Sahabat adalah perisai diri

Monday, December 17, 2012

Tangkap Ikan Dapat Buaya...

Assalamualaikum,
Ishhh...bahayanya,mujurlah buaya tu tak mengganas..


SARATOK: Sangkaan seorang nelayan dia menangkap ikan besar ketika menarik jaring dipasang di Sungai Krian, di sini, kelmarin meleset sebaliknya dikejutkan dengan kelibat seekor buaya sepanjang kira-kira 2.5 meter.

Zipni Jali, 42, berkata, ketika menarik jaringnya dengan dibantu anaknya, Faizal, 18, dia terasa sesuatu yang berat tersangkut pada peralatan menangkap ikan itu.

Katanya, pada mulanya dia menyangka ikan besar tersangkut pada jaring, namun terkejut apabila melihat seekor buaya katak terjerat dalam jaring berkenaan. “Saya amat terkejut kerana sepanjang umur hidup ini pertama kali buaya terjerat dalam jaring yang saya pasang,” katanya ketika ditemui.

Menurut Zipni, Sungai Krian menjadi lubuk buaya terutama di sekitar Tanjung Kelimah namun setakat ini belum ada kes serangan ke atas penduduk dilaporkan.

Ketika ditanya apa yang dilakukan kepada buaya itu, Zipni berkata, buaya yang masih hidup itu dilepaskan sejurus jaring yang tersangkut pada mulut buaya itu dilucutkan.

“Saya tidak tahu apa lagi yang harus dilakukan dan saya tidak membunuhnya kerana saya percaya reptilia ini bersifat pendendam,” katanya.

11 comments:

  1. Nasib baik tak jadi apa-apa kan Ros. bayangkan kalau sebaik dilepaskan dia terkam balik macam mana.

    ReplyDelete
  2. hambek ... adoila nasib nyawa panjang lagi.. kalau di ngap ... adoila.. mungkin depa dah biasa kot.. tengok siap peluk lagi boya tu...eeeeeeww

    ReplyDelete
  3. mak aih....ei...takutla cheqna..
    diorang ni dah biasa kot ngan reptilia ini..kalau cheqna???harus pengsan ni

    ReplyDelete
  4. kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
    semoga menjadi semangat .. :)
    Saat terjatuh, jangan lupa bahwa engkau pernah berdiri;Saat berduka,jangan lupa bahwa engkau pernah bahagia.Bangunlah,kamu pasti bisa.

    ReplyDelete
  5. salam sis ros
    Uiks..lain pulak yg dpt.!

    ReplyDelete
  6. Adoi..so scary..besarnya..bahya ni..

    ReplyDelete
  7. Salam ziarah... Timekasih sbb sudi jenguk blog saya ^^

    ReplyDelete
  8. Kak, tengok buaya dalam zoo pun rasa cemas, ini pulak depan mata!

    ReplyDelete
  9. buaya dan sarawak mmg sinonim.
    ada yg makan buaya tau!eeuuu

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails