Sahabat adalah perisai diri

Monday, November 12, 2012

Perkara2 Yang Menyebabkan Matinya Hati...

Assalamualaikum,
Walau sesibuk mana pun kerja kita diatas dunia ni..,jangan lah sesekali dibiarkan hati kita ni dikuasai oleh syaitan...peliharalah ia dengan sebaik baiknya.. jangan lah biarkan hati ini lemah kelam dan terus mati.... penuhilah ia dengan zikir puji pujian pada Allah semoga hati kita ni sentiasa bersinar dan tak akan boleh didekati oleh iblis dan jugak syaitan...
Sama2 lah kita beringat....


SEBAB HATI MATI

Ibrahim b. Adham sedang berjalan-jalan di negeri Bashrah. Penduduk Bashrah melihatnya segera datang, dan bertanya,

"Ya Ibrahim, mengapa doa kami tidak dimakbulkan, padahal Allah telah berfirman, 'Apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka katakan bahawa aku dekat. Aku memakbulkan doa orang yang berdoa, apabila ia berdoa kepadaKu...'2:186."

Lantas Ibrahim menjawab, "Wahai penduduk Bashrah, hal itu adalah kerana HATI kalian TELAH MATI dengan 10 perkara. Jika begitu, bagaimana ALLAH akan memakbulkan doa kalian?" "Ya Ibrahim, apakah 10 perkara itu?" Tanya penduduk Bashrah....

Kalian kenal ALLAH tetapi tidak menunaikan hak-hakNYA.
Kalian membaca ALQURAN tetapi tidak mengamalkan isi-isinya.
Kalian mengakui cintai RASULULLAH tetapi tidak amalkan sunnahnya.
Kalian mengakui membenci SYAITAN tetapi menuruti ajakannya.
Kalian mengakui ingin masuk SYURGA tetapi tidak memenuhi syarat-syaratnya.
Kalian mengakui ingin selamat dari api NERAKA tetapi kalian menjerumuskan diri ke dalamnya.
Kalian meyakini kepastian KEMATIAN tetapi kalian tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
Kalian sibuk membicarakan KEBURUKAN ORANG tetapi kalian mengabaikan keburukan sendiri.
Kalian MENGUBURKAN orang mati tetapi kalian tidak mengambil pengajaran daripadanya.
Kalian mendapat NIKMAT ALLAH tetapi tidak pernah mensyukurinya.

Dan cara untuk menghidupkan semula hati yang sudah mati
atau cara untuk mengelakkan hati daripada mati ialah dengan
perbanyakkan mengingati ALLAH swt di dalam hati dengan zikirullah atau solat dan ikhlas di dalam setiap amal

wallahhualam...

Sumber

Nak tau maklumat lebih lanjut mai masuk sini..(kat gambar).. berminat nak daftar,ada link kat atas ni...jangan dok risau daftar free ja.....

10 comments:

  1. Sungguh amat indah kata-kata peringatan ini Ros. Kakak muhasabah diri yg serba kekurangan ini. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. THANKZ KAK ROS... NICE INFO...

    ReplyDelete
  3. Betuk k.ros, dengan mengingati Allah, hati akan tenang. Bila hati mati, hitachi , kita tak makan nasihat. Mudah2an kita dijauhkan dr itu semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry Kak ros, mana dtg "hitachi" pulak. Ni le payahnya bila semua jadi pintar. Mcm kita tak reti mengeja pulak, heee

      Delete
  4. semoga hti kite sentiasa suci...sentiasa mengingatinye..

    ReplyDelete
  5. thanks for sharing... insyaAllah cuba elakkan perkara yang tak patut..

    ReplyDelete
  6. Nauzubillah...moga kita tak trgolong dlm golongan yg mati hatinya ni yek..:thanks 4 da reminder...:-)sharing is caring...

    ReplyDelete
  7. semoga kite dpt mengelakkan dr hati mati...thanks kak share...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails