Sahabat adalah perisai diri

Saturday, June 30, 2012

Cara Nak Kenal Bulu Babi...

Assalamualaikum,
banyak sangat benda2 yang haram bagi agama kita yang kita tak tau dijual kat kedai2 dan pasaraya2.....Bagi bangsa lain, mungkin depa tak kisah,tapi bagi kita ,tentulah kita tak mau kan....Salah satu contoh adalah kat bawah ni...iaitu bulu babi......mai kita ambik tau dan kenai macam mana rupa bentuknya bulu babi nih....

kebanyakkan Berus yang murah dari China diperbuat dari bulu babi…pasai terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut yang menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.

Ciri-ciri bulu BABI :-

1.Bulu yang rimbun dihujungnya (lebih tepat hujung bercabang)

2.Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.

3.Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.----maksudnya sangat tahan.

4.Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.---sebab babi cepat membiak

Cuba tengok bulu yang no 10 tu…. itula bulu BABI..

Bulu babi atau babi hutan dipanggil “Bristle” pasai bentuk depa yang keras dan kasar...Hujung bulu babi ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking

Berus dari China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.


Berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu babi. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.

Yang atas ni adalah contoh produk yang diperbuat daripada bulu BABI….


Sanggup Bogel Cegah Bantuan....

Assalamualaikum,
Disebabkan marah dah cemburu ja dia sanggup buat apa saja...,melarang dan biarkan seorang budak yang tak tau apa2 lagi tu mendapat rawatan dan pertolongan dari sapa2 pun sehinggalah budak tu mati,memang sangat kejam.......

Mangsa yang cedera dilanggar Zhang...

Zhang yang sanggup berbogel di depan ambulans supaya mangsa tidak mendapat rawatan...


BEIJING: Anggota polis terpaksa dihubungi untuk menangani seorang wanita bogel yang berbaring di depan sebuah ambulans bagi menghalang kenderaan itu membawa kekasih suaminya yang cedera ke hospital, semalam.

Zhang Shih, 38, dari Linyi, wilayah Shandong di timur China melanggar jirannya, Wang Lu dan anak perempuannya berusia empat tahun ekoran berang wanita itu mempunyai hubungan dengan suaminya.

Namun, ketika petugas khidmat kecemasan tiba, dia melakukan apa saja yang boleh bagi menghalang dua beranak itu mendapatkan rawatan walaupun selepas polis mengacukan pistol ke arah tubuh bogelnya.

“Dia menghalang semua orang daripada memberikan bantuan,” kata jurucakap polis.

“Kemudian apabila ambulans tiba, dia menanggalkan pakaiannya dan berbaring di depan kenderaan itu bagi menghalang ia membawa mangsa ke hospital,” katanya.

Zhang yang berang didakwa melanggar Wang dan anak perempuannya dengan keretanya selepas bertengkar dengan suaminya mengenai kecurangan lelaki itu.

Menurut polis, ibu dua anak itu kemudian berdiri mengawal dua mangsa yang cedera parah itu bagi menghalang sesiapa pun menawarkan bantuan kecemasan kepada mereka.

Dia juga dituduh menumbuk seorang petugas paramedik yang merawat anak perempuan Wang menyebabkan petugas terbabit membiarkan kanak-kanak itu yang kemudian mati akibat kecederaan dialami.

Zhang yang juga seorang guru sekolah rendah kini berdepan dengan tuduhan membunuh, kata pendakwa raya. Sekiranya disabitkan bersalah dia mungkin berdepan hukuman mati.

“Ini bukan jenayah mengenai cemburu. Dia menghalang dua mangsa menerima rawatan perubatan selama hampir setengah jam,” kata pendakwa raya. - DM

Thursday, June 28, 2012

Kecantikan Cottages di Dunia

Assalamualaikum,
Cantik sungguh reka bentuk rumah2 ni kan,suasananya pun memang nampak nyaman sangat.....




























Tuesday, June 26, 2012

Pentingnya Azan......

Assalamualaikum,
Kematian itu pasti akan menjelma. Hanya masa dan waktunya saja yang tak kita ketahui. Cuba kita amati betoi2... pasai apa kebanyakan orang yang nazak,dah  hampir sangat dengan ajalnya tak dapat nak berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya saja yang dok menahan kesakitan 'sakaratul maut'.....


Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, bahawa kita disarankan supaya mendiamkan diri dan jangan dok berkata apa-apa pun semasa azan tengah berkumandang....

Sebagai orang yang beragama Islam kita memang wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.... Kalau lagu kebangsaan kita boleh dok berdiri tegak dan diamkan diri... Pasai apa ketika azan kita tak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa pun yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak nanti.....ingat tuuu.....

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita semua sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.

Amin...........

Monday, June 25, 2012

Jari Anak Putus Dibaham Pirana Dibela Ibu Bapa Sendiri...

Assalamualaikum,
Banyak lagi binatang kat atas dunia ni yang comel2,pasai apa binatang yang ganas dan bahaya ni jugak yang depa suka....Hairan sungguh la Kak Ros.....Memang lah hobi dan kesukaan seseorang ni tak sama,tapi biarlah yang selamat kan.....


ILLINOIS: Apabila anak perempuan mereka yang berusia 18 bulan menangis kerana hujung jarinya putus, kelihatan seperti digigit, kedua-dua ibu bapanya mengesyaki ia angkara anjing peliharaan mereka.

Tetapi, selepas dilihat dengan teliti, polis mendedahkan ia mungkin disebabkan haiwan peliharaan yang lebih kecil dan lebih senyap, ikan pirana yang dibela oleh mereka.

Polis di Maine Township, Illinois hanya memerhatikan ikan bergigi tajam yang berenang di akuarium berdekatan dengan tempat kanak-kanak itu bermain, ketika doktor mengesahkan gigitan itu bukan disebabkan oleh anjing.

Jurucakap Pejabat Syerif Cook County, Frank Bilecki berkata, “Kami bercakap dengan ibu kanak-kanak itu dan bertanya apa lagi yang menggigit?”

“Dengan cepat, ibunya berkata, dua ekor ikan itu memang terletak dekat dengan tempat kanak-kanak itu bermain.... Kami tahu pirana boleh menggigit,” katanya.

Selepas memberitahu bapa kanak-kanak itu, yang turut berada di rumah pada waktu itu, lelaki itu terus ke akuarium dan memasukkan tangannya ke dalam air lalu mengambil seekor ikan itu dari akuarium itu.

“Dia langsung tidak takut. Itu memang naluri seorang bapa,” katanya.

“Selepas mengambil ikan itu, bapa yang panik itu terus memotong ikan itu dan hujung jari itu masih berada di dalam perutnya. Dia segera meletakkannya ke dalam ais dan membawanya ke hospital dengan segera,” katanya.

Jurucakap hospital itdak dapat mengesahkan sama ada hujung jari itu boleh disambung.

“Ibu bapa kanak-kanak itu benar-benar sedih dengan kejadian itu,” katanya dengan menambah, kanak-kanak itu adalah satu-satunya anak pasangan itu.

Jabatan Perkhidmatan Kanak-kanak dan Keluarga menyiasat rumah kanak-kanak itu dan tidak menemui bukti ibu bapanya cuba mencederakan anak mereka.

Tiada tuduhan difailkan ke atas mereka.

Pengarah Jabatan Perikanan Akuarium Shedd, George Parsons berkata, ikan pirana boleh dibeli secara sah di Illinois.

Katanya, walaupun mereka pernah mendapat satu atau dua panggilan setahun bertanyakan bagaimana merawat gigitan pirana, tetapi berita mengenai seseorang kehilangan jari kerana digigit ikan itu, amat jarang didengar. - Daily Mail

Saturday, June 23, 2012

Hati Yang Mulia....

Assalamualaikum,
Terharu dan tersentuh sungguh Kak Ros tengok gambar nih......walaupun diri dia tak sempurna macam orang lain tapi,hatinya cukup mulia kan..






Friday, June 22, 2012

Awas... virus pada tin minuman!

Assalamualaikum,
La ni semuanya kita mesti kena berhati hati dengan apa2 pun yang kita nak buat,terutama sekali bab2 tentang bahan makananlah....Ni kak Ros baru terbaca satu cerita pasai tin minuman yang ada virus,bahaya sangat nih....benda2 macam ni selalu ja kita dok buat dalam hidup harian kita kan,jadi beringat dan berhati hati lah ya semua.......mai kita baca cerita selanjutnya kat bawah ni.....


Pada hari Ahad lalu satu keluarga bertamasya dengan membawa beberapa tin minuman. Pada hari Isnin, dua anggota keluarga terpaksa dibawa ke hospital dan ditempatkan di ruang Intensive Care Unit (ICU).

Dia meninggal pada hari rabu. Hasil autopsi merumuskan ia terkena Leptospirosis. Hal ini disebabkan pada tin minuman yang diminumnya, tanpa menggunakan gelas.Hasil ujian menunjukkan tin tersebut telah terinfeksi air kencing tikus yang sudah kering yang mengandung leptospira.

Sangat dinasihatkan agar membilas secara merata bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Tin biasanya disimpan di dalam gudang dan langsung diantarkan ke kedai-kedai tanpa dibersihkan.

Sebuah penelitian menunjukkan bahawa bahagian atas semua tin minuman lebih terkontaminasi dibandingkan tandas awam (penuh kuman dan bakteria.)

Jadi, bersihkan dengan air sebelum memasukkannya ke mulut untuk menghindari segala jenis kecelakaan fatal. Mohon forward pesan ini kepada semua orang yang kita sayangi.


Thursday, June 14, 2012

Demam Panas.....

Assalamualaikum,

Lamanya rasa Kak Ros tak mai jengok kawan2 kat sini...rindu pulak,harap semuanya sihat2 lah ya...baru hari ni kak Ros boleh bangun sikit,dah seminggu dah kak Ros tak sihat demam panas,selsema,batuk dan sakit kerongkong..rasa masih lemah dan letih lagi ni..susah hati Kak Ros,baju pun banyak lagi yang tak jahit....EEmmm anak2 dah marah dah nuuuu.......ok lah ya.... nanti Kak Ros tulis lagi...

Wednesday, June 6, 2012

Tarikan luar biasa wanita berkelubung

Assalamualaikum,
Alangkah baiknya kalau semua negara Islam mengamalkan gaya hidup yang macam ni kan.....Waktu solat sentiasa didahului dan dihormati daripada duit.......

TARIKAN membeli-belah di Mekah cukup kuat kerana harga barangan yang berpatutan.

BERADA selama 11 hari 10 malam di Mekah, sekumpulan 40 jemaah umrah dari Malaysia berpeluang menyelami pelbagai warna kehidupan dan ragam manusia di sana.

Masjidil Haram yang menjadi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia, telah mengalami proses pembesaran dari semasa ke semasa sekali gus menyebabkan kedudukannya menjadi begitu hampir dengan hotel bertaraf lima bintang, kedai-kedai menjual cenderamata, pusat beli-belah dan restoran.

Benar, tarikannya cukup luar biasa. Meskipun pada awalnya jemaah tidak berniat langsung untuk membeli-belah di Tanah Suci Mekah, keadaan persekitarannya pasti membuatkan mereka tertarik untuk mencari buah tangan bagi dibawa pulang.

Di kaki-kaki lima di luar pekarangan masjid, jemaah 'dipancing' oleh wanita berkelubung hitam yang menjual bermacam-macam barangan.

Mereka sekadar meletakkan barangan di atas hamparan kain, namun berjaya menarik perhatian jemaah yang berpusu-pusu keluar dari masjid setiap kali selesai menunaikan solat lima waktu.

Bertutur bahasa Melayu
"Khamsah riyal, khamsah riyal (5 riyal), mari, mari, murah, murah." Begitulah teriakan peniaga yang cuba mencuri tumpuan pelanggan.

Jika anda tidak fasih berbahasa Arab, itu bukan alasan untuk tidak membeli. Ini kerana para peniaga yang terdiri daripada wanita berkulit hitam itu mampu bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik.

Meskipun tiada proses tawar-menawar kerana harganya yang murah, anda masih boleh bertanya kepada mereka seperti: 'Ini berapa?' Mereka dengan lantas menjawab '10 riyal' (bergantung kepada harga asal barangan yang dijual). Bahkan mereka boleh menjelaskan, 'Satu 10 riyal, dua 15 riyal'.

Lebih lucu, mereka bukan sahaja berjaya memukau pelanggan wanita, bahkan jemaah lelaki juga tidak terkecuali berebut-rebut membeli.

PERMINTAAN terhadap roti nan di restoran berhampiran Masjidil Haram ini juga bak pisang goreng panas.

Antara barang-barang yang dijual ialah jubah lelaki dan wanita, pakaian kanak-kanak, tudung, tasbih, kopiah, inai dan barang hiasan rumah.

Aktiviti jual-beli di tepi jalan itu bermula seawal selepas solat Subuh iaitu sekitar pukul 6.30 pagi dan berakhir sejam kemudian.

Perniagaan itu menyebabkan jalan raya menjadi sesak apabila orang ramai berkerumun di kedai tepi jalan itu. Kedai-kedai itu dibuka lima kali sehari iaitu setiap selepas waktu solat.

"Pada mulanya saya tidak berminat untuk membeli, tetapi apabila melihat barang-barang yang dijual agak berkualiti dan murah, saya tidak melepaskan peluang mendapatkannya.

"Kadangkala saya terpaksa berebut dengan orang lain," kata Suraya Ahmad, 30. Tambah beliau, kebanyakan produk itu diimport dari Turki, China, India atau Pakistan.

Walaupun aktiviti jual-beli tidak pernah bernoktah di tanah yang penuh berkat itu, para peniaga sangat menghormati waktu solat.

Andai anda masih membelek-belek barang di kedai tatkala azan dilaungkan, sebaik-baiknya tinggalkan segera urusan tersebut. Jika tidak anda bukan sahaja tidak dilayan oleh si peniaga, bahkan mungkin diherdik mereka.

"Ba'da solah, ba'da solah (lepas solat, lepas solat)," kata peniaga terbabit mengingatkan pelanggan supaya menangguhkan urusan jual-beli dan segera menyempurnakan panggilan solat.

Beg beranak
Tanpa ada rasa bimbang kedai dimasuki pencuri, para peniaga hanya merentang kain atau tali di hadapan kedai sebelum pergi ke masjid. Jika tidak pun mereka memalapkan lampu di dalam kedai tanpa menutup pintu.

Ketika waktu solat semua aktiviti dan urusan dunia terhenti seketika. Jemaah juga dinasihatkan membawa sehelai sejadah bagi membolehkan mereka bersembahyang sebaik sahaja kedengaran suara imam Masjidil Haram mengangkat takbir untuk memulakan solat.

Ini kerana sudah menjadi budaya masyarakat Arab mereka akan bersolat di mana sahaja hatta di atas jalan raya

.
JEMAAH lelaki juga tidak melepaskan peluang membeli barang yang diingini.

"Bumi Mekah ini memang berkat, aktiviti ekonominya sentiasa subur. Memang benar niat kita mahu beribadat ke sini, tapi tidak salah untuk membeli kerana sebahagian besar jemaah berbelanja untuk membeli buah tangan buat keluarga dan rakan-rakan di tanah air.

"Para jemaah yang datang ke Mekah rata-rata membawa satu beg, tapi apabila pulang beg mereka akan 'beranak' (bertambah)," seloroh mutawif umrah, Ady Erwan Siregar.

Para jemaah yang menjejakkan kaki ke Mekah juga selalunya tidak akan melepaskan peluang menikmati aiskrim, jus buah dan nasi mandi. Dijual pada harga antara 2 riyal (RM1.70) hingga 4 riyal (RM3.30), kudapan seperti aiskrim dan jus buah boleh didapati di kios-kios yang menjual kebab.

Kepada jemaah yang ingin mencuba keenakan makanan Arab, menu signaturnya iaitu nasi mandi dijual di kebanyakan kedai makan. Sepinggan nasi mandi kambing berharga 20 riyal (RM16.70), manakala 12 riyal (RM10) untuk nasi mandi ayam.

Setiap hidangan boleh dinikmati oleh sekurang-kurangnya empat orang jemaah wanita Malaysia.

"Tidak perlu beli banyak, kita boleh kongsi makan ramai-ramai supaya tidak membazir," kata seorang jemaah wanita yang hanya mahu kenali sebagai Sofea. - NAJIBAH HASSAN


Saturday, June 2, 2012

BESAQNYA, Ikan Apa Nih.....(Video)

Assalamualaikum,

Besarnya ikan ni...kalau Kak Ros memang tak turun dah,takutttt...mengerikan..buat dia serang ka, naya....he he.he....agak2 makan orang dak ni haaa...?

Related Posts with Thumbnails