Sahabat adalah perisai diri

Friday, November 9, 2012

Impian Menjadi Kenyataan...


Assalamualaikum,
Akhirnya tercapai jugak la hajat pasangan ni untuk mengambil gambar bersama seperti pasangan pengantin yang lain,setelah menanti sekian lama selama 88 tahun...
Seronok Kak Ros tengok pasangan ni..,bahagia hingga ke tua..

IMPIAN TERLAKSANA...Wu dan isteri, Sognshi.

NANCHING: Tanya mana-mana pasangan yang sudah bertunang dan mereka akan menjawab majlis perkahwinan tidak akan lengkap tanpa gambar romantik bagi mengingati majlis berkenaan.

Sebahagian pasangan yang baru berkahwin akan mengambil gambar mereka selepas majlis itu.

Tetapi bagi pasangan ini, mereka menanti hingga 88 tahun sebelum dapat merakam gambar paling istimewa dalam hidup mereka.

Pasangan yang sudah menjangkau usia 100 tahun, Wu Conghan dan Wu Sognshi, berkahwin di wilayah Sichuan, China pada 1924.

Bagaimanapun, mereka tidak merakam gambar perkahwinan itu sehinggalah baru-baru ini.

Conghan, 101, dan Sognshi, 103, hidup bahagia bersama sejak 88 tahun lalu.

Mereka selalu mengimpi untuk merakamkan gambar kahwin mereka.

Tetapi pasangan itu tidak mempunyai pilihan apabila melangsungkan perkahwinan mereka pada tahun berkenaan.

Impian mereka dijadikan realiti baru-baru ini oleh sebuah syarikat foto di Nanching, bandar tempat tinggal mereka.

Seperti apa juga yang ada kaitan dengan majlis perkahwinan, pengantin perempuan mahu rakaman itu paling sempurna dan memastikan suaminya kelihatan paling segak denghan baju putih. - DM


Nak tau maklumat lebih lanjut mai masuk sini..(kat gambar).. berminat nak daftar,ada link kat atas ni...jangan dok risau daftar free ja.....

12 comments:

  1. Salam Ros,

    Hajat yang Allah tangguhkan memberinya.

    ReplyDelete
  2. wah..akhirnya setelah 88 tahun, terlaksana juga impian :)

    ReplyDelete
  3. lama tu hasrat mereka terpendam...xpe tercapai juga walaupun lmbt.

    ReplyDelete
  4. terbaekla.hehe.tercapai jugak impian :)

    ReplyDelete
  5. wahhhh... akhirnye.. penantian yg berbaloi..

    ReplyDelete
  6. kalau dah jodoh tak kemana.. hmmmmm

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..hajat tercapai,seronok tgk kebahagiaan mereka

    ReplyDelete
  8. sweet je tgk couple nih..tercapai gak impian mereka kan..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails