Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, December 18, 2012

Pokok Besar Menghempap Rumah...

Assalamualaikum,
Tudia aihhh...besarnya pokok yang menghempap dapur rumah Nahatul Shima ni...Kesian...dah la susah nak menaggung anak2 yang ramai...kini rumah depa pulak musnah.
Tak pa lah..bersabarlah banyak2,ini semuanya dugaan dan ujian dari Allah,mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi.
Syukur pada Allah semua anak2nya selamat...Semoga Allah melindungi keluarga Nahatul Shima..Semoga lepas ni depa akan mendapat kehidupan yang lebih baik...

NAHATUL SHIMA (kanan) melihat pokok besar yang menghempap rumahnya di Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Seorang ibu tunggal terpaksa menerima hakikat apabila sebahagian besar daripada rumahnya runtuh dihempap sebatang pokok jati di Kampung Wakaf Mek Zainab di sini petang kelmarin.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 5.30 petang ketika hujan renyai-renyai yang menyebabkan pokok itu menghempap rumah berkenaan sehingga merosakkan keseluruhan dapur.

Lebih menyedihkan, ibu tunggal berkenaan, Nahatul Shima Seman, 43, hilang punca pendapatan apabila segala peralatan untuk membuat kuih yang terletak di dapur rumahnya itu turut tidak dapat diselamatkan.

Nahatul Shima berkata, semasa kejadian, dia tidak ada di rumah kerana keluar untuk membeli barang untuk membuat kuih di kedai runcit berhampiran rumahnya.

Menurutnya, kejadian tersebut diketahuinya selepas mendapat panggilan daripada anak keempatnya, Nur Izzatul Farisya Zaidi, 11, yang memaklumkan rumah mereka telah dihempap pokok.

"Terkejut dengan perkhabaran itu saya terus bergegas pulang untuk melihat sendiri apa yang telah berlaku. Sampai di rumah saya dapati seluruh dapur rumah telah musnah.

"Walaupun dapur rumah saya musnah namun saya tetap bersyukur kerana semua anak-anak saya selamat kerana semasa kejadian, mereka semua berada di rumah ibu saya yang terletak berhampiran," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sumber

10 comments:

  1. kesian nyer... seram lak pokok beso2 gini... bahaya time2 ujan angin kuat

    ReplyDelete
  2. kesiannya.... sib baik tiada yg cedera....

    ReplyDelete
  3. bapakkk besarrr pokok ni...lepas ni mesti dh boleh tarik nafas lega nak2 time angin kuat..

    ReplyDelete
  4. rumahnya dekat sangat dgn pokok tu.... mudah2xan dipermudahkan segalanya... sian lak tgk gambar tu....

    ReplyDelete
  5. kesiannya,,dah la ibu tunggal...tp syurkur anak2 masi slamat...

    ReplyDelete
  6. malang memang tak berbau... ini semua dugaan Allah... ada hikmah disebaliknya

    ReplyDelete
  7. Besarnya....!!!!! Nasib baik tak de yang cedera....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails