Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, October 30, 2012

Semoga Bahagia....

Assalamualaikum,
Ajal maut,jodoh semuanya ditangan Allah..Terharu sungguh Kak Ros bila tengok pasangan ni,walaupun dari segi fizikalnya tak sempurna,tapi dari segi hatinya, depa ni cukup sempurna...Semoga pasangan ni berbahagia hingga ke hujung nyawa....

Oleh Adnan Mohamad
am@hmetro.com.my
 
MERIAH...Bakri dan Siti Habsah berjalan menuju tempat persandingan di Kampung Pangkal Kala, Bunut Susu, Pasir Mas, semalam.

BAHAGIA...pasangan ketika acara persandingan di rumah pengantin perempuan.

PASIR MAS: Seorang penoreh getah tidak pernah terfikir bahawa akan bertemu jodoh dalam tempoh singkat selepas dia tersilap mendail nombor telefon kira-kira tiga bulan lalu.

Tanpa melihat keadaan fizikal bakal isterinya itu, Bakri Setapa, 32, yang juga seorang lelaki normal meneruskan perkenalan mereka menerusi panggilan telefon setiap hari tanpa menyedari wanita itu adalah seorang orang kelainan upaya (OKU).

Bakri berkata, dia sedikit pun tidak rasa terkilan apabila Siti Habsah Mamat, 26, berterus terang memberitahu bahawa keadaan fizikalnya kurang sempurna.

Malah katanya, dia langsung tidak kisah mengenai kekurangan bakal isterinya itu yang mengalami kecacatan pada kedua-dua kaki.

“Sebenarnya perkenalan ini tidak disengajakan kerana saya tersilap mendail nombor telefon. Sejak itu, saya berasa selesa berkomunikasi dengannya menyebabkan hubungan semakin rapat.


Sumber
 
Nak tau maklumat lebih lanjut mai masuk sini..(kat gambar).. berminat nak daftar,ada link kat atas ni...jangan dok risau daftar free ja....

21 comments:

  1. semoga pasangan pengantin baru ni terus bhagia & kekal ke hujung nyawa,amiiiinnnn :)

    ReplyDelete
  2. Maha kaya Allah... dijadikan kita ada pasangan yg telah tertulis di Loh Mahfuz. Inilah jodoh mereka, moga berbahagia hendaknya..

    ReplyDelete
  3. memang cinta abadi...cinta tanpa syarat ni...mmg bertuah n yg lain2 patut ikut...=)

    ReplyDelete
  4. Salam kak
    Jodoh prtemuan dtgn Allah.
    Sweeeett

    ReplyDelete
  5. jodoh ajal maut ditangan tuhan..semoga bahagia kan :)

    ReplyDelete
  6. salam kenal... already follow u.. jgn lupe follow me back... hepi blogwalking kak ros

    ReplyDelete
  7. sama2 kita berdoa yang terbaik untuk mereka......memang betulah kata orang kalau sudah jatuh cinta rupa paras tak diambil kira......

    ReplyDelete
  8. wak pon doakan muger berkekalan hingga akhir ayat mereka tuuu.. uuuuuHu

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum Ros.

    di katakan jodoh.sepadan

    semoga mereka bahagia..

    ReplyDelete
  10. Semoga pengantin bahagia hingga akhir hayat...

    ReplyDelete
  11. moga mereka kekal bahagia hingga ke syurga

    ReplyDelete
  12. SEMOGA BERKEKALAN HINGGA KE SYURGA...

    ReplyDelete
  13. ni lah dikatakan jodoh....
    semoga mereka berbahgia hingga akhir hayat...

    ReplyDelete
  14. Jodoh...andai hati sudah bertaut segala kekurangan di ketepikan. Insyaallah semoga dia org berbahagia hingga akhir hayat dan tabah menghadapi cabaran berumahtangga.

    ReplyDelete
  15. semua ketentuan Dia kan..moga jodoh mereka berkekalan..sweet sgt

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails