Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, November 27, 2012

Satu Kereta 2 Pemandu....

Assalamualaikum,
Semoga pasangan ni bersama bahagia hingga kehujung nyawa....Susah senang tetap bersama...Sikap  macam ni lah yang patut ada pada setiap pasangan suami isteri kan....
Tolong menolong diantara satu sama lain akan mengeratkan lagi kasih sayang..
Tapiii... kalau boleh tu,baik lah Kakak Asmah ni pi ambik lesen memandu,pasai kerjasama yang depa buat ni amat merbahaya....Kalau Kak Ros laaaa....memang tak jalan lah kereta tu,takut he.he....

KASIH ISTERI...Asmah membantu suaminya, Rajab keluar dari kereta.

KULAIJAYA: Satu kereta dua pemandu. Ia memang cara pemanduan membahayakan, namun itu yang terpaksa dilakukan sepasang suami isteri setiap hari untuk mencari rezeki berikutan masalah kesihatan dialami seorang daripada mereka.

Sejak Jun lalu, Rajab Awang, 64, yang diserang penyakit angin ahmar akan bekerjasama dengan isterinya, Asmah Ghazali, 52, untuk memandu Perodua Kancil milik mereka sejauh lima kilometer dari rumah di Desa Idaman, Senai, dekat sini, ke kilang tempat isterinya bekerja.

Disebabkan bahagian pinggang ke atas Rajab termasuk kedua-dua tangannya tidak mampu berfungsi, dia menggunakan kaki untuk menekan pedal minyak, brek dan klac kereta transmisi manual itu.

Pada masa sama, isterinya yang juga pengawal keselamatan kilang batu-bata duduk di bahagian penumpang hadapan untuk mengawal stereng dan gear kereta.

“Kami terpaksa berbuat demikian kerana saya tidak tahu memandu kereta dan kami tidak cukup duit untuk membayar tambang teksi setiap hari,” katanya.


Nak tau maklumat lebih lanjut mai masuk sini..(kat gambar).. berminat nak daftar,ada link kat atas ni...jangan dok risau daftar free ja.....

5 comments:

  1. ade terbaca kat paper td...bantu membantu kan..

    ReplyDelete
  2. bahaya la kalau terus macam ni... baik maksik tu pi amik lesen... nanti akan merbahaya pada org lain juga

    ReplyDelete
  3. As salam Ros,

    Moga ALLAH pelihara kedua mereka... Nak amik lesen pun perlu duit juga! Moga adalah yg prihatin bantu mereka suami isteri ni... salam perkenalan :))

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails