Sahabat adalah perisai diri

Friday, September 28, 2012

Gangguan Iblis Samada Kita Sedari Atau Tidak..

Assalamualaikum,
Janganlah kita biarkan hati kita senang2 ja dikuasai oleh iblis2 laknat nih...sentiasalah kita isikan hati ni dengan nama2 Allah dan puji pujian bagi Allah supaya hati kita ni tak kosong dan tak boleh dihuni oleh mana2 makluk halus pun terutama sekali dari syaitan iblis...


hati tempat letaknya niat
dan setiap pekara bermula daripada niat
walaupun kita berniat nak melakukan pekara yang baik
tak semestinya kita dapat melaksanakannya
jika hati tidak benar benar ikhlas kerana ALLAH swt

dalam proses hendak melaksanakan sesuatu pekara selepas niat
ialah jangan tangguh
kerana apabila mulanya bertangguh
hati kita akan mula digangu oleh syaitan yang sentiasa tidak pernah jemu
menghasut kita supaya kufur kepada ALLAH swt dengan mengajak kita
supaya mengengkari amanah yang kita telah niatkan

jika kita melayan hasutan syaitan
tanpa kita sedari sebenarnya kita lah yang menghijab hati kita sendiri
daripada lebih dekat kepada ALLAH swt

pada mulanya kita ikut sedikit demi sedikit hasutan syaitan
supaya kita mengengkari perintah ALLAH dan RASUL
dan kemudian kita rasa menyesal
kerana tidak melaksanakan amanah yang telah diniatkan

dan kita bertekad akan mengekang sungguh sungguh nafsu umarah
kita mula ada semangat
tetapi hanya untuk beberapa hari sahaja
kemudian kita akan mengikuti semula hasutan syaitan

begitulah tipudaya syaitan dalam kehidupan kita seharian
tetapi jika kita selalu mendahulukan dan selaraskan kehendak ALLAH dan RASUL
di dalam kehidupan seharian kita
inshaallah
kita akan ada kekuatan untuk mengekang bisikan syaitan

jadi marilah sama sama kita perbanyakan mengingati ALLAH swt di dalam hati dengan zikrullah atau solat dengan ikhlas
semoga kita diberi kekuatan dapat sentiasa mendahulukan kehendak ALLAH dan RASUL di dalam kehidupan seharian
dan dapat semampu yang mungkin sentiasa selaraskan kehendak kita mengikut kehendak ALLAH swt dan RASUL

wallahhualam,Sumber

Thursday, September 27, 2012

Kerjaya Shila ke peringkat Seterusnya...

Assalamualaikum,
Shila Hamzah dengan trofinya di KLIA Sepang semalam,dah sampai balik mai Malaysia dah rupanya......terpancar diwajahnya kegembiraan yang amat sangat...ya la kan kejayaan yang terhasil dari titik peluh kerja kerasnya selama ni,mestilah gembira kan.....
Teruskan lagi berusaha...semoga Shila berjaya..

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my

SHILA bersama trofi kejuaraan Asian Wave 2012 ketika tiba di KLIA, Sepang semalam.

SEPANG – Juara pertandingan Asian Wave 2012, Shila Amzah bakal menandatangani kontrak dana pembangunan untuk mengembangkan kerjayanya di peringkat Asia bernilai RM5 juta tidak lama lagi.

Dana tersebut akan dikongsi bersama pemenang tempat kedua pertandingan tersebut iaitu Chang Shilei dan ketiga, Huo Jun yang kedua-duanya artis dari China.

Menurut Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 22, yang ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, jumlah sebenar habuan itu belum dapat dipastikan kerana pihaknya masih meneliti kontrak yang disediakan oleh Shanghai Media Group, sebuah syarikat media terbesar di China.

“Setakat ini belum tahu jumlah sebenarnya kerana hadiahnya bukan berupa wang ringgit sebaliknya dana pembangunan kerjaya sebagai persediaan melahirkan bintang Asia yang seterusnya.

“Apa yang diberitahu, jumlah RM5 juta itu akan dikongsi bersama pemenang tempat kedua dan ketiga. Pihak saya akan meneliti kontrak selama seminggu, kemudian kami akan terbang ke Shanghai semula untuk majlis menandatangani kontrak,” ujarnya.


kreatif Sungguh...

Assalamualaikum,
Kreatif dan berbakat sungguh lah depa ni kan.....amat menarik semua lukisan2nya..nampak macam betoi ja..terpegun kak Ros he.he...













Wednesday, September 26, 2012

Gambar Anak Aishwarya rai...

Assalamualaikum,
Ni dia anak kesayangan Aishwarya rai....comel kan....



Tuesday, September 25, 2012

Sebatang Lilin Perlu Dimasukkan Ke Dalam Duburnya Dua Kali Sehari...

Assalamualaikum,
Tersentuh hati kak Ros bila baca kisah derita yang ditanggung oleh adik Muhammad Anas Miqhael nih...ya la kan dia masih kecik tapi dah menanggung sakit yang macam ni...Semoga Allah menyembuhkannya....

Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my


MAIZATUL memasukkan sebatang lilin ke dalam dubur Anas di rumah mereka di Jitra, Kedah semalam sambil disaksikan bapanya, Salehuddin.

JITRA - Sukar dibayangkan betapa sakitnya seorang budak berusia dua tahun apabila sebatang lilin perlu dimasukkan ke dalam duburnya dua kali sehari.

Namun itulah yang dilakukan ke atas Muhammad Anas Miqhael Salehuddin (gambar kecil) oleh ibunya bertujuan untuk memastikan dubur anaknya itu yang dibuat melalui pembedahan pada 12 September lalu tidak tertutup.

Anak kecil itu perlu melalui proses tersebut sehingga satu lagi pembedahan ke atas duburnya itu dilakukan di Hospital Sultanah Bahiyah di sini pada 25 Oktober depan.

Ibunya, Maizatul Shahida Jalil, 29, berkata, walaupun dia tidak sanggup mendengar jeritan anaknya setiap kali lilin tersebut dimasukkan sedalam empat sentimeter, dia terpaksa juga melakukannya bagi memastikan dubur anaknya itu tidak tertutup.

Katanya, proses memasukkan pelbagai saiz lilin yang dibekalkan oleh hospital ke dalam dubur anaknya perlu dilakukan setiap hari sehingga pembedahan akan datang dilakukan.

"Hati saya terhiris setiap kali mahu memasukkan lilin ke dalam lubang dubur Anas kerana dia akan menjerit kesakitan.

"Namun saya terpaksa lakukannya juga demi kebaikannya. Jika boleh biarlah saya yang merasai kesakitan itu kerana dia masih kecil," katanya ketika ditemui pemberita di Taman Cermai di sini semalam.

Bagaimanapun penggunaan losen pelembap memudahkan proses memasukkan lilin ke dalam duburnya anaknya itu.

Kosmo! pada 10 September lalu melaporkan Muhammad Anas yang tidak mempunyai saluran najis dan lubang dubur, saluran makanan dan karung testis akan menjalani pembedahan ketiga tidak lama lagi.

Anak bongsu daripada empat beradik itu sudah bertarung nyawa bagi menjalani pembedahan di perut untuk memasukkan saluran bagi penyusuan melalui tiub getah dan mengeluarkan saluran najis hanya enam jam selepas dilahirkan pada tahun 2010

Ketika berusia lapan bulan iaitu pada April 2011, dia telah menjalani pembedahan kedua bagi menyambung saluran pemakanan dari kerongkong ke dalam perut.

Langkah itu bertujuan membolehkan kanak-kanak malang itu mengambil makanan menerusi saluran normal iaitu mulut.

Pada 25 Oktober depan, dia dijadual menjalani pembedahan keempat iaitu memasukkan usus ke dalam perut dan membuat karung testis.

Kata Maizatul Shahida, selepas pembedahan sebelum ini, anaknya kembali aktif namun mengalami demam sejak beberapa hari lalu menyebabkan berat badannya turun dari sembilan kilogram (kg) kepada 8.7 kg selain hilang selera makan.

"Saya terpaksa memasukkan tiub getah ke dalam lubang hidungnya untuk memasukkan susu dan satu lagi tiub ke dalam mulut bagi mengeluarkan kahak.

"Minuman susu tidak mencukupi kerana saya juga perlu memaksanya makan untuk mengaktifkan saluran pemakanannya agar tidak sempit," katanya.


Monday, September 24, 2012

Diet Dengan Sihat..

Assalamualaikum,
Tidak ramai yang tau termasuk lah dengan kak Ros jugak macam mana nak mengamalkan gaya hidup dan cara pemakanan yang sihat setiap hari dengan cara yang betoi kan...Amalan yang betoi ni memang dapat mengembalikan bentuk tubuh badan kita dengan baik, asalkan kita rajin dan berdisiplin mengamalkannya...
kak Ros pun nak kena amal dan berdisiplin jugak nih,lepas raya badan ni macam dipam2 ja he.he....

Kak Ros terjumpak artikel ni kat sini...sangat baik untuk panduan kita semua kan...


Jangan berlapar 

Ramai orang beranggapan berlapar boleh mengurangkan berat badan, namun sebenarnya makanan memberi tenaga dan apabila kita menggunakan tenaga kurang daripada apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. 

Tubuh akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisme tubuh menjadi rendah. Bagi mereka yang tidak tahan lapar, pada kebiasaannya akan makan dengan lebih banyak. Ketika ini, walaupun tahap pengambilan makanan kembali ke paras normal, metabolisme tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama.

Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan 

Ini boleh dilakukan dengan mengambil kopi dan berkumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak terasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim sekali gus mengurangkan rasa untuk makan.

Minum lapan gelas atau satu liter air sehari 

Air mengurangkan selera makan. Minum satu liter atau lebih air setiap hari kerana ia berfungsi menyingkirkan lemak dan toksin dalam badan. Selain itu, ia bagus untuk kulit. Minum air suam sebaik saja bangun tidur sekurang-kurangnya dua gelas setiap pagi.

Mengambil sarapan 

Berat badan boleh dikurangkan dengan pengambilan sarapan. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan lebih cenderung untuk gemuk berbanding mereka yang bersarapan. Ini kerana sarapan menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.

Makan dan kunyah makanan perlahan-lahan 

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dalam cebisan kecil sebelum menelannya kerana dengan cara ini makanan mudah hadam. Apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukkan kepuasan dan mudah kenyang.

Elakkan makanan ringan 

Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, berus gigi atau kunyah gula-gula getah. Rasa berangin di mulut akan membantutkan selera.

Makan banyak sayur dan buah-buahan 

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral, serat dan kandungan lemak yang rendah. Kurangkan pengambilan mentega dalam makanan serta melebihkan bijirin kerana kaya karbohidrat, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

Makan sedikit, tetapi banyak kali 

Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak. Jika makan di luar, pesan air suam atau air limau nipis kerana minuman masam menggalakkan pembakaran lemak.

Masak makanan 

Cara memasak paling baik untuk mengurangkan jumlah kalori dalam makanan adalah merebus, memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menggoreng dengan sedikit minyak (misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak lemak haiwan.

Pilih hidangan 

Ketika memilih makanan, ambil piring rata dan bukan mangkuk. Ambil sayuran dulu diikuti nasi dan lauk. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh diambil. Jangan lupa, makan di meja makan dan bukannya ketika menonton televisyen. Ini kerana makan sambil menonton menyebabkan anda makan lebih banyak daripada biasa.

Amalkan: 

1. Minum air limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Caranya, perah limau ke dalam gelas berisi air, masukkan ke dalam peti sejuk. Jadikan minuman setiap kali selepas makan tengah hari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

2. Ambil tiga sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan dua kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

3. Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk dan jadikan minuman. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

4. Selepas makan, amalkan minum teh hijau atau teh cina bersama serbuk kayu manis dan madu.

5. Rebus halia muda dan minum airnya setiap pagi. Selain bagus membuang angin, ia juga membantu mengurangkan berat badan.

Aktiviti untuk langsing: 

1.Berjalan membantu mengurangkan sebahagian kalori daripada jumlah makanan yang diambil. Setiap 25 langkah berjalan menggunakan satu kalori lebih-lebih lagi ketika menaiki tangga.

2.Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian gunakan lif.

3.Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dan nafas yang dalam.

4.Bersenam sangat baik bagi otot dan sendi yang kaku.

5.Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah.

6.Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan, tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantikkan dan merampingkan paha.

7.Jadikan amalan berjoging setiap hari sekurang-kurangnya 20 minit sebelum bekerja.


Sunday, September 23, 2012

Video Persembahan Shila Hamzah Di Asian Wave 2012 Shanghai..

Assalamualaikum,
Tahniah lah buat Shila Hamzah ni diumumkan sebagai juara Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai malam khamis lalu. Manis sungguh kak Ros tengok dengan penampilan bertudungnya la ni..harap Shila kekallah dengan imejnya tu sampai bila2...
Sedap sungguh lagu2 yang di nyanyikannya ni,pandai jugak Shila ni nyanyikan lagu Mandarin ya..
Terharu sungguh kak Ros bila menonton video ni...tahniah lah sekali lagi kerana berjaya menaikkan nama Melaysia di mata dunia..



Friday, September 21, 2012

Gadis Api Misteri....

Assalamualaikum,
Pelik jugak kak Ros rasa apa yang terjadi kat adik Wan Nor Fatihah Wan Hanafi ni,tapi semua ni tak mustahil kan ,boleh berlaku kat sapa2 pun jugak...sama2 lah kita berdoa mintak pertolongan dari Allah,semoga adik ni cepat sembuh....


Nik Aziz bersama rombongan bertanya khabar ahli keluarga Wan Nor Fatihah ketika lawatannya dan turut mengadakan solat Hajat, semalam. – Foto Unit Komunikasi Menteri Besar

KOTA BHARU -Biarpun diugut akan diganggu dengan lebih teruk, ‘Gadis api’ yang diekori api misteri sejak tiga tahun lalu tidak akan berputus asa untuk terus berikhtiar mengubati gangguan mistik itu.

Wan Nor Fatihah Wan Hanafi, 14, yang tinggal di Kampung Bunga Emas, Penambang di sini, nekad untuk berusaha melawan ujian tersebut dengan hasrat bagi menikmati kehidupan lebih tenang seperti rakan-rakan sebaya lain.

“Saya tidak takut dengan apa yang dialami ini dan selagi ada hayat saya akan berdoa supaya api ini tidak muncul lagi. Kami tetap mencari jalan penyelesaian daripada gangguan yang dilalui sekian lama.

“Sekarang ini, dengan kemunculan api misteri di rumah ini, saya tidak boleh lemah semangat dan perjuangan untuk menghentikan semua gangguan tidak sewajarnya berhenti separuh jalan, apatah lagi mengalah begitu sahaja,” katanya selepas menerima kunjungan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sempena lawatan tersebut beliau turut menyempurnakan solat Hajat dan berdoa semoga ALLAH SWT melindunginya daripada sebarang gangguan makhluk halus.

Wan Nor Fatihah juga memberitahu, semenjak kemunculan api tersebut keluarganya tidak putus-putus berikhtiar untuk melenyapkan api tersebut dan sejak pertama kali diekorinya kira-kira 77 pengamal perubatan sudah tampil membantu.

“Alhamdulillah jika sebelum ini saya dikejutnya dengan kemunculan api sebanyak 70 kali sehari sekarang gangguan terbabit semakin berkurangan dan ini adalah berkat doa serta izin ALLAH SWT untuk membantu saya.

“Biarpun kekerapan semakin kurang, namun gangguannya kadang-kalanya lebih teruk dan semua ini memberi kekuatan kepada saya untuk mengharungi ujian ini serta terus menamatkan masalah yang menghimpit diri ini,” katanya.

Akibat gangguan tersebut juga, fikiran Wan Nor Fatihah turut terganggu kerana ada yang mencemuh keadaan tersebut menyebabkan dia terpaksa mengasingkan diri daripada orang luar.

Semalam bermula sejak pagi sehingga jam 7 petang kira-kira enam kali api mesteri tersebut muncul dan membakar pakaian di dalam rumah itu.

Dalam pada itu, Nik Aziz menasihatkan keluarga supaya bersabar dan sentiasa berusaha untuk memulihkan keadaan seperti sedia kala.

“Saya berharap keluarga ini tidak berputus asa dan saya berdoa semoga mereka dilindungi ALLAH SWT daripada sebarang gangguan makhluk halus. Hakikatnya, ALLAH SWT maha berkuasa ke atas segala sesuatu,” katanya.

Sumber

Penyakit Gout Tanda, Rawatan Dan Cara Pencegahannya...

Assalamualaikum,
Ini adalah satu lagi jenis penyakit yang amat membimbangkan kita... kalau dah dia hinggap tu memang susah lah nak sembuh...

Ehsan google..

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.
Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.


Tanda2 Gout

1.Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.

2.Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.

3.Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.

4.Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.

5.Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.

6.Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.

7.Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Komplikasi

1.Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’

2.Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.

3.Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:

Kegemukan
Darah tinggi
Hiperlipidemia
Diabetes

Rawatan

Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.

Rawatan serangan akut

Rawatan Jangka Panjang

Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.

Pemakanan

Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:.

ELAKKAN DAN KURANGKAN MAKAN

Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak

Ikan bilis, kembung, sardin

Daging cincang

Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging

Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang

Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam

Peanuts, lentil, beans and peas

Poultry

Roti jagung dan bijirin

Pencegahan

Rehatkan sendi semasa serangan gout.

Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.

Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)

Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)

Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang

Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.

Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.

Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan (Klik di sini untuk keterangan lebih lanjut..)

Mengelakkan minuman keras

Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi

Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.

Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal

Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout

Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.

Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout.

Minum banyak air

Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan

Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.

Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.

Benarkah Gout Penyakit Orang Kaya?

Tidak, gout boleh menyerang sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, meminum alkohol dan pemakanan berlebihan boleh dikaitkan dengan kejadian penyakit gout.

Thursday, September 20, 2012

Kecik2 Dah Jadi Samseng...

Assalamualaikum,
Dekat sekolah ni tempat kita nak menimba ilmu,untuk menjadi orang yang berguna,bukannya tempat belajar nak jadi samseng...

Oleh Na'imah Mohamed
naimah@hmetro.com.my



SAKIT...Logaganapathy (kanan) menunjukkan balutan jahitan di kepala Saturpaghan.

PETALING JAYA: Seorang penolong ketua pengawas menerima lapan jahitan di kepalanya selepas dipukul dengan sebatang besi oleh seorang pelajar lain dalam satu pergaduhan di hadapan sebuah sekolah menengah di Taman Medan, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari itu, mangsa, K Saturpaghan, 16, dikepung lebih 10 pelajar di hadapan sekolahnya sebelum dimaki hamun dan dibelasah kerana melaporkan perbuatan mereka membawa barang larangan ke sekolah kepada guru disiplin sebulan lalu.

Rakan mangsa yang juga bekas penolong ketua pengawas sekolah berkenaan, S Logaganapathy, 17, berkata, dia turut diserang empat pelajar ketika mahu pulang dari sekolah kira-kira 10 minit sebelum kejadian.

“Saya berjaya melarikan diri sebelum sempat dibelasah empat pelajar terbabit dan terus melaporkan kejadian itu kepada guru disiplin, namun, saya tidak tahu Paghan menjadi mangsa sebaik saya melepaskan diri.

“Selepas menyangkakan keadaan sudah reda, saya keluar melalui pintu pagar depan sekolah sebelum terkejut melihat Paghan sudah dikepung kira-kira 14 pelajar sekolah dengan bersenjatakan besi dan kayu,” katanya.

Sementara itu, Paghan yang ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, kelmarin, selepas membuat laporan polis mendakwa mengenali suspek yang bertindak memukulnya.

Katanya, dia pernah melaporkan perbuatan pelajar terbabit yang membawa barang larangan ke sekolah kepada guru disiplin kira-kira sebulan lalu.

“Saya tidak menyangka suspek berdendam sehingga tergamak membelasah saya sehingga menerima lapan jahitan di kepala.

“Guru yang membawa saya ke klinik swasta berdekatan kemudian menghubungi ibu bapa sebelum menghantar saya ke sebuah pusat perubatan swasta di Subang Jaya untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Loga turut membuat laporan polis dengan ditemani ibu bapanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan sedang dijalankan.


Wednesday, September 19, 2012

Penemuan Makluk Unik...(video)

Assalamualaikum,
Penemuan satu jenis lagi makluk Allah yang sangat unik...kalau kita tak tengok betoi2 memang kita tak perasan punya binatang ni kan,Yang Kak Ros herannya tak nampak apa langsung kat dalam perutnya tu....

Kreditlah untuk video nih....

Cerita Lawak...

Assalamualaikum,
Kreatif sungguh orang yang dok tulis cerita2 lawak ni kan....gelak guling2 Kak Ros bila membacanya...kredit  lah dari Kak Ros buat  cerita2 ni semua dan penulisnya jugak...mai kita layan sat untuk senaman muka pagi2 nih he.he.he....


Nenek Tua
Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..”


Seorang Pemburu Dengan Seekor Singa
Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: “Ah leganya… singa baik rupanya. Lepaskanlah aku.”
Singa: “Ya… singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn…”


Malas Ke Sekolah
Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salim…Salim…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Salim: Alah mak… Salim tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu: Apa? Tidak mahu pergi sekolah?! Baik… Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.

Salim: Semua murid-murid tak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tak suka pada Salim!

Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!”

Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.

Ibu: Eh…eh…bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik…. Pertama: Salim sudah berusia lima puluh tahun….. Kedua: Salim kan PENGETUA SEKOLAH….!!!


 Bapanya yang tidak pernah bersekolah.
Jamil: Ayah, tadi saya dimarah oleh cikgu!
Ayah: Kamu buat silap apa, Jamil?
Jamil: Tadi saya tidak dapat menjawab pertanyaan cikgu.
Ayah: Apa yang cikgu tanya?
Jamil: Cikgu tanya, di mana letaknya Washington.
Ayah: Itupun kamu boleh tak tahu! Lain kali kalau kamu sudah letakkan sesuatu benda, jangan lupa tempatnya!


Sunday, September 16, 2012

Resepi Mee Hailam..

Assalamualaikum,
Agak lama jugak kak Ros tak posting resepi kat sini kan...bukannya apa,jarang masak sedap2 dok masak besa2 ja,nak letak kat sini pun tak dak mod he.he....lagi pun tak ramai yang nak makan...kadang2 tu beli siap kat kedai ja..


Hari ni entah macam mana teringin nak makan mee hailam buatan sendiri pulak..selalunya kalau nak makan tu pi dok senyum kat warung ja he.he...tak pa lah toksah dok melalut panjang2, Nih hari ni Kak Ros nak letak resepi ni kat sini,kalau ada sapa2 yang nak tu ambik lah.....resepi ni kannya istimewea mana pun,saja ja  hari ni Kak Ros terasa ada mod pulak nak posting pasai resepi mee hailam nih.......

Bahan-bahan ( 6 orang )
2 bungkus mee kuning
500 g udang sederhana besar
4 ekor sotong
1 keping dada ayam(kalau nak buboh daging pun boleh)
2 biji lada Benggala hijau dan merah, dipotong kiub
6 keping cendawan tiram, dihiris
Bunga kobis,putik jagung dan jugak daun sawi lobak merah
2 biji tomato, dibelah 4 setiap 1 biji
1 cawan taugeh (yang ni ikut suka hampa lah banyak mana hampa suka)
2 keping tauhu digoreng dan hiris
Hirisan daun sup, daun bawang dan cili padi secukupnya
Bawang goreng,telor dan limau utk hiasan
3 ulas bawang putih, ditumbuk lumat
3 camca besar sos tiram
2 camca besar sos lada hitam
1 camca besar sos abalone
1/2 camca teh minyak bijan (gaul semua sos dalam satu bekas)
1 camca teh kicap pekat
1 camca besar tepung jagung, bancuh dgn sedikit air
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
Basuh udang, asingkan kepala dan ekornya tu... Perap udang yg telah dibersihkan dgn 1 camca teh garam, biar 5 minit, cuci balik dan toskan. Dada ayam dipotong kecik2, cuci dan sejatkan jugak...

Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan kepala dan ekor udang tadi sehingga kekuningan... Lepas tu angkat dan tumbuk hingga lumat. Masukkan kedalam periuk, tuang 1 liter air dan didihkan selama kan 20 minit. Tapis dan asingkan stok udang.

Dalam periuk atau kuali. Tuang sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan udang, daging ayam,sotong dan kacau goreng 2 minit. Masukkan bancuhan sos tadi dan juga stok udang. Biarkan hingga mendidih.

Lepas tu masukkan pulak lobak merah biar sat baru masukkan bunga kobis,putik jagung, tomato, cendawan, tauhu,daun sawi dan jugak lada benggala pulak. Masak jangan sampai lembut sangat,nanti tak sedap. Tambah sedikit lagi air (kalau hampa qasa kurang).

Masukkan bancuhan tepung jagung, dan kicap pekat. Gaul rata. Masukkan mee dan taugeh. Gaul rata. Masukkan garam dan gula secukupnya. Hidangkan panas2,lepas tu hampa taburlah sikit dengan daun sup/daun bawang, bawang goreng,telor dan limau(cili padi ni kat sapa yang suka pedas tu boleh la buboh)...

Selamat mencuba kat sapa2 yang nak mencuba tuh he.he.....


Disebalik Banggunan Yang Tersergam Indah....

Assalamualaikum,
Seram sejuk kak Ros tengok depa ni buat kerja bahaya betoi.....Kak Ros tengok dalam gambar ni pun dah gayat dah...
Biar susah asalkan kerja halal kan....tabik la Kak Ros kat depa ni...kalau Kak Ros pengsan lama dah,bukannya pasai teruk buat kerja tapi gayat he.he.he.....



















Kredit buat semua gambar2 ni....

Saturday, September 15, 2012

TERKINI: Misteri Empat lelaki Dan Seorang Perempuan Hilang Di Lata Bayu

Assalamualaikum,
Memang misteri kan...kita tak tau pun kejadian ni betoi ka dak,pasai cerita ni hanya berdasarkan maklumat dari sistem radio amatur yang digunakan oleh kumpulam ni saja tak dak bukti lain dah yang menunjukkan bahawa depa ni ada kat dalam hutan tu.......tapi kalaulah kejadian ni betoi berlaku,takziah dan Al Fatihah buat seorang mangsa yang meninggal dunia semoga rohnya diterima disisi Allah....mai lah sama2 kita semua mendoakan keselamatan budak2 nih....dan berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan orang ramai mencari dan menyelamat....

Kumpulan berkenaan dilaporkan sesat di kawasan hutan ini.

Mangsa sesat maut dipatuk ular

BALING - Salah seorang daripada empat lelaki dan seorang perempuan yang sesat dalam hutan berdekatan Pusat Peranginan Lata Bayu, Baling dilaporkan mati akibat dipatuk ular manakala seorang lagi tenat setelah dua hari berada dalam hutan tersebut.

Kejadian itu dimaklumkan salah seorang rakan mangsa menerusi sistem radio amatur yang digunakan kumpulan terbabit.

Kelima-lima mangsa yang dikatakan berasal dari Selangor itu tidak sempat menyampaikan maklumat lengkap mengenai kedudukan dan identiti mereka setelah sistem radio yang digunakan itu tidak dapat berfungsi.

Keadaan itu mengakibatkan komunikasi antara kumpulan berkenaan dengan pengguna radio amatur lain terputus seterusnya menyukarkan operasi mencari dan menyelamat.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hassan berkata, kejadian itu disedari setelah kumpulan berkenaan memancarkan isyarat kecemasan menerusi radio amatur mereka pada jam 10 malam kelmarin.

Penduduk setempat memenuhi pekarangan Lata Bayu untuk mendapatkan maklumat kejadian.

Rakan radio amatur turut sama dalam operasi mencari mangsa.


Menurutnya, isyarat itu diterima pengguna radio amatur seluruh Semenanjung Malaysia sebelum dilaporkan kepada pihak berkuasa di sini, termasuk penduduk kampung.

“Kali terakhir kumpulan itu dihubungi pada jam 7 pagi semalam. Salah seorang rakan kumpulan itu sempat memaklumkan mereka berada di kawasan cerun dan seorang rakan mereka meninggal dunia akibat dipatuk ular dan seorang lagi sedang tenat,” katanya kepada Sinar Harian.Katanya, kumpulan radio amatur di sini cuba dapatkan maklumat lengkap mengenai kumpulan itu, tetapi tidak berhasil setelah radio yang digunakan kumpulan itu tidak berfungsi.

“Justeru, kita tidak mengetahui berapa lama mereka berada di dalam hutan berkenaan, termasuk maklumat ahli keluarga mereka.
“Polis juga tidak terima laporan perjalanan ke hutan oleh kumpulan terbabit sebelum ini dan menyukarkan pihak berkuasa mendapatkan maklumat dan menjalankan siasatan,” katanya.Lancar operasi menyelamat

Mat Daud berkata, operasi mencari dan menyelamat melibatkan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan awam, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) termasuk penduduk kampung dan pertubuhan sukarelawan dilancarkan pada jam 3 pagi sehingga 7 pagi semalam.

Operasi yang diteruskan pada jam 9 pagi itu tidak menemukan sebarang petanda mahupun jejak kumpulan berkenaan.

Menurutnya, penduduk yang berpengalaman di dalam hutan juga tidak menemukan sebarang jejak walaupun telah mencari sejauh tiga kilometer di dalam hutan tersebut.

“Namun begitu, anggota yang terlibat masih lagi berjaga di pekarangan Lata Bayu sehingga jam 6 petang ini (semalam). Setakat ini, kita masih menunggu maklumat lengkap terutama laporan polis oleh ahli keluarga kumpulan tersebut.
“Laporan berkenaan sedikit sebanyak dapat mengesahkan kejadian itu benar-benar berlaku ataupun hanya penipuan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.Terdapat beberapa penduduk yang mendakwa ternampak kelibat salah seorang lelaki yang melambai ke arah mereka ketika operasi menyelamat dilakukan.

Penduduk yang hanya mahu dikenali Mat berkata, terdapat seorang mangsa yang tidak berbaju dan berseluar pendek melambai ke arah kumpulan penyelamat awal pagi semalam.

Menurutnya, dia bersama rakan-rakannya memberikan salam dan melaungkan azan ke arah lelaki berkenaan yang berada 50 meter dari kedudukan mereka.

“Salam kami dibalas, malah lelaki itu turut melaungkan azan. Jadi, saya dan rakan-rakan pun bergerak ke arah lelaki berkenaan kerana yakin lelaki itu adalah salah seorang mangsa yang sesat dalam hutan itu.
“Namun, setelah sampai ke lokasi lelaki tersebut, lelaki itu hilang tanpa sebarang jejak,” katanya kepada Sinar Harian.Katanya, kejadian itu tidak melemahkan semangatnya kerana ia merupakan kejadian yang sering berlaku dalam hutan.

“Kita akan meneruskan operasi mencari kerana bimbang sesuatu yang lebih buruk berlaku kepada kumpulan tersebut,” katanya.Mat berkata, kejadian yang pertama kali berlaku di kawasan itu turut menimbulkan beberapa persoalan dalam kalangan penduduk setempat, termasuk pasukan penyelamat.

“Kami tidak ada maklumat lengkap dan sahih mengenai kejadian ini. Ia hanya berdasarkan maklumat menerusi sistem radio. Namun, kita akan terus mencari sehinggalah mendapat kata putus daripada pihak berkuasa,” katanya.


Friday, September 14, 2012

Ini Janji Allah Buat Hamba2nya....

Assalamualaikum,
Kalau lah la ni kita dok berusaha memperbaiki diri...insyaAllah jodoh kita pun akan melakukan perkara yang sama jugak

Kalau lah la ni kita dok berusaha menjaga dan pelihara hati kita ...insyaAllah jodoh kita pun akan menjaga hati dan maruahnya jugak...

Kak Ros amat yakin Allah tu maha adil...setiap apa yang berlaku kat kita ni mesti ada sebab2nya hanya Allah saja yang mengetahuinya..apa pun yang penting pikir dan renung2lah diri kita sendiri supaya hidup kita ni sentiasa dirahmati Allah.....

Moral of the story - Allah S.W.T berfirman , “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”

(an-Nur’:26)


Lelaki: I nak raba U sikit je sayang . . .

Wanita 1: Tak nak la . . . Kalau terlanjur macam mana ?

Lelaki: Kita kawen la . . . I jumpa parents U . . .

Wanita 1: Betul ? U nak kawen dengan I ?

Lelaki : Betul sayang . . . Sumpah . . . U diam je k . jangan cakap ape-ape. I pegang sikit-sikit je .

Setahun selepas itu . . .

Wanita 1: Sampai hati U . . . Tipu I . . . Dulu U kata nak kahwin dengan I . Tapi bila U dah dapat . U kawen dengan perempuan lain . . .

Lelaki: I lelaki , U ingat I nak kawen dengan perempuan yang senang-senang boleh dapat ? I nak perempuan yang suci . . . Bukan macam U , yang senang-senang bagi tubuh pada lelaki yang bukan bergelar suami . U ingat I ***** ke nak kawen dengan U ?

Wanita1: Sampai hati U cakap macam tu , dulu . . . Masa U nak . . . Macam-macam janji manis U bagi .Tapi sekarang U salahkan I ?

Lelaki: I lelaki . . . I cuma uji U je mase tu . . . Tapi U bagi . . . I ambil lah . . .

Wanita1: U memang jantan tak guna . . . I menyesal kenal dengan U !

Lelaki: U menyesal ? Tapi I puas . . . Jangan lupa datang kenduri I nanti .

Wanita1: U akan dapat balasannya nanti !

Lelaki tersebut kemudiannya mendapat jodoh wanita yang diimpikannya . . .

MALAM PERTAMA LELAKI DAN WANITA YANG BARU DINIKAHINYA .

Lelaki: Sayang . . . I love U so much . . .

Wanita 2: Me too sayang . . .

Lelaki: I bertuah kawen dengan U .

Wanita 2 : I pun , sayang . . . I ada something nak bagi tahu U ni . . .

Lelaki: Apa dia sayang ?

Wanita 2: Sebenarnya . . . I pernah tidur dengan semua teman lelaki I . . . Untuk suka-suka je . . . Cari kepuasan sebelum kawen . . . Tapi bile nak kawen . . . I cari lelaki baik macam U untuk jadi suami . . . U tak kisahkan ?

Lelaki: What ! ! !

Thursday, September 13, 2012

Pesanan khas buat lelaki yang belum ada pasangan lagi....

Assalamualaikum,
Pesanan buat semua kaum Adam yang masih teruna kat luar sana tu....Kak Ros setuju sangat dengan pendapat Ustaz Azhar Idrus ni...jangan dok berlakon2..jadilah lelaki budiman yang sejati...insyaAllah rumahtangga akan berkekalan hingga kehujung nyawa...


Sumber

Wednesday, September 12, 2012

Kisah Penderitaan Lelaki Pengidap Penyakit Kulit Teruk...

Assalamualaikum,
Berat mata memandang,berat lagi bahu orang yang nak pikulnya kan.....siksa sungguh Kak Ros tengok keadaannya tu..Ini ujian Allah baginya ...kita ni tak tau lah lagi macam mana pulak....Semoga Allah menyembuhkan penyakitnya tu.....


BALING – Pendedahan sebuah akhbar mengenai penderitaan seorang lelaki yang menghidap penyakit kulit di Kampung Bukit Kuala Kuang, Baling dan terpaksa tidur beralaskan daun pisang sebelum ini kini menemui seorang lagi penduduk diKampung Ketemba Kememeh berhadapan masalah sama.

Abdul Roni Awang Kecik, 49, menderita penyakit kulit ini sejak lahir mengakibatkan keseluruhan badannya menjadi hitam, kering dan gatal sehingga beberapa bahagian isi badannya terlerai.

Penderitaan itu mengakibatkan Abdul Roni mengalami tekanan jiwa sejak 10 tahun lalu seterusnya menjejaskan ingatannya terhadap ahli keluarga mahupun jiran-jiran.

Mentalnya yang semakin terganggu membuatkan Abdul Roni terpaksa diletakkan di dalam rumah khas bersebelahan rumah kakaknya untuk mengelakkan sebarang kemungkinan.

Kini, Abdul Roni dijaga sepenuhnya kakaknya, Khatijah Awang Kecik, 58, yang bertanggungjawab menjaga kebajikannya.

Khaitjah berkata, penyakit adiknya merupakan antara yang teruk pernah dilihatnya.

“Saya sering melihat penyakit kulit di akhbar tempatan mahupun media elektronik, namun, tiada lagi penyakit yang seteruk adik saya.

“Dulu, Abdul Roni masih boleh menoreh getah dan meneruskan kehidupannya seperti biasa. Namun, selepas dia mengalami tekanan jiwa, tindakannya di luar jangkaan. Tenaganya begitu kuat. Dia boleh menumbangkan tiga orang lelaki dewasa,” katanya.

Menurutnya, berikutan keadaan itu, keluarganya berbincang dan bersetuju menempatkan Abdul Roni di rumah yang dibina khas untuknya.

“Keadaan ini tidak bermakna kami memulaukannya, tetapi khuatir sekiranya Abdul Roni bertindak di luar jangkaan. Namun begitu, makan minumnya tidak pernah terabai,” katanya.
Banyak rawatan dilakukan

Ditanya mengenai tindakannya untuk mengubati Abdul Roni, Khatijah berkata, telah banyak rawatan yang dilakukannya termasuk rawatan moden mahupun tradisional.

“Puluhan ribu ringgit terpaksa dikorbankan semata-mata untuk mengubati penyakitnya. Namun, semuanya tidak berhasil. Keadaan kulitnya bertambah teruk sehingga ke hari ini.

“Walaupun begitu, saya dan keluarga lain sentiasa berusaha untuk mendapatkan rawatan yang terbaik untuk kebaikan dirinya. Hati mana tidak tersentuh, melihat adik sendiri dalam keadaan begini. Setiap malam, saya berdoa supaya tuhan memulihkan penderitaannya itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Khaitjah berkata, adik ketiganya itu sering mengerang kesakitan apabila tidak dapat menahan bisa gatal yang memakan setiap bahagian isinya.

“Tiada apa yang dapat dilakukan melainkan meletakkan krim di badannya untuk mengurangkan sedikit bisa kesakitannya. Walaupun krim ini tidak dapat bertahan lama, sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan sedikit kesakitan ini.

“Krim ini akan disapukan setiap hari di badan adik. Namun, dalam jumlah yang tidak banyak kerana kos krim ini agal mahal. Krim ini hanya mampu bertahan seminggu sahaja. Namun begitu, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM100 sebulan dapat juga mengurangkan bebanan ini,” katanya.

Khatijah berkata, dia memohon kepada mana-mana individu dapat membantu merawat penyakit kulit dan juga masalah mental adiknya itu.

“Kalau boleh, biarlah dia kenal siapa saya dan adik beradiknya yang lain. Saya berharap ada pihak yang sudi membantu termasuk kewangan mahupun kepakaran untuk mengubati penyakit adiknya itu,” katanya.

Bantuan boleh disalurkan menerusi akaun Maybank anak saudara Abdul Roni, Mohd Khairul Asyraf (152040277246) ataupun menghubungi Khatijah di talian 019-4312791.


Tuesday, September 11, 2012

Hidupan Dasar Laut...

Assalamualaikum,
Bertapa uniknya ciptaan Allah SWT.....macam2 rupa bentuknya haiwan2 kat dasar laut ni....berwarna warni indah,cantik dan tersangat uniknya kan......kredit buat semua gambar2 ni ...














Related Posts with Thumbnails