Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, January 31, 2012

Tip penjagaan kaki dan lutut.....


Salam,
Kaki ni amat penting buat kita semua, terutama sekali di bahagian kaki ngan lutut adalah antara anggota badan yang selalu dok kena dera tanpa kita disedari.... Kita menggunakan kaki sepenuhnya sama ada untuk berjalan, berlari, bersukan dan juga bergaya dengan kasut tumit tinggi tanpa bagi peluang langsung untuk ia ´berehat´.....

Kita selalu terlupa, seperti anggota lain , kaki dan lutut jugak perlukan penjagaan.... Malangnya bila dah berasa sakit tu, barulah kita nak mula bagi perhatian, yang kadang-kadang tu dah terlewat dah pun akibat keadaan kaki yang dah menjadi teruk......

Terdapat beberapa sebab yang mengakibatkan kesakitan kat kaki ngan lutut ni.... Bagaimanapun, di kalangan pakar ortopedik mengatakan bahawa masalah kaki ngan lutut ni tidak hanya berlaku kat golongan orang tua2 saja......

Antara penyebab masalah pada kaki ngan lutut ni termasuklah kecederaan kat otot akibat aktiviti sukan atau pun kemalangan, osteoarthritis yang melibatkan hakisan tulang rawan atau terdapat ketumbuhan kat lutut....

Sekiranya seseorang itu aktif bersukan, ia mungkin akan mengalami sakit lutut pada usia muda. Manakala bagi wanita bekerja atau suri rumah sepenuhnya, sakit lutut biasanya akan menyerang ketika depa berusia lingkungan 40-an. Bagaimanapun, serangan sakit kaki ngan lutut ini berbeza-beza, bergantung kepada pelbagai faktor termasuk jenis aktiviti harian, usia, pemakanan atau gaya hidup seseorang tu.....

Sakit kaki ngan lutut ni selalunya ia lebih banyak menyerang kaum wanita pasai tulang punggung wanita lebih lebar daripada lelaki. Tulang punggung yang lebar menyebabkan lebih tekanan pada otot peha bahagian dalam.....

Tekanan ini akan memberi kesan kat bahagian tempurung lutut dan kalau ia berlaku dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan otot-otot di sekitar lutut membengkak.....

Pergerakan masa kita dok buat kerja-kerja menguruskan rumah tangga boleh jugak memberi kesan kalau kita dok buat terus tak berenti.... Membongkok dan mencangkung selalunya akan bagi tekanan yang berlebihan kat bahagian lutut.....bahaya ni....

Selain dari itu.... berat badan yang berlebihan jugak boleh menjadi penyumbang kuat kat sakit kaki ngan lutut ni.......Pasai bahagian kaki ngan lutut ni terpaksa menanggung berat keseluruhan badan dan kaki lah sebagai bahagian paling bawah akan terima bebanan yang paling banyak. Satu lagi masalah yang boleh menimbulkan masalah kat kaki ngan lutut ni, ialah tapak kaki yang rata atau tidak berlekuk......

Kat bawah ni ada Kak Ros letakkan sikit tip macam mana kita nak jaga kaki kita ni.....

Antara tips untuk menghindari sakit kaki ngan lutut ialah:

1. Sekiranya tugas yang dilakukan memerlukan anda banyak berdiri, 
    elakkan daripada berdiri tegak sepanjang masa.. Bengkokkan lutut 
    berselang seli antara kedua-dua kaki   supaya bebanan berat badan
    dapat diseimbangkan antara kedua-dua kaki..

2. Pastikan lutut dan kaki dalam keadaan selesa setiap kali duduk. 

3. Sekiranya lutut anda sakit, letakkan bantal di bawah pelipat kaki
    apabila tidur telentang supaya tidak berlaku ketegangan pada otot
    lutut ketika tidur.

4. Jangan mencangkung atau bertinggung ketika melakukan kerja. 
    Duduk di atas bangku rendah supaya dapat melakukan tugas dengan selesa.

5. Elakkan daripada berada dalam posisi yang sama lebih daripada 30 minit.
6. Sekiranya lutut sakit, jangan terlalu rajin berjalan jauh, ia akan hanya 
    memburukkan lagi keadaan.

7. Hentikan sebarang senaman atau aktiviti yang dilakukan sekiranya terasa
    lutut anda sakit.

8. Tuam dengan air batu atau air panas bagi mengurangkan kesakitan.
    Air batu berkesan untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak,
    manakala air panas boleh mengurangkan ketegangan pada otot.



Monday, January 30, 2012

Macam macam la.........

Salam,
Tengok la ...macam2 ragam manusia ni kan....?ada yang tak sayangkan nyawa sendiri,ada yang bahayakan nyawa orang lain,ada yang terlebih kreatif dan macam2 lagi lah yang dok ada tu......

 Bahaya nih....

 Agak2 la nak bawak barang tu....

 Kreatifnya cara dia parking ni.....

 La...macam ni pun ada........

 Agak2 sapa dulu yang nak dapat ikan ni......

 Kesian.....sapa la mak pak budak ni......

la....awat ceredik sangat ni.....tak boleh buat sukan macam lain dah ka.......

Saturday, January 28, 2012

Bina keberanian dalam diri anak2.....

Salam,
Banyak Kak Ros dok tengok anak2 yang tak tak dak keyakinan diri,keberanian dan tak boleh hidup berdikari...Tak boleh nak salah kan depa jugak...kadang2 tu kita sendiri yang buat depa jadi macam tu...Sapa yang tak sayangkan anak kan....?
Kak Ros ada tengok satu video,anak dia kecik lagi,Kak Ros rasa baru 5 atau 6 bulan macam tu lah...dia nak ajar anak dia berenang,dia pun ada sama la kat dalam kolam renang tu,tapi bayang kan lah anak yang sekecik tu dia biar tenggelam kat dalam air....Kak Ros tengok kesian sungguh,tapi dengan usaha budak tu sendiri dia boleh timbul.....akhirnya Kak Ros tengok dia jatuh kat dalam kolam,dia boleh kalih dan apung diri dia sendiri...
Bila Kak Ros pikir2 balik,...ini lah kasih sayang yang sebenar benarnya untuk anak2 kita ni kan........bukannya sayang tapi tak bagi depa buat apa2 pun...nanti pasti akan menyusahklan diri depa balik....

Kat bawah ni ada sikit tip macam mana nak bagi anak2 kita ni ada keberanian dan keyakinan diri...mailah  kita sama2 baca untuk menambahkan lagi pengetahuan kita semua.... 



Oleh Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamaddrasmadi@maptraining.com.my
Anak-anak yang berjaya di sekolah sama ada dalam pelajaran atau ko kurikulum adalah mereka yang ada keberanian.

Berani mencapai kecemerlangan, bercakap di depan orang ramai, bergaul, bertanya apabila tidak faham, menjadi ketua, memegang jawatan, mewakili kelas atau sekolah.

Apabila anak-anak menunjukkan keberanian, mereka akan diberikan pelbagai peluang. Mereka yang aktif di alam persekolahan adalah kerana mereka berani untuk membabitkan diri dalam kelas serta program sekolah.

Keberanian membolehkan mereka mendapat pelbagai anugerah dan pengiktirafan. Ini membantu anak-anak di alam dewasa nanti.

Bayangkanlah, ketika anak orang lain boleh berdikari, anak kita hendak bertanya sesuatu pada cikgu pun masih minta orang lain temankan.

Ketika anak orang lain berani ikuti program perkemahan, anak kita enggan turut serta sebab tiada kawan.

Sebab itulah anak-anak perlu ditanam dengan sifat berani pada usia muda. Berani bukanlah sesuatu yang hadir ketika lahir sebaliknya bergantung kepada cara ibu bapa mendidik dan membesarkan anak-anak.

Kita tidak mahu anak-anak berani tidak bertempat lalu dia melawan dan biadap dengan guru, merempit dan menyertai lumba haram, mencuri atau bergaduh.

Berikut adalah beberapa tip boleh dilakukan ibu bapa bagi menjadikan anak-anak seorang yang berani:

1. Usah cepat membantu anak dalam pelbagai perkara.

Setiap ibu bapa sayangkan anak-anaknya tetapi usah jadikan rasa sayang sebagai alasan untuk cepat
membantu mereka.

Bukanlah salah membantu anak-anak tetapi ada ketikanya anak-anak perlu mencuba dan melakukan kesilapan.

Daripada kesalahan dan kesilapan inilah mereka belajar. Ketika anak masih bayi, apabila dia mula pandai berjalan maka dia mula belajar naik tangga.

Biasanya ibu bapa akan terus dukung anaknya dan bawa naik ke tingkat atas sebab takut anak jatuh. Ibu bapa yang prihatin sebaliknya akan mengawasi dan membiarkan anak-anaknya menapak satu anak tangga ke anak tangga yang lain. Dari situ anak itu belajar.

2. Biarkan anak dimarahi guru apabila mereka melakukan kesalahan.

Ada ibu bapa yang sanggup menghantar buku latihan anaknya semula ke sekolah kerana bimbang anaknya dimarahi guru atau didenda.

Mungkin jika itu kesalahannya yang pertama, kita hulurkan bantuan dengan menghantar buku itu ke sekolah tetapi bagaimana jika masalah yang sama dilakukan si anak? Bermakna anak kita membentuk satu tabiat tidak bertanggung jawab.

Oleh itu, biarkan anak dimarahi dan didenda gurunya. Dari situ, dia belajar dan menjadi seorang yang berani menerima kesalahan dan berhadapan dengan risiko. Ibu bapa usah campur tangan.

3. Berikan anak-anak peluang bergaul.

 Dunia internet hari ini meluaskan pergaulan anak-anak. Mereka boleh kenal sesiapa melalui laman sembang, facebook dan twitter.

Namun, pergaulan bentuk ini tidak sama seperti pergaulan secara langsung. Anak-anak tidak boleh dikurung di rumah dan dihalang daripada keluar bersosial. Biarlah anak berkawan asalkan kita tahu siapa rakannya, ibu bapa mereka, aktiviti yang dilakukan serta lokasi pertemuannya.

Pada masa sama lakukan pemantauan sebab kita tidak mahu anak-anak terbabit
dengan aktiviti tidak sihat.

4. Dedah anak-anak dengan aktiviti lasak.

Aktiviti lasak seperti ‘flying fox’, panjat dinding batu, berkuda, memanah dan berenang dapat meningkatkan keberanian dalam diri anak.

Bayangkan di barat ada aktiviti ‘bungee jumping’. Aktiviti ini memerlukan kaki kita diikat dan kemudian terjun dari satu kedudukan yang tinggi langsung ke bawah. Pasti menakutkan dan menggerunkan.

Tetapi, apabila selesai mencuba, pastilah keberanian diri meningkat. Sebenarnya banyak lagi aktitivi yang boleh dilakukan bagi menguji keberanian anak-anak. Misalnya adakah anak kita berani naik ‘roller coaster’ atau sentiasa mengelak.
Jadikanlah anak kita seorang yang lasak dan berani kerana ia penting dalam pembentukan jati diri mereka.

5. Bawa anak ke majlis orang dewasa.

Berikan anak-anak bergaul dengan orang tua atau mereka yang lebih dewasa daripada usianya.
Berikan dia ruang bertanya dan bercerita.
Pengalaman ini akan menjadikan dia seorang yang berani berdepan dengan orang ramai nanti.

Ada ibu bapa yang masih berpegang pada kepercayaan bahawa membawa anak-anak ke majlis orang tua sebagai kurang adab.

Kita tengoklah apa bentuk majlisnya itu. Memang ada yang tidak sesuai di bawa anak. Tetapi jika majlis menyambut bayi, hari lahir, kenduri atau perkahwinan, bawalah mereka.

6. Latih anak mengambil risiko. 

Anak-anak perlu dilatih agar berani mengambil risiko. Ini bukan bermakna mereka melakukan sesuatu pekerjaan secara membuta tuli.
Ada bezanya melakukan kerja bahaya dengan kerja berisiko.

Memanjat pokok itu kerja berisiko tetapi jika bergayut di dahan tinggi tanpa sebarang langkah keselamatan, itu kerja berbahaya.

Begitu juga memberi peluang anak remaja belajar membawa motosikal itu kerja berisiko tetapi membiarkannya membawa motosikal tanpa memakai topi keledar dan memecut laju itu kerja berbahaya.

7. Bercakap secara positif.

Bagi menanamkan keberanian dalam diri anak, ibu bapa perlu bercakap secara positif dan sentiasa menunjukkan pada anak kita yakin serta percaya akan kebolehan dirinya.

Anak-anak juga perlu tahu dan sedar yang ibu bapanya bersedia menerima kekurangan, kesalahan dan kesilapan mereka dengan hati yang terbuka asalkan belajar sesuatu dari pengalaman itu.

Sifat terbuka ibu bapa penting bagi menjadikan anak-anaknya seorang yang berani mencuba dan bertindak.
Sebenarnya, sifat berani itu boleh dididik.

Dalam program Motivasi Alihan Pelajar, anak-anak dilatih berani tampil di pentas dan bercakap di khalayak ramai hinggakan ada ibu bapa yang menitiskan air mata terharu melihat perubahan anaknya.
Tetapi, ibu bapa perlu berkorban sedikit bagi memastikan anak-anaknya lebih berani selepas ini.

Dengan memasukkan anak-anak ke program Motivasi Alihan Pelajar, ibu bapa akan mendapati anak-anak mereka lebih bersedia berbanding pelajar lain.
Motivasi Alihan Pelajar adalah satu program motivasi yang wujud sejak 1995.

Program yang diadakan mampu membuka mata dan menggerakkan hati serta meningkatkan kemahuan anak-anak bagi mencapai kecemerlangan.

Hubungi 03-22734622/016-5580719 atau 05-3134622/016-5580619 atau layari laman web kami di www.laman-map.com untuk maklumat lanjut.

Friday, January 27, 2012

Bubur kacang durian

Salam,
Petang2 macam ni terasa pulak la Kak Ros nak makan benda2 yang menyejukkan tekak.....Terus ajak anak bujang kak Ros pi cari bahan2 dia....Menu ni ringkas dan senang sangat nak buat dia....Mesti semua orang dah tau nak buatnya kan....
Bubur kacang hijau dengan durian...bubur ni Kak Ros suka simpan dulu dalam peti ais,lepas tu baru lah makan....sedap.....

Bahan2nya:

1. 2 cawan kacang hijau (direbus sampai empuk)
2. 15 ulas durian(ikut suka lah nak bubuh banyak mana pun)
3. 3 cawan santan pekat.
4. 1/2 cawan gula pasir.
5. 1/2 cawan gula merah.
6. 3 helai daun pandan.
7. Sedikit garam.
8. Sedikit sagu.(rendam dulu sampai kembang)

Cara2nya:

Campurkan kesemua bahan2 kecuali durian dan sagu... Kacau pelan2 di atas api yg sederhana sampai hampir mendidih....
Masukkan durian dan kacau lagi sehingga mendidih (Kak Ros masukkan dengan bijinya sekali). Jangan berhenti kacau takut nanti santan dia meruap dan pecah minyak..Tahap kemanisan tu ikut suka lah ya....Akhir sekali kita masukkan sagu..kacau sampai sagu tu nampak jernih.....

Dah pun siap untuk di hidang.....Senang kan...



Thursday, January 26, 2012

Keajaiban Allah...

Salam,
Tak terpikir langsung Kak Ros,macam ni punya unik sarang semut yang dok ada kat bawah tanah tu....kebesaran Allah menunjukkan bahawa semut yang kecik tu pun boleh membuat sarang yang sebesar ni dan begitu komplik sekali......Sapa sangka kan....?

Wednesday, January 25, 2012

Serina dapat baby lagi...

Salam,
Dua tiga hari ni Kak Ros tak dapat nak update blog Kak Ros ni.. Pasai Kak Ros tak sihat.. Maaflah yeee..  

Kak Ros dapat tau Serina dapat baby lagi.....
Kak Ros ucapkan tahniah la dekat Serina ni.. Dah sepasang lah anak dia noo......

COMEL...Serina bersama Isabella.

KUALA LUMPUR: Pelakon, Serina Redzuawan selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Isabella Saffiya O’ Luanaigh, kira-kira jam 3.45 petang, kelmarin di Pusat Perubatan Prince Court, di sini.

Serina berkata, anak keduanya itu dilahirkan dalam keadaan normal seberat 3.3 kilogram dan hasrat suaminya, Gavin O’ Luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar menyaksikan anak mereka dilahirkan pada Tahun Naga tercapai.

“Salahudin memang mengimpikan Isabella dilahirkan pada Tahun Naga dan ia bertepatan dengan sambutan Tahun Baru Cina kelmarin,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, di sebalik kelahiran Isabella, bapanya, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan adalah individu yang terkilan apabila tidak dapat bersama menyambut kelahiran anak keduanya itu.

“Kebiasaannya, ayah (Chef Wan) insan yang begitu fanatik dan gembira dengan kelahiran cucunya, namun kali ini dia tidak dapat berbuat demikian kerana berada di luar negara,” katanya.

Sementara itu, Chef Wan dalam kenyataannya menerusi facebook berkata, dia bersyukur kepada Allah s.w.t kerana Serina selamat melahirkan anak keduanya dan mereka sekeluarga gembira dengan kehadiran cahaya mata baru itu.

“Biarpun saya kecewa tidak dapat bersama, saya gembira dengan kelahiran Isabella dan dimaklumkan Serina bersama anaknya dalam keadaan sihat,” katanya.

Menurut Chef Wan, dia kini berada di Bangkok, Thailand atas urusan kerja dan tidak sabar pulang ke ibu kota membeli pakaian dan barang keperluan untuk cucu barunya.

Serina dan Salahudin yang bernikah pada 1 Januari 2010 sebelum ini dikurniakan seorang anak, Tristan yang berusia setahun lima bulan.

Saturday, January 21, 2012

Kreatifnya.....

Salam,
Ini lah salah satu bakat yang tak boleh kita nak perolehi dengan wang ringgit...jugak anugerah Allah yang tak ternilai kat hamba Dia...
Syoknya Kak Ros ,tak jemu2 dok ulang tengok video ni....Berseni sungguh bakat dia ni kan...?Mai kita tengok.....

Friday, January 20, 2012

Bahayanya.....

Salam,
Kesiannya Kak Ros tengok depa ni...rutin harian ,perlu jugak di teruskan walaupun terpaksa menyeberangi titi yang hampir dah nak arwah tu....Amat bahaya kan...?Sepatutnya harus cepat diperbaiki,kalau ini saja jalan utama yang depa ada untuk keluar ke bandar.
Tengok lah adik2 yang kat depan tu,demi nak mendapatkan ilmu,depa sanggup bersabung nyawa untuk kesekolah...Kak Ros pun tak berani nak jalan kat atas titi yang macam tu....

SEORANG pelajar, Sofiah (depan) memegang kayu jambatan yang runtuh untuk menuju ke sekolah di Kampung Sanghiang Tanjung semalam.

KAMPUNG SANGHIANG TANJUNG, Indonesia - Beberapa pelajar bersabung nyawa untuk pergi ke sekolah apabila mereka menggunakan sebuah jambatan yang hampir runtuh akibat banjir.

Banjir akibat paras air Sungai Ciberang naik menyebabkan satu bahagian jambatan tersebut runtuh.
Menurut agensi berita Reuters, jambatan itu dibina pada 2001.

Seorang pelajar, Sofiah menyatakan dia perlu berjalan selama 30 minit jika mahu pergi ke sekolah di Kampung Sanghiang Tanjung dengan menggunakan sebuah lagi jambatan.

Para pelajar itu sanggup berjalan dengan tangan mereka memegang kayu yang berlubang dalam keadaan mengiring semasa mereka menggunakan jambatan tersebut.

Kepingan kayu tempat kaki orang ramai berjalan di jambatan itu berada dalam keadaan senget dan sebahagiannya berlubang selepas ia runtuh akibat banjir. - Agensi

Betoi ka apa yang Kak Ros baca ni.....

Salam,
Betoi ka.....ni puncanya banyak anak2 kita yang bermasaalah dan gagal dalam hidup depa...?Pada pandangan Kak Ros la.....ada betoinya jugak..ia adalah salah satu simptom yang boleh mengganggu minda depa..benda ni semua selalunya berlaku tampa kita sedar....
Kalau dah hari2 kita dok sogok depa dengan benda2 yang nagetif,akan nagetiflah jadinya kan.....apa pun,ibu bapak,guru2 ,kawan2,orang disekeliling dan terutama sekali diri depa sendiri lah,mesti kena hapuskan semua simptom2 ni dalam pemikiran depa....

Pemikiran punca kita gagal
ANAK-ANAK juga sering disogok dengan pemikiran kononnya subjek Sains dan Matematik adalah subjek yang sukar. - Gambar hiasan

SESI persekolahan sudah pun bermula. Ramai daripada kita kembali sibuk menghantar dan mengambil anak ke dan dari sekolah. Saban hari, kita juga mengharapkan kejayaan anak-anak, baik dalam bidang akademik atau sahsiah diri.


Bagaimanapun, harapan semata-mata tidak memadai untuk membuahkan kejayaan kepada mereka. Ada isu psikologi yang sesekali menyebabkan impian kita tergendala. Ia boleh berpunca daripada ibu bapa, guru-guru atau ahli masyarakat. Namun, hal ini jarang kita sedari.

Dalam kehidupan seharian, ada satu simptom yang selalu berlaku, walaupun kita mungkin tidak menyedarinya.

Ia berlaku dalam kognitif pemikiran kita. Simptom ini yang dinamakan sebagai nujuman penyempurnaan kendiri atau dalam istilah bahasa Inggeris, self fulfilling prophecy.

Simptom ini berlaku apabila kita meramalkan sesuatu tingkah laku terlebih dahulu. Kemudiannya, ia disusuli dengan tindakan-tindakan kita bagi membolehkan tingkah laku yang kita andaikan itu benar-benar berlaku.

Misalnya, Ali mengandaikan bahawa Abu ialah seorang yang sombong. Andaian tersebut menyebabkan setiap kali Ali terserempak dengan Abu, dia tidak akan bertegur sapa atau menghulurkan senyuman.

Pendidikan

Tentulah, Abu juga tidak akan menegur Ali juga kerana tidak ada wajah mesra daripada Ali. Hasilnya, Abu yang mungkin bukan seorang yang sombong, kemudiannya benar-benar menjadi individu yang sombong.

Pernahkah ini berlaku dalam hidup anda? Ia selalu berlaku tetapi kita tidak menyedarinya. Ia selalu terjadi, tetapi kita tidak mengetahuinya.

Bagaimana pula dalam konteks pendidikan anak-anak? Di sekolah, biasanya terdapat kecenderungan guru mengandaikan pelajar yang duduk di barisan belakang sebagai malas dan tidak berminat dalam pembelajaran. Sesekali mereka juga diandaikan sebagai pelajar yang nakal. Hasilnya, guru tersebut tidak memberi perhatian kepada pelajar di barisan belakang. Keutamaan hanya diberikan kepada pelajar di barisan hadapan. Disebabkan kurang perhatian, pelajar di barisan belakang kemudiannya benar-benar gagal dan menjadi mereka yang nakal.

Dalam keadaan bagaimanakah simptom ini berlaku?


Kita juga sering melihat anak-anak sekolah yang ponteng dan melepak di belakang bangunan atau kaki lima pusat beli-belah. Sesekali kita juga melihat mereka merokok atau melakukan sesuatu yang tidak bermoral. Walaupun kita tahu bahawa anak-anak ini berkemungkinan ponteng sekolah, tetapi kita tida          menegurnya.Minda psikologi kita telah terlebih awal memberikan isyarat bahawa mereka ini anak-anak nakal dan tidak   berminat dengan pelajaran. Masa depan mereka bakal binasa kerana kedegilan mereka.

GURU-GURU seharusnya memberi perhatian yang sama rata kepada semua pelajar di dalam kelas.- Gambar hiasan

Justeru tidak ada ahli masyarakat yang mengambil tahu, walaupun gejala ponteng ini hanya berlaku di belakang kawasan perumahan mereka, hasilnya pelajar tersebut benar-benar menjadi pelajar yang bermasalah. Mereka ini asalnya mungkin hanya sekadar suka-suka. Natijah daripada pemikiran kita tadi, mereka juga mungkin bermasalah pada kemudian hari.
Semua ini sebenarnya ialah reaksi psikologi yang selalu berlegar dalam kehidupan kita tanpa kita sedari.

Mata pelajaran Sains dan Matematik telah dianggap sebagai subjek yang sukar. Bahkan, kita selalu menyebutnya. Selain guru Sains dan Matematik, guru-guru lain juga menyebutnya.

Kurang minat

Pelajar-pelajar yang pernah gagal dalam Matematik dan Sains juga selalu menyebutnya. Terpedaya dengan mitos yang dikembangkan dalam masyarakat, anak-anak kita juga menyangka bahawa Sains dan Matematik ialah subjek yang sukar. Kesannya, mereka tidak berminat untuk mengulangkaji mata pelajaran tersebut.

Mereka juga yakin gagal dalam subjek tersebut. Lama-kelamaan, akibat kurang berminat dan tidak mengulangkaji, Sains dan Matematik yang asalnya mungkin sekadar subjek seperti subjek yang lain, menjadi mata pelajaran yang benar-benar susah. Mereka pula gagal.

Inilah sebenarnya kekangan minda yang selalu membantutkan kejayaan anak-anak kita di sekolah. Kita mengandaikan bahawa dengan menghantar anak-anak ke sekolah setiap hari, mereka akan membawa pulang sesuatu yang membahagiakan.

Namun, kita terlupa, adakalanya kita sendirilah yang meramal kegagalan mereka. Mudah-mudahan kita semua terhindar daripada simptom ini.

Thursday, January 19, 2012

Kagumnya Kak Ros......

Salam,
Comel ja Kak Ros tengok budak ni....,Kagumnya Kak Ros dengan dia......dia boleh begitu cepat  belajar dan memahami bahasa isyarat ni dengan baik sekali......Ini lah kelebihan dan anugerah yang Allah bagi kat dia......

Wednesday, January 18, 2012

Biar betoi mamat ni....

Salam,
Kak Ros tengah dok pikir ni....lagu mana la mamat ni bila dia naik moto kat atas jalan raya.....Boleh ka kalau dia nak belok ke kiri ka ke kanan ka.........Tak lengoh ka dia duduk macam tu....

Geli hati pun ada bila tengok gambar ni....ish.ish,macam2 la hobi manusia ni kan......



Berhati hatilah semasa berbekam....

Salam,
Berbekam ni,memang sangat baik untuk kita,pasai dia boleh buang darah kotor yang ada kat dalam badan kita,terutamanya bagi orang lelaki lah kan.....Bagi sapa2 yang selalu dok mengamalkan berbekam ni,harap
berhati-hati semasa berbekam tu.....pasai ada bahayanya...Kak Ros baca satu berita pagi ni mengenai berbekam....cerita dia ada kat bawah ni........

Oleh KHAIRI MOHAMADkhairi.mohamad@kosmo.com.my


SEORANG peserta kajian menjalani rawatan bekam yang dilakukan oleh Pusat Pengajian Sains 



Perubatan, USM Kubang Kerian di Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati menggunakan khidmat bekam pengamal perubatan alternatif bagi mengelak risiko penyakit berjangkit termasuk HIV dan AIDS.

Pensyarah Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Prof. Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail (gambar kecil) berkata, peralatan seperti jarum yang digunakan dalam rawatan tersebut boleh mengundang jangkitan pelbagai penyakit berbahaya.

Menurut beliau, ia berikutan peralatan yang digunakan oleh pembekam tidak diketahui tahap kebersihannya malah ada yang menggunakan jarum sama berulang kali.

"Di mana-mana sahaja ada perkhidmatan berbekam pada masa sekarang tetapi kita harus bijak memilih, kerana jarum, pisau atau cawan yang digunakan apabila terkena darah pembawa pelbagai penyakit dan jika ia digunakan semula, penyakit itu boleh tersebar kepada orang lain.

"Saya harap pengamal perubatan alternatif ini supaya lebih bertanggungjawab dan memastikan peralatan yang digunakan benar-benar bersih supaya penyakit tidak disebarkan kepada orang lain," katanya ketika ditemui semalam.

Ab. Aziz berkata, beliau kini mengetuai lima pakar daripada universiti tersebut yang sedang menjalankan kajian secara saintifik mengenai kebaikan berbekam mengikut kaedah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.

Tuesday, January 17, 2012

Ayam masak lada hitam...

Salam,
Baru habis masak......nak makan pun tak selera lagi pasai hari ni tak dak sapa pun kat rumah ... Emmm....tak dak  menu apa yang istimewa pun....bukannya ada sapa  nak makan ....tinggai Kak Ros sorang2 ja.....
Cek abang pun ..malam baru balik...nak tau ka apa menu Kak Ros hari ni.....ha...Kak Ros letakkan resepi dia kat sini...sapa yang nak ambik tu,ambik lah.....resepi dia ringkas saja dan nak masak dia pun tak la lama mana......

Bahan2 dia:

1. 1/2 ekor ayam.
2. 4 ulas gawang putih.(dikisar halus)
3. 1 labu bawang besar.(dikisar halus)
4 1 inci halia.(dikisar halus)
5. 3 sudu lada hitam(lada ni ikut la nak bubuh banyak mana pun,ikut suka,
    di tumbuk kasar)
6. Garam,gula secukup rasa.
7. Sedikit sos lada hitam dan sedikit kiub ayam.
8. 2 bijik ubi kentang(potong ikut suka)
9. 4 bijik cili padi.(di ketuk bagi pecah sikit)
10. 1 labu bawang besar(di potong bulat)
11. 1 pokok daun bawang.

Macam biasa lah Kak Ros tak dak gambar....ni ehsan dari google.
Cara2 dia:

Bersihkan ayam,pas tu letak sebelah...Panaskan minyak dalam kuali....(minyak sikit ja tau..)Bila minyak dah panas,tumis kan kesemua bahan yang telah dikisar dan jugak lada hitam yang di tumbuk kasar.Pas tu masukkan ayam..goreng sebentar ngan bahan yang kita tumis tadi..Bila dah agak garing,masukkan sos lada hitam,gula,garam dan kiub ayam...kalau rasa kuah dia pekat sangat boleh la masukkan sedikit air.Akhir sekali masukkan ubi kentang,cili padi dan bawang besar.
Ok...dah siap....sapa yang nak try tu,boleh la try....



Monday, January 16, 2012

penting sangat untuk kaki nih.....

Salam,
Masaalah kita yang selalau dok sakit kaki ni....kebanyakkannya mai dari kasut yang kita pakai tu tak sesuai ngan kaki kita....Kak Ros pun bukan nya pandai sangat nak cerita pasai kasut ni....kat bawah ni ada la sikit tip mengenai kasut,mai kita baca sama2....



Oleh Norlaila Hamima Jamaluddin
norlaila@hmetro.com.my



MUNGKIN anda perasan, tumit kasut wanita sekarang semakin tinggi. Memang nampak cantik apabila digayakan tetapi sedarkah anda banyak kasut tumit tinggi terutama yang halus dan runcing boleh memberi kesan buruk bukan saja pada kaki tetapi keseluruhan badan?

Tidak hairan jika ada pakar penjagaan kaki atau podiatris menggelar kasut tumit tinggi ini sebagai ‘kasut pembunuh’ kerana ia boleh menyebabkan banyak masalah daripada buku lali tergeliat sehinggalah kesakitan kronik.

Kasut tumit tinggi 

Masalah: Sama ada tumit tinggi atau separa tinggi, ia boleh menyebabkan kesakitan pada belakang tumit. Material kasut yang keras akan menekan bahagian tulang kaki sehingga boleh membuatkan kaki melecet, bengkak, sakit atau tendon Achilles (iaitu keadaan di mana tendon pada otot di bawah betis, di pergelangan kaki akan alami kecederaan). Bentuk kaki juga akan berubah sedikit di mana tulang pada kaki akan tertonjol keluar. 
Kasut yang tumitnya terlalu tinggi akan memaksa semua tekanan (beban badan) tertumpu pada bola kaki. Bola kaki ini ialah bahagian kaki paling lebar di bawah ibu jari. Walaupun saiznya kecil, tetapi di sinilah pertemuan beberapa
tulang dan tekanan yang keterlaluan boleh menyebabkan tulang dan saraf di kawasan ini mengalami keradangan. Bahkan tekanan yang terlalu banyak juga boleh membuatkan tulang mengalami keretakan halus dan mengakibatkan kesakitan. Selain itu, semua kasut tumit tinggi boleh menyebabkan risiko pergelangan kaki terseliuh.

Penyelesaian: Carilah kasut dengan tumit lebih rendah. Ia dapat mengelakkan anda daripada berhadapan dengan risiko mengalami masalah yang disenarai di atas, tetapi pada masa sama, masih boleh bergaya. Pakar podiatris menyarankan memilih kasut yang tumitnya tidak lebih daripada dua inci (lima sentimeter) - itu pun tidak dipakai selalu.

Kasut tumit halus

Masalah: Walaupun semua kasut tumit tinggi boleh menyebabkan masalah, kasut yang lebih berbahaya ialah bertumit halus. Ini kerana semua berat badan akan tertumpu pada satu pusat saja. Orang yang memakai kasut tumit halus perlu berjalan lebih perlahan dan berhati-hati kerana risiko untuk terseliuh atau jatuh sentiasa menunggu, apatah lagi jika lantai agak licin.

Penyelesaian: Jika masih mahu memakai kasut tumit tinggi, carilah tumit yang tebal supaya berat badan diagihkan lebih sekata pada tumit. Ini membuatkan kaki lebih stabil berbanding memakai kasut tumit halus. Pun begitu, tekanan masih dirasai pada bola kaki, tetapi pemakaian kasut tumit tebal akan mengurangkan
risiko jatuh.

 Kasut tapak rata 

Masalah: Siapa kata kasut tapak rata ini ‘mesra’ pada kaki? Berdasarkan perbandingan yang dijalankan Jurucakap Persatuan Perubatan Podiatrik Amerika, Hillary Brenner, kasut tapak rata ini tidak memberikan sebarang sokongan kepada kaki. Ia menghalang kaki daripada berfungsi sepenuhnya dan boleh menyebabkan masalah lutut, pinggul dan pinggang. Kekurangan atau ketiadaan sokongan pada tapak kaki dikaitkan dengan kesakitan yang dipanggil plantar fasciitis (keradangan pada tisu tapak kaki dan membuatkan tumit sakit ketika berjalan).

Penyelesaian: Jika suka memakai kasut tapak rata, beli pelapik kasut yang boleh memberi sokongan kepada kaki, sekali gus memberi kusyen pada tumit. Pelapik ini terutama yang dibuat khas untuk kaki akan mengurangkan semua masalah dan kesakitan kaki. Sokongan pada lengkungan tapak kaki akan mengurangkan tekanan pada bahagian kaki yang sensitif.

Selipar

Masalah: Ia tidak menawarkan perlindungan pada kaki dan kaki anda terdedah kepada kecederaan. Mereka yang ada kencing manis tidak digalakkan memakai selipar untuk mengelakkan sebarang kecederaan. Ingat, pada
pesakit kencing manis, luka yang kecil pun boleh mendatangkan kemudaratan kerana kaki mereka sudah tidak sensitif dan mungkin tidak sedar luka menjadi semakin teruk.

Apa yang lebih membimbangkan, luka yang tidak dirawat dengan rapi boleh menyebabkan gangren (tisu mati) sehingga membawa kepada pemotongan kaki (amputasi).
Selipar juga seperti kasut tapak rata, ia tidak memberi sokongan kepada kaki.

Penyelesaian: Carilah selipar sporty yang memberi lebih banyak sokongan pada kaki. Tapak selipar yang lebih tebal akan melindungi kaki daripada berasa sakit terpijak batu. Lebih baik jika selipar itu direka mengikut lengkungan tapak kaki.

Kasut tebal dan baji

Masalah: Kasut tebal dan baji biasanya mempunyai lantai yang keras dan ia menghilangkan biomekanik ketika berjalan. Ini akan membuatkan kaki cuba membengkok dalam cara tertentu, tetapi tidak berjaya kerana kasut yang keras. Jika tumitnya jauh lebih tinggi daripada bahagian ibu jari, maka tulang jari kaki akan berasa banyak tekanan.

Penyelesaian: Beli kasut tebal atau baji yang lebih rendah. Walaupun ia masih tidak disarankan, kasut ini tidak memberikan banyak tekanan berbanding kasut bertumit tinggi. Kalau masih mahu memakainya, selang selikan dengan kasut jenis lain, bukan dipakai setiap hari.

Kasut runcing di depan

Masalah: Ia mungkin nampak bergaya, tetapi kasut runcing di depan ini akan menghimpit keseluruhan bahagian depan kaki. Selepas satu tempoh, ia akan menyebabkan kesakitan saraf, bunion (ada benjolan sakit di bawah ibu jari dan menyebabkan jari bengkok), melecet dan jari kaki bertindan serta senget. Kasut runcing di depan adalah faktor paling biasa yang menyebabkan masalah bunion pada wanita.

Selain itu jari kaki akan nampak cacat kerana ia dipaksa berhimpit antara satu sama lain. Apabila kecacatan berlaku, ia tidak boleh dikembalikan kepada keadaan asal kecuali melalui pembedahan.

Penyelesaian: Cari kasut yang mempunyai rekaan lebar di depan. Jika masih mahukan kasut yang runcing di depan, pilih kasut yang bahagian runcing ini melepasi jari.

Salah saiz

Masalah: Sembilan daripada 10 wanita membeli kasut yang satu saiz lebih kecil kerana mahu kaki mereka nampak comel. Malangnya ia boleh menyebabkan belulang, melecet, bunion dan pelbagai masalah lain. Kajian menunjukkan ramai kanak-kanak kini juga memakai kasut yang salah saiznya dan meningkatkan risiko mengalami kecacatan kaki ketika membesar.

Penyelesaian: Ukur kaki dan beli kasut yang sepadan dengan saiz kaki.
Ketika mencuba, cuba kasut baru sambil berdiri dan berjalan. Lebih baik beli kasut pada waktu petang ketika kaki kembang sedikit. Paling penting, ia perlu selesa dan memberi sokongan yang diperlukan oleh kaki dan seluruh badan.

Saturday, January 14, 2012

Gambar menarik...

Salam,
Hebatnya....kreatif sungguh depa ni kan......kena ada kemahuan,ketekunan,kerajinan dan kesabaran baru boleh bina ni semua kan...betoi dak....?Kak Ros dapat gambar ni kat sini......mai kita layan..

Spoiler for 1:

Spoiler for 2:

Spoiler for 3:

Spoiler for 4:

Spoiler for 5:

Spoiler for 6:

Spoiler for 7:

Spoiler for 8:

Spoiler for 9:

Spoiler for 10:

Spoiler for 11:

Spoiler for 12:

Spoiler for 13:

Spoiler for 14:

Friday, January 13, 2012

Seramnya Kak Ros.....

Salam,
Semalam kak Ros ada dapat satu cerita dari kawan Kak Ros...memang ngeri sungguh Kak Ros baca cerita dia...nasihat kak Ros lah kat kawan2 semua terutamanya sekali orang perempuan ni lah.....berhati hati lah walau di mana kita berada.....

Kak Ros letakkan cerita ni kat sini.....mai semua kita pakat baca.....


Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak.

Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.

Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti. Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang .

Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa. Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita ..

Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka,

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.

Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!

Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :

1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!!!.

Thursday, January 12, 2012

Duit bukan segala galanya.....

Salam,
Sapa yang tak kenal ngan duit ni kan...budak2 yang baru setahun tu pun dah boleh kenai benda yang di namakan duit ni....memang tak di nafikan lah duit ni amat penting dalam kehidupan kita semua...Semua orang perlukannya supaya  boleh meneruska kehidupan yang sempurna di dunia ni.....Tapi jangan sesekali biarkan duit tu menguasai kita sampai kita lupa diri......Bagi sesetengah orang tu,depa menganggap duit ni lebih penting dari segala galanya pasai depa ingat dengan adanya duit yang banyak,depa boleh  buat apa saja dan boleh dapat apa2 pun yang depa mau......


Ini semua hanya lah sangkaan sesetengah orang ja lah....yang sebenarnya ada banyak perkara yang tak boleh di beli dengan wang ringgit......

Kaya mana sekali pun kita...jutawan mana sekali pun kita,walau bertimbun mana sekali pun duit kita,namun kita tak berdaya nak beli perkara2 yang ada kat bawah ni......Apa gunanya duit berjuta juta,tapi kita tak dapat nak memiliki semua perkara2 ni dalam hidup kita kan........


1. KEBAHAGIAAN DIRI SENDIRI.....
Kita boleh dapat apa saja dengan duit ni kan...betoi dak...?tapi boleh ka kita dapat kebahagiaan hati ni dengan duit....?

2. KEBAHAGIAAN ANAK ANAK DAN KELUARGA....

 Kita boleh bagi kat depa duit untuk beli apa yang depa mau,tapi boleh ka duit tu buat depa rasa bahagia...? 

3. PERASAAN CINTA DAN KASIH SAYANG....

 Memang kita boleh guna duit untuk membuat orang tertarik ngan kita....,untuk orang berkawan ngan kita ......dan untuk orang bersuka suka ngan kita...tapi boleh ka kita dapat perasaan cinta dan kasih sayang yang ikhlas dari depa dengan duit....?

4. KESIHATAN DIRI.....

Kita boleh beli apa jenis ubat sekali pun,pasai kita banyak duit kan...?tapi kita boleh ka beli kesihatan diri kita jangan sakit sampai mati....?

5. KEJAYAAN HIDUP.....

 Boleh kah kita mencapai kejayaan hidup dengan duit tampa kita berusaha sedaya upaya dan bekerja keras .....?

6. BAKAT KITA....
 Bakat ni ada lah anugerah dari Allah....Kita semua dilahirkan dengan bakat2 yang tertentu.....kita boleh gunakan duit untuk mengasah bakat yang kita dapat dari Allah......tapi boleh ka kita beli bakat yang tak dak kat kita seperti ,kalau kita tak dak bakat untuk menyanyi,boleh ka kita dapat bakat tu dengan wang ringgit.....?

7. SIKAP YANG BAIK.....

 Setahu kak Ros la.... sikap yang baik ni hanya boleh kita dapat  dengan cara pendidikan yang betoi ,ikhlas dan jugak kasih sayang......

8. KETENANGAN HATI....

Kak Ros rasa la....bila kita banyak duit ni..,lagi la..hati kita tak tenang kan....
Memang tak di nafikan lah...kita boleh dapat banyak mana pun hiburan yang kita mau dan hanya keseronokkan saja yang kita boleh dapat,betoi dak......?

9. MASA.....

boleh ka kita bayar untuk masa kita yang dah berlalu supaya patah balik....?


Wednesday, January 11, 2012

Allah lebih menyayanginya....

Salam,
Hari ni kak Ros di kejutkan dengan satu berita yang menyedih kan....Kawan kak Ros yang mengidap kanser payudara dan kemudian kanser otak pulak tu..dah kembali kerahmatullah sebentar tadi....Dia menderita penyakit ni hampir 13 tahun,dah macam2 ikhtiar suami dia usahakan....tapi apa kan daya...Allah jua yang menentuka segala gala nya...Ajal maut ni semuanya di tangan Allah,yang pentingnya dia dah berusaha sedaya upaya nya dah kan semasa arwah masih ada......

Ehsan dari google

Kak Ros berhenti setakat ni dulu lah nooo.....nak siap2 ni......nak pi ziarah arwah buat kali terakhirnya......Alfatihah buat arwah semoga roh nya ditempatkan bersama orang2 yang beriman......

Tuesday, January 10, 2012

Lapar sangat ka...?

Salam,
Anak sapa ni ha.......come ja Kak Ros tengok budak ni,tapi bila tengok masa dia makan 
menyeramkan la pulak.....
Ish....susah hati la bila Kak Ros tengok dia makan macam tu.....

Monday, January 9, 2012

jangan dok pandang ringan....

Salam,
Jangan la kita dok pandang ringan kalau kita ada mengalami masalah kesihatan diri...salah satunya ialah masaalah hidung berdarah,Kalau kita mengalami hidung berdarah ka atau hidung tersumbat, lebih2 lagi,di sebelah bahagian saja cepat2lah pi jumpak doktor....Selalunya kita mungkin akan menyangka masaalah ni disebabkan suhu badan kita terlalu panas sampai darah keluar dari hidung atau hidung kita tersumbat disebabkan selesema.....

Walaupun ia menyerupai gejala masalah kesihatan lain, tapi ia juga sebenarnya adalah antara gejala kanser hidung atau nasopharyngeal carcinoma (NPC).
Kanser ini terjadi pada bahagian belakang hidung dan di atas tekak.

Pesakit kanser hidung ni jugak mungkin tidak menyedari yang depa ni menghidap penyakit itu pasai pesakit ni cuma mengalami sakit biasa seperti bengkak kat leher, telinga berdengung di sebelah bahagian, sakit kepala yang berterusan mahupun penglihatan kabur atau imej yang dilihat berbayang.

Risiko lelaki mendapat kanser hidung dua kali ganda lebih tinggi berbanding orang perempuan...
Kat Malaysia ni....penyakit ini sering dihidapi oleh lelaki Cina dengan nisbah 14:100,000 manakala perempuan Cina (3.8).
Di kalangan lelaki Melayu pulak daripada 100,000 orang, empat mungkin terdedah penyakit itu manakala wanita Melayu dengan nisbah 1.3. Dan masyarakat India lah yang paling sedikit sekali dikesan mengalami masalah itu iaitu 1:100,000 (lelaki) dan 0.2 (wanita).

Kebanyakkan kita yang berusia 50 hingga 69 tahun akan lebih terdedah kepada risiko kanser hidung. Antara punca penyakit pembunuh ini ialah genetik, faktor pemakanan, terutama makanan yang diawet dengan kandungan garam tinggi seperti ikan masin dan sayuran jeruk atau jangkitan kuman Epstein-Barr Virus (EBV).

Kebanyakannya kanser ni berpunca daripada sel yang menyerang tetapi untuk NPC, serangan virus memang terbukti menjadi antara puncanya kerana ia terkandung dalam sel kanser hidung.

Individu yang pernah diserang virus EBV, dalam masa 10 tahun boleh mendapat 200 kali lebih tinggi kanser hidung berbanding mereka yang bebas virus itu.

Jangkitan EBV boleh merebak daripada ciuman, air liur, jangkitan sakit tekak dan faktor kebersihan. Depa yang terdedah dengan persekitaran kotor atau tidak menjaga kebersihan boleh mendapat jangkitan kuman berkenaan.

Kanser hidung ni boleh dirawat dan disebabkan itu, kesedaran masyarakat mengenai
gejala berkenaan perlu dipertingkatkan. 

“Ia tidak dialami di seluruh dunia tetapi lebih banyak dihidap penduduk di Asia dan Afrika. Kanser hidung paling banyak berlaku di China.

“Bagi depa yang tidak mempunyai apa2 gejala, pencegahan dan pengesanan awal boleh dilakukan dengan cara menjalani ujian darah (EBV serology) atau pemeriksaan menggunakan kamera melalui hidung (teleskop kamera). Ujian ini digalakkan untuk semua orang dan terutama sekali bagi depa yang ada ahli keluarga menghidap kanser hidung,”.......

Malangnya, kurang 10 peratus pesakit mendapatkan rawatan pada tahap awal menghidap kanser itu, sebaliknya kebanyakan pesakit datang berjumpa doktor apabila penyakit itu di tahap serius.

kalau kita lambat mendapatkan rawatan, kanser hidung ni boleh merebak ke mata dan pangkal otak.
Rawatan untuk penyakit ini ialah kemoterapi dan radioterapi. Pesakit yang menjalani kemoterapi dan radioterapi tetapi selepas itu penyakit berkenaan menyerang kembali perlu menjalani pembedahan.

Kalau masalah ni terjadi kat leher, pembedahan membuang bahagian diserang kanser akan dilakukan manakala kalau kat hidung pulak, pesakit akan menjalani prosedur endoskopi.

Kira-kira 70 peratus pesakit kanser hidung mempunyai bengkak kat leher yang berbentuk berbiji-biji.

GEJALA

Hidung berdarah; 

Hidung tersumbat (di sebelah saja);

Bengkak kat leher;

Telinga berdengung (di sebelah saja); 

Sakit kepala yang berterusan; 

Penglihatan kabur dan berbayang.

PENCEGAHAN

Jaga kebersihan makanan — kurangkan pengambilan ikan masin, merokok dan minuman keras. Untuk semua kes kanser, rokok dan arak menyebabkan risiko lebih 20 kali untuk mendapat penyakit itu berbanding mereka yang tidak mengambilnya;

Amalkan pemakanan seimbang. Pesakit ni jugak digalakkan mengambil makanan tambahan seperti acai berry, delima, epal , anggur atau jus buahan berkenaan mahupun ‘transfer factor’.

Apa pun kita cuma berikhtiar....Allah jua yang menentukan nya.......

Saturday, January 7, 2012

Hebat betoi budak2 la ni....

Salam,
Hebat betoi la budak2 la ni.... bila setan dah kuasai diri, camni la jadinya. Lupa kot Tuhan tu lebih berkuasa, hampa ingat senang ka nak ambik nyawa orang. Sib baik la budak pompuan tu tak mati.

Kalau camni lah punya gaya nak tunjuk kata sayang.... kelam kabut habih la dunia.

Anak-anak dara la ni kalau nak bercinta tu hati-hati laa... Mak pak wajib sangat kena ambik tau pasai anak-anak kita, tang mana depa pi, ngan sapa depa berkawan dan apa kerja buat depa hari-hari.

Bukannya apa, risau gak kak Ros ni haa... maklum ja la kan, kak Ros pun ada anak dara yang tengah ranum... Takut pujukan syaitan melebihi pertimbangan. Ngeri kan macam cerita kat bawah nih...


***************************

Dendam cinta ditolak
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad dan Yusmawati Mhd Yusof
am@hmetro.com.my
DITAHAN...suspek yang menikam teman wanitanya menggunakan pisau pemotong sayur (gambar kecil).

MELAKA: “Kalau aku tak dapat kau, aku pastikan orang lain pun tak dapat.” Itu kata seorang lelaki sebelum menikam kekasihnya dengan sebilah pisau selepas mereka bertengkar berikutan mangsa tidak mahu lagi meneruskan percintaan mereka.

Kejadian berlaku berhampiran tempat letak kereta sebuah restoran berhadapan bangunan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Ayer Keroh di sini, kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Akibat dua tikaman oleh teman lelakinya itu, mangsa, Norzila Alismadi, 22, yang bekerja sebagai juruwang restoran makanan segera, cedera parah di perut serta rusuk kiri dan kini menerima rawatan di Hospital Melaka (HM).

Suspek yang bekerja sebagai penarik kereta dikatakan nekad menikam Norzila menggunakan pisau pemotong sayur kerana cemburu selepas wanita itu berkawan dengan lelaki lain serta mahu memutuskan hubungan mereka yang dijalin sejak lapan bulan lalu.

“Sebelum itu dia (suspek) tanya betul saya tak nak dia lagi? Saya kata kalau hendak pun, dia kena bekerja dan saya minta dia cari perempuan lain. Dia kemudian berkata kalau dia tak dapat saya, dia akan pastikan orang lain pun tak dapat.

Friday, January 6, 2012

berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul...

Salam,
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul ni kan.......Simpati sungguh Kak Ros dengan derita keluarga ni...sebelum ni kak Ros tak pernah dengar pun penyakit seperti ni..Ujian dari Allah ni...bebagai bagai. Sedih sungguh Kak Ros tengok adik 2 orang ni.....tapi nak buat macam mana kan ,ini semua kerja buat Allah.Allah  tu maha adil,Kak Ros yakin akan ada hikmah disebalik apa yang keluarga ni tanggung selama ini...

Oleh MANIRAH OTHMAN dan NURUL IZZA ROSLY


BAGAIKAN masih di dalam rahim ibu, pasangan kembar Nurul Fatihah dan Mohd. Syafiq Hashim masing-masing 15 tahun seolah-olah tidak dapat dipisahkan.

Keakraban kedua-dua beradik ini mungkin terbawa-bawa kerana mereka pernah berkongsi rahim yang sama 15 tahun lalu.

Benarlah kata pepatah, pasangan kembar mempunyai naluri yang kuat antara satu sama lain. Namun, Nurul Fatihah dan Mohd. Syafiq bukan sekadar berkongsi naluri yang sama seperti pasangan kembar lain, sebaliknya mereka berkongsi 'derita' yang sama.

Kedua-duanya menghidap penyakit tulang rapuh (soft bone) yang dikesan ketika masih bayi iaitu sekitar 18 bulan dan baru belajar bertatih.

Akibat penyakit tersebut, bahagian betis mereka tidak sempurna sifatnya kerana ia membengkok seakan-akan akar pokok kerana terlalu kerap patah.

Kesannya, tumbesaran remaja tersebut terjejas. Pada masa yang sama mereka tidak dapat bergerak aktif kerana khuatir tulang mereka patah jika terlanggar tunggul kayu ataupun anak tangga.

HASHIM (kanan) menganggap penyakit yang dihidapinya dan tiga anaknya adalah ujian daripada Allah.

Setiap langkah yang diatur perlu berhati-hati kerana jika tersilap langkah, mereka terpaksa menanggung akibatnya. Lebih perit, kecederaan tersebut mengambil masa yang lama untuk pulih iaitu antara dua hingga tiga bulan.

Bukti episod kesakitan anak keenam dan ketujuh daripada lapan beradik itu dapat dilihat melalui kesan patah kerana struktur kaki mereka menjadi pipih persis akar kayu.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah pepatah yang paling tepat menggambarkan keadaan pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Serating, Merchang, Marang, Terengganu itu kerana penyakit mereka belum ada penawarnya.

"Setiap kali ingin berjalan, saya perlu berhati-hati bagi mengelakkan daripada tulang saya patah akibat terlanggar sebarang objek," kata Mohd. Syafiq ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.

Bagi Fatihah pula, sebiji bantal terpaksa digunakan bagi memudahkannya mengesot untuk bergerak memandangkan kakinya sudah patah lebih 20 kali sekali gus menyebabkan dia tidak boleh berjalan.

Sungguhpun begitu, dalam keadaan fizikal yang membataskan mobiliti, kedua-dua beradik ini menjadikan kerusi roda sebagai peneman setia ketika berada di luar rumah untuk ke sekolah bagi meneruskan rutin harian mereka.

NURUL FATIHAH terpaksa mengesot bagi membolehkannya bergerak. 

Tidak seperti rakan-rakan lain yang gemar bergaul sesama rakan sebaya lain, sebaliknya berlaku kepada Fatihah mungkin kerana kekurangan yang ada pada dirinya.

Patah kaki

Situasi yang berbeza dapat dilihat pada Mohd. Syafiq yang mengalami patah kaki kanan kerana dia agak aktif walaupun dengan pergerakan yang terbatas.

"Kali terakhir kaki saya patah ialah pada pertengahan tahun 2009 ketika bermain.
"Saya kemudiannya dirawat selama seminggu di hospital dan tidak ke sekolah selama dua bulan," ujarnya.

Fatihah yang kini terpaksa bergantung dengan kerusi roda kali terakhir mengalami nasib yang sama kira-kira empat tahun lalu. Namun nasibnya tidak sebaik Mohd. Syafiq kerana kedua-dua kaki Fatihah patah menyebabkan dia tidak boleh berjalan.

Penyakit yang diwarisi daripada bapa mereka, Hashim Omar, 54 turut dialami oleh salah seorang abang mereka, Asrul, 22. Namun, lima lagi adik-beradik yang lain bernasib baik kerana mereka bebas daripada penyakit tersebut.

"Kini, Asrul sedang mengikuti kursus jahitan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Tabah dengan dugaan ini, Nurul Fatihah dan Mohd. Syafiq saling menjaga satu sama lain apabila seringkali dilihat bersama di sekitar rumah mereka di Perkampungan Orang Kelainan Upaya (OKU), Pulau Kerengga, Marang.

"Sudah banyak ikhtiar dilakukan untuk mengubati penyakit anak-anak saya, namun doktor memberitahu penyakit mereka tidak boleh diubati.

MOHD. SYAFIQ (kiri) dan Nurul Fatihah merenung masa depan mereka yang penuh dengan ketidaktentuan. 

"Saya juga hairan kenapa saya dan anak-anak terkena penyakit ini sedangkan ahli keluarga saya termasuk datuk dan saudara-mara lain tidak mengalaminya," kata Hashim.

Sungguhpun begitu, Hashim menerima keadaan tersebut sebagai ujian daripada Allah. Menurutnya, tidak ada apa yang perlu dikesali mereka walaupun tidak sempurna.

"Saya bersyukur dengan keadaan ini kerana yakin ada hikmah di sebaliknya. Saya juga bernasib baik kerana isteri, Nurzaimah Husin, 47, tetap setia bersama-sama menghadapi dugaan ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd. Syafiq sangat positif meskipun sedar dengan kekurangan yang ada pada dirinya.
"Saya ada ramai kawan dan mereka sudi bermain dan bantu saya," katanya.

Thursday, January 5, 2012

Bumi kita-Rahasia Tuhan

Salam,
Kak Ros sibuk sungguh la dalam tiga empat minggu ni... dari arwah mak mertua Kak Ros sakit,pas tu dia meninggal sampai lah la ni,dok jahit baju yang tertangguh tak habis2 lagi...Kak Ros  terima semua tempahan tu sebelum dia sakit lagi...jadi kena jahit jugak la walaupun siap lambat. La ni Kak Ros rasa lega la sikit..hari isnin hari tu, siap dah semua tempahan baju sekolah.....La ni pun masih dok ada lagi tempahan ...tapi tak la kalut sangat dah  macam baju sekolah tu.Ok lah.. kita berenti  sat dulu cerita pasai tempahan baju ni....mai kita layan dulu satu video yang kawan kak Ros bagi...Kak Ros nak kongsilah ngan semua kat sini...mungkin ada yang dah besa tengok dah video ni....tak pa la,boleh tengok sekali lagi ngan Kak Ros.

Bila Kak Ros tengok video ni,baru la kak Ros tau...rupa2nya ada banyak lagi bintang yang beratus kali ganda besar nya daripada bumi yang kita dok duduk la ni.Ya Allah....takutnya Kak Ros bila dok pikir balik...bumi kita ni tak nampak langsung kalau nak di bandingkan dengan bintang2 ni....

Ini lah salah satu lagi daripada kebesaran Allah yang tiada tandingannya.......

Sunday, January 1, 2012

Macam2 ada.....

Salam,
Macam2 ragam yang ada kat manusia ni kan...ini semua mungkin salah satu ikhtiar untuk menerus kan kehidupan depa di bumi Allah ni.....Dimana ada kemahuan,di situlah ada jalannya......Hari ini kita dah masuk tahun baru...Syukur alhamdulillah...dengan izinNya,dapat lagi kita merasa dan menyambut tahun baru pada tahun ni....selamat tahun baru 2012 buat semua .....Kak Ros mula kan tahun baru ni dengan ceria dan gembira....semoga Allah merestui kita semua.....

Apa la.....yang depa dok tengah sembang tu ha.....

Idea yang cukup kreatif..jangan jatuh sudah la ya.....

Amboi....nak bergaya jugak...

Fuh..berniaga cam ni ja boleh pakai moto besar....

Bahaya nih....

Nak tumbuk sambai belacan nanti boleh la guna idea ni kan.....

Amalan apa la yang dia dok buat,sampai dah tua macam ni pun dok sihat dan kuat lagi...Hebat betoi la mak cik ni.......


Related Posts with Thumbnails