Sahabat adalah perisai diri

Thursday, December 6, 2012

Sekadar Renungan... Semoga Bermanfaat..

Assalamualaikum,
Sekadar renungan buat kita semua kaum hawa nih he.he......

Selalunya lah....orang lelaki ni..bila depa nak cari isteri..,depa amat suka dan mudah tertarik dengan perempuan yang bersikap keibuan,lemah lembut,mengambil berat dan jugak penuh dengan kasih sayang....Sikap2 macam ni lah yang mampu membuatkan diri depa merasa tenteram dan tenang ketika depa sedang menghadapi gelisah,cemas dan jugak tertekan...
Mai kita baca kat bawah ni sikap2 yang patut ada dekat wanita dan yang menjadi idaman setiap orang lelaki...


Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Lelaki suka dihargai,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.

Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.


Nak tau maklumat lebih lanjut mai masuk sini..(kat gambar).. berminat nak daftar,ada link kat atas ni...jangan dok risau daftar free ja.....

14 comments:

  1. ups! rasanya angah berjodoh ngan che din pun dia tesangkut kat angah sebab angah bersikap keanak-anakan kot...:D

    ReplyDelete
  2. memang pun kak Ros....semua yang kak Ros kata tu betol....lelaki boleh cair punya dengar sikap wanita yang tersebut di atas tu.....

    ReplyDelete
  3. Lelaki mmg perlu pilih isteri betul2...jgn tgk rupa aje.. Tp lelaki pun kenalah ada sifat yg baik sama..

    ReplyDelete
  4. setuju pendapat ni, tak kira perempuan atau lelaki kena berhati-hati memilih calon untuk pasangan hidup..

    ReplyDelete
  5. saya le antara wanita itu.. huhuhu ala2 malu2 manja ... hehehheh

    ReplyDelete
  6. betul tu sis...
    setiap wanita harus ada sedikit sebanyak dari kriteria tu....
    lagi pun nak kawin kan, jodoh hingga akhir hayat tu...
    tak kan main tangkap muat jer.....

    ReplyDelete
  7. Tapi apa-apa pun mesti mula-mula tengok muka cantik ke tidak. Bila dah tertarik baru melihat kriteria yg lain. Itu yg kadang cantik-cantik pun putus cinta sebab tak memenuhi kriteria di atas.

    ReplyDelete
  8. pucuk pangkal nyer hati... hehehe..

    ReplyDelete
  9. salam sis ros
    Waalaikumsalam sis
    Pd tirana aduka setuju dgn pendapat kak zakie tapi kan kalau dah jodoh.cantik tak cantik no2...

    Thanks sis ros sudi singgah.

    ReplyDelete
  10. yg penting hati....da lengkap pon kdg2 bile da kawin tiada persefahaman...x best jgk kan...lelaki nak the best women...but the women?memilih x?

    ReplyDelete
  11. wah bagus ni....dok fikir ada ke semua ciri2 tu kat diri sendiri...huhuu

    ReplyDelete
  12. assalam ros..thanks atas perkongsian ini..ehem kat mana kita berada ek?..yg buat hb suka kat kita..he2x..

    ReplyDelete
  13. menghormati diri sendiri baru yg lain terpancar.
    in shaa ALLAH..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails