Sahabat adalah perisai diri

Thursday, December 13, 2012

Persediaan Beijing Untuk Hadapi Hari Kiamat...

Assalamualaikum,
Macam2 pemikiran setiap manusia bebilang bangsa dan berbagai agama ni kan....
Bagi kita semua umat islam, manalah kita boleh percaya dengan benda2 lagu ni semua....Kiamat ni manalah kita boleh tau bila ianya nak terjadi kan..Macammana bencananya pun kita tak boleh nak bayangkan....ni semuanya adalah kuasa Allah SWT hanya Dia saja yang mengetahuinya.....
Kalau dah dinamakan kiamat tu... satu benda apa pun kat atas dunia ni tak akan selamat dah..,akan musnah dan hancur semuanya....


BOLA GERGASI...Liu membina ‘Bahtera Noh’ dilengkapi pelbagai keperluan.

BEIJING: Berdasarkan kalendar Mayan, kiamat akan berlaku 10 hari lagi.

Berikutan itu, sesetengah pihak yang percaya kepada ramalan itu cuba mencari jalan untuk menghadapi bencana berkenaan. Seorang petani di China percaya, dia mampu menghadapi sebarang malapetaka selepas membina tujuh ‘bola gergasi’ yang mampu menyelamatkannya dalam keadaan darurat. Liu Qiyuan menyiapkan alat itu yang digelar ‘Bahtera Noh’ menggunakan gentian kaca selepas mendapat ilham daripada filem Hollywood, 2012.

Kata Liu, dia membina Bahtera Noh itu di halaman rumahnya di Qiantun, Hebei menggunakan rangka besi.

“Alat ini boleh dijadikan tempat berlindung ketika berlaku bencana alam seperti tsunami atau taufan,” katanya.

Liu mencipta Kapal Noh itu supaya boleh terapung di atas air serta dilengkapi pendayung. Turut dipasang, pelbagai bentuk tangki oksigen, tali keledar serta ruang yang mencukupi untuk 14 orang.

Kata Liu, Kapal Noh itu dibina dengan teliti supaya kedudukannya stabil ketika terapung di atas air. “Saya harap ciptaan ini dipelajari pihak yang berkenaan, termasuk jabatan kerajaan serta pertubuhan antarabangsa supaya boleh digunakan ketika sesuatu tempat dilanda tsunami atau gempa bumi,” katanya. Walaupun boleh terapung, ciptaan Liu itu agak berat dan empat lelaki dewasa diperlukan untuk menggerakkannya.

Awal tahun ini, seorang ahli perniagaan China, Yang Zongfu mendedahkan alat keselamatannya bagi menghadapi bencana alam bernilai hampir RM740,000.

Menurut Yang, alat bulat berwarna oren itu mempunyai ‘simpanan dan penyambung hidup’ mencukupi untuk satu keluarga tiga orang selama 10 bulan. - DM


14 comments:

  1. mcm2 kan... cumenyer mereka silap, bila dh kiamat takde apa lg yg tinggal...

    ReplyDelete
  2. utk guna masa bncana alam mgkin bole..tp kiamat..mmg tak la

    ReplyDelete
  3. kreatifnya bahtera merdekanya tuh..

    ReplyDelete
  4. meraka merancang tapi Allah yg tentukan

    ReplyDelete
  5. salam kenal...

    Oh kuat berusahalah diorang ni

    ReplyDelete
  6. Salam ros,

    Macam2 kan!!!. Berdetak hati kita percaya perkara-perkara ramalan macam ni, bergoyang akidah kita yer.

    ReplyDelete
  7. salam kak ros..

    bile kiamat jadi takde ape yg dapat menyelamatkan kite kan..:)

    ReplyDelete
  8. assalam..hanya Allah yg mengetahui segala2nya..siapa kita utk menghalang ketentuannya..

    ReplyDelete
  9. maknanya dia tahulah kisah bahtera Noh tukan..hebat2..
    kak suka sgt tgok gelagat mereka dlm rancangan doomsday preppers.mcm2 gelagat ada.

    beruntung kita ni di lahirkan dlm agama Islam sekurang2nya kita tahu apa itu kiamat..macam mana nti keadaannya mmg tak terbayang.

    ReplyDelete
  10. nak tergelak pulak..biarlah deh..cuma nak tanya jer..kalau tenggelam dalam lumpur bawah 10 kaki agak2 boleh selamat tak..hihi

    ReplyDelete
  11. salam kenal tuan rumah...
    hai mcm2 kepercayaan...ada yg beli stok makanan pun ada ,kan...

    ReplyDelete
  12. As salam..

    Oh Bahtera Noh...Hmm..macam-macam..Kalau dah Kiamat apa benda pun dah tak boleh dijadikan penyelamat..hehe...

    ReplyDelete
  13. diorg buat persediaan utk kiamat.. kita??? hmm..

    slm knl..

    jejak > baca > follow:)
    http://myfirdz-trulylove.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails