Sahabat adalah perisai diri

Friday, August 31, 2012

Spesis Aneh Ditemui...

Assalamualaikum,
Selamat menyambut hari MERDEKA buat semua.....semoga negara kita kekal aman sampai bila2.
Haaa....pernah tengok dak spesis apa ni....Kak Ros pun tak pernah tengok ,ni lah kali pertama Kak Ros tengok agak pelik tapi cantik jugak rupa bentuknya tu kan....sapa yang tak pernah tengok tu....mai kita tengok kat bawah ni..

Thursday, August 30, 2012

Pergelangan Tangan Hampir Putus Diserang Peragut..

Assalamualaikum,
Makin menjadi jadi sungguh penjenayah la ni... depa tak peduli apa dah asalkan depa dapat apa yang depa nak..
Beringat dan sentiasalah berdoa pada Allah semoga Allah melindungi kita....

Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
am@hmetro.com.my


PARAH...Rohairani pengsan apabila pergelangan tangan kirinya ditetak peragut dan dipapah orang ramai selepas sedar ke HRPZ II dalam kejadian di Jalan Che Su, petang semalam.


KOTA BHARU: Seorang pembantu klinik hampir putus pergelangan tangan kiri selepas ditetak menggunakan parang ketika diragut dua lelaki di Jalan Che Su, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, Rohairani Abdullah @ Ibrahim, 36, pengsan di tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, akibat kecederaan parah yang dialami.

Dia sebelum itu dikatakan baru keluar dari kereta yang diparkir berhampiran tempat kejadian dan berjalan bersendirian ke kedai untuk membeli kain tudung.

Menurut saksi, Hidayah Daud, 21, dia mendengar suara wanita menjerit meminta tolong sebelum ternampak mangsa bergelut dengan seorang daripada peragut.

Katanya, mangsa cuba melawan sebelum suspek melibas parang dan menetak pergelangan tangannya namun gagal melarikan beg tangan mangsa.

“Saya lihat wanita itu ditetak berkali-kali namun mangsa masih tidak melepaskan beg tangan. Disebabkan itu, peragut bertindak melibas parang dan menetak tangannya.

“Bagaimanapun, peragut itu melarikan diri dengan membonceng motosikal rakannya yang menunggu tidak jauh dari tempat kejadian sebelum orang ramai memberikan bantuan,” katanya.

Difahamkan, ibu kepada dua anak itu kini dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di HRPZ II. Adik mangsa yang enggan dikenali berkata, dia menerima panggilan daripada pihak hospital kira-kira jam 2.30 petang sebelum bergegas ke HRPZ II bersama ibu saudaranya dan untuk melihat keadaan kakaknya itu.

Katanya, dia terkejut melihat tangan kakaknya yang terbelah dan hampir putus akibat ditetak peragut terbabit.

“Saya terima panggilan daripada pihak hospital namun tidak menyangka kecederaannya begitu teruk malah saya terkejut apabila melihat tangannya yang hampir putus,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

Katanya, setakat ini polis masih belum mendapat maklumat tepat berhubung suspek dan akan menjalankan siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan kami minta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil bagi membantu siasatan polis,” katanya.

Sumber

Mai Kita Cuci Mata....

Assalamualaikum,
Mai kita menjamu mata sat..hilangkan semak2 kepala tu he.he..Ciptaan Allah ni memang tiada tandingannya...sejuk ja mata memandang..Kak Ros dapat gambar2 ni dari kawan Kak Ros..,kat mana dia dapat pun tak tau lah ...,Apa pun terima kasih memang cantik sangat...mai kita layan...
















Tuesday, August 28, 2012

Berhati Hati Pencuri Menyamar staf TNB...

Assalamualaikum,
Macam2 cara orang nak merompak ni..,kena sentiasa berhati hati dengan sapa2 pun...tak kira lah tang mana pun kita berada..terutama sekali bila kita dok kat rumah sorang2 lah....walaupun nampak baik.Jangan cepat sangat percaya dengan kata2 dan pakaian seragam yang depa pakai tu...


KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihati orang ramai supaya berhati-hati berikutan satu kes samun di Johor Baharu oleh dua lelaki menyamar sebagai pekerja TNB baru-baru ini.

Menurut TNB, pasukan kerjanya akan hanya memasuki halaman rumah dengan kebenaran penghuni setelah menunjukkan kad pekerja atau kad pengenalan diri dibekalkan TNB.

“Bagi anggota kerja TNB yang menjalankan tugas di premis pengguna, mereka diwajibkan memakai pakaian seragam syarikat berupa kemeja-T merah berlogo TNB beserta jaket biru dengan sulaman logo TNB berwarna merah dan mempunyai nama anggota kerja itu,” menurut kenyataan TNB, semalam.

Pengguna diminta segera menghubungi TNB sekiranya didatangi pihak mencurigakan yang mendakwa sebagai pasukan kerja TNB.- Bernama

Serangga Merbahaya Boleh Membawa Maut.....

Assalamualaikum,
Syukur Alhamdulillahhh...dengan izin Allah dapat jugak kak Ros mai menziarah kawan2 maya Kak Ros kat sini...semoga semuanya sihat2 lah ya...maklum lah rezeki Allah dalam bulan syawal yang mulia ni kita p tang mana pun asyik dijamu makan ja kan he.he.he....makan tu makan lah jugak,tapi mesti kena beringat.....jangan sampai mudarat diri pulak sudah la he.he.he....

Ok lah....ada sapa2 yang kenai dengan serangga ni...?Kak Ros pun tak berapa arif sangat pasai binatang ni..Baru2 ni anak bujang Kak Ros balik cuti raya dari tempat belajar dia lah...tekejut Kak Ros bila tengok belakang dia penuh dengan bintik2 merah macam kulit terbakar ja...nampak memang teruk sangat....katanya akibat dari tersentuh dengan serangga Charlie....dengan sentuhan ja boleh jadi sampai macam tu,ish.ish...dasyat jugak lah serangga ni kan...

Kak Ros pun tak tau nak buat macam mana,terus bawak dia p jumpak doktor... Alhamdulillah lah nampak ok dah sikit....Tengok serangga ni tak besar mana pun,macam tak percaya pulak yang dia boleh menghasilkan cedera sampai macam tu sekali...ada jugak yang  kak Ros dengar sampai boleh membawak maut....dasyat sungguh kan.....Sapa2 yang tak pernah tengok serangga ni,mai tengok kat bawah ni...kak Ros ada cari sikit maklumat pasai binatang ni dekat Google....

Kesan kepada manusia:

Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai 'pederin'(C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya(hebat betoi serangga nih...).


Persentuhan semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang(huihhh..memang dia target orang Penang je ka...??? macam tau2 ja Kak Ros ni dok kat Penang...).

Nasihat kepada yang dijangkiti:

Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu/ tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya. Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air. Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan.


Saturday, August 18, 2012

Salam Aidilfitri buat SEMUA...

Assalamualaikum,
Kak Ros curi-curi masa yang kritikal ni sikit [hihi]
Teringat nak postkan jugak posting akhir Ramadhan ni buat semua kaum keluarga dan sahabat handai serta semua pengunjung blog kak Ros neh...
Selamat menyambut Aidilfitri dan maaf zahir dan batin... moga persahabatan kita terus kekal sehingga keakhir hayat...
Sebelum tu, jom kita teliti dan lebih baik untuk kita bersama ikuti beberapa tips sunnah Aidilfitri yang baik untuk kita amalkan setiap kali Aidilfitri tiba...


Friday, August 3, 2012

Balasan Pertikai Hukum Allah...

Assalamualaikum,
Kejadian dan kisah kat bawah ni telah membuktikan bertapa hebat dan berkuasanya Allah SWT...Kak Ros terjumpak cerita ni dekat sini....dan Kak Ros nak kongsi ngan semua kawan2...
Kredit dari kak Ros buat melayukini.net...diatas artikel ni...
Mai sama2 kita baca dan ambik iktibar dari apa yang telah berlaku kat gadis ni....


Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: “Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. ” Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana.

Melayukini.net - Jangan ingat sekiranya kita melakukan maksiat, kita seperti merasakan seolah-olah tiada apa yang berlaku. Allah SWT sentiasa menerima taubat bagi sesiapa yang mahu bertaubat denganNya. Namun, jika engkar, Allah SWT sudah menyediakan neraka bagi hambaNya yang kufur.

Sumber......

Related Posts with Thumbnails