Sahabat adalah perisai diri

Friday, December 21, 2012

Motivasi Diri...

Assalamualaikum,
Semoga sihat2 lah semuanya ya.....hari ni Kak Ros nak kongsikan dengan semua saudara2 Kak Ros sikit mutiara kata dan ayat-ayat motivasi yang mungkin mampu untuk bantu menaikkan semangat kita hari ni untuk berkerja,menghadapi dan mengharungi hidup kita seharian...

Ehsan Google he.he...
Ayat Motivasi dan Mutiara Kata

1.Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – Hukama

2.Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab

3.Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

4.Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. – Richard Brinsley Sheridan

5..Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. – Voltaire

6.Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.

7.Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang.

8.Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.

9.Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji…

10.Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.

11.Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.

12.Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah – Ali imran : 159

13.Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

14.Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.


11 comments:

  1. salam kak ros..
    terima kongsi kata-kata ni..
    (^_~)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum
    3, 8, 9, 11 & 12,
    akan saya print & tampal di bilik anak. Tq Ros

    ReplyDelete
  3. salam kak ros....
    semangat2.....motivat yang bagus....

    ReplyDelete
  4. no.7 tu kak ros, selalu kita lupa

    ReplyDelete
  5. Tq kak ros..kadang-kadang kata-kata semangat ni memang perlu untuk beri kekuatan kan...especially masa-masa down!!!

    ReplyDelete
  6. ehem kata2 semangat perlu utk meneruskan kehidupan.. ;)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails