Sahabat adalah perisai diri

Thursday, November 8, 2012

Kuatnya Mak Cik Nih...

Assalamualaikum,
Kak Ros terpegun sungguh dengan kebolehan dan kemampuan mak cik Nik Haripah nih....dengan senyuman yang manis dan bersahaja ja dia buat kerja yang sepatutnya dibuat oleh orang lelaki walaupun usianya dah mencecah  63 tahun...Semoga mak cik Nik Haripah ni sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi Allah...
InsyaAllah buat kerja apa pun dengan ikhlas hati kerana Allah.... Allah akan membantu kita didunia dan diakhirat...

Oleh Asmizan Mohd Samiran dan Rohaiza Abdul Rahman
am@hmetro.com.my

CERGAS...Nik Haripah mengemudi sendiri bot yang dipenuhi tong gas.

KUAT...Nik Haripah mengangkat tong gas yang diambil daripada pembekal.

TUMPAT: Seorang wanita warga emas berusia 63 tahun layak digelar ‘nenek perkasa’ apabila masih mampu mengangkat 10 tong gas sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan berulang-alik mengemudi sendiri bot enjin sangkut miliknya dari kediamannya yang dijadikan kedai runcit di Pulau Teluk Ranjuna ke Pengkalan Kok Majid, di sini.

Dengan berbaju kurung dan berkain batik, malah bertubuh kecil, Nik Haripah Othman mengemudi bot untuk 10 minit perjalanan demi mencari rezeki halal bagi mendapatkan pendapatan tambahan selain wang dikirim tujuh anaknya.

Nik Haripah yang mempunyai 10 cucu berkata, dia melakukan pekerjaan itu sejak enam tahun lalu tanpa kekok dan mengakui sihat tanpa sebarang penyakit sehingga kini.

“Tiada apa rahsia diamalkan sehingga saya mampu melakukan pekerjaan itu walaupun berusia 63 tahun. Mungkin sepanjang hidup saya sering makan nasi bersama ulam-ulaman.

“Walaupun ada yang bimbang melihat saya mengemudi bot dengan muatan tong gas, saya sentiasa membaca doa menaiki kenderaan dan dimurahkan rezeki sebelum mengemudi bot. Saya berserah kepada Allah SWT,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurutnya, selain gas yang dijual mendapat permintaan daripada penduduk pulau berdekatan, dia membekalkan gas ke Sekolah Kebangsaan Pulau Beluru, di sini dengan keuntungan RM2.50 bagi setiap tong.

“Memang anak saya menyuruh berhenti melakukan kerja ini kerana bimbang keselamatan saya, tetapi saya minat berniaga dan masih ada tenaga bekerja.

“Lagi pun suami menghidap asma dan tidak boleh melakukan kerja berat. Sekurang-kurangnya, pendapatan ini boleh digunakan untuk membeli keperluan harian,” katanya yang menjaga ibunya, Nik Mariam Nik Hasan, 90, yang uzur.

Nik Haripah berkata, dia pernah berdepan detik cemas apabila tong gas diangkat jatuh ke dalam sungai.

“Dengan doa dan pengalaman dimiliki membuatkan saya terus melakukan pekerjaan ini sehinggalah saya tidak mampu melakukannya.

“Apapun saya berharap ada pihak sudi membantu saya membesarkan perniagaan,” katanya.


Nak tau maklumat lebih lanjut mai masuk sini..(kat gambar).. berminat nak daftar,ada link kat atas ni...jangan dok risau daftar free ja.....

7 comments:

  1. alhamdulillah...subhanallah tertegun tgk kesihatan kurniaan ILAHI buat makcik nie.. kat kpg dulu.. ada juger sorang makcik nie.. umo dah 70++ masih kuat.. siap leh bajak sawah guna tajak lagi..dier meninggal pun bukan as sebab sakit..kata org dlm tidur ajer...apa pun bersyukur ats nikmat ilahi

    ReplyDelete
  2. Alhmdlh..msih kuat lg makcik ni..
    dan dia pun xsia2kan tnga yg dia ade dmi mnyra keluarga..^_^

    ReplyDelete
  3. Bertuah anak2 mak cik ni, ada emak yg gigih utk family diorang..

    ReplyDelete
  4. ada baca gk kt metro, utk lelaki2 muda yg menganggur yg malas keje, malu lah kt makcik nih walaupun dh warga emas tp boleh bt kerja berat mcm nih... betul kan kak, bt apa keje pun kalu ikhlas msti Allah bantu

    ReplyDelete
  5. a`aa..kuatkan dia.
    ada terbaca dlm paper ;D

    ReplyDelete
  6. dasyatnya makcik nih..moga makcik nik terus diberi kesihatan yg baik

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails