Sahabat adalah perisai diri

Thursday, November 1, 2012

Bayi Bersama Mayat Penjenayah Didalam Kereta...

Assalamualaikum,
Ngerinya Kak Ros baca cerita ni...Syukur Alhamdulillah....adik Mohd Haikal Harraz Hasrizal selamat tanpa kecederaan,dan Koperal Mat Raduan Mat Hassan yang kini berada  Hospital Raja Perempuan Zainab II,semoga cepat sembuh... Penjenayah ni dimana2..berhati hati lah walau dimana pun kita berada...Sentiasalah ingatkan Allah walau kemana pun kita pergi,semoga Allah akan melindungi kita dari semua perkara2 yang tak diingini.....

Oleh Rosliza Mohamed
am@hmetro.com.my


KAWAL...anggota polis mengawal tempat kejadian, semalam.

MACHANG: “Aku nak kereta, kalau tak aku tembak!,” kata seorang penjenayah paling dikehendaki polis sambil mengacukan pistol di leher Siti Norhafizah Omar, 27, sebelum melarikan kereta Perodua Myvi bersama anak lelakinya berusia setahun lima bulan dalam kejadian berhampiran Masjid Kampung Paloh, Gua Musang, awal pagi semalam.

Penjenayah itu, Zawa Abdul Halim, 34, dalam buruan polis berkaitan kejadian tembak di Paloh, kelmarin dan beberapa jam kemudian dia ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan anggota polis di Kilometer 45, Kampung Kemuning, di sini, jam 7.30 pagi semalam.

Biarpun dilarikan 100 kilometer (km) dan berada dalam kereta ketika berlaku kejadian berbalas tembakan, anak Siti Norhafizah, Mohd Haikal Harraz Hasrizal terselamat tanpa kecederaan.

Selepas dikejar polis, Zawa yang terbabit samun, curi kereta, pecah rumah dan pengedaran dadah, terbabas apabila Perodua Myvi dicurinya itu terlanggar pembahagi jalan.

Bagaimanapun, ketika keluar dari kereta dia melepaskan beberapa das tembakan ke arah sekumpulan anggota polis dan satu daripadanya mengenai tangan dan rusuk kanan Koperal Mat Raduan Mat Hassan, 50, yang kemudian dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Nak tau maklumat lebih lanjut mai masuk sini..(kat gambar).. berminat nak daftar,ada link kat atas ni...jangan dok risau daftar free ja....

8 comments:

  1. Assalamualaikum kak dah sarapan..sy baru je baca myMetro sebentar td...hemmm mana2 pegi, tempat, ada je penjahat skrg...x kira muda, tua....dia org ni mmg x ada otak ambik jln mudah....syuklur ank kecik tu x di apa-apakan....balasan mati jugak...mana2 pegi skrg kena behati2....walau di dlm rmh....

    ReplyDelete
  2. rasa ngeri je..bygkan klu budak tu terkena tembakan ke apa..syukurlah dia selamat

    ReplyDelete
  3. ya allah apa la nak jadi dgn org zaman skrg ni. alhamdulillah anak tu takde apa2

    ReplyDelete
  4. Kakak tengok berita TV9 malam tadi Ros. Bayangkan hati mak baby tu masa dia terpaksa serahakan kereta sedangakan baby ada dlm keretanya.

    Allah lindungi baby yg suci dai dosa..

    ReplyDelete
  5. oo...jenayah dimana mana je..yg bahaya ade anak kecil sekali..nasib selamat

    ReplyDelete
  6. ya ALLAH.. takotnya..
    tue sbb klau nureen ada dlm keta ngan anak2 asben kuaq kejap g kedai nureen akan kunci keta dr dalam takotttt

    ReplyDelete
  7. yup...nyue thu smlm ag...coz prempuan n baby tu kazen kwn nyue...kecoh kat fb smlm ag..nsb baby haikal selamat...

    ReplyDelete
  8. ya-Allah takut sgt dengar berita mcm ni....tak pasal2 jd mangsa keadaan...dgn anak pula berada dlm kereta tu....syukur tiada apa yg berlaku pd anak tu....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails