Sahabat adalah perisai diri

Thursday, October 25, 2012

Mati Kerana Kopi susu....

Assalamualaikum,
Harap2 tu jangan lah terjadi kes yang macam ni kat tempat kita...
Ya la kan...nama pun pelatih mestilah dia tak cekap lagi ...sepatutnya bila pelatih2 ni dok buat kerja, mestilah ada oarang2 yang lama dan lebih cekap memerhatikan kerja2 depa,barulah tak boleh terjadinya kesilapan...tambah2 lagi kerja depa tu bersangkutan dengan nyawa orang..
Tak tau lah pulak Kak Ros apa masaalahnya dengan pelatih ni...samaada dia keliru ataupun dia cuai...Tapi bagi Kak Ros la,kalau dah kita was2 baik kita tanya dulu untuk kepastian sebelum kita bertindak...



REJANE (kanan) menceritakan pengalamannya kepada wartawan stesen televisyen Brazil.

RIO DE JANEIRO:
Seorang jururawat pelatih mendakwa dia bingung apabila menyuntik kopi susu ke badan seorang warga emas menyebabkan wanita terbabit meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Menurut Rejane Moreira Telles, dia tidak dapat membezakan di antara darah dengan air minuman berkenaan.

Kata Rejane, 23, dia diarah merawat pesakit, Palmerina Pires Ribeiro, 80, tetapi gagal membezakan antara darah dan kopi susu.

Katanya, kedua-dua cecair itu diletak bersebelahan.

“Sesiapa pun yang berada dalam keadaan saya pasti keliru.
“Saya sepatutnya menyuntik darah ke pembuluh darah dan memberi pesakit itu kopi susu sebagai minuman,” katanya dalam wawancara dengan stesen televisyen Globo’s Fantastico, semalam.

Bagaimanapun, Rejane mengaku dia melakukan kesalahan dengan memberi Palmerina kopi susu melalui pembuluh darah. Ekoran insiden itu, Rejane dan dua jururawat serta pelatih lain didakwa atas tuduhan membunuh tanpa niat.

Palmerina disahkan meninggal dunia tidak lama selepas Rejane melakukan kesilapan itu.

Insiden berlaku di sebuah pusat perubatan di Sao Joao de Meriti, Rio de Janeiro,.

Lebih tragik, insiden itu berlaku di depan anak Palmerina, Loreni Ribeiro.

Kata Loreni, dia nampak Palmerina gelisah dan membuka mulutnya.

“Pelatih itu memasukkan setengah gelas kopi susu ke tubuh ibu,” katanya. Sementara itu, doktor berkata, kopi susu disuntik Rejane memasuki jantung dan paru-paru Palmerina. “Sesiapa yang mengalami keadaan itu akan berasa seperti tercekik,” katanya. - DM

Nak tau maklumat lebih lanjut mai masuk sini..(kat gambar).. berminat nak daftar,ada link kat atas ni...jangan dok risau daftar free ja....

7 comments:

  1. ishhhhhhhhh pelik, camner tak bezakan kopi susu & darah? biasanya plasma darah ada dlm pack & bekas khas...

    mmg tak munasabah kenyataan ni..

    ReplyDelete
  2. Hi Kak Ros, this is ridicules lah. Tak kan lah kopi susu dan darah tak boleh bezakan!!! First time dengar ada pelatih so blur and cuai. I selama kerja as jururawat tak pernah ada kes yang cuai or keliru especially we are dealing with people lifekan?
    And all plasma darah are seal and vacuum pack. Memang cannot go wrong mix with kopi susu or whatever.

    Selamat Hari Raya Haji to you and all at home. Have a nice weekend, salam dari Amelia.

    ReplyDelete
  3. yg ini memang kes cuai dan alasan2 itu mmg x boleh balah dan x masuk akallah ! neway nak wish selamat hari raya aidiladha ye

    ReplyDelete
  4. Macam tak logik jer... cam ne air kopi boleh bercampur dan letak dekat2 dengan darah

    ReplyDelete
  5. benda camni la yang kita takot....

    ReplyDelete
  6. rasa mcm tak masuk akal...knpa tak boleh bezakan kopi susu ngan darah....

    ReplyDelete
  7. warna pun dah berbeza rasanya..tp itulah dah ajalnya begitu

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails