Sahabat adalah perisai diri

Monday, December 3, 2012

Parah Kena Tembakan...

Assalamualaikum,
Kalau betoi lah apa yang Kak Ros baca ni...memang tak berbaloi langsung lah kan..bukannya dia buat salah apa pun..hanya kerana cuba pi meleraikan pergaduhan orang ja dia dapat 4 das tembakan....ishhhh.....macam tak dak undang2 langsung kan,senang2 dan ikut suka2 depa ja nak cederakan orang...dah lebih kurang macam orang2 israel dah ni...tembak orang ikut suka hati depa ja....
Semoga Wek Shu ni cepat sembuh....

WEK SHU yang parah menerima rawatan di Hospital Pakar Johor semalam.

JOHOR BAHRU - Berpantang maut sebelum ajal.
Itu yang berlaku kepada seorang juruwang di sebuah kafe siber, Lew Wek Shu, 37, yang terselamat walaupun terkena empat das tembakan ketika cuba meleraikan pergaduhan dua kumpulan lelaki di Jalan Johar 4, Taman Desa Cemerlang di sini kelmarin.

Menceritakan semula kejadian pukul 10.15 malam itu, Wek Shu berkata, ketika itu dia yang sedang bekerja telah mendengar satu pertengkaran di tepi jalan berdekatan dengan premis tempatnya bekerja.

Tidak tahan mendengar pertengkaran tersebut yang berlarutan hampir setengah jam, dia memberanikan diri untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan pertikaian tersebut.

Bagaimanapun, niat baik lelaki tersebut tidak disenangi apabila dia dimarahi dan dihamburkan dengan kata-kata yang tidak sedap didengar.

"Disebabkan tak mahu panjangkan cerita, saya terus beredar dan tanpa saya sangka salah seorang ahli kumpulan itu melepaskan tembakan dan terkena di bahagian belakang badan saya.

"Seingat saya, selepas itu beberapa das tembakan dilepaskan lagi dan entah dari mana kekuatan saya dapat, saya berlari dan sempat duduk di kerusi.

"Ketika itu, saya lihat badan saya mula berlumuran darah dan anggota badan saya mula rasa sangat sakit sebelum saya jatuh pengsan," katanya ketika ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pakar Johor (HPJ) di sini semalam.

Empat tembakan terkena bahu kanan dan kiri, dada selain di bahagian belakang badan Wek Shu sementara lengannya mengalami sedikit kecederaan.

Sumber

Nak tau maklumat lebih lanjut mai masuk sini..(kat gambar).. berminat nak daftar,ada link kat atas ni...jangan dok risau daftar free ja.....

12 comments:

  1. Jahat giler orang sekarang... makin takut le org nak membantu nanti.. psst: kak ros kelik sudah..

    ReplyDelete
  2. Niat yang baik menyebabkan dia menjadi mangsa.. Sungguh menakutkan..

    ReplyDelete
  3. tepatlah peribahasa melayu.."malang tu tak berbau" kak ros..

    ReplyDelete
  4. org skang ni nyawa manusia tu mcm xde mkna kt diaorg...mcm2 le skang.

    ReplyDelete
  5. Salam kak ROS......
    dulu kes2 macam nie kita tenguk kat luar negara je.....sekarang dah menular kat negara kita pula....hissss....takut betul dunia sekarang nie ye.....

    ReplyDelete
  6. Kat Malaysia sekarang pun dah tak selamat dah... kalau nasib tak baik, kita terlibat sekali

    ReplyDelete
  7. ehem..budaya samseng semakin menular dimalaysia.. :(

    ReplyDelete
  8. Salam kenal….dan I follow sekali
    U in my bloglist
    Hanif blog bloglist
    Check It Out!!!!
    Check blog anda berdasarkan bloglist abjad
    Every week saya datang melawat tapi dengan syarat always updated blog..hahahha

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails