Sahabat adalah perisai diri

Friday, December 7, 2012

Laluan Bahaya....

Assalamualaikum,
Ishhhh....bahaya sungguh nih...harap2 tu dapatlah dibaiki segera sebelum ada berlakunya benda2 yang tak diingini...sebabnya itulah satu2nya laluan utama bagi orang2 kat situ kan....

Oleh IKHWAN IDERIS
ikhwan.ideris@kosmo.com.my

BAHAYA... Beberapa kanak-kanak bermain di kerangka besi di kawasan bekas jambatan pejalan kaki dan motosikal di Gombak semalam.

GOMBAK - Ribuan penduduk di sekitar Kampung Nakhoda dan Kampung Wira Damai di sini terpaksa menanggung risiko menyeberangi Sungai Gombak menggunakan kerangka besi setiap hari untuk menjalankan urusan seharian.

Kerangka besi itu pada asalnya jambatan kecil untuk laluan motosikal dan pejalan kaki tetapi hanya tinggal rangkanya sahaja selepas dihanyutkan oleh air sungai semasa banjir kilat yang berlaku akibat hujan lebat pada minggu lepas.

Bagaimanapun, ia masih digunakan oleh penduduk untuk menyeberang kerana ia menjadi laluan utama penduduk kedua-dua kampung selain jalan pintas penduduk ke perhentian bas ke berhampiran.

Wakil peniaga Gerai Majlis Perbandaran Selayang di Wira Damai, Tuan Jawawi Tuan Sulaiman, 48, berkata, ribuan penduduk menggunakan laluan tersebut setiap hari untuk pelbagai tujuan tetapi kini berdepan dengan bahaya.

"Orang ramai masih mengambil risiko guna bekas jambatan ini kerana ia jalan alternatif terletak lebih satu kilometer dan ia menyukarkan orang ramai terutama pejalan kaki," katanya di sini semalam.

Sumber

Nak tau maklumat lebih lanjut mai masuk sini..(kat gambar).. berminat nak daftar,ada link kat atas ni...jangan dok risau daftar free ja.....

5 comments:

  1. jgnlah sampai tunggu ada yg mati baru nak ambil tindakan buat jambatan baru.Harap dptlah pihak2 tertentu buat sesuatu utk penduduk disitu.risau tgk budak2 tu.

    ReplyDelete
  2. cepat2 la bina semula jambatan tu...risau tgk ada gak yg jatuh dlm air kang.

    ReplyDelete
  3. Cepat buat aduan sementara nak PRU kalau tak lagi lama mereka nak memperbaikinya.

    ReplyDelete
  4. salam ukhwah..

    bahayanye jambatan macam tu ..
    perlu pihak berwajib ambil tindakan ni..
    bahaya kepada penduduk
    terutama kepada anak-anak kecil & orang-orang tua..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails