Sahabat adalah perisai diri

Saturday, November 3, 2012

Kejam Sungguh Laaa....

Assalamualaikum,
Ya Allah...awat la pelik sangat depa nih...kucing yang comel sebagai binatang peliharaan depa boleh jadikan juadah hidangan...kejam sungguh...

SEBAHAGIAN daripada 500 ekor kucing yang dipintas pihak polis di bandar Xuzhou, dalam wilayah Jiangsu di China baru-baru ini.

XUZHOU - Polis di bandar ini, dalam wilayah Jiangsu, di timur China menghalang sebuah lori yang membawa 500 ekor kucing untuk dijadikan hidangan eksotik di restoran-restoran tempatan, lapor akhbar Telegraph semalam.

Polis mengarahkan lori terlibat supaya berhenti apabila menyedari kenderaan tersebut memiliki nombor plat luar wilayah.

Mereka kemudian menyoal pemandu lori tentang haiwan yang dibawa selepas terdengar bunyi mengiau dari bawah plastik penutup kargo tersebut.

"Arnab," jawab pemandu tersebut.

Namun, kenderaan itu sebenarnya membawa beratus-ratus ekor kucing yang diletakkan di dalam puluhan sangkar besi.

Sejak beberapa tahun lalu, permintaan daging kucing di selatan China meningkat dengan bekalan haiwan itu diperoleh dari seluruh China.

Daging kucing akan dicampurkan bersama daging ular untuk dimasak sejenis hidangan tempatan istimewa yang digemari penduduk tempatan.

Undang-undang China tidak melarang rakyatnya menjual kucing kerana haiwan itu tidak dianggap sebagai harta benda milik keluarga.

Pencuri kucing biasanya memperoleh bayaran 10 yuan (RM4.90) untuk seekor kucing yang dijual kepada orang tengah.

Berikutan pemandu lori berkenaan tidak melakukan sebarang kesalahan, pihak polis membeli kargo tersebut pada harga 3,500 yuan (RM1,723) selepas berunding selama tiga jam dengan pemandu terlibat. - Agensi


Nak tau maklumat lebih lanjut mai masuk sini..(kat gambar).. berminat nak daftar,ada link kat atas ni...jangan dok risau daftar free ja....

7 comments:

  1. pelik btul diorang ni.. makan serba benda.. sian kucing2 yg comel tu..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah..sedih nya tengok..!!..(>____<)..

    ReplyDelete
  3. Sampainya hati mereka kan. Tapi kan Ros, dekat perumahan abang kakak lagilah org Myanmar dia tangkap anjing buat hidangan. Masak apa tak tahulah. Sampai siapa yg ada anjing kurung takut anjing mereka kena sembelih. Kakak ipar kakak suka sebab tak kena kejar masa nak ke pasar.

    ReplyDelete
  4. Tak terkata apa dah....macam macam dia org nak makan!

    ReplyDelete
  5. bila terbayang daging tuh rasa nak termuntah plk..mcm mana dia blh makan dgg kucing nih..betul kata kak zakie..kwn abg org myanmar mmg makan dgg anjing kat sana..tp dorang duk cni x tau la..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak ros,
    Saya cepat2 skip gamba tu kak. Tak sanggup nak tengok. Saya ni kalau tengok orang buat kejam kat binatang, boleh tak lelap tidur, menangis semua kak ros. Kesian sangat.

    ReplyDelete
  7. kejam sungguh perbuatan mereka..mama ada memelihara 3 ekor kucing..hu2x..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails