Sahabat adalah perisai diri

Sunday, July 29, 2012

Fenomena Sweet Couple di Pahang...(Video)

Assalamualaikum,
Keputusan yang bijak dan sangat tepat...biarlah muda,biarlah apa orang nak kata asalkan kita buat perkara yang baik disisi Allah.....daripada dok buat maksiat,buang anak sana sini, lebih baik kahwin...Tahniah la buat ibu bapa pasangan...,kerana memberi sokongan moral dan fizikal pada anak2 yang terjebak dalam bercinta diusia muda ni....demi berlakunya perkara2 yang tak diingini...

Semoga pasangan ni bahagia,dapat menjalankan tanggungjawab masing2 dan jugak berkekalan hingga kehujung nyawa....

Friday, July 20, 2012

Selamat Beribadah Puasa...

Assalamualaikum,
Pejam celik pejam celik umat islam dah nak sambut puasa dah kan.....Selamat menyambut bulan Ramadhan dan semoga kita semua dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna dan jayanya.....


Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi....
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa......
Hidup ini terasa indah jika ada maaf......

Matahari berzikir, angin bertasbih dan pepohonan memuji keagungan-Mu....
Semua menyambut datangnya Seribu Bulan....
Selamat datang Ramadhan, Selamat beribadah puasa.....

Jika hati sejernih air , jangan biarkan ia keruh....
Jika hati seputih awan, jangan biarkan ia mendung.....
Jika hati seindah bulan, hiasi ia dengan IMAM......


Wednesday, July 18, 2012

Kisah Benar : Kisah Mayat Keluar Darah Tidak Berhenti

Assalamualaikum,
Mungkin ada yang dah baca cerita ni..,saja ja Kak Ros letak kat sini nak kongsi ngan sapa2 yang tak baca lagi kisah aneh ni....Satu iktibar jugak lah bagi Kak Ros dengan apa yang telah terjadi kat arwah...

Hanya gambar hiasan......google...


Diceritakan oleh Ustaz Nahrawi Marzoki

PERISTIWA
yang ingin saya ceritakan adalah mengenai satu jenazah yang bagi saya cukup aneh. Darah tak putus-putus keluar daripada seluruh tubuhnya. Tak tahulah kenapa…. tapi dari sejak Allahyarham meninggal dunia, darah tak berhenti-henti keluar.

Allahyarham ini meninggalnya kerana sakit, bukan sebab kemalangan. Doktor pun mengesahkan tidak ada penyakit yang boleh sebabkan jenazah berdarah macam itu sekali. Apakah yang berlaku kepada Allahyarham?

Peristiwa tersebut berlaku beberapa tahun lalu di sebuah tempat di Selangor. Tapi maaflah, nama orang dan nama tempat kejadian tak dapat saya ceritakan ialah Allahyarham ini adalah seorang lelaki, meninggal ketika berumur 50-an atau 60-an tahun dan semasa hidupnya, Allahyarham bolehlah kita golongkan sebagai orang kaya.

Dia pegawai kerajaan dan pernah menjadi penolong pengarah agensi tempat dia bekerja…

Allahyarham ini ada beberapa orang anak. Beliau meninggal dunia di rumahnya pada pukul 8.30 malam kerana sakit biasa.Tapi saya diberitahu doktor pun tak tahu apa penyakit yang dihadapinya.

Tapi yang menimbulkan pertanyaan dan keinsafan ialah apabila Allahyarham habis saja nazak dan lepas itu menghembuskan nafasnya yang terakhir, tiba-tiba saja darah mula keluar daripada seluruh tubuhnya, khususnya dari liang-liang dan rongga-rongga. ..dari mulut, telinga, hidung, mata, celah-celah bulu roma dan celah-celah kuku.

Mula-mula sedikit, tapi makin lama makin banyak sampai mayat itu dipenuhi darah. Darah itu pun tak putus-putus keluar. Cukup mengerikan.. ..dan menyedihkan.

Apabila tengok mayat ayahnya itu lain macam, anak Allahyarham pergi ke rumah saya. Masa itu kira-kira pukul 11.00 malam. Kebetulan pula anak Allahyarham itu murid saya yang memang saya kenal sangat.

Dalam keadaan yang sedih bercampur panik dia berkata, “Ustaz, ayah saya meninggal dunia. Ustaz boleh tolong tak?”

Saya kata, “Boleh, tapi kenapa pula? Ada masalah ke?”

“Mayat ayat saya ni agak lain sikitlah ustaz. Saya minta sangatlah ustaz dapat tolong kami,” kata anak Allahyarham tadi. Bagaimanapun dia tidak ceritakan pada saya apa yang terjadi pada mayat ayahnya itu.

Saya pun pergi ke rumahnya. Apabila sampai di rumahnya baru dia ceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Saya naik ke atas rumah dan terus pergi ke tempat Allahyarham diletakkan dan… masya-Allah, saya tengok darah sudah penuh di seluruh badan Allahyarham.

Baunya pun semakin hanyir. Busuk. Dan busuknya pun lain dari yang lain…sukar untuk saya gambarkan hinggakan kemenyan yang dibakar dan bau-bauan pun tak boleh mengurangkan bau busuk mayat itu.

Apabila saya pandang wajah Allahyarham, saya lihat ia seperti dalam keadaan cemas, takut… langsung tidak ada tanda-tanda kejernihan dan nur di wajahnya. Apa yang sebenarnya dialami dan dirasai oleh Allahyarham ketika itu wallahuaklam. Allah yang lebih mengetahui.

Maha suci Allah, mayat ini cukup pelik sebab baru dua jam lebih dia meninggal tapi begitu aib sekali keadaannya. Dalam hati saya berdoa dan beristighfar supaya saya dapat uruskannya dengan cara terbaik dan tidak berlaku lagi sesuatu yang mengaibkan Allahyarham.

Saya pelawa beberapa orang kawan untuk uruskan jenazah tadi.. Kami ambil kapas dan tutup mulut, hidung, mata, telinga dan rongga-rongga besar pada mayat. Tapi Allah itu Maha Berkuasa, kapas itu tidak mampu menahan darah yang keluar.

Apabila dicabut kapas yang sudah basah dengan darah utuk diganti dengan kapas yang lain, darah meleleh keluar dari rongga-rongga tadi. Menjejes hingga kain dan tikar tempat kami baringkan mayat itu menjadi merah. Tidak tahulah berapa banyak kapas yang kami gunakan, tapi tak berkesan.

Allah jua yang menentukan. Tidak cukup dengan darah, tambah menyedihkan saya ialah muka dan kulit di seluruh tubuh Allahyarham tadi tiba-tiba menggerutu. Keluar satu bahan berlendir, menggerutu macam cacar yang berbonjol-bonjol di muka dan badannya.

Bonjol-bonjol kecil itu seperti bernanah dan busuk baunya. Makin lama bonjol-bonjol itu makin banyak hingga tidak keterlaluan kalau saya katakan di sini iaitu wajah jenazah tersebut sudah tidak menyerupai wajah manusia lagi.

Melihat keadaan mayat yang sebegitu rupa, saya pun katakan kepada semua kaum keluarga Allahyarham dan pembantu saya, “Kita mesti kebumikan jenazah ini malam ini juga.” Mereka bersetuju.

Selain daripada dua orang pembantu, tiga orang anak Allahyarham juga menolong saya menguruskan jenazah bapanya. Tapi sedih, seorang demi seorang anak Allahyarham itu pengsan kerana tidak sanggup melihat keadaan mayat bapa mereka itu. Akhirnya tinggallah saya dengan dua pembantu saya tadi.

Bagi mengelakkan tohmahan orang dan tak mahu kain kapan menjadi merah, saya ambil keputusan untuk membalut Allahyarham dengan plastik…plastik alas meja yang berwarna putih. Selepas itu barulah kami balut mayat tadi seperti biasa dengan kain putih.

Mengikut syarak, mayat tidak digalakkan dikebumi malam-malam. Tapi dalam keadaan darurat seperti itu saya tidak boleh tunggu lama-lama. Kebetulan pula kawasan perkuburan terletak tidak jauh dari rumah Allahyarham, kira-kira dua kilometer sahaja, jadi kami cari lampu dan spotlight.

Dalam waktu dinihari yang gelap dan sejuk itu kami suluh jalan dan kawasan kubur Allahyarham. Kami mula kebumikan Allahyarham itu kira-kira pukul 1.30 pagi.

Sampai saja ke kuburnya , berlaku sekali lagi peristiwa aneh, yang amat mengharukan. Kuburnya dipenuhi air! Air itu macam air biasa tapi tak putus-putus keluar dari celah bumi. Ini memang aneh sebab hari itu tidak hujan.

Kalau hendak dikatakan kawasan kubur itu rendah, lembah.. tak juga sebab sudah banyak kubur di situ tapi tak pernah pula terjadi macam ini. Memandangkan orang ramai sudah mula kecoh, kami ambil keputusan mengebumikan juga mayat itu dalam keadaan ia ditenggelami air.

Menyedihkan. Apabila mayat mencecah saja ke air, maka air itu bertukar menjadi merah kerana bercampur dengan darah. Hanyir, busuk….susah saya nak cakap macam mana baunya ketika itu.

Makin lama warna air itu makin merah. Mujur waktu itu tengah dinihari, orang yang datang ke kubur tak nampak sangat. Kalau siang…

Kami pun benamkan jenazah tadi, endal betul-betul dan kemudian tutup dengan papan. Kami buat betul-betul supaya jenazah tidak terlungkup. selepas selesai semuanya. kubur pun dikambus.

Selesai ditalkinkan, saya dan semua yang menghantar Allahyarham ke kubur kembali semula ke rumah masing-masing dan saya menenangkan keluarga Allahyarham yang bersedih.

Entah apa kesalahan yang telah Allahyarham lakukan saya tak tahulah. Yang tahu cuma Allah dan Allahyarham. Bagaimanapun saya yakin ia adalah balasan Allah kepada Allahyarham.

Bagi saya ini satu iktibar.

Saya tidak mengatakan Allahyarham telah melakukan sesuatu kesalahan besar tapi bagi saya, darah ini mempunyai tiga kaitan dan mungkin apa yang berlaku pada Allahyarham ada kaitan dengan salah satu

PERTAMA , janganlah sekali-kali kita membunuh orang.Membunuh pula banyak caranya. Saya bukan kata Allahyarham ada membunuh orang tapi perlu diingat darah itu mahal harganya.

KEDUA
, ia mungkin ada kaitan dengan makanan dan minuman. Janganlah kita memakan makanan dan minuman yang haram sebab ia menjadi sumber darah yang mengalir dalam tubuh kita ini. Jauhkanlah diri daripada rasuah, makan harta anak yatim atau duit masjid, harta pusaka dan sebagainya yang bukan milik kita.

KETIGA
, hormatilah darah. Kalau ada darah di rumah atau di jalan raya akibat kemalangan, bersihkanlah dengan air. Bagi perempuan, ingin saya ingatkan. Cucilah tuala wanita (semasa haid dan nifas) selepas anda menggunakannya.

Bersihkan darah dengan air bersih baru dibuang tuala itu. Jangan buang begitu saja selagi masih ada darah kotor yang melekat pada tuala itu. Walaupun darah itu kotor, tapi ia juga makhluk Tuhan yang perlu dihormati.

Renungkanlah diri kita dan jadikanlah kisah ini sebagai iktibar. Ingatlah, suatu hari nanti kita juga kan menghadap Allah S.W.T. Berdoalah supaya perkara-perkara aib macam ini tidak terjadi pada kita. daripadanya. Saya kata mungkin…bukan menuduh.

Sumber

Friday, July 13, 2012

Bahayanya Cincin...

Assalamualaikum,
Pakai cincin pun ada bahayanya jugak kan....ngeri sungguh Kak Ros baca cerita budak ni,nak pakai cincin pun dah rasa takut dah ni.....

Oleh Khairul Hamizy Ramlee
am@hmetro.com.my

Ini Dia ...Baidillih menunjukkan cincin yang menyebabkan jari telunjuk tangan kirinya hampir putus.

KUALA TERENGGANU:
“Saya sudah serik untuk memakai cincin kerana ia menyebabkan saya nyaris kehilangan jari,” kata Baidillah Ibrahim, 27, yang menggunakan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu untuk membuka cincin yang tersangkut pada jari telunjuk tangan kirinya.

Pemandu lori terbabit yang tinggal di Kampung Jerangau Barat, Hulu Terengganu, ketika ditemui di Wad Ortopedik Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, semalam berkata, dia tidak menduga cincin tahan karat yang dipakainya sejak empat tahun lalu semakin ketat dan hampir menyebabkan dia kehilangan jari dalam kejadian pada 4 Julai lalu.

Menurutnya, episod hitam itu bermula apabila dia cuba mengeluarkan pagar kayu dari belakang lori di tempat kerjanya di sebuah kilang sawit di Jerangau pada jam 9.30 pagi.

Katanya, sebaik membuka bidai penutup badan lori, jari telunjuk tangan kirinya diletakkan di celah penyelak badan kenderaan berkenaan.

“Ketika itulah kaki saya tergelincir dan jari telunjuk tangan kiri saya yang bersarung cincin termasuk ke dalam penyelak menyebabkan kulit serta daging di jari itu terhakis akibat menahan berat badan saya daripada rebah.

“Walaupun perit, saya cuba membuka cincin besi itu, tetapi usaha itu gagal kerana ketat sebelum rakan menghantar saya ke Hospital Hulu Terengganu untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke HSNZ,” katanya.

Baidillah berkata, doktor menggunakan khidmat anggota bomba untuk membuka cincin yang tersekat pada jari telunjuk.

“Anggota bomba mengambil masa setengah jam sebelum dapat memotong cincin berkenaan menggunakan mesin.
“Saya sebak melihat keadaan jari telunjuk yang hanya tinggal tulang dan beberapa urat akibat kesan koyakan daripada cincin itu.

“Dulu ramai orang menasihati saya supaya jangan pakai cincin terlampau lama kerana nanti susah hendak dibuka, tetapi tidak saya hiraukan,” katanya.
Menurutnya, dia yang serik dengan kejadian itu membuat keputusan untuk tidak lagi memakai cincin.


Thursday, July 5, 2012

Penampar Maut....

Assalamualaikum,
Biar betoi dia ni...tak dak game lain dah ka nak main ngan anak....buat besar nanti dia tampar lagu tu, kan ka naya...

Wednesday, July 4, 2012

8 Perkara JANGAN Buat Selepas Makan...

Assalamualaikum,
Dalam kehidupan kita seharian ni mesti ada peraturannya...,kalau kita nak kan keamanan......
Macam tu jugak lah dengan tubuh badan kita ni mesti jugak ada peraturannya.. kalau kita nak tubuh badan yang sihat......

Kat bawah ni ada Kak Ros letakkan 8 perkara yang tak sepatutnya kita buat selepas makan....mai kita tengok...

1. Jangan merokok.
Kajian daripada pakar menunjukkan, kesan menghisap sebatang rokok selepas makan bersamaan mereka yang menghisap 10 batang rokok, jadi kadar untuk mendapat penyakit lebih tinggi...

2. Jangan makan buah-buahan.
Memakan buah-buahan sejurus selepas makan akan menyebabkan perut kembung. Untuk tips pemakan yang sihat, buah-buahan boleh diambi 1-2jam selepas makan atau 1jam sebelum makan.

3. Jangan minum teh.
Oleh kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi, ia akan menyebabkan kandungan protin dalam makanan yang kita makan keras dan sukar untuk dihadam.

4. Jangan melonggarkan tali pinggang.
Melonggarkan tali pinggang selepas makan boleh menyebabkan usus terbelit dan tersekat.

5. Jangan mandi.
Mandi akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan dan menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan berkurangan. Ini akan melemahkan sistem pencernaan di dalam perut kita.

6. Jangan banyak berjalan.
Pada hakikatnya berjalan memang bagus untuk menyihatkan jantung, tapi pada masa yang sama ia tidak bagus untuk penghadaman makanan. Berjalan akan menyebabkan kesukaran bagi sistem penghadaman untuk menyerap nutrisi yang terkandung dalam makanan yang kita ambil.

7. Jangan terus tidur.
Selain akan menyebabkan kenaikan berat badan! ia juga boleh mengundang gastrik di dalam usus kerana ketika tidur, Penghadaman tidak dapat dilakukan dengan baik.

8. Jangan terus minum air.
Minum air selepas makan akan menyebabkan sistem penghadaman terganggu. Kita tidak digalakkan minum air yang banyak semasa atau dalam masa setengah jam - 1 jam selepas makan.

Selamat mengamalkan ye!

Sumber


Monday, July 2, 2012

Buaya gergasi di bandar Filipina catat rekod

Assalamualaikum,
Tu dia besarnya buaya nih...Kalau kak Ros dok ikat macam tu pun tak berani nak dok dekat he.he.he...takut,menyeramkan..

GAMBAR fail menunjukkan buaya yang bernama Lolong ditangkap di sebatang anak sungai di Bunawan pada September tahun lalu.

MANILA - Pihak pengurusan Guinness World Records mengisytiharkan bahawa seekor buaya yang dipersalahkan kerana menyebabkan beberapa orang mati di selatan Filipina sebagai yang paling besar pernah dikurung di dunia.

Menurut jurucakap Guinness, Anne-Lise Rouse, buaya air masin itu berukuran 6.17 meter (m) panjang dan berat haiwan tersebut lebih satu tan.

Buaya itu ditangkap pada September tahun lalu di bandar kecil Bunawan di wilayah Agusan del Sur selepas tiga minggu diburu.

Haiwan itu mengambil alih rekod tersebut daripada seekor buaya sepanjang 5.48m yang dikurung di sebuah taman buaya di Australia.

Datuk Bandar Bunawan, Edwin Cox Elorde memberitahu agensi berita AP, beliau diberitahu oleh pihak Guinness tentang rekod tersebut pada bulan lalu.

Buaya itu yang bernama Lolong kini menjadi daya tarikan di sebuah pusat taman ekopelancongan dan penyelidikan di pinggir Bunawan.

Elorde berkata, pihak perbandaran telah memperoleh AS$72,000 (RM228,729) hasil kutipan tiket di pintu masuk taman tersebut.

Sebahagian wang itu digunakan untuk membeli makanan buaya tersebut.

Buaya itu ditangkap dengan menggunakan perangkap besi selepas seorang kanak-kanak terbunuh pada tahun 2009 dan seorang nelayan dilaporkan hilang.

Kerbau turut dijadikan umpan semasa usaha untuk menangkap buaya tersebut.

Kira-kira 100 orang yang diketuai Elorde menarik buaya tersebut dari sebatang anak sungai dengan menggunakan tali dan diangkat ke atas trak dengan menggunakan kren. - Agensi


Related Posts with Thumbnails