Sahabat adalah perisai diri

Friday, November 2, 2012

Tragedi Jambatan Pulau Pinang...(Video)

Assalamualaikum,
Terkejut Kak Ros baca berita ni pagi ni,kalau orang tak jumpak tayar kereta tu,mungkin tak dak sapa pun perasan lagi yang ada sebijik kereta dah terjunam masuk kedalam laut...Ngeri sungguh,macam mana lah kereta ni boleh terbang kedalam laut....

Oleh Isma Ismail dan Hadzlihady Hassan

ANGKAT... Proton Persona dinaiki Tan yang terjunam ke laut di Jambatan Pulau Pinang diangkat kren, semalam.

GEORGETOWN: Sebiji tayar di tengah jalan yang pada mulanya disangka sampah oleh seorang anggota peronda trafik membawa kepada penemuan tidak diduga apabila ia sebenarnya tayar kereta milik seorang lelaki yang terjunam ke laut di Kilometer 7.9, Jambatan Pulau Pinang, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, anggota terbabit yang melakukan rondaan rutin mulanya menyangka ‘sampah’ itu kemungkinan dibuang pengguna jambatan.

Anggota berkenaan memberhentikan kenderaan untuk mengambil ‘sampah’ itu kerana mahu mengelak sebarang kemalangan yang mungkin berlaku jika dibiarkan di tengah jambatan.

Bagaimanapun, anggota terbabit terkejut apabila mendapati objek disangka sampah itu sebenarnya tayar kereta sebelum dia terlihat kesan serpihan kaca bertaburan atas jambatan.

Anggota polis berkenaan memaklumkan kepada beberapa rakan setugas sebelum mereka terkejut apabila mendapati tiang lampu turut patah dan terjatuh dengan keadaan tergantung dan menjunam ke dalam laut.

 myMetro..Sumber
Oleh ZAKI SALLEH
dan NORAZLINA ISMAIL
berita@kosmo.com.my

ORANG ramai melihat kereta yang terjunam ke dalam laut di Kilometer 7.9 menghala George Town di Jambatan Pulau Pinang sebaik kereta itu diangkat menggunakan kren semalam.

GEORGE TOWN – Seorang lelaki terbunuh apabila kereta yang dipandunya terbabas lalu melanggar penghadang Jambatan Pulau Pinang sebelum melambung dan menjunam ke dalam laut pagi semalam.

Dalam tragedi ngeri pada pukul 3.30 pagi di Kilometer 7.9, mangsa yang terbunuh ialah Tan Kean Loon, 24. Semasa kemalangan, mangsa memandu seorang diri dalam perjalanan dari Seberang Perai menuju ke Pulau Pinang.

Difahamkan, kereta Proton Persona yang dipandu Kean Loon hilang kawalan lalu melanggar tembok penghadang jambatan sebelum melambung kemudian terjunam ke laut.

Kean Loon, anak bongsu daripada tiga beradik dan masih bujang itu dipercayai mati lemas selepas kereta miliknya tenggelam ke dasar laut.

Mangsa yang bekerja sebagai kerani akaun di sebuah kilang perabot di Sungai Bakap tinggal bersama neneknya di Air Itam selepas kedua-dua ibu bapanya berpisah beberapa tahun lalu.

Kejadian hanya disedari pasukan peronda Jambatan Pulau Pinang selepas mereka curiga menjumpai sebiji tayar kereta dengan serpihan bampar depan kereta di tepi jambatan.

Sebatang tiang lampu di kawasan tersebut tumbang ke dalam laut.

Pasukan peronda yang mengesyaki ada kenderaan terjunam ke laut menghubungi polis.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pasukan penyelamat yang disertai polis marin dan pasukan bomba mengambil masa kira-kira tujuh jam sebelum berjaya mengesan lokasi kereta Persona itu terbenam.

“Pasukan penyelamat dapat mengesan kereta itu pada pukul 9.35 pagi iaitu kira-kira 12 meter di dasar laut di Pulau Pinang.

“Kereta tersebut diangkat menggunakan kren pada pukul 12.30 tengah hari dan di dalam kereta itu polis menemui mayat Kean Loon tersepit di tempat duduk pemandu,” kata beliau pada sidang akhbar di pejabatnya di sini.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya.

Abdul Rahim memberitahu, polis masih menyiasat punca kemalangan tetapi tidak menolak kemungkinan tragedi itu berlaku selepas kereta itu dipandu laju.

Kemalangan tersebut menyebabkan jambatan yang menghubungkan Seberang Perai dan Pulau Pinang mengalami kesesakan teruk hampir lima jam.

Ini merupakan kemalangan maut kedua dalam tempoh tidak sampai seminggu di jambatan itu selepas kejadian pada Ahad lalu yang mengorbankan tiga mangsa.

Bagaimanapun, dalam kemalangan sebelum ini, kereta Proton Perdana yang dinaiki mangsa-mangsa tidak terjunam ke laut.

Sementara itu, teman wanita mangsa, Chee Jia Ying, 19, ketika ditemui di HPP berkata, dia ada berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan mangsa beberapa jam sebelum kemalangan tersebut.

Katanya, mangsa memberitahu sudah sampai di rumah neneknya di Air Itam dan mahu tidur kerana keletihan.

“Kean Loon tidak pula beritahu ingin keluar malah tiada apa-apa perubahan pada mangsa,” kata Jia Ying.

Jia Ying memberitahu, dia terkejut apabila dimaklumkan oleh seorang keluarganya bahawa Kean Loon terlibat dalam kemalangan.

Jia Ying dan Kean Loon sudah berkenalan sejak lima tahun lalu.

Bapa saudara Kean Loon yang mahu dikenali sebagi Oon pula berkata, mangsa yang merupakan ejen insurans secara sambilan merupakan seorang yang baik hati.

“Baru dua hari lalu saya membeli polisi insurans dengan Kean Loon. Sepatutnya bulan depan dia ke Genting Highlands untuk menonton persembahan orkestra China di pusat peranginan itu,” ujarnya.

Sumber

Nak tau maklumat lebih lanjut mai masuk sini..(kat gambar).. berminat nak daftar,ada link kat atas ni...jangan dok risau daftar free ja....

16 comments:

  1. Replies
    1. Assalamualaikum Aisy Nasiha,

      EEemmm agaknya masa dia pandu tu dia ngantuk kot...entah la kan..tak tau apa yang sebenarnya telah berlaku kat mangsa ni...

      Delete
  2. nasib baik mereka perasan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum aizamia3,

      Betoi tu aizamia..kalau tidak sapa pun masih tak tau apa yang dah berlaku kat situ...

      Delete
  3. Mesti kereta tu dipandu laju sangat Ros sebab sampai boleh terbang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Kakzakie,

      Rasanya lah kan Kakzakie...kalau tak,tak kan boleh terbang tinggi sampai macam tu...Pengadang jalan tu agak tinggi jugak...

      Delete
  4. Assalamualaikum kak ros......
    ngeri tenguk nahas macam nie......tak dapat nak bayangkan bila mati lemas macam nie kan......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Yan,

      Waalaikumsalam....
      Dalam masa yang terdekat ni,dah 2 kali dah kemalangan berlaku kat atas jambatan ni...termasuk yang ni lah...Rasanya kat atas tu tak boleh pandu laju sangat kot,pasai angin kat atas tu agak kuat,tambahan la ni pulak musim hujan..
      kak Ros pun tak dapat nak bayangkan...

      Delete
  5. Replies
    1. Assalamualaikum MystoryPic,

      Boleh jadi jugak la kan....tak tau lah,boleh jadi jugak ngantok ka,sakit ka,pening ka,pandu laju sangat ka,jalan lincin ka...semuanya berkemungkinan berlaku kan...
      Ngeri sungguh Kak Ros tengok...

      Delete
  6. Itu la kak ros..
    semalam kat radio dengar2 pasal berita ni..
    malam tadi tengok dlm buletin utama..
    siap bertali pinggang lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum JassNaNi,

      Tu la..dah sampai masa dia dah kan JassNaNi....Kemarin Kak Ros pun ada dengar2 macam tu aja..,pagi ni barulah baca berita ni sepenuhnya.....

      Delete
  7. Replies
    1. Assalamualaikum atty,

      Tu laaaa...kalau tidak,tak tau la bila orang nak jumpak kan atty...

      Delete
  8. Replies
    1. Assalamualaikum Nurul Husna,

      Ya betoi tu Nurul Husna...dan yang penting jangan sesekali lupa,mesti kena sentiasa ingatkan Allah...

      Delete

Related Posts with Thumbnails