Sahabat adalah perisai diri

Friday, November 23, 2012

Syukur Alhamdulillah Diatas Kemenangan Hamas...

Assalamualaikum,
Syukur Alhamdulillah...akhirnya doa kita semua dimakbulkan Allah...

Penduduk Gaza gembira
PARA pejuang Hamas berarak bagi meraikan gencatan senjata dengan Israel di kem pelarian Jebaliya, utara Genting Gaza semalam.

BANDAR GAZA, Palestin - Presiden Palestin, Mahmud Abbas menghubungi Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh semalam bagi mengucapkan tahniah di atas 'kemenangan' menentang Israel.

"Dalam satu perbualan telefon, Abbas mengucap tahniah kepada Haniyeh di atas kemenangan Hamas dan takziah buat mereka yang mati syahid," kata satu kenyataan pejabat Haniyeh.

Agensi berita rasmi Palestin, Wafa melaporkan, Abbas menerima panggilan telefon daripada Haniyeh bagi memaklumkan mengenai situasi di Gaza selepas persetujuan gencatan senjata dicapai pada Rabu lalu

"Presiden 'tabik' di atas kesabaran penduduk Palestin ketika menghadapi serangan dan menekankan kepentingan gencatan senjata," lapor Wafa.

Pergerakan Hamas menguasai Gaza manakala Abbas daripada pergerakan Fatah menguasai pentadbiran Tebing Barat di Palestin.

Sementara itu, jalan-jalan raya di Gaza yang lengang ekoran serangan udara dan laut tentera Israel sebelum ini kembali dipenuhi dengan kereta dan orang ramai selepas gencatan senjata tersebut dipersetujui kedua-dua pihak.

Penduduk juga bersorak kegembiraan kerana sempadan Gaza yang ditutup Israel dibuka semula ekoran persetujuan gencatan tersebut.

Para pemimpin Hamas turut mengisytiharkan kemenangan ke atas Israel semalam.

Ribuan penyokong pergerakan itu mengibarkan bendera pada satu perhimpunan pada hari pertama gencatan senjata.

Serangan Israel berlaku selama lapan hari bagi membalas serangan roket para pejuang Palestin.

Haniyeh yang berucap menerusi televisyen meminta para pejuang menghormati gencatan senjata itu.

Gencatan senjata itu diusahakan oleh Presiden Mesir, Mohamed Morsi.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengucapkan terima kasih kepada Morsi kerana peranannya melakukan rundingan gencatan senjata itu.

"Presiden mengucapkan terima kasih kepada Morsi kerana usaha-usahanya untuk mencapai satu gencatan senjata dan disebabkan kepimpinannya dalam rundingan (gencatan senjata)," kata satu kenyataan White
House

.
HANIYEH (kiri) melambaikan tangan ke arah penduduk pada perhimpunan meraikan gencatan senjata di Bandar Gaza.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan beliau menerima cadangan AS supaya memberi peluang terhadap gencatan senjata tersebut dilaksanakan.

Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak menyatakan, Israel telah mencapai semua matlamat ketenteraan semasa serangan selama lapan hari itu.

Beliau juga mengarahkan pihak tentera memantau gencatan tersebut.

Gencatan senjata itu meminta Israel menghentikan semua aktiviti ketenteraan di daratan, laut dan udara termasuk melakukan serangan terhadap individu Palestin.

Serangan roket para pejuang Hamas juga akan dihentikan ekoran gencatan itu.

Israel juga akan membenarkan pergerakan penduduk Palestin dan barang melalui sempadan Gaza berdasarkan persetujuan yang dicapai kedua-dua pihak.

Semasa serangan itu, tentera Israel menyatakan lebih 1,500 sasaran di Gaza telah diserang.

Para pejuang Palestin melancarkan 1,354 serangan roket ke wilayah Israel.

Menurut Kementerian Kesihatan Hamas, seramai 163 penduduk Palestin mati dan 1,235 lagi cedera.

Seramai lima penduduk Israel terbunuh dan 280 lagi cedera.

Sementara itu, Ketua Hamas, Khaled Meshaal menyatakan Israel gagal dalam serangan tersebut.

"Selepas lapan hari, Tuhan menjauhkan tangan mereka daripada penduduk Gaza.

"Semua matlamat Israel menemui kegagalan," katanya. - Agensi


Nak tau maklumat lebih lanjut mai masuk sini..(kat gambar).. berminat nak daftar,ada link kat atas ni...jangan dok risau daftar free ja.....

12 comments:

  1. alhamdulillah..:)

    tak sanggup tgok penderitaan mereka di palestin..

    harapan bukan auta israel..kafir ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Knor,

      Betoi tu Knor...Kak Ros pun berharap macam tu lah jugak..
      Sama2 lah kita berdoa..

      Delete
  2. X SAMPAI ATI TENGOK DEPA NI LAGI2 KANAK2.. SEDIH SGT.. SEMOGA ALLAH LINDUNGI MEREKA...(psst akak nak tanya .. macam mana nak letakkan gambar says macam akak ni.. penat dah try & error tp gambo x kuar2 pun).. ape2 pun saya klik ye kak .. jgn lupa klik kat saya plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Mayang,

      Kak Ros akan menitik air mata setiap kali melihat anak2 kecik yang terkorban...amat menyedihkan..semoga negara depa akan terus bebas dari jajahan Israel laknat nih...

      Yang penting sekali Mayang dah daftar dah ka..?kalau belum,link nak daftar tu ada dekat bawah iklan Says Kak Ros tu..link dekat tulisannya tu...

      Ok..Mayang pi dekat specials ambik mana2 iklan yang Mayang nak..
      Pas tu Mayang klik share,pas tu klik share sekali lagi dia akan sampai dekat macam kita nak post kat dalam facebook tu,kat situ ada gambar kecik ja, Mayang pi kat gambar tu tekan klik mouse yang sebelah kanan,pas tu ambik safe image..

      Lepas tu Mayang pi dekat http://draft.blogger.com.tempat kita nak post artikel kita tu,Mayang cari tempat dekat mana yang Mayang nak letak kan iklan tu..

      Pas tu Mayang klik insert image,cari gambar yang kita safe tadi,dah jumpak klik add selected..pas tu gambar dia akan keluar kat blog kita...

      Dekat gambar dalam Says yang Mayang ambik tadi tu ada link dia,Mayang copy link dia dan linkkan kat gambar yang Mayang dah letak kat dalam blog tadi...Mayang klik gambar tu sampai kelabu,pastu klik link dia..akhir sekali klik ok..

      Mayang try lah..nanti gitau Kak Ros ya boleh ka dak
      InsyaAllah boleh he.he..
      Ya Kak Ros akan klik...

      Delete
    2. tenkiu sesangat kak.. mayang dah faham .. luv u so much .. muah.. muah

      Delete
  3. salam kak ros.....
    moga keamanan ini berkekalan selamanya......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Yans,

      Waalaikumsalam Yans..
      Ya..sama2 lah kita berdoa ya Yans...

      Delete
  4. Replies
    1. Assalamualaikum Rasp,

      Ya...Rasp semoga Allah makbulkan doa kita semua,Aminnn....

      Delete
  5. sembahyang jumaat di masjid pun buat qunut nazilah...doakan saudara2 kita di palestine yang dizalimi pihak zionis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Anim,

      Ya Anim.. mai kita semua sama2 berdoa semoga tak dak lagi kekejaman di bumi Palestin...

      Delete
  6. Perancangan Allah itu lebih hebat dari perancangan zionis

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails