Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, February 29, 2012

Nokia 808 Lengkap Dengan Kamera 41 Megapixel

Salam,
wah....cantik dan canggihnya.......... Nokia ni memang tak di nafikan lah sangat baik dan jugak tahan lasak.....Nokia Kak Ros dah hampir 8 tahun masih elok dan tak dak masaalah langsung walaupun dok jatuh berapa kali dah.........Hebat kan......


Nokia memperkenalkanNokia 808 PureView, sebuah telefon bimbit yang dilengkapi kamera dengan resolusi hingga 41 megapixel, luar biasa!
Sangat mengejutkan, Nokia memperkenalkanNokia 808 PureViewsebagai pengganti N8 dan dilengkapi dengan kamera resolusi 41 Megapixel, sebuah resolusi yang sangat tinggi untuk ukuran telefon, jangankan telefon bimbit, kamera digital saja masih jarang yang menggunakan resolusi hingga 41 megapixel.
Kamera dengan resolusi 41 megapixel tersebut mampu menangkap gambar dengan saiz 7728 x 5354 pixel dengan aspect ratio 16:9 dan 7152 x 5368 pixel dengan aspect ratio 4:3.
Menurut beberapa penganalisis, meskipun resolusi yang dihasilkan sangat tinggi, namun bukan perhitungan dari saiz sensor. Nokia mengatakan bahawa resolusi tinggi ini menggunakan teknologi “Over-sampling”.
Teknologi Over Sampling sendiri adalah suatu kaedah pengelompokan pixel-pixel kecil berjumlah 7 buah pixel dan digabung untuk membentuk super-pixel dengan pemprosesan GPU.
Anda boleh memilih saiz imej semasa mengambil, iaitu 5.8 atau 38 megapixel. Nokia 808 ini menggunakan lensa Carl-Zeiss yang sering diaplikasikan pada telefon bimbit Nokia sebelumnya.
Seperti yang diambil dari Slashgear,Nokia 808juga dilengkapi dengan digital zoom hingga 4x dan dapat merakam HD video berukuran 1080p.
HargaNokia 808 PureViewini dianggarkan kira-kira $600 atau sekitar RM1900. Telefon ini juga masih menggunakan sistem operasi khas Nokia, Symbian

Besar Gila Ular Sawa Nih......

Salam,
Ya Allah.....tak dak binatang lain dah ka yang hangpa nak bela ni........kak Ros tengok tak dak comel tang mana pun....menyeramkan tu ada la.......Baru2 ni Kak Ros ada letak satu posting pasai manusia buat duit dengan membunuh ular2 sawa ni.....memang kejam sangat.....

Tapi ni lain pulak cerita dia......Posting kak Ros kali ni pasai manusia yang terlebih sayang pulak kat binatang ni........ish.ish.ish.......macam2 la manusia ni kan.......








Gambar2 Menarik Sangat.....

Salam,
gambar2 ni... semuanya mai dari kawan kak Ros.....lawa sangat....mai kita layan.....

Sabar2....hang pikir habih dah ka......?

Tepi lah.....tak payah dok pegang2....aku boleh terbang dah pun....

Apa dok tengok2........hangpa berani nak tangkap aku,mai laaaa.....

Awat la hangpa dera aku sampai macam ni nih....lewat sikit ja pun....esok aku pi bayar laaaa.....

Walau pun dah kena tebang ...dah kena potong berpuluh puluh kerat dah..tapi masih lagi nampak macam pokok yang baru ditebang.....Kreatif nih....

Hang ni pasai apa nih......?patah tengkok ka...?

Woi agak2 laaa.....ranting ni kannya kuat sangat pun.....

Letihnya.... kat sekerat hari dah dok tunggu ni....Bila laaaaa....budak ni nak belah nih.....

Haaaa...,,semua,pastikan tali yang kita ikat ni betoi2 dah kuat.....

ha.ha.ha.....ye.ye.ye....akhirnya aku berjaya jugak beli rumah yang aku dok idam2 kan selama ni..........

Dok tercegat apa lagi pun tak tau.......dah tak mau cakap pi la balik......


Tuesday, February 28, 2012

Baby Yoga with Lena Fokina - Real? (Video)

Salam,
Seramnya Kak Ros tengok video ni.........Jangan la ada sapa2 yang dok gatai cuba aksi ni pulak..........Buat tercabut kaki tangan baby hangpa.......kan ka naya ja budak tu.....

10 Jenis Lelaki Yang Tak Layak Dijadikan Suami...

Salam,
Buat semua anak2 dara yang dok tengah mencari pasangan hidup ni berhati hati lah ya.....jangan dok terpengaruh sangat dengan kata2 dan janji2 yang manis ni.....Berfikir lah masak2 dulu sebelum membuat sesuatu keputusan tu ya....

Kat bawah ni ada sikit tip yang sangat berguna untuk dijadikan peringatan buat  kita semua......


1. Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak
bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya sudah bertahun-tahun. Ini bermakna bahawa anda bukan orang yang diinginkannya. Mungkin anda juga tiada di dalam kamus hidupnya.

2. Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Selalunya lelaki jenis ini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi apabila anda memerlukannya dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelak.

3. Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tapi mesra. Kemana sahaja hanya anda berdua. Ibarat merpati dua sejoli dari pandangan orang lain. Malangnya dalam hati lelaki itu tidak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang kosong itu. jangan buang masa anda dengan lelaki seperti ini.

4. Lelaki yang sudah mempunyai kekasih hati tetapi tetap mahukan anda. Selalunya lelaki jenis ini mempunyai ramai teman wanita dan hanya mahu memenuhi nafsunya sahaja.

5. Lelaki yang hanya memandang dirinya sahaja yang betul. Pandangan dan apa yang dibuat anda adalah salah. Selalunya ketika menjalinkan hubungan dengan lelaki jenis ini anda sering dimarahi atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal. kadang kala hal yang kecil juga diperbesarkan.

6. Lelaki yang naif dan mementingkan diri sendiri. Selalunya lelaki jenis ini tidak akan faham akan kehendak wanita. Walaupun anda telah berterus terang mengenai sesuatu tetapi dia tetap tidak mengendahkannya. Lelaki jenis ini sering menganggap semua perkara adalah remeh dan selalu mengambil mudah sesuatu perkara.

7. Lelaki yang tidak tahu kehendak dirinya sendiri. Jika lelaki jenis ini tidak mengetahui apa kehendak dirinya sendiri, cuba anda bayangkan bagaimana dia hendak memahami masalah anda jika hidup bersamanya nanti.

8. Lelaki yang tetap akan mengganggu anda. Walaupun sudah diberitahu yang anda terlalu sibuk tetapi lelaki ini tidak memperdulikannya. Lelaki jenis ini selalunya hanya ingin berkepit siang dan malam.

9. lelaki yang suka memburukkan lelaki lain dengan harapan anda akan menjauhi lelaki yang diburukkan olehnya itu. Lelaki jenis ini selalunya kuat cemburu dan akan cuba sedaya upayanya supaya anda tidak akan berhubung dengan lelaki lain. Relakah anda dikongkong oleh lelaki jenis ini?

10. Lelaki yang tidak dapat memberikan layanan yang betul pada wanita. Anda tidak nampak ciri kepimpinan pada lelaki jenis ini. Bagaimana anda mahu sandarkan segala harapan pada lelaki seperti ini nanti?


Monday, February 27, 2012

Anak tiru ‘aksi’ bapak Syaitan...

Salam,
Sepatutnya suami dah ayah ni menjadi tempat berlindung bagi anak2 dan isteri.....bagi contoh yang terbaik buat anak2...Tetapi apa yang berlaku ni sebaliknya.......Suami dan ayah yang macam ni memang tak layak langsung menerima gelaran sebagai ketua keluarga...........

Gambar Hiasan Google.....
shamsulmunir@hmetro.com.my

KANGAR: Neraka dunia. Itu yang terpaksa diharungi seorang penjawat awam wanita berusia 30-an apabila sering dipaksa suaminya yang juga berusia 30-an melakukan aksi seks, termasuk luar tabii di hadapan ketiga-tiga anak mereka di ruang tamu rumah sejak tujuh tahun lalu.

Lebih menjijikkan suami bernafsu binatang itu juga gemar merakam aksi ‘bersama’ mereka sejak malam pertama perkahwinan sehingga kini.

Sumber berkata, lebih mengaibkan mangsa, anak perempuan mereka yang berusia tujuh tahun sering melakonkan kembali adegan seks itu bersama abang sulungnya berusia 15 tahun.

Katanya, hati ibu mana yang tidak hancur melihat perbuatan jijik suami yang merosakkan ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh hingga 15 tahun itu.

“Mangsa mendakwa dia sudah diperlakukan sedemikian sejak berkahwin dengan suaminya lebih 15 tahun lalu, malah pada malam pertama aksi mereka di dalam bilik dirakam suaminya menggunakan telefon bimbit dan kamera video.

“Namun, selepas mendapat cahaya mata, suaminya bertambah pelik dengan memaksanya melakukan aksi bersama termasuk di luar tabii di hadapan ketiga-tiga anak mereka,” katanya.

Kata sumber itu, jika si isteri enggan menuruti kemahuan gila suami, dia dibelasah.

Dia berkata, lelaki terbabit baru saja berkahwin lain awal bulan lalu dengan seorang wanita dari negara jiran, namun sikap jijiknya melayan mangsa tidak berubah.

“Suami mangsa juga bukan saja merakamkan aksi seks mereka, malah aksi mangsa yang membuang air kecil di dalam tandas juga dirakam bagi tujuan koleksi.

“Daripada pengakuan mangsa, suaminya sudah mempunyai banyak koleksi rakaman aksi ‘bersama’ mereka dan tidak mengetahui tujuan dia bertindak demikian,” katanya.

Tidak tahan dengan tabiat buruk suaminya, wanita berkenaan memohon fasakh untuk bercerai dan membuat laporan polis awal bulan lalu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri (JPWN) Perlis, Muhamad Hazimin Jamaludin berkata, kes penderaan wanita berlaku berdasarkan pelbagai faktor.

Katanya, kes penderaan seksual kebanyakannya berpunca daripada suami yang terpengaruh dengan bahan video lucah yang ditontonnya.

“Mereka mungkin terdedah dengan bahan lucah ini selepas ia terlalu mudah didapati dan pendedahan itu akan memberi kesan kepada perubahan seksual mereka, termasuk mencubanya ke atas isteri,” katanya.

Menurutnya, sebarang kes yang diterima disiasat dan memberi khidmat prakaunseling dalam usaha memberi maklumat mengenai tindakan yang perlu diambil.

Pihaknya juga sedar mangsa trauma akibat nafsu buas suami yang jika tidak dituruti mengundang kepada penderaan fizikal.

“Kami akan membantu daripada segi kaunseling, termasuk mengemukakan masalah kepada pihak berkuasa seperti Mahkamah Syariah atau jabatan berkaitan.

“Jika orang ramai yang berasakan diri mereka didera, mereka boleh tampil membuat aduan untuk bantuan,” katanya.

Mengulas kes terbabit, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa.

Menurutnya, polis sudah menyerahkan laporan kepada Jabatan Agama Islam Perlis bagi tindakan lanjut kerana ia di bawah bidang kuasa mereka.

“Wanita berkenaan membuat laporan polis, tetapi ia lebih menjurus kepada masalah rumah tangga dengan suaminya,” katanya.


Minyak masak tuala wanita

Salam,
Tak kira apa pun yang ada kat dalam minyak tu,tapi apa yang pentingnya ia membabitkan soal kebersihan dan kesihatan kita......Awat depa ni cuai sangat...ambik mudah ja kerja2 yang depa buat ni....jangan dok pikir nak buat duit ja...pikirlah sama kebersihan dan nyawa orang sama......

surayaroslan@hmetro.com.my
JIJIK...minyak masak mengandungi tuala wanita.

JELEBU: "Apabila diamati, saya percaya ia tuala wanita," kata pekedai, Mohd Ifzal Dzulkiffli, 31, yang terkejut apabila menemui tuala wanita di dalam peket minyak masak yang diterimanya di Kampung Titi, Kuala Klawang, di sini.

Mohd Ifzal berkata, minyak masak seberat satu kilogram (kg) itu diterima daripada pemborong dua bulan lalu, namun berikutan tidak sahih ia adalah tuala wanita dia tidak membuat laporan.

“Bagaimanapun, selepas berfikir kejadian ini mungkin terjadi kepada orang lain, saya bertindak melaporkan kepada pihak berwajib.

“Saya mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak berkenaan berikutan ini membabitkan soal kesihatan dan kebersihan,” katanya.

Menceritakan penemuan mengejutkan itu, Mohd Ifzal berkata, perkara itu terjadi apabila seorang pelanggan mahu membeli minyak masak datang ke kedainya.

Sunday, February 26, 2012

Rahsia Tentang Perempuan

Salam,
Sapa2 yang tengah dok cari calon isteri tu.....mestilah kena ambik tau dan belajar sikit selok belok mengenai
kaum wanita ni.....macam mana sifat2 seorang wanita ni kan..... barulah boleh sama2 duduk sebumbung
dengan aman.....

  1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
  2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
  3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
  4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
  5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
  6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
  7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja
  8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
  9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
  10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
  11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
  12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
  13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
  14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
  15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
  16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
  17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri.
  18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
  19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta..
  20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di asebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
  21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya.
  22. Satu ucapan 'assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
  23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
  24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
  25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
  26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.
  27. Senjata wanita adalah airmata..
  28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
  29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah.
  30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
Dari sini.....

Penyakit Kencing Tikus, Faktor Risiko, Gejala Dan Tanda tanda

Salam,
Berwaspadalah walau kat mana pun kita berada.......Wabak penyakit ni dimana mana....Ni lah salah satu wabak penyakit yang amat merbahaya dan bila2 masa ja kita boleh di jangkitinya........


Leptospirosis adalah penyakit yang jarang berlaku. Leptospirosis adalah berpunca dari air kencing tikus. Satu penyakit yang tenat/teruk dan boleh berjangkit. Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies dari keturunan leptospira berbentuk lingkaran (spiral shape).

Faktor risiko termasuklah:

• Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
• Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
• Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
• terdedah di tmpt yang banjir dimana air kencing tikus tercemar di dalamnya,apabila terkena kulit yang luka,masuk dalam mata,hidung atau mulut(terminum) virus akan menjangkiti.

Tanda tanda

1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
2. Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. 
    Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.
3. Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)
4. Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, 
    sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.
5. Radang selaput mata.
6. Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, 
    pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,
    kekerasan otot, perubahan bunyi pada paruparu atau ruam.

Dibenam dalam kolah Kejamnya....

Salam,
Ya Allahhhh.....kejamnya....Duduk kat dalam rumah sendiri pun dah tak selamat....hanya iblis saja yang sanggup buat kerja gila macam ni......Harap pembunuh ni cepat2 dapat di berkas.......

Laporan dan foto YAHYA AWANG
am@hmetro.com.my

TERKEJUT... Saedah dengan anaknya Mohd Azrul menceritakan kejadian yang menimpa Nurul Aien.


TAIPING: Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun ditemui maut, dipercayai dirogol sebelum kepalanya dibenam di dalam kolah di bilik air rumahnya di sini, petang kelmarin.

Mayat pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Dato’ Wan Ahmad Rasdi (SMKDWAR) itu ditemui adik lelakinya dalam keadaan kepala dan seluruh badan dalam kolah selain cedera parah di kepala akibat dipukul benda keras.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa seorang diri di rumah sebelum kediamannya dimasuki individu tidak dikenali yang kemudian cuba merogol dan mencabul mangsa sebelum dia dibunuh.

Dalam kejadian jam 4.30 petang di Batu 9, Jalan Trong, Changkat Jering, mangsa dikenali sebagai Nurul Aien Mohd Saimon ditemui maut oleh adik lelakinya yang baru pulang dari rumah neneknya, 300 meter dari tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penduduk kampung jam 4.30 petang.


Saturday, February 25, 2012

Bunuh Ular Untuk Buat Duit.....Sungguh Kejam....

Salam,
Kesian la pulak kak Ros tengok ular2 sawa ni,walau pun dia binatang yang geli sangat dan merbahaya.....tapi dia tetap makluk Allah jugak......Apa yang depa buat ni memang sungguh kejam ......

Depa pi cari tang mana la banyak sangat ni.....









Kisah Benar Kristian VS Islam...

Salam,
Mai kita semua pakat baca kisah benar ni yang terjadi dalam sebuah gereja di perkampungan Amerika......


Kisah yg dipaparkan ini adalah satu kisah benar. Seorang pemuda arab dengan seorang pemuda kristian.kejadian berlaku di Amerika dan pemuda arab ini masih belajar di Universiti di sana.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melalui sebuah gereja. Pemuda kristian telah mengajak pemuda arab masuk ke dalam gereja walaupun agak keberatan tetapi ia masuk jugak dan duduk disalah sebuah kerusi di dalamnya.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, ‘Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.’ Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, ‘Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.’ Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada paderi, ‘Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?’Paderi itu menjawab, ‘Dari tanda yang terdapat di wajahmu.’

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, ‘Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ‘ Si pemuda tersenyum dan berkata, ‘Silakan!’

Sang paderi pun mulai bertanya, ‘Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada lapannya, lapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.’

‘Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!’

‘Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?’

‘Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?’ Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca ‘Bismillah…’ Pemuda arab itu berkata,

1. Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

2. Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman,
    'Dan kami jadikan malam dan siang  sebagai dua tanda' (kebesaran kami).’
    (Al-Isra’: 12).

3. Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan
     Nabi Musa ketika khidir menenggelamkan sampan, membunuh        
     seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

4. Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.

5. Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

6.  Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t.
      menciptakan makluk.

7.
 Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis.
      Allah s.w.t berfirman,'Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis.  
      Kamu sekali kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah  
      sesuatu yang tidak seimbang.’
       (Al-Mulk: 3).

8.  Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman.
     Allah s.w.t berfirman,Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit.
     Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung
    ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.’
     (Al-Haqah: 17).

9.  Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa
     yaitu:tongkat,tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak,
     darah,kutu dan belalang.

10.
 Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman,
       'Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.’
       (Al-An’am: 160).

11.
 Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf

12.  Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat
       Dalam firman Allah,'Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya,
       lalu kami berfirman,'Pukullah batu itu dengan tongkat mu.'Lalu memancarlah
       daripada 12 mata air.'
       (Al-Baqarah: 60)

13.  Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf
         di tambah dengan ayah dan ibunya.

14.  Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh.
       Allah s.w.t berfirman,‘Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.’
        (At-Takwir: 18).

15.  Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

16.  Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara
       Nabi Yusuf,yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, ‘Wahai ayah kami,
       sesungguhnya kami pergi berlumba- lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat
       barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.’ Setelah kedustaan
       terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, ‘Tak ada cercaan
       terhadap kamu semua.’ Dan ayah mereka Ya’qub berkata,
      ‘Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah
       Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’ (Yusuf:98)

17.  Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.
       Allah s.w.t. berfirman,‘Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.’
       (Luqman: 19).
   
18.  Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat,
      Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

19.  Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan
       api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim.
       Allah s.w.t. berfirman, ‘Wahai api dinginlah dan selamatkan
       Ibrahim..’
       (Al-Anbiya’:69).

20.  Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih,
       yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara
       dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

21.  Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah
       Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. ‘Sesungguhnya
       tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.’ (Yusuf: 28).

-22. Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun,
        setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah
        sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan,
        Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu,
        Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, ‘Apakah kunci syurga itu?’

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, ‘Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!’

Paderi tersebut berkata, ‘Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.’

Mereka menjawab, ‘Kami akan jamin keselamatan anda. ‘

Paderi pun berkata, ‘Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. ‘

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

Friday, February 24, 2012

Tu Dia Besarnya Udang Karang ni.....

Salam,
Nak makan pun rasa takut kalau dah sampai macam ni punya besar.....he.he.he.....

AIMEE HAYDEN-Rodriques memegang udang karang gergasi yang ditangkap oleh Robert Malone pada 17 Februari lalu.

ROCKLAND,
Amerika Syarikat - Seekor udang karang gergasi telah ditangkap di luar perairan pantai Maine dekat sini tetapi ia tidak akan dimasak untuk dijadikan makanan.

Pengarah Akuarium Negeri Maine, Aimee Hayden-Rodriques menyatakan seorang nelayan yang menangkap udang, Robert Malone menangkap udang karang gergasi itu pada Jumaat lalu.

Dia kemudian memberikan udang itu kepada Jabatan Sumber Marin untuk dihantar ke Akuarium Negeri Maine.
Udang karang itu sepanjang hampir 101.6 sentimeter dan seberat 12.3 kilogram.
Haiwan itu diberi nama Rocky kerana ia ditangkap di kawasan berbatu.

Namun, menurut Hayden-Rodriques, udang karang tersebut perlu diberi nama petinju Rocky kerana penyepitnya yang besar mencukupi untuk memberikan pukulan.

Dia berkata, udang karang itu akan dilepaskan ke lautan kerana ia akan menjalani kehidupan yang lebih baik dalam habitat liar. - Agensi

Bahaya Betoi nih.....

Salam,
Bahaya ni kat mana2.....Duduk kat dalam rumah pun belum tentu kita selamat...Haaaa....tengok macam cerita kat bawah ni....Alhamdulillah mujur tak dak sapa2 pun kat ruang tamu rumah tu kan......

Apa masaalahnya pemandu kerata tu pun tak tau lah....

Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my



TERBALIK...anggota bomba memeriksa Toyota Camry yang terbalik di ruang tamu.

 
ROBOH...keadaan rumah mangsa selepas dirempuh kereta, kelmarin.

SEREMBAN:
“Jantung saya bagaikan terhenti apabila terdengar dentuman kuat sebelum rumah bergegar,” kata Ahmad Yusof, 48, yang rumahnya di Taman Tiroi, Labu, di sini, dilanggar sebuah kereta, malam kelmarin.
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, Ahmad dan anak perempuannya, Khairul Baiyinah, 11, terselamat.

Kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah Toyota Camry dipandu seorang lelaki berusia 40-an hilang kawalan dan merempuh rumah Ahmad.

Pemandu berkenaan cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut.

Menurut Ahmad, ketika kejadian dia dan anak bongsunya sedang menunaikan solat Isyak berjemaah dalam sebuah bilik apabila dikejutkan dengan dentuman kuat.

“Rumah bergegar kuat dan pada masa itu saya hanya fikirkan keselamatan diri dan anak. Saya segera menjenguk keluar untuk memeriksa apa yang berlaku.

“Saya terkejut melihat sebuah Toyota Camry putih di ruang tamu rumah dengan empat tayar ke atas,” katanya ketika ditemui di sini, malam kelmarin. Ahmad berkata, beberapa penduduk yang menyedari kejadian segera ke rumahnya untuk membantu.

Menurutnya, pemandu kereta yang cedera dan tidak sedarkan diri dikeluarkan orang ramai sebelum dikejarkan ke hospital oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

“Saya turut menghubungi pasukan bomba dan penyelamat kerana khuatir berlaku tumpahan minyak apabila kereta itu terbalik,” katanya.

Menurutnya, dua motosikal dan empat basikal yang diletakkan di depan rumah rosak teruk akibat rempuhan itu.
“Walaupun rumah saya rosak, saya bersyukur kerana saya dan anak tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang yang dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan masih dilakukan untuk mengetahui punca kemalangan...


Info Yang Sangat Penting Buat Ibu Bapak...

Salam,
Mencegah lebih baik dan lebih murah dari merawatnya kan.......Anak2 yang masih kecik ni,memang depa mudah sangat terkena jangkitan........Jadi mai lah sama2 kita mengambik langkah2 awai untuk mencegah dari
jangkitan2 yang dok ada ni semua......

Oleh NURUL IZZA ROSLY


PNEUMOKOKAL merupakan satu penyakit yang berpunca daripada kehadiran bakteria Streptococcus pneumoniae (pneumokokus) yang boleh membawa maut kepada kanak-kanak. Bakteria Streptococcus pneumoniae biasanya ditemui di dalam saluran pernafasan kanak-kanak dan disebarkan melalui batuk dan bersin.

Kini terdapat lebih daripada 90 jenis pneumokokal yang diketahui namun, hanya lebih kurang 10 peratus dari- padanya boleh menyebabkan penyakit yang serius di seluruh dunia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menempatkan penyakit pneumokokal iaitu satu penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin sebagai punca nombor satu kematian kanak-kanak di bawah umur lima tahun di seluruh dunia.

Penyakit itu sangat serius kerana boleh mengakibatkan kerosakan otak, hilang pendengaran dan kematian.

Tahukah anda kira-kira 70 hingga 80 peratus kanak-kanak Malaysia terus tidak dilindungi daripada penyakit pneumokokal.

Angka itu amat membimbangkan dan memeranjatkan bagi sebuah negara seperti di Malaysia yang mempunyai sistem penjagaan kesihatan antara yang terbaik di rantau ini tetapi, masih belum memasukkan Vaksin Berkonjugat Pneumokokal (PCV) ke dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP).

Bakteria pneumokokus menyebabkan jangkitan invasif termasuk bakteremia/sepsis (jangkitan bakteria darah), meningitis (radang membran yang mengelilingi saraf tunjang atau otak), pneumonia (radang paru-paru) dan otitis media (jangkitan telinga tengah) yang boleh membawa maut atau kehilangan upaya.

Sedar mengenai kepentingan vaksin itu diberikan kepada kanak-kanak Malaysia, kempen Aim For Broader Coverage (ABC) atau Sasarkan Liputan Lebih Luas, menyeru rakyat Malaysia supaya menyokong kemasukan PCV ke dalam NIP dengan menandatangani ikrar di laman web www.abc4pneumococcal.com.

BAKTERIA yang menyerang bahagian otak boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami kecacatan kekal.
Jangkitan penyakit pneumokokal terus meningkat di seluruh dunia dan Asia Tenggara mencatatkan bilangan kes pneumokokal paling tinggi dan angka kematian paling tinggi.

Mengapa senario ini terjadi? Ia disebabkan kurangnya kesedaran terhadap penyakit pneumokokal digabungkan dengan kesukaran untuk mendapatkan diagnosis jangkitan pneumokokus secara tepat.

Malah, dalam kes ini pencegahan adalah lebih baik daripada pengubatan dan pencegahan penyakit pneumokokal adalah pilihan lebih selamat dan menjimatkan kos jika dibandingkan dengan kesan serius daripada penyakit pneumokokal.

Sokongan ibu bapa

Kempen ABC adalah kerjasama antara Pfizer Malaysia dan Asian Strategic Alliance for Pneumococcal Disease Prevention (ASAP) dan juga portal asuhan seperti Parenting2u, Pitter Patter dab SJ Echo.

Ia dilancarkan pada bulan Jun 2011 untuk menyemaikan kesedaran terhadap penyakit pneumokokal dan menekankan bahawa penyakit tersebut boleh dicegah melalui pelalian.

Sebagai lanjutan kempen itu, ABC Parent Coalition ditubuhkan untuk mendapatkan sokongan dalam kalangan ibu bapa di Malaysia.

Menurut Datuk Dr. Zulkifli Ismail yang merupakan ahli pengasas ASAP dan Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Pediatrik Hospital Pakar KPJ Selangor, penyakit pneumokokal adalah punca kematian di dunia yang boleh dicegah dengan vaksin.

“Pelalian adalah cara paling cekap dan berkesan untuk mengurangkan kadar kematian akibat penyakit ini.

“Kita perlu menjadikan vaksin ini sebahagian daripada NIP supaya semua kanak-kanak Malaysia akan mendapat perlindungan daripada penyakit ini,” katanya.

Dalam pada itu, pengasas bersama Parenting2u.com, salah satu kumpulan ibu bapa yang mengetuai ABC Parent Coalition, Chan Li Jin, memberitahu, walaupun mendapat publisiti yang luas, ramai ibu bapa masih tidak menyedari tentang komplikasi dan keseriusan penyakit pneumokokal.

“Kami berharap dapat menarik ibu bapa dan individu untuk menandatangani ikrar ini dan menunjukkan kebimbangan mereka terhadap nasib begitu ramai kanak-kanak Malaysia yang masih terus tidak dilindungi daripada penyakit ini,” katanya semasa sidang media di Persatuan Kebajikan Ti-Ratana di Desa Petaling, Kuala Lumpur.
Dalam majlis tersebut juga, seramai 47 penghuni Ti-Ratana diberi PCV secara percuma.

PENCEGAHAN melalui vaksinasi adalah lebih baik berbanding merawat penyakjit itu yang boleh menelan belanja ribuan ringgit.

Suntikan tersebut telah diberikan oleh Dr. Low Kok Thye yang juga merupakan ahli ABC Parent Coalition bersama rakan setugasnya dari Klinik Medijaya yang menyumbangkan masa dan kepakaran perubatan untuk menjayakan kempen pelalian tersebut.

Kok Thye memberitahu, sebanyak 900,000 kematian setahun dicatatkan di seluruh dunia akibat bakteria pneumokokal.

“Kanak-kanak ini tidak berdosa dan kita mahu memberikan kesedaran kepada ibu bapa betapa pentingnya vaksin ini untuk melindungi anak-anak mereka.

“Peningkatan kes semakin membimbangkan. Bayangkan 60 peratus kanak-kanak yang menghidap meningitis akan mati. Jika hidup pun, mereka akan berdepan dengan kecacatan kekal seperti kecacatan otak,” ujarnya.

Dengan bimbingan pakar perubatan dalam ASAP, ABC Parent Coalition merancang untuk melancarkan satu kajian penyelidikan yang akan menyediakan data kuantitatif dan kualitatif bagi mengenal pasti kesan emosi serta kewangan yang dibawa oleh penyakit pneumokokal di Malaysia.....

Anak Derhaka....

Salam,
Macam ni ka balasan kita kat orang yang bersusah payah membesar kan kita.....?Harta banyak mana pun kita boleh cari kalau kita mau......tapi ibu dan ayah hanya satu ,kalau dia dah pergi......kita tak boleh nak cari ganti lagi dah.....Ibu dan ayah lah harta yang paling bernilai sekali di dunia ni...macam tu jugak lah bagi ibu bapak anak2 lah harta yang paling bernila sekali bagi depa...........

Oleh Mary Victoria Dass dan Mahaizura Abd Malik
am@hmetro.com.my

AMBIL BERAT...Norijah melayan Wak di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Kempas.

JOHOR BAHRU: Amat menyedihkan apabila lima anak seorang warga emas hanya ‘meminjam’ ayah mereka beberapa jam bagi menyelesaikan urusan pembahagian harta sebelum lelaki berusia 75 tahun itu dipulangkan semula ke rumah kebajikan.

Ketika mahu mengambil ayah mereka dari Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Kempas, di sini, pertengahan bulan lalu, dua anaknya bersungguh-sungguh memberitahu mereka dan adik-beradik lain sudah insaf.
Justeru, mereka meyakinkan pengurus pusat kebajikan itu, Norijah Bidin, bahawa warga emas yang mesra dengan panggilan Wak itu mereka jaga dengan baik.

“Bagaimanapun, saya terkejut apabila kerana selepas beberapa jam, mereka datang dan menyerahkan semula Wak kepada kami untuk dijaga.

“Apabila ditanya, kelima-lima mereka memberi alasan konon kehadiran bapa mereka mencetuskan pelbagai masalah dalam keluarga,” kata Norijah.

Apa Yang Hangpa Pikir Bila Tengok Gambar2 Ni.....

Salam,
Macam2 kelaku yang dok ada kat atas dunia ni kan...,tak kira lah manusia mau pun binatang.....Bila tengok gambar2 kat bawah ni........,Eeemmm....macam2 yang timboi kat dalam pikiran kita ni kan.....

Sabar ja lah he.he.he.........

Adoih......sabar sabar........tau la hang menang....

Give me five......he.he.he.......hebat betoi.....

Banyak dapat ikan pak cik.......?

Kesian sesat.....mana pi mak pak hang ni......?

Hudoh la muka hang dok marah macam ni.......

Haaa...dah bersih ,lepas ni jangan dok main kotor lagi dah.....

 
 Bila la... aku nak boleh lari ni.......

 Awat dia ni tak semacam pun ngan aku nih......

 Dia ni tak percaya kat aku ka.........aku tak makan pun cincin tunang dia......

Tolong kami....bantu kami.....anak2 yatim piatu........


Related Posts with Thumbnails