit dalam kemalangan di Persiaran Lestari Perdana, dekat Sri Kembangan, di sini.

Kejadian kira-kira jam 8.30 malam pada 28 September lalu itu menyebabkan mangsa, Bahardin Mohd Sohor, 67, patah tulang rusuk, cedera mata kanan, darah beku di kepala dan luka di badan serta kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini.

Dalam kejadian itu, mangsa yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Insan Penyayang Malaysia (PKIPM) menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda seorang diri dalam perjalanan pulang ke rumah.

Sejurus motosikalnya terlanggar lubang akibat jalan rosak, kenderaan Bahardin hilang kawalan menyebabkan dia jatuh ke atas jalan menyebabkannya cedera parah.

6 comments:

  1. Betul la.... Kami pun 2 tahun sekali nak kena tukar rim tayar keter.... Selalu tayar gelong @ bengkok bila terlanggar lubang.... Moga pakcik tu cepat sembuh..... la

    ReplyDelete
  2. selalu accident kat situ sejak dulu,ingatkan jalan dah oke.dulu pun masa dok sk pernah terlanggar lubang sampai pecah tayar kereta....:(

    ReplyDelete
  3. Ya Allah kesiannya...
    tapi memang patut pun dibetulkan jalan tu....
    malang tak berbau kan...

    ReplyDelete
  4. tgk pic pon dah tahu kat mana..
    area situ jln nya mmg byk tak elok..boleh dikatakan kwasan perumhan elit juga(tak semua)

    tahun 2008-2009 penah stay dekat pangsapuri sri indah,lestari perdana..

    mudah2an pakcik cepat sembuh.amin

    ReplyDelete
  5. kesiannya.. memang malang tak berbau.. mintak2 cepat di perbaiki.. semoga tak de insan malang lain lagi lepas ni..
    >>i follow..

    ReplyDelete
  6. Biasanya dah terhantuk baru nak tergadah...penyudahnya org awam jadi mangsa...apa pun semoga Allah segera sembuhkan pakcik tu.. Simpati...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails