Sahabat adalah perisai diri

Saturday, April 28, 2012

Dikerkah 30 monyet...

Assalamualaikum,
Kalau tak dak masaaalah dengan anjing,dahhh...dengan monyet la pulak...memang bahaya sungguh binatang2 ni.....mungkin habitat depa dah di musnahkan kot,pasai tu lah depa dok berkeliaran dikawasan rumah orang.....

Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my




LEBAM...keadaan muka Zaiton yang berjahit selepas diserang monyet liar.

ALOR GAJAH:
“Saya hanya terbayangkan kematian selepas dikerumuni lebih 30 monyet yang menyerang dan menggigit ketika saya jatuh di atas tanah,” kata warga emas yang diserang haiwan itu ketika berusaha menyelamatkan cucunya di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, mangsa Zaiton Comel, 83, dikatakan pengsan beberapa minit selepas dikerumuni kumpulan monyet berkenaan sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Berikutan kejadian, warga emas itu menerima dua jahitan di mata kiri, tiga jahitan di atas bibir serta sembilan jahitan di bahagian bawah dagunya yang terkoyak sepanjang enam sentimeter selain terdapat beberapa kesan lebam dan calar di bahagian badan.

Menceritakan kejadian yang hampir meragut nyawanya itu, Zaiton berkata, dia yang duduk di pangkin rumahnya tidak jauh dari kediaman seorang anaknya terdengar tangisan cucunya (Umi Amira Syikin Azman, 5) yang ketakutan selepas melihat kumpulan monyet cuba menceroboh masuk ke rumahnya.

“Mulanya saya sangka cucu menangis kerana kehabisan susu kerana ibu dan bapanya tiada di rumah, manakala abangnya pula bersekolah. Bagaimanapun dari jauh saya nampak beberapa monyet sedang berkeliaran di halaman dan ada yang cuba membuka tingkap,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Fasha Sanda dah selamat diijabkabulkan.....

Assalamualaikum,
Tahniah la buat depa berdua ni.....buat si Jejai kali ni harap2 tu jangan lah dok sekerat jalan lagi noooo....semoga berkekalan lah sampai kehujung nyawa....

Oleh Murshid Eunos
murshid@hmetro.com.my


LAFAZ...Jejai (kanan) dinikahkan Hassan (dua dari kiri).

SAAT BAHAGIA...Jejai mengucup Fasha selepas akad nikah.

KUALA LUMPUR: “Inilah peristiwa paling indah dan bahagia buat saya kerana kami akhirnya selamat disatukan. Saya amat bersyukur dan mengharapkan perkahwinan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat.”

Itu kata Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 36, selepas diijabkabulkan dengan aktres jelita, Fasha Sandha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, di Windows of KL, Hotel Crowne Plaza, di sini, jam 9.40 malam tadi. Rizal atau lebih mesra dengan panggilan Jejai, sah menjadi suami Fasha selepas dua kali lafaz di hadapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd Sahirman Ahmad.

Fasha yang anggun dalam persalinan berona putih sentuhan pereka fesyen, Rizman Ruzaini diwalikan ayah kandungnya, Hassan Moideen, 60, dengan mas kahwin RM8,888.88.

Jejai berkata, kehadiran Fasha kini melengkapkan hidupnya dan perkahwinan mereka kemuncak kepada persefahaman yang disemai secara serius sejak tiga tahun lalu.

“Alhamdulillah, segala-galanya sudah selamat dan sekarang kami sah menjadi suami isteri. Saya gembira kerana apa yang kami impikan menjadi kenyataan. Ini berkat adalah doa kami sepanjang bercinta.

“Selama ini pelbagai dugaan dan kontroversi terpaksa kami tempuhi bersama. Macam-macam cerita pernah terpampang di media, namun semuanya tidak pernah menggugat hubungan kami. “Selepas ini kami akan mula menempuh fasa baru bersama-sama dan semoga saya akan dapat membahagiakan Fasha sebagaimana yang diimpikannya,” katanya yang merahsiakan jumlah hantaran buat isterinya.

Jejai juga akui tidak sabar untuk menimang cahaya mata lagi dan merancang membawa Fasha ke Pulau Redang sebagai destinasi bulan madu kerana baginya lokasi di Malaysia sudah cukup indah.

Sementara itu, Fasha berharap perkahwinannya dengan Jejai yang pertama dan terakhir kerana baginya suaminya itu memenuhi segala ciri lelaki idamannya.

“Dia seorang yang penyayang, matang dan menerima saya seadanya. Itulah yang membuatkan saya benar-benar jatuh cinta dengan Rizal dan menerima lamarannya,” kata Fasha. Majlis pernikahan yang berkonsepkan warna putih dan ungu ini hanya dihadiri kira-kira 300 tetamu, semuanya keluarga terdekat dan teman rapat saja. Pengantin lelaki menyerahkan hantaran, antaranya tepak sirih, beg tangan, sebentuk cincin, jubah dan tudung dari Makkah serta senaskah al-Quran dan sebentuk cincin Habib Jewels. Antara balasan hantaran daripada Fasha pula ialah sirih junjung, sehelai sejadah, buku Terima Kasih Tuhan Atas Cinta Ini dan sebentuk cincin.


Friday, April 27, 2012

Tahi Lalat Terbesar Didunia...

Assalamualaikum,
Masyaallah...besarnya tahi lalat budak ni....Kesian Kak Ros tengok,kecik2 lagi dah terpaksa lalui keadaan yang macam ni...Apa pun syukur alhamdulillah..kehidupannya la ni dah berubah dengan bantuan doktor2 yang sangat perihatin dan sanggup membantunya...

KEADAAN belakang Montalvo sebelum pakar bedah membuang tahi lalat gergasi.

MONTALVO selepas dibedah.

BOGOTA: Nasib ‘budak penyu’ yang mempunyai tahi lalat gergasi pada badannya kini berubah selepas dia menjalani pembedahan membuang ketumbuhan berkenaan, lapor media semalam.

Berasal dari Colombia, Didier Montalvo, 6, lahir dengan masalah itu - dikenali dalam istilah perubatan sebagai Congenital Melanocytic Nevus - dan berpotensi membahayakan dirinya.

Bagaimanapun, disebabkan keadaan ekonomi ibunya, Luz, tidak mengizinkan, mereka gagal mengumpul wang mencukupi bagi membolehkan dia menjalani pembedahan membuang tahi lalat berkenaan.

Hidup di kawasan pedalaman juga menyebabkan keluarga Montalvo terikat dengan kepercayaan tahyul.
Berdasarkan pandangan pawang, budak itu dipercayai mula menjadi janin ketika gerhana.

Mereka juga bimbang Montalvo mungkin diganggu roh jahat dan ia akan menghalangnya untuk bersekolah atau dibaptiskan.

Namun, sekumpulan doktor, diketuai pakar pembedahan plastik dari Britain, Neil Bulstrode, menawarkan diri membantu Montalvo secara percuma selepas mengetahui kisahnya.

Menurut Bulstrode, dia pergi ke Bogota untuk membantu sekumpulan pakar bedah negara itu membuang tanda lahir pada badan kanak-kanak terbabit.

Disebabkan tahi lalat itu terlalu besar, doktor terpaksa menjalankan siri pembedahan yang merangkumi beberapa tahap.

Kata Bulstrode, kejadian menimpa Montalvo adalah kes paling serius pernah dihadapinya.

“Kira-kira tiga per empat badan budak itu terjejas akibat tanda lahir berkenaan,” katanya. Untuk membolehkan Montalvo membesar seperti kanak-kanak biasa, kata Bulstrode, budak itu perlu melalui sejumlah pembedahan menyakitkan.

“Tapi kami berpendapat, ia memang berbaloi,” katanya. Setakat ini, pakar perubatan belum mengetahui dengan jelas bagaimana tanda lahir seumpama itu boleh berlaku, tetapi ia mungkin membabitkan perubahan sel kulit pada janin akibat mutasi gen. - DM



Thursday, April 26, 2012

Remaja maut jatuh terusan

Assalamualaikum,
Selamat pagi....buat semua sahabat ....sentiasalah mengingati Allah ya....kita tak akan tau pun bila ajal kita ni kan..,ajal maut kita ni semua ditangan Allah ...Kalau dah sampai masanya.....bila2 masa saja Allah akan ambik nyawa,.....Al Fatihah buat arwah adik Mohd Suhaimi,semoga rohnya diterima disisi Allah dan ditempatkan bersama sama orang2 yang beriman......

Oleh Muhammad Saufi Hassan
saufi@hmetro.com.my



LEMAS...anggota Jabatan Pertahanan Awam mengangkat jenazah mangsa. Gambar kecil, Mohd Suhaimi.

PENDANG: Seorang remaja dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya maut apabila ditemui orang ramai tertiarap dalam terusan di Kampung Alor Besar, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, motosikal ditunggang Mohd Suhaimi Mohd Daud, 18, dipercayai hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam terusan berkenaan dan mangsa dipercayai lemas.

Majikan mangsa, Bukhari Lebai Chik, 56, berkata, mangsa selalunya sampai di rumahnya sekitar jam 10 pagi sebelum keluar bekerja di sebuah sawah miliknya bersama seorang anaknya dengan menaiki kereta.

“Saya difahamkan, anak saya sempat menghubungi arwah kira-kira jam 10 pagi bertanyakan lokasinya dan arwah sempat menyatakan dia baru sampai di terusan Kampung Alor Besar, namun tidak muncul walaupun selepas beberapa jam.

“Jarak antara terusan kampung itu dengan rumah saya tidak jauh, sekitar 10 minit perjalanan saja. Namun, anak saya berasa tidak sedap hati kerana arwah tidak pernah lewat,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini, semalam.

Bukhari berkata, dia amat terkejut selepas mendapat tahu Mohd Suhaimi terjatuh ke dalam terusan itu sehingga meragut nyawanya.

Katanya, dia tidak menyangka pertemuan mereka baru-baru ini yang terakhir sebelum kejadian meragut nyawa mangsa.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan kejadian itu selain memaklumkan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat.



Wednesday, April 25, 2012

Bukan mudah menjadi suami...

Assalamualaikum,
Buat semua lelaki terutama sekali yang dah bergelar suami dah tu,Bukannya mudah nak mendirikan rumahtangga ni...nak kahwin tu senang lah tapi nak pelihara perkahwinan tu yang susahnya kan......


Bukan mudah menjadi suami,
Harus bertanggungjawab terhadap keluarga, Ibu dan juga Isteri,
membahagiakan mereka berdua,
mentaati ibu dan juga menjaga hati isteri,

Bukan mudah menjadi suami,
Harus mendidik isteri dan anak-anak ke jalan ALLAH,
Memberi makan isteri dan anak-anak dari jalan yang halal,
Melayan isteri dengan sabar dan ikhlas,
Harus memimpin rumah tangga dengan kebijaksanaan dan penuh perasaan,

Bukan mudah menjadi suami,
Jangan bermimpi beristeri banyak,
Jikalau satu pun tidak mampu di jaga dan di didik dengan sempurna,
Apalagi di tambah dengan dua atau tiga,

Begitulah sang suami..

Fahamilah tanggungjawab anda, Wahai para Suami dan Calon Suami yang diamanahkan semasa kita menjawab akad untuk seorang wanita, yang menjadi isteri anda.

Fahamilah amanah anda, yang diberikan oleh ALLAh kepada kita. Jagalah kami, para isteri dengan sebaik-baiknya.

“Ingatlah bahawa manusia yang baik adalah yang baik pada keluarganya, dan lelaki yang baik adalah yang baik pada isterinya.”


Tuesday, April 24, 2012

Penyakit Misteri..

Assalamualaikum,
Kesian sungguh kak Ros tengok adik Noor Ashikin ni...tak tau lah apa punca penyakit yang dialaminya
ni..Harapan Kak Ros semoga dia cepat sembuh.....

Oleh Omar Osman
am@hmetro.com.my
SAKIT...Suraya menunjukkan kulit badan Noor Ashikin yang melepuh dan berdarah.

SUNGAI PETANI: “Saya sedih melihat keadaannya kerana setiap hari dia (Noor Ashikin) memohon kepada Tuhan agar ambil saja nyawanya kerana tidak tahan menanggung derita akibat kegatalan pada badannya yang dialami sejak Julai tahun lalu,” kata Suraya Maidin, 45, ibu kepada Noor Ashikin Mohd Irwan, 17, yang kulitnya melepuh dan berdarah tanpa diketahui puncanya.

Keadaan itu menyebabkan pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari (SMKKJ) di sini, tidak ke sekolah kerana sukar memakai pakaian berikutan kulit badannya tertanggal dan berdarah sehingga tidak mampu menahan kesakitan.

Suraya yang berniaga nasi lemak berkata, penyakit Noor Ashikin mula dikesan selepas dia mengadu gatal seluruh badan sepulang dari sekolah dan apabila membuka baju, mendapati seluruh kulit badannya menggelembung dan selepas itu pecah.

Menurutnya, sejak itu seluruh tubuh anaknya sentiasa berdarah dan Noor Ashikin tidak boleh terdedah kepada keadaan panas kerana kulitnya akan kembali menggelembung dan pecah serta berdarah menyebabkannya meraung kesakitan.

Noor Ashikin masih menerima rawatan susulan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) sejak awal bulan ini.

Suraya yang juga ibu tunggal dan tinggal di Flet Paya Nahu di sini berkata, sejak mengalami penyakit itu, Nor Ashikin sudah beberapa kali dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar dan HSAH bagi menerima rawatan, tetapi doktor pakar gagal mengenal pasti penyakit anaknya.

“Sebelum ini, dia pernah dirawat selama sebulan di HSB dan rawatan susulan di HSAH selepas penyakitnya didapati berkurangan. Bagaimanapun, selepas seminggu keluar hospital, penyakit itu datang kembali menyebabkan anak saya dimasukkan semula ke hospital.

“Terbaru, 8 April lalu apabila dia dimasukkan ke HSAH akibat kulitnya tertanggal dan seluruh badannya berdarah.

“Dia kini masih dirawat di HSAH dan keadaannya semakin beransur pulih, tetapi beberapa bahagian tubuh yang tertutup seperti ketiak, pinggang dan kedua-dua paha masih berdarah.

“Saya sedih melihat keadaannya yang menanggung penderitaan. Tidurnya juga tidak lena kerana sakit, malah tempat tidurnya perlu dilapik dengan plastik bagi mengelak kulitnya yang tertanggal, melekat,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin, yang memohon sesiapa saja membantu mencari cara menyembuhkan penyakit anaknya itu.


Monday, April 23, 2012

Maut akibat bisikan misteri

Assalamualaikum,
Sebelum ni kak Ros dengar gangguan dari bisikkan iblis ni dia akan mencederakan orang lain...tapi kali ni dia mencederakan dirinya sendiri pulak....yang Kak Ros herankan kejadian bisikan syaitan ni hanya berlaku kat orang2 islam ja......
Apa pun sentiasa beringatlah pada Allah walau dimanapun kita berada ya.......

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
dan MOHD. AZLI ADLAN
berita@kosmo.com.my


ANAK panah menunjukkan lokasi Fatimah terjatuh dari tingkat lima bangunan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim pada Sabtu lalu.

TANJUNG MALIM - Seorang pelajar perempuan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mendakwa diganggu bisikan misteri ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat lima bangunan E-Learning, kampus terbabit di sini kelmarin.

Kejadian menimpa Fatimah Mina Md. Juferi, 22, dipercayai atas dorongan suara bisikan misteri yang dialami pelajar terbabit sejak beberapa tahun lepas.

Dalam kejadian pukul 5.40 pagi hingga 6 petang itu, pelajar semester empat Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) itu dijumpai dalam keadaan tertiarap di kaki lima bangunan yang terletak tidak jauh dari Pintu Masuk Timur UPSI.

Seorang rakan sekelas mangsa yang enggan dikenali berkata, Allahyarham Fatimah sebelum ini dilihat mengalami kemurungan kerana mendakwa diganggu makhluk halus.

"Fatimah mengadu bisikan dan gangguan tersebut semakin kerap sejak beberapa bulan lalu," katanya ketika ditemui di UPSI di sini semalam.


Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kata Kata Hikmah.......

Assalamualaikum,
Selamat pagi...harap semuanya sihatlah ya....Semoga pagi ni kita semua mendapat sedikit ilmu dan semangat baru dari mutiara kata ni....Mai kita sama2 baca....


JANGAN sesekali kita rasa iri hati dengan kelebihan dan kesenangan orang lain..Kerana kita hanya melihat luarannya sahaja..namun siapa tahu mereka KAYA HARTA, MISKIN HATI dan KASIH  SAYANG siapa tahu mereka yang CANTIK dan HENSEM belum tentu rasa SELAMAT kerana sentiasa diburu dan belum temui pasangan yang terbaik.

JANGAN pula sesekali memandang rendah mereka yang serba kekurangan.Siapa tahu sepinggan rezeki yang dikongsi menjadikan KASIH mereka semakin ERAT.Rumah yang kecil namun LENGKAP dengan KASIH SAYANG..walaupun kurang namun tak pernah meminta..

Ingat ALLAH tahu apa yang perlu kita MILIKI dan kita perlu tahu apa yang perlu kita KONGSI.


Sunday, April 22, 2012

92 Tahun Masih Sihat Apakah Rahsianya...(video)

Assalamualaikum,
Hebat betoi la mak cik ni tak padan dengan umurnya.....
Benda apa pun tak kan mustahilkan kalau kita rajin dan banyak berusaha walau dalam apa bidang sekalipun....inilah hasilnya...




Saturday, April 21, 2012

Super Model Paling Hebat he.he.he..........

Assalamualaikum,
Macam2 gaya yang dok ada......he.he.he.....

Hang jangan buang angin sudah.....

Woi ambik la gambar cepat sikit aku gayat nih....

Posing macam ni boleh dak....?

He.he.he....OK berrsedia dah ni......ambik gambar elok2 tau...

Mana aci aku kena duduk kat belakang,muka aku tak nampak pun ni.....

Haaa.....seksi dak buat mata lagu nih.....

Posing habis maut dah ni...OK dak gi...

Woi agak2 nak berposing pun....ni sampai korek hidung aku ni apasai......




Friday, April 20, 2012

Parah dibaham anjing jiran...

Assalamualaikum,
Malang dan kesian sungguh kak Ros tengok budak ni...bayangkanlah bertapa sakitnya kalau dah cedera sampai macam ni..Dia diserang bukannya dengan anjing liar tapi anjing peliharaan...,Kat tempat kita ni pun apa kurangnya,banyak orang dah yang kena serang dengan anjing peliharaan ni....Bagi Kak Ros la,kalau dah bela tu kenalah ikat atau pun kurung,pasai anjing ni spisis binatang yang ganas dan boleh membunuh orang...

Dekat kawasan rumah Kak Ros ni pun banyak jugak la yang dok bela anjing ni...yang kak Ros geramnya depa  bela, tapi tak peduli langsung dengan orang yang dok ada di sekeliling depa....lepas ikut suka ja...kadang2 tu orang yang menunggang motor atau basikal selalu ja kena kejar dengan anjing2 depa ni....dah 2 kali dah penunggang motor jatuh kat depan rumah kak Ros,yang satu tu cedera ringan ja,dan yang satu lagi tu patah kaki....Bila kita p buat aduan,depa tambat la sat...lepas tu depa lepas balik iiiissshhhhhhh geram
sungguh la Kak Ros bila dengar dan baca berita macam ni.....

KEADAAN Erfan selepas dibaham anjing. Gambar kecil, anjing yang menyerang Erfan.

CARDIFF: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun mengerang kesakitan sejurus selepas dibaham seekor anjing bernama Tyson, semalam.

Erfan Ali dikejarkan ke hospital selepas dibaham anjing berkenaan yang melompat pagar setinggi 1.3 meter untuk memasuki perkarangan rumahnya di Cardiff ketika kanak-kanak itu membantu ibunya, Monowara dan kakaknya, Masudah, mengangkat kain jemuran.

Monowara, 37, lari bersama-sama anaknya ke dalam rumah tetapi gagal menyekat anjing itu daripada memasuki dapur dan meneruskan serangan.

Anjing baka Rhodesian Ridgeback itu membaham kedua-dua pipi dan tangan kirinya.
Pemilik haiwan itu, Kevin Large, 27, bergegas untuk menyelamatkan kanak-kanak berkenaan.
Anjing itu kemudian ditembak mati.

Anjing baka Rhodesian Ridgeback terkenal kerana keberaniannya dan pernah digunakan untuk memburu singa di Afrika.

Seorang hakim memberitahu Large, dia boleh dipenjarakan atas kesalahan gagal mengawal haiwan peliharaannya itu.

Hukuman akan dibacakan pada perbicaraan bulan depan.
Sehubungan itu, Erfan sudah menjalani beberapa pembedahan plastik.

Bapanya, Dilwar berkata: “Parut akibat serangan itu bukan saja berbentuk fizikal. Erfan sentiasa menangis sebelah malam dan tidak mahu tidur bersendirian. Dia kini begitu takut dengan anjing.” - Agensi


Thursday, April 19, 2012

Spesies baharu seperti udang ditemui

Assalamualaikum,
Satu lagi spisis makluk Allah yang tak pernah kita tengok ditemui....Kak Ros tengok badannya tu,macam lipan pun ada jugak..Agak2 la...udang ni boleh dimakan ka...?

SPESIES baharu menyerupai udang yang ditemui di dalam kolam sebuah gua di negeri New Mexico, AS pada bulan lalu. - Agensi

ALBUQUERQUE, Amerika Syarikat (AS) - Beberapa saintis menemui spesies baharu haiwan seperti udang yang buta, kecil dan hampir lutsinar di sebuah gua di negeri New Mexico.

Penemuan spesies berkenaan diumumkan oleh oleh Biro Pengurusan Tanah AS kelmarin.

Haiwan tersebut yang tergolong dalam kategori amphipod ditemui sekitar sebulan lalu di dalam sebuah kolam bawah tanah pada kedalaman kurang 24 meter daripada permukaan.

Lokasi penemuan tersebut terletak berhampiran Taman Negara Carlsbad Caverns di New Mexico.

"Ia mungkin hidup puluhan ribu tahun atau jutaan tahun dan hanya ditemui baru-baru ini," kata seorang pakar biro berkenaan tersebut, Jim Goodbar.

Menurutnya, spesies baharu itu yang masih belum diberi nama mungkin memakan bakteria, mineral atau
cebisan tumbuhan yang jatuh di dalam air. - Agensi

Wednesday, April 18, 2012

Bob Kuman Bohong,Saya Sudah Bayar-David Teo

Assalamualaikum,
Mana satu yang betoi nih....?

Ramai yang sudah tahu pelakon dan pelawak popular, Bob Kuman kini dilaporkan terlantar dan mengalami kesukaran untuk bergerak di kediaman beliau di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Menurut Bob tahap kesihatannya yang menurun sejak terjatuh di set penggambaran drama 'Jangan Pandang Belakang Congkak' di Hulu Langat sekitar tahun 2011 lalu.

Dia juga terkilan pihak penerbitan drama tersebut tidak tampil menghulurkan bantuan. Sehingga kini, beliau hanya mampu melunaskan separuh daripada kos rawatannya itu. Lebih mengharukan, Bob menyatakan bahawa dia hanya mempunyai RM36 sahaja dalam akaun banknya.


Itu cerita dari Bob Kuman bagaimana pula cerita disebelah pihak penerbitan drama tersebut iaitu David Teo?

“Bukan janji, tetapi pasti saya sudah melangsaikan semua bayaran lakonan yang dibintangi Bob Kuman.

“Kalau benar lakonannya belum dibayar, saya minta dia segera berjumpa saya dan akan memberikan tambahan 10 peratus faedah terhadap bayaran tertunggak seperti didakwa,” kata penerbit filem terkenal, David Teoh menjawab tuduhan pelakon, Bob Kuman, 40, yang mendakwa beliau mengabaikan masalah kesihatan pelakon itu yang terjatuh selepas menjalani penggambaran drama televisyen, Jangan Padang Belakang Congkak (JPBC) di Hulu Langat, Selangor pada penghujung 2010.

Harian Metro semalam melaporkan Bob Kuman mendakwa produksi milik David tidak mempedulikannya hingga dia berkejar ke hospital bersendirian selain kegagalan penerbit filem itu melangsaikan bayaran lebih RM6,000 hingga menjadi punca dia tidak dapat menjelaskan bayaran hospital.

Menurut David, beliau kesal terhadap tuduhan pelakon itu sambil memberitahu pihaknya sudah melangsaikan semua pembayaran termasuk memberikan sumbangan peribadi RM5,000 ketika melawat pelakon berkenaan di Hospital Tawakal di sini, tahun lalu.


Cara Terbaru Virus HIV Tersebar

Assalamualaikum,
Ngeri jugak Kak Ros bila baca cerita kat bawah ni,sebelum ni tak terpikir pun.....Sentiasalah berhati hati dengan persekitaran disekeliling kita ni ya......kecuaian manusia ni telah banyak membunuh manusia lain kan.......Apa pun sentiasalah kita mengingati Allah.....semoga Allah melindungi kita semua daripada benda2 yang tak diingini  ni.......


Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya... Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila berhati-hati... Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih

1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai dan menimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.

2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan penagih.Terdapat kes di Australia di mana kanak kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur & kemudiannya didapati HIV positif.

3.
Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi 'Welcome to the real world, you are now HIV positive' . Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat virus HIV. Ianya berlaku di Hawaii jadi berhati-hati... ...

4. Di Georgia & Florida , ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman... jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling... .mungkin terdapat jarum penyuntik di dalamnya.

5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos Order di tempat lain. Ini adalah nyawa anda.

Sila SEBARKAN maklumat ini sebanyak mungkin kepada orang lain, especially orang yang anda cintai, anak anda dan sesiapa saja... Wallahu'alam..


Tuesday, April 17, 2012

Ibunya ditembak oleh tentera Israel, tembus hingga ke janin.

Assalamualaikum,
Subhanallah.......kejamnya....tak dan nak keluar mai kat dunia ni lagi dah kena tembak.........

Monday, April 16, 2012

Gambar Pelik.....

Assalamualaikum,
Ishhh....betoi ka gambar ni......kalau lah betoi,memang sangat2 memalukan kaum sejenis dan yang paling utama sekali adalah agama sendiri lah kan.......

Sunday, April 15, 2012

Waspada dengan ilmu sihir...

Assalammualaikum,
Harapan Kak Ros semua kawan2 kat luar sana tu sihat2 lah ya....Hari ni saja Kak Ros nak sentuh sikit  berkenaan bab terkena ilmu sihir dalam perhubungan suami isteri ni...dalam rumahtangga lah tuh....dan macam mana cara kita nak menghindarkannya.
Semua orang tau kan yang ilmu sihir ni memang mampu meruntuhkan rumahtangga yang kita bina dengan penuh kasih sayang ....jadi kenalah kita bersedia ,pasai benda ni kat sapa2 pun boleh kena kan....


Antara sihir yang berkaitan dengan topik Ni ialah:

1.Sihir memisahkan suami isteri
2. Guna-guna atau sihir percintaan
3. Sihir menahan pernikahan.

Sihir pemisah suami isteri ini dilakukan adalah untuk memisahkan pasangan tersebut, mereka akan wujudkan perasaan saling membenci dan sering ingin berpisah kerana masing-masing tidak tahan lagi dengan kelakuan pasangan mereka. Biasanya sihir seperti ini di lakukan oleh isteri kita sendiri, samada yang tua atau yang muda, dan juga sering juga di lakukan oleh bekas-bekas kekasih kita apatah lagi sekira ianya bekas tunang kita, atau kita pernah menolak pinangan orang.

Pada zahirnya kita anggap pergaduhan dalam rumah tangga tu sebagai lumrah hidup dan ianya perkara biasa, memang kita sering tidak menyangka ianya ada unsur sihir. Dan perpisahan yang terjadi di anggap kerana tiada lagi keserasian untuk hidup bersama. Jadi nasihat saya, sebelum melakukan penceraian, silalah semak diri dan isteri dulu adakah terdapat unsur-unsur sihir yang di tujukan kepada kita.

Saya ulangi, sebelum kita membuat keputusan ingin bercerai, sila scan diri dan isteri kita di mana-mana pusat rawatan islam untuk melihat samada kita di sihir orang atau sememangnya kita dah tidak serasi.

Mari kita lihat tanda-tanda sihir pemisah suami isteri dulu. Sekiranya kawan-kawan mempunyai tanda-tanda seperti dibawah ni, segeralah pergi mendapatkan rawatan. Ok yang pertama..

1. Perubahan sikap pada diri kita atau pasangan secara tiba-tiba, dari cinta menjadi benci.
2. Sering meragui pasangan, tidak percaya, dan rasakan pasangan kita melakukan kecurangan.
3. Keras hati dan susah nak minta maaf jika bersalah.
4. Membesar-besarkan perselisihan faham walaupun hal itu merupakan perkara kecil
5. Nampak hodoh terhadap pasangan, sedangkan orang lain nampak pasangan kita tu cantik.
6. Setiap perbuatan serba tak kena yang di lakukan oleh suami isteri.
7. Sering bertengkar dan sering ingin berpisah.

Jika kawan-kawan pernah alaminya, segeralah berubat demi menyelamatkan rumahtangga yang di bina. Saya amat mensyorkan agar kawan-kawan mendapatkan rawatan secara Islam yang 100% menggunakan Al-Quran. Jangan sesekali berjumpa tok bomoh, dukun, pawang yang menggunakan khidmat jin, bunian, khadam dan sebagainya, kerana ianya hanya sia-sia, buang duit, masa dan tenaga. Disini apa yang saya cadangkan ialah, sekiranya kawan-kawan alami masalah ini, segeralah mendapatkan rawatan di pusat rawatan Islam yang menggunakan ayat suci Al-Quran sebagai rawatan. Contoh yang boleh saya berikan ialah seperti Pusat Rawatan Zamdurrani. Info sila ke laman web mereka http://www.zamdurrani.dumei.com

Sumber


Kejam..Bapa sendiri bunuh bayi perempuannya kerana dia menginginkan anak lelaki

Assalamualaikum,
Tak bersyukur dengan apa yang Allah bagi.....Malang sungguh bayi ni mendapat seorang ayah yang sangat kejam....sanggup membunuh anak sendiri pasai tak puas hati ja.....Sepatutnya dia kena sedar kalau tak dak orang perempuan ni mana nak mainya dia tu....Dia pautnya sedar yang mak dan isterinya tu pun dari orang golongan orang perempuan....


Gara-gara menginginkan bayi lelaki, bayi perempuan berusia tiga bulan ini dipukul ayahnya hingga mati.
Satu lagi bukti yang menunjukkan ramai ibu bapa di India masih memilih jenis kelamin anaknya. Bayi lelaki tetap menjadi keutamaan berbanding perempuan.

Hal inilah yang menyebabkan Neha Afreen yang baru berusia tiga bulan, mati kerana kegagalan jantung di sebuah rumah sakit di Bangalore, India, setelah tiga hari memperjuangkan hidupnya.

“Kami berusaha menyelamatkan Afreen. Kami gagal, luka-luka itu menyebabkan dia meninggal,” ujar seorang eksekutif rumah sakit, Gangadhar Belawadi.


Afreen dibawa ke rumah sakit dengan luka di kepalanya, kesan kecederaan dan bekas gigitan di sekujur tubuhnya. Hal ini menyebabkan masyarakat India berang dan si ayah ditahan awal minggu ini.

Kubur 1 Melaysia....(video)

Assalamualaikum,
Betoi ka apa yang kak Ros tengok nih.......?

Saturday, April 14, 2012

10 Sikap Buruk Manusia yang Dicela Allah........

Assalamualaikum,
Kalau nak Allah dan semua orang sayang kat kita....jangan dok ambik simpan sikap2 yang ada kat bawah ni....


SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan

Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

2. Banyak bercakap
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: ‘Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim).

5. Kedekut & bakhil
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

6. Bermegah-megah
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak

Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.
Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasukdalam kategori melakukan dosa besar.

Sumber: www.ustazazhar.net


Muka diinjak anak VIP (Video)....

Assalamualaikum,
Teruknya muka budak ni.....Tak dak jalan penyelesaian lagu lain dah ka selain menggunakan kekerasan...Apa yang kita dapat bila cederakan orang....boleh selesai ka masaalahnya....kita ni makluk yang sebaik baiknya ciptaan Allah,di baginya akai dan pikiran jadi gunakanlah......

Kak Ros tak masuk belah mana2 pun...cuma kak Ros tak suka orang bertindak menggunakan kekerasan....

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my


PARAH...Mikael Adam parah di muka dan kepala dibelasah awal pagi semalam.

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pemuzik hip hop, Mikael Adam Mohd Rafee Michel, 23, cedera di muka dan kepala selepas diserang seorang lelaki dikatakan anak VIP di luar kompleks beli-belah di Jalan Bukit Bintang, di sini awal pagi semalam.

Mikael Adam berkata sebelum kejadian pada jam 3.50 pagi itu, dia berada di dalam kereta bersama dua rakan sebelum suspek dikenalinya itu muncul dan menariknya keluar daripada kereta.

“Sebaik keluar, saya terus dipukul lelaki itu dengan tangan hingga saya terjatuh sebelum badan dan muka saya dipijak.

“Saya hanya mampu mempertahankan diri dengan menutup muka dan kepala bagi mengelakkan kecederaan lebih parah,” katanya dalam satu sidang media semalam.

Menurutnya, akibat pukulan bertubi-tubi daripada suspek berusia 20-an itu, mukanya berdarah sebelum dia tidak sedarkan diri.


Friday, April 13, 2012

Penemuan Makluk Baru Yang Sangat Aneh......

Assalamualaikum,
Benda apa niiiii..... sekali tengok macam manusia pun ada jugak.Zaman la ni macam2 pelik2 sungguh yang kita dok tengok kan...Entah2 ni kes orang yang suka tidur ngan binatang kot......ishhhhh......kalau betoi la lagu tu..., memang terok dan tak guna sungguh2 manusia tu kan..... 


Kisah benar ini berlaku di US....

Assalamualaikum,
Inilah buktinya kalau kita sentiasa mengingati Allah..., sentiasa mengikuti dan mematuhi segala apa yang Allah perintahkan.....

Kisah benar ini berlaku di US.

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US.
Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya.
Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang.
Jalan yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati.
Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu.
Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik ..
semoga kita semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA...

Wednesday, April 11, 2012

Kad Jenputan Kahwin Fasha Sanda.....

Assalamualaikum,
Haaa....ni dia kad jemputan majlis Fasha Sanda....ada sapa2 yang kena jemput ka...?he.he.he....


Murshid Eunos
murshid@hmetro.com.my



SIAP...kad jemputan perkahwinan Fasha dan Rizal Ashram sedia untuk diedarkan.

KUALA LUMPUR: Majlis perkahwinan pelakon Fasha Sandha, 28, dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli akan diadakan di sebuah hotel di ibu negara pada 27 April ini, sebagaimana tercatat dalam kad undangan perkahwinannya yang akan mula diedarkan dalam masa terdekat.

Fasha yang dinobatkan Pelakon TV Wanita Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) buat kali keenam, Ahad lalu berkata, majlis perkahwinannya akan diadakan secara tertutup membabitkan anggota keluarga serta kenalan rapat sahaja.

“Majlis ini kami lakukan secara tertutup membabitkan 300 jemputan termasuk keluarga dan teman rapat saja. Saya bersyukur dengan segala limpahan rezeki dan alhamdulillah akhirnya apa yang kami rancang dapat juga direalisasikan.

“Kad undangan kahwin sudah pun siap dan insya-Allah ia akan diedarkan tidak lama lagi, tapi saya minta maaf kerana masih tidak dapat memberitahu lokasi majlis diadakan kerana saya menghormati permintaan ibu bapa Rizal dan ibu bapa saya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Awal bulan lalu, Fasha selepas sekian lama berteka-teki, akhirnya mengesahkan mengenai perkahwinannya dengan Rizal selepas gambar mereka berdua menghadiri kursus perkahwinan tersebar di portal berita hiburan di Internet.

Namun, ketika itu pelakon yang baru pulang dari Paris selepas selesai penggambaran drama Seindah Sakura, masih enggan memaklumkan mengenai tarikh perkahwinan mereka.

Sementara itu, Rizal ketika ditanya perasaannya menjelang persiapan majlis perkahwinan mereka berkata, dia hanya inginkan sebuah majlis sederhana, tetapi meriah.

“Persiapan kami lakukan perlahan-lahan memandangkan jadual kerja masing-masing yang padat namun alhamdulillah semuanya hampir selesai. Insya-Allah kami akan mengedarkan kad dalam masa terdekat,” kata usahawan berusia 36 tahun yang menyifatkan Fasha seorang wanita yang melengkapkan hidupnya.

Ketika ditanya mengenai khabar angin mengatakan pasangan glamor ini akan mengadakan majlis resepsi gilang gemilang sama ada di Jakarta atau Pulau Bali, Indonesia pada Jun depan, Rizal berkata: “Biarlah kita lakukan mana yang wajib dulu. Majlis bersanding atau majlis lain kemudian,” katanya.


RESTORAN DIPUCUK POKOK THAILAND | GAMBAR

Assalamualaikum,
Kalau Kak Ros terang2 dah memang tak boleh nak p menjamu selera kat restoran ni punya he.he.he pasai kak Ros fobia ngan tempat tinggi....Best tu....memang best la jugak tempat ni,nampak unik dan cantik sangat permandangannya kan....tapi kak Ros rasa macam bahayanya pun ada jugak nih...Tengok masa nak hantar menu tu pun ekstrem gila he.he.he......










Sumber gambar....

Tuesday, April 10, 2012

Koleksi Menarik Kata-kata Mutiara | Akal

Assalamualaikum,
Mai kita renung sat kata2 hikmah ni.....


                                                                gambar hiasan

1.Apabila sempuran akal, kurang perkataan. ( Saidina Ali Abi Talib).
2.Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin, bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan tidak mengerjakan amal soleh. (ulama).
3.Sifat pemarah adalah musuh utama akal. ( saidina Ali Abi Talib ).
4.Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal. ( Lukmanul Hakim ).
5.Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil. ( Saidina Ali Abi Talib).
6.Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata. ( Saidina Ali Abi Talib).
7.Dada orang berakal itu ialah peti rahsianya. ( Saidina Ali Abi Talib).
8.Akal yang sihat daripada badan yang sihat. ( Lidah pendeta ).
9.Akal membentuk budi,membentuk kebudayaan dan menjerumuskan manusia kepada kehancuran. ( Hamka ).
10.Akal ialah anugerah Tuhan kepada makhluk yang dipilih-NYA, iaitu manusia.Akal tidak diberikan semata-mata.Ia perlu dituntun. ( Hamka).
11.Salah satu tugas agama ialah memelihara akal.Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu melatih diri berfikir,merenungkannya. ( Hamka).
12.Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan.Hawa nafsu menyuruh mengelamun,berangan-angan,tetapi akal menyuruh menimbang. ( Hamka ).



Gajah Selamat Anak Daripada Lemas...(video)

Assalamualaikum,
Binatang pun tau sayangkan anaknya....Depa pun tau yang anak ni adalah anugerah Allah yang tak ternilai kat depa kan...Sanggup gadai nyawa sendiri demi anaknya,bukannya bunuh anak sendiri demi nyawanya....

Terharu sungguh la kak Ros tengok bila video ni.....

Monday, April 9, 2012

Lelaki Cari Awek VS Lelaki Cari Isteri

Assalamualaikum,

Semua kaum hawa patut tau perkara2 yang macam ni insyaallah kita tak akan tertipu dengan pasangan kita nanti.....


LELAKI NAK CARI AWEK

• Tak kisah laa dia freehair atau bertudung
• Pakai seksi dan ketat satu kelebihan
• Nak yang kulit putih jer , muka cantik tu paling dia nak
• Tak kisah dia perangai macamana pon. Notty lagi dia suka
• Boleh keluar rumah anytime , anywhere.
• Nak yang gedik sana , gedik sini. Boleh pegang-pegang, sedap-sedap.
• Ada DARA ke takde ke tu belakang cerita. Kalau takde DARA , tu satu peluang baik punye !

LELAKI NAK CARI ISTERI

• Nak yang ALIM dan menutup aurat tu WAJIB !
• Reti hormat orang tua
• Nak yang pandai dekat dapur. Reti masak-masak
• Tak kisah cantik ke tak janji sejuk je mata memandang
• Nak cari yang pandai jaga maruah ! Tak boleh ada lelaki lain sentuh
• Cari yang pandai jaga diri. Tak curang bila dia kerja
• Nak yang SUCI jer ! Ada DARA tu WAJIB !

RENUNG-RENUNGKAN . ^_^

sumber: informasi.my

10 GOLONGAN MANUSIA YANG DI USIR DARI PADANG MAHSYAR

Assalamualaikum,
Semoga kita semua dijauhkan daripada 10 golongan ini.....Sama2lah kita semua memperbaiki diri kearah kebaikkan supaya kita tak akan dihalau semasa di padang Mahsyar nanti..........

Hiasan

1.
Mereka diusir berupa kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadu domba.

2. Mereka diusir berupa babi. Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram.

3. Mereka dihalau dalam keadana terbalik kaki di atas dan kepala di bawah. Mereka adalah dari golongan yang suka berdusta.

4. Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal. Mereka adalah dari golongan yang riak bangga diri dan sombong.

5. Mereka dihalau dalam keadaan menguyah lidah sendiri sedang lidahnya itu
menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulutnya keluar nanah yang
menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan
perilakunya.

6. Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka. Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur.

7. Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya. Mereka adalah
orang-orang yang mengganggu jiran-jiran.

8. mereka dihalau dalam keadaan buta. Mereka adalah dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum.

9. Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai.
Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, puasa, solat, ... tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya.

10.
Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas. Mereka ini adalah manusia yg syirik kepada Allah swt.

Sumber


Sunday, April 8, 2012

Beza Suka Dan Cinta

Assalamualaikum,
Kadang2 kita ni keliru diantara suka dengan cinta kan......
Kalau kita suka tak semestinya kita cinta...tapi kalau kita cinta dah semestinyalah kita suka kan.....


1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita
suka, hati kita akan gembira.

2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.

4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.

5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.

6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita
cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.

7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan
turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang
hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Sumber: Semanis Kurma


1.4 juta berisiko hilang kaki...

Assalamualaikum,
Tak mustahil kalau satu hari nanti banyak  rakyat Melaysia yang tak dak kaki kalau masih tak mau  ambik kisah pasai kesihatah diri ni kan.......Bayangkan lah kita dok boleh berjalan,tiba2 tak dak kaki..risau jugak la Kak Ros .....dah umur2 macam ni lagi lah kena dok jaga kan.....


PENGALAMAN kehilangan kaki sama ada akibat penyakit diabetes atau kemalangan pasti meninggalkan kesan trauma yang berpanjangan. Seorang pesara sebuah syarikat percetakan di ibu negara, Azmir Abu Bakar, 57, tidak pernah menyangka kakinya terpaksa dipotong pada tahun pertama persaraannya tahun lalu.

"Luka itu bermula di jari kaki kanan saya dan ia merebak begitu pantas. Dalam tempoh beberapa minggu ia sudah bernanah dan membusuk," kata Azmir yang kini kudung kaki hingga ke paras lutut.

Pembedahan membuang kaki itu dilakukan November lalu iaitu 12 tahun selepas Azmir dikesan menghidap diabetes.

Ketiadaan sebelah kaki sahaja pun bagaikan telah merentap separuh daripada kehidupan Azmir.

"Cuba bayangkan anda yang dahulu aktif bersukan tiba-tiba kehilangan kaki. Malah, pekerjaan saya sebagai pemandu juga menuntut penggunaan kaki untuk menekan pedal minyak dan brek," beritahu penggemar nasi lemak dan teh tarik kaw ini.

Kini, Azmir tidak lagi berani memandu. "Kalau nak pergi ke hospital atau pasar, saya akan minta anak saya hantar atau naik teksi sahaja. Pergerakan di dalam rumah juga terbatas. Selain isteri, kerusi roda adalah peneman setia saya sekarang," ujarnya.

Penyakit diabetes yang dihidap Azmir bermula dengan simptom yang sering diambil mudah oleh kebanyakan orang.

"Saya sentiasa berasa haus dan kerap buang air kecil tanpa sebab," kenang Azmir yang masih mengingati amaran seorang doktor bahawa kakinya berisiko dipotong jika beliau tidak menjaga pemakanan dan malas bersenam.

Beliau yang menyukai makanan manis dan berlemak termasuk air berkarbonat kini terpaksa mengambil suntikan insulin dua kali sehari sebelum disusuli ubat kapsul.

"Insulin ini bertujuan mengawal gula dalam darah," ujar Azmir yang bersyukur mendapat sokongan tidak berbelah bahagi daripada isterinya, Amidah Baharom, 53.

Sebenarnya, Amidah juga merupakan pesakit diabetes yang sudah kehilangan tiga jari kaki kanan.

"Adakalanya suami saya suka makan makanan berlauk atau teh tarik, tetapi saya akan kurangkan makanan yang mengandungi gula dan lemak.


                       AZMIR masih terkejut dengan kehilangan kaki kanannya akibat penyakit diabetes.

"Dia juga selalu mengadu berasa bosan kerana duduk sahaja di rumah. Tetapi dia masih boleh melakukan kerja ringan seperti melipat pakaian atau membersihkan kabinet televisyen dan sofa," cerita Amidah yang menunggu kaki palsu bernilai RM4,300 untuk suaminya itu.

Luka


Bagi P. Selvaraju, 58, dari Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur, kehidupannya sudah berakhir apabila kedua-dua kakinya dipotong. Segalanya bermula selepas beliau terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Petaling Jaya pada tahun 2004.

"Kaki saya bengkak selama beberapa bulan. Selepas mengetahui saya menghidap kencing manis, saya lebih banyak makan sayur-sayuran.

"Malangnya, saluran darah kaki kanan saya tersumbat dan dijangkiti kuman serta bernanah. Ia dipotong pada hujung tahun berkenaan," kata bekas kakitangan Universiti Malaya itu. Pada tahun 2009, beliau kehilangan kaki kiri pula akibat masalah yang sama.

Azmir dan Selvaraju adalah antara 5.6 juta pesakit diabetes di negara ini. Daripada jumlah itu, 1.4 juta mengalami komplikasi kaki yang serius, kata Koordinator Jawatankuasa Penjagaan Luka, Hospital Kuala Lumpur, Dr. Harikrishna K.R. Nair.

"Malaysia mempunyai ramai pesakit diabetes berbanding 28 juta penduduknya. Implikasi penyakit itu mengundang kepada penambahan komplikasi kaki yang turut dipengaruhi oleh faktor pengambilan makanan seperti nasi dan gula yang tidak terkawal," ujarnya baru-baru ini.

Secara umum, pesakit diabetes berisiko mendapat penyakit kaki diabetik. Penyakit itu menyebabkan kulit kaki menjadi kering dan senang merekah, kurang atau hilang bulu, peningkatan pigmentasi pada kulit dan juga jangkitan kulat pada kaki dan kuku.

Diabetes juga menyebabkan seseorang tidak menyedari kerosakan pada kakinya seperti luka, pecah ataupun berkudis (ulser). Masalah oksigen yang tidak sampai pula membuatkan luka kaki terbabit lambat sembuh atau bernanah hingga terpaksa dipotong.

Menurut Pakar Bedah Ortopedik, Hospital Pusrawi, Dr. M. Ismail Maulut, komplikasi kaki sama ada disebabkan kemalangan atau penyakit diabetes mempengaruhi kehidupan pesakit pada masa akan datang.

"Pihak hospital akan mempertimbangkan dua perkara sebelum membuat keputusan untuk memotong kaki pesakit, iaitu penyakit metabolik atau diabetes dan kecederaan teruk akibat kemalangan sehingga tulang mangsa hancur.

"Ketumbuhan atau kecederaan pada kaki di samping masalah saluran darah tersumbat turut menyumbang kepada komplikasi kaki.

Gergaji


                                  SENAMAN boleh mengelakkan saluran darah kaki tersumbat.

"Selain itu, kes kongenital kaki iaitu kecacatan sejak lahir atau jangkitan sehingga tisu yang mati bertukar hitam juga menjadi punca amputasi atau pemotongan kaki dilakukan," terang beliau.

Menurut Ismail, pemotongan kaki tidak dibuat secara sesuka hati sebaliknya keadaan pesakit akan diteliti terlebih dahulu. Ini termasuk menjalankan ujian angiografi untuk mengetahui sama ada saluran darah kaki tersumbat atau tidak.

"Selalunya pesakit akan meminta jari mereka sahaja yang dipotong. Namun, kami akan mencadangkan supaya mereka memotong ke tahap yang lebih selamat iaitu di paras lutut kerana nanah boleh merebak dengan pantas ke bahagian itu," hujahnya yang mengakui sebahagian pesakit takut untuk membuang kaki mereka.

Bagaimanapun, katanya, doktor akan melakukan pemotongan seberapa minimum yang boleh supaya kecacatan anggota badan pesakit dapat dikurangkan.

Ismail menambah, nanah pada kaki yang luka boleh merebak walaupun telah dicuci berulang kali manakala darah yang tercemar dengan kuman mampu mengakibatkan kematian.

"Terdapat kes pesakit yang mengalami komplikasi kaki datang mendapatkan rawatan dalam keadaan kaki mereka sudah bernanah hingga ke lutut.

"Namun, ia berjaya dibuang dan luka itu dibersihkan sebelum kesan luka pembedahan itu ditampal dengan kulit yang diambil daripada paha pesakit," ujarnya lagi yang kesal dengan sikap orang ramai yang tidak serius dalam menangani masalah diabetes.

Ismail berkata, gergaji khas diperlukan untuk memotong kaki yang sakit. Selepas kaki dipotong, pesakit dikehendaki mendapatkan rawatan susulan selama satu hingga dua bulan.

"Pesakit kemudian dirujuk semula kepada doktor pakar bagi mengawal kandungan gula dalam darah," katanya sambil memberitahu, kaki yang dipotong itu disimpan untuk eksperimen pada masa akan datang.



Sangka Barang Sihir......

Assalamualaikum,
Tak habis2 dengan berita pembuangan bayi ni kan.......

Oleh MUHAMMAD SAUFI HASSAN
saufi@hmetro.com.my

SIASAT... anggota polis membawa mayat bayi yang ditinggalkan atas meja sebuah kedai makan.

ALOR  SETAR:“Saya sangka bungkusan itu barang sihir kerana dibalut kemas dengan kain putih dan plastik hitam, namun tidak menyangka ia sebenarnya mengandungi mayat bayi cukup sifat.”

Begitu kata pemilik gerai makan, Rusdi Abd Aziz, 45, apabila menemui mayat bayi perempuan, dipercayai baru dilahirkan, di atas meja premisnya berhampiran Masjid Sungai Mati, di sini, jam 8 malam kelmarin.

Bayi itu ditemui dalam beg plastik berwarna hitam dengan bungkusan kain putih, termasuk masih mempunyai tali pusat dan dipercayai lahir kurang daripada 12 jam.

Rusdi berkata, dia menyedari bungkusan itu berada di atas sebuah meja gerainya ketika menuju ke pekan Langgar bersama isterinya pada waktu petang bagi mencari beberapa keperluan untuk berniaga pada keesokan harinya.

“Rumah saya terletak dua kilometer dari lokasi gerai kami. Ketika melintasi gerai, saya melihat ada bungkusan beg plastik di atas meja sedangkan setiap kali selepas berniaga, saya pastikan tiada barang tertinggal.

“Pada mulanya saya tidak menyangka perkara pelik. Namun, hati saya tertanya-tanya lalu menghantar isteri ke rumah sebelum keluar semula menaiki motosikal untuk melihat bungkusan terbabit,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, malam kelmarin.

Rusdi berkata, setibanya di gerai, dia berasa tidak sedap hati ketika melihat bungkusan itu lalu mengajak beberapa penduduk yang tinggal berhampiran untuk memeriksanya.

Menurutnya, seorang penduduk mengarahkannya memeriksa bungkusan terbabit menggunakan kayu kerana tidak mengetahui kandungan sebenar, selain bimbang berlaku sesuatu yang tidak diingini.

“Saya menguis bungkusan itu menggunakan kayu dan melihat ada sesuatu dibungkus dengan kain putih. Saya memeriksa dengan lebih lanjut sebelum ternampak kaki dan keseluruhan badan bayi terbabit,” katanya.

Rusdi berkata, selepas mengetahui kandungan bungkusan itu, dia bergegas melaporkan penemuan itu kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika mengesahkan kejadian berkata, pihaknya percaya mayat bayi perempuan terbabit baru dilahirkan sebelum diletakkan di gerai.

Katanya, mayat bayi dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat, manakala polis meneruskan siasatan untuk mengenal pasti suspek yang terbabit dalam kejadian.


Dahsyatnya Sakaratul Maut,

Assalamualaikum,
Bertapa peritnya saat kematian ni walaupun ditarik secara lembut selembutnya kan.....Semua manusia pasti akan menempuhnya tak boleh nak lari tang mana lagi dah...sampai ja masa dan giliran kita tak kurang atau tak lebih sesaat pun,mesti kita melaluinya.....

Semoga kita semua tak tergolong dalam golongan orang2 yang dimurkai Allah....


 ""Kalau sekiranya kamu dapat melihat malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka serta berkata, "Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar." (niscaya kamu akan merasa sangat ngeri) (QS. Al-Anfal {8} : 50).

"Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim (berada) dalam tekanan-tekanan sakaratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya (sambil berkata), "Keluarkanlah nyawamu !" Pada hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan, karena kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan kerena kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya". (Qs. Al- An'am : 93).

"Sakitnya sakaratul maut itu, kira-kira tiga ratus kali sakitnya dipukul pedang". (H.. Ibnu Abu Dunya).
Cara Malaikat Izrail mencabut nyawa tergantung dari amal perbuatan orang yang bersangkutan, bila orang yang akan meninggal dunia itu durhaka kepada Allah, maka Malaikat Izrail mencabut nyawa secara kasar. Sebaliknya, bila terhadap orang yang soleh, cara mencabutnya dengan lemah lembut dan dengan hati-hati. Namun demikian peristiwa terpisahnya nyawa dengan raga tetap teramat menyakitkan.

Di dalam kisah Nabi Idris a.s, beliau adalah seorang ahli ibadah, kuat mengerjakan solat sampai puluhan raka'at dalam sehari semalam dan selalu berzikir di dalam kesibukannya sehari-hari. Catatan amal Nabi Idris a.s yang sedemikian banyak, setiap malam naik ke langit. Hal itulah yang sangat menarik perhatian Malaikat Maut, Izrail. Maka bermohonlah ia kepada Allah Swt agar di perkenankan mengunjungi Nabi Idris a.s. di dunia. Allah Swt, mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka turunlah ia ke dunia dengan menjelma sebagai seorang lelaki tampan, dan bertamu kerumah Nabi Idris.

"Assalamu'alaikum, yaa Nabi Allah". Salam Malaikat Izrail,

"Wa'alaikum salam wa rahmatullah". Jawab Nabi Idris a.s.

Beliau sama sekali tidak mengetahui, bahwa lelaki yang bertamu ke rumahnya itu adalah Malaikat Izrail.

Seperti tamu yang lain, Nabi Idris a.s. melayani Malaikat Izrail, dan ketika tiba saat berbuka puasa, Nabi Idris a.s. mengajaknya makan bersama, namun di tolak oleh Malaikat Izrail. Selesai berbuka puasa, seperti biasanya, Nabi Idris a.s mengkhususkan waktunya "menghadap". Allah sampai keesokan harinya. Semua itu tidak lepas dari perhatian Malaikat Izrail. Juga ketika Nabi Idris terus-menerus berzikir dalam melakukan kesibukan sehari-harinya, dan hanya berbicara yang baik-baik saja. Pada suatu hari yang cerah, Nabi Idris a.s mengajak jalan-jalan "tamunya" itu ke sebuah perkebunan di mana pohon-pohonnya sedang berbuah, ranum dan menggiurkan.
"Izinkanlah saya memetik buah-buahan ini untuk kita". pinta Malaikat Izrail (menguji Nabi Idris a.s).

"Subhanallah, (Maha Suci Allah)" kata Nabi Idris a.s.

"Kenapa ?" Malaikat Izrail pura-pura terkejut.

"Buah-buahan ini bukan milik kita". Ungkap Nabi Idris a.s. Kemudian Beliau berkata: "Semalam anda menolak makanan yang halal, kini anda menginginkan makanan yang haram".
Malaikat Izrail tidak menjawab. Nabi Idris a.s perhatikan wajah tamunya yang tidak merasa bersalah. Diam-diam beliau penasaran tentang tamu yang belum dikenalnya itu. Siapakah gerangan ? fikir Nabi Idris a.s.

"Siapakah engkau sebenarnya ?" tanya Nabi Idris a.s.

Aku Malaikat Izrail". Jawab Malaikat Izrail.

Nabi Idris a.s terkejut, hampir tak percaya, seketika tubuhnya bergetar tak berdaya.

"Apakah kedatanganmu untuk mencabut nyawaku ?" selidik Nabi Idris a.s serius.

"Tidak" Senyum Malaikat Izrail penuh hormat.
"Atas izin Allah. Aku sekedar berziarah kepadamu". Jawab Malaikat Izrail.

"Aku punya keinginan kepadamu". Tutur Nabi Idris a.s

"Apa itu ? katakanlah !". Jawab Malaikat Izrail.

"Ku mohon engkau bersedia mencabut nyawaku sekarang. Lalu mintalah kepada Allah SWT untuk menghidupkanku kembali, agar bertambah rasa takutku kepada-Nya dan meningkatkan amal ibadahku". Pinta Nabi Idris a.s.
Tanpa seizin Allah. Aku tak dapat melakukannya", tolak Malaikat Izrail.

Pada saat itu pula Allah SWT memerintahkan Malaikat Izrail agar mengabulkan permintaan Nabi Idris a.s. Dengan izin Allah, Malaikat Izrail segera mencabut nyawa Nabi Idris a.s. sesudah itu beliau wafat.

Malaikat Izrail menangis, memohonlah ia kepada Allah SWT agar menghidupkan Nabi Idris a.s. kembali. Allah mengabulkan permohonannya. Setelah dikabulkan Allah Nabi Idris a.s. hidup kembali.
"Bagaimanakah rasa mati itu, sahabatku ?" Tanya Malaikat Izrail.

"Seribu kali lebih sakit dari binatang hidup dikuliti". Jawab Nabi Idris a.s.

"Caraku yang lemah lembut itu, baru kulakukan terhadapmu". Kata Malaikat Izrail.

MasyaAllah, lemah-lembutnya Malaikat Maut (Izrail) itu terhadap Nabi Idris a.s. Bagaimanakah jika sakaratul maut itu, datang kepada kita ?

Bersediakah kita untuk menghadapinya ?

Sumber


Related Posts with Thumbnails