Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, October 31, 2012

Angkasawan Lihat Sandy Dari Angkasa Lepas..

Assalamualaikum,
Kebesaran Allah yang tak dak tandingannya.....Kalau tu lah kehendaknya,tak dak sapa pun yang dapat melawannya.....

IMEJ satelit yang dirakamkan kelmarin menunjukkan taufan Sandy di luar pantai timur Amerika Syarikat.

CAPE CANAVERAL, Florida - Taufan Sandy yang membawa kemusnahan besar di pantai timur Amerika Syarikat (AS) dapat dilihat dari angkasa lepas.

Komander Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), Sunita Williams semalam menyatakan dia dan seorang kru lain dapat melihat lingkaran besar Sandy semasa ia mendekati pantai timur itu.

Keluarga Sunita tinggal di New England dan dia membuat pemerhatian dengan teliti di wilayah tersebut.

Taufan Sandy itu melanda New York kelmarin sehingga mengakibatkan hampir keseluruhan bandar raya tersebut tenggelam.



Seramai 18 orang mati di tujuh buah negeri termasuk Kanada.
Kematian itu akibat dihempap pokok, rumah runtuh, terkena serpihan yang berterbangan dan renjatan elektrik.

Taufan itu tiba di New Jersey malam kelmarin dengan kelajuan angin 130 kilometer sejam.
Lebih enam juta penduduk terputus bekalan elektrik dari Carolina ke Ohio.

Sementara itu, kempen pilihan raya presiden terpaksa ditangguhkan selama seminggu.

Pilihan raya itu menyaksikan pertembungan antara calon parti Republikan, Mitt Romney yang juga bekas gabenor Massachusetts dengan Presiden AS, Barack Obama.


Taufan itu juga menyebabkan sistem tren bawah tanah di bandar raya New York mengalami kerosakan teruk dalam tempoh 108 tahun.

"Ia akan menjadi salah satu rekod," kata Naib Presiden Kanan Consolidated Edison, John Miksad.

Beliau menyatakan, lebih 670,000 pelanggan syarikat itu yang tidak mendapat bekalan elektrik akibat taufan tersebut di bandar raya New York. - Agensi

Sumber

Nak tau maklumat lebih lanjut mai masuk sini..(kat gambar).. berminat nak daftar,ada link kat atas ni...jangan dok risau daftar free ja....

Macammana Nak Kekalkan Kesegaran Sayur...

Assalamualaikum,
Sayur sayuran ni memang baik sangat untuk kesihatan badan..,harus dimakan selalu,anak2 kecik yang tak suka makan tu,kita kena ajarlah bagi depa suka makan...Sayur ni kita kena makan hari2,tapi tak kanlah hari2 kita nak pi pasar kan..,jadi bila kita dah beli tu mestilah untuk dua atau tiga hari,
Masaalahnya sayur sayuran yang kita beli ni, kadang2 tak tahan lama kesegarannya...jadi macam mana kita nak kekalkan kesegarannya tu mailah sama2 kita ambik tau...haaa.bacalah kat bawah ni he.he...


Oleh Faizatul Farlin Farush Khan
ffarlin@hmetro.com.my


SAYUR yang rangup, sedap, segar serta penuh zat sememangnya penting kerana hidangan lebih enak untuk dinikmati seluruh ahli keluarga termasuk anak kecil.

Selain khasiat yang tinggi, sayur juga sebahagian menu yang penting kerana jika tiada masakan berasaskan sayur di atas meja, ia umpama menghilangkan seri resipi yang lain.

Namun, kadangkala kita berdepan dengan masalah sayur yang layu sebelum dimasak atau terlalu pahit hingga sukar menjamahnya. Oleh itu, berikut panduan untuk menyediakan sayur yang enak dan segar:

Menghilangkan pahit peria

Ambil peria, buang bijinya serta dipotong ikut keinginan sebelum dicuci dengan bersih. Potongan peria itu kemudian direndam dalam larutan yang dicampur dengan satu senduk garam dan dibiarkan antara 15 minit hingga 25 minit bagi mengeluarkan air peria yang pahit.

Selepas itu, cuci peria hingga bersih bagi membuang garam pada sayur itu.
Kemudian, rebus peria selama lima minit sebelum ia sedia dimasak mengikut selera masing-masing. Hasilnya peria tidak terlalu pahit dan boleh dimakan semua. 

Kekalkan kesegaran sayur 

Ada beberapa cara yang boleh dibuat untuk mengekalkan kesegaran sayur.
Antaranya, ambil sayur yang disimpan dalam peti ais dan direndam dalam air bercampur sedikit cuka selama beberapa minit sebelum dimasak. Sayur juga akan lebih rangup menggunakan cara ini jika ia tidak dimasak lama. Kotoran pada sayur juga mudah disingkirkan.

Selain itu, sayur dibasuh terlebih dulu dan kemudian boleh dimasukkan dalam beg plastik, dibungkus dengan surat khabar atau disimpan dalam bekas plastik sebelum dimasukkan dalam peti ais supaya ia kekal segar. Cara lain yang boleh digunakan ialah merendam sayur sepenuhnya dalam air sebelum dimasak. 

Kekalkan kesegaran taugeh 

Sayur taugeh boleh dikekalkan kesegarannya dengan merendamnya dalam air dan lebih baik sekiranya ia dititiskan sedikit dengan perahan limau. 

Kekalkan kesegaran bendi 

Rebus kacang bendi tanpa memotongnya dalam tempoh yang singkat dalam air yang dicampur dengan satu sudu minyak masak. Cara ini bukan saja memastikan bendi tidak berlendir, kesegarannya juga lebih lama. 

Mengenal pasti sayur yang segar 

Jika ingin membeli sayur, perhatian perlu diberikan kepada beberapa ciri yang ada pada sayur itu. Misalnya jika memilih bendi, pastikan bahagian hujungnya tidak keras dan pilih tomato yang tidak terlalu berwarna oren kerana bagi memastikan jangka hayatnya lebih panjang ketika disimpan di rumah.

Sayur seperti kubis juga perlu dipilih daripada jenis yang berongga besar dan
ringan.

Mencantikkan rupa sayur 

Rebus sayur dalam air yang dicampurkan sedikit minyak masak sebelum dihidangkan. Minyak tadi akan menyebabkan sayur nampak cantik, berkilat dan menyelerakan.

Nak tau maklumat lebih lanjut mai masuk sini..(kat gambar).. berminat nak daftar,ada link kat atas ni...jangan dok risau daftar free ja....

Tuesday, October 30, 2012

Kesian Sungguh....(Video)

Assalamualaikum,
Kejam sungguh la kalau manusia yang melakukan perbuatan ni...Kak Ros pun tak tau samaada dibuang atau pun satu kemalangan...sedih kak Ros tengok..semoga bayi ni dipelihara Allah....


Nak tau maklumat lebih lanjut mai masuk sini..(kat gambar).. berminat nak daftar,ada link kat atas ni...jangan dok risau daftar free ja....


Semoga Bahagia....

Assalamualaikum,
Ajal maut,jodoh semuanya ditangan Allah..Terharu sungguh Kak Ros bila tengok pasangan ni,walaupun dari segi fizikalnya tak sempurna,tapi dari segi hatinya, depa ni cukup sempurna...Semoga pasangan ni berbahagia hingga ke hujung nyawa....

Oleh Adnan Mohamad
am@hmetro.com.my
 
MERIAH...Bakri dan Siti Habsah berjalan menuju tempat persandingan di Kampung Pangkal Kala, Bunut Susu, Pasir Mas, semalam.

BAHAGIA...pasangan ketika acara persandingan di rumah pengantin perempuan.

PASIR MAS: Seorang penoreh getah tidak pernah terfikir bahawa akan bertemu jodoh dalam tempoh singkat selepas dia tersilap mendail nombor telefon kira-kira tiga bulan lalu.

Tanpa melihat keadaan fizikal bakal isterinya itu, Bakri Setapa, 32, yang juga seorang lelaki normal meneruskan perkenalan mereka menerusi panggilan telefon setiap hari tanpa menyedari wanita itu adalah seorang orang kelainan upaya (OKU).

Bakri berkata, dia sedikit pun tidak rasa terkilan apabila Siti Habsah Mamat, 26, berterus terang memberitahu bahawa keadaan fizikalnya kurang sempurna.

Malah katanya, dia langsung tidak kisah mengenai kekurangan bakal isterinya itu yang mengalami kecacatan pada kedua-dua kaki.

“Sebenarnya perkenalan ini tidak disengajakan kerana saya tersilap mendail nombor telefon. Sejak itu, saya berasa selesa berkomunikasi dengannya menyebabkan hubungan semakin rapat.


Sumber
 
Nak tau maklumat lebih lanjut mai masuk sini..(kat gambar).. berminat nak daftar,ada link kat atas ni...jangan dok risau daftar free ja....

Monday, October 29, 2012

Lembu Naik Minyak....

Assalamualaikum,
Haaa...tudia semua lari lintang pukang bila lembu dah naik minyak..Bukannya senang nak perebah dan sembelih lembu ni kan..,mesti kena berhati hati,situasi yang macam ni memang amat merbahaya,apa2 pun boleh berlaku...(Kak Ros tak suka tengok orang sembelih lembu,takutttt..he.he..)


SEORANG budak lelaki ditanduk seekor lembu di Karachi kelmarin.

KARACHI, Pakistan - Seorang budak lelaki cedera selepas dia ditanduk seekor lembu jantan yang akan disembelih sempena Hari Raya Aidiladha di sini kelmarin.

Budak tersebut ditanduk semasa haiwan itu mengejar kanak-kanak itu.

Bagaimanapun, budak itu hanya mengalami cedera ringan ketika haiwan tersebut terlepas daripada ikatan ketika ia hendak disembelih.

Pemiliknya, Abdul Quddoos berkata, lembu korban tersebut berjaya ditangkap semula dua jam selepas ia terlepas.

Sementara itu di bandar Peshawar, seekor lembu korban yang terlepas mencederakan tiga orang termasuk seorang budak lelaki berusia 12 tahun.

Seorang anggota polis, Abdul Waheed berkata, berpuluh-puluh orang mengejar lembu tersebut selama sejam sebelum ia berjaya ditangkap semula.

Di Gaza, seorang lelaki Palestin mati selepas dipijak seekor lembu korban yang terlepas di Rafah, Genting Gaza.

Seorang pegawai kesihatan, Ashraf al-Kidra berkata, kira-kira 150 orang dirawat di hospital di wilayah Palestin kerana cedera akibat terkena pisau dan ditanduk lembu korban yang terlepas di lokasi penyembelihan. - Agensi

Sember

Nak tau maklumat lebih lanjut mai masuk sini..(kat gambar).. berminat nak daftar,ada link kat atas ni...jangan dok risau daftar free ja....

Sunday, October 28, 2012

Hari Raya Aidil Adha Buat Semua....

Assalamualaikum,
Tak terlambat lagi kot nooo..Kak Ros nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua....Maaf laaa ya..sibuk he.he...


Imbas kembali kata yang diucap, Ingat kembali janji yang dikata, Imbau kembali masa yang berlalu, renung kembali hati yang terguris Izinkan ku memohon maaf... untuk lisan yang tak terjaga, janji kata yang terabai, hati yang berprasangka & sikap yang pernah menyakiti.

Selamat menjalani ibadah Qurban dengan keikhlasan dan keinsafan..


Nak tau maklumat lebih lanjut mai masuk sini..(kat gambar).. berminat nak daftar,ada link kat atas ni...jangan dok risau daftar free ja....

Thursday, October 25, 2012

Mati Kerana Kopi susu....

Assalamualaikum,
Harap2 tu jangan lah terjadi kes yang macam ni kat tempat kita...
Ya la kan...nama pun pelatih mestilah dia tak cekap lagi ...sepatutnya bila pelatih2 ni dok buat kerja, mestilah ada oarang2 yang lama dan lebih cekap memerhatikan kerja2 depa,barulah tak boleh terjadinya kesilapan...tambah2 lagi kerja depa tu bersangkutan dengan nyawa orang..
Tak tau lah pulak Kak Ros apa masaalahnya dengan pelatih ni...samaada dia keliru ataupun dia cuai...Tapi bagi Kak Ros la,kalau dah kita was2 baik kita tanya dulu untuk kepastian sebelum kita bertindak...



REJANE (kanan) menceritakan pengalamannya kepada wartawan stesen televisyen Brazil.

RIO DE JANEIRO:
Seorang jururawat pelatih mendakwa dia bingung apabila menyuntik kopi susu ke badan seorang warga emas menyebabkan wanita terbabit meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Menurut Rejane Moreira Telles, dia tidak dapat membezakan di antara darah dengan air minuman berkenaan.

Kata Rejane, 23, dia diarah merawat pesakit, Palmerina Pires Ribeiro, 80, tetapi gagal membezakan antara darah dan kopi susu.

Katanya, kedua-dua cecair itu diletak bersebelahan.

“Sesiapa pun yang berada dalam keadaan saya pasti keliru.
“Saya sepatutnya menyuntik darah ke pembuluh darah dan memberi pesakit itu kopi susu sebagai minuman,” katanya dalam wawancara dengan stesen televisyen Globo’s Fantastico, semalam.

Bagaimanapun, Rejane mengaku dia melakukan kesalahan dengan memberi Palmerina kopi susu melalui pembuluh darah. Ekoran insiden itu, Rejane dan dua jururawat serta pelatih lain didakwa atas tuduhan membunuh tanpa niat.

Palmerina disahkan meninggal dunia tidak lama selepas Rejane melakukan kesilapan itu.

Insiden berlaku di sebuah pusat perubatan di Sao Joao de Meriti, Rio de Janeiro,.

Lebih tragik, insiden itu berlaku di depan anak Palmerina, Loreni Ribeiro.

Kata Loreni, dia nampak Palmerina gelisah dan membuka mulutnya.

“Pelatih itu memasukkan setengah gelas kopi susu ke tubuh ibu,” katanya. Sementara itu, doktor berkata, kopi susu disuntik Rejane memasuki jantung dan paru-paru Palmerina. “Sesiapa yang mengalami keadaan itu akan berasa seperti tercekik,” katanya. - DM

Nak tau maklumat lebih lanjut mai masuk sini..(kat gambar).. berminat nak daftar,ada link kat atas ni...jangan dok risau daftar free ja....

Kak Ros Tertipu......

Assalamualaikum,
Nampak tak apa yang kak Ros nampak he.he...?...ingat kan apa benda,rupa2nya eeeeee....apa laaaa yang depa minat sangat kat pokok tu,dok berimpun berhimpit himpit sampai macam tu...dah sampai berkampung kat atas pokok tu dah.....buat la mana2 binatang yang tersesat hinggap kat pokok ni memang nahas la jawabnya....

Gelinyaaaaa.......

Nak tau maklumat lebih lanjut mai masuk sini..(kat gambar).. berminat nak daftar,ada link kat atas ni...jangan dok risau daftar free ja....

Friday, October 19, 2012

APAKAH TITIAN SIRATUL MUSTAQIM... ??

Assalamualaikum,
Allahhuakbar......Semoga kita semua selamat melepasi Titian Siratul Mustaqim ni...Peringatan buat diri Kak Ros jugak...sementara hayat masih dikandung badan,cuba dan ikhtiarlah sedaya upaya memilih,mendekati,mengenali,memuji dan mentaati Allah...

Ditulis oleh Mazri Khairil Mazri 

"Apa itu TITIAN SIRATUL MUSTAQIM... ????!"

As-Sirat dari sudut bahasa bermaksud jalan. Manakala dari sudut syariat ianya merupakan satu jambatan yang dibentang merentasi Neraka Jahannam; untuk manusia menyeberanginya menuju ke Syurga.

Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya (Neraka Jahannam); (yang demikian) adalah satu perkara Yang mesti (berlaku) Yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu. (Maryam : 71)

Dalil: Tidak akan menyeberangi titian Sirat melainkan orang Mukmin.

Dari Abi Said Al-Khudriy r.a dari Nabi s.a.w : “…Maka orang mukmin akan melaluinya seperti kerdipan mata; (ada yang) seperti kilat dan taufan, seperti burung, seperti kuda dan tunggangan yang terbaik; maka yang berjaya selamat sampai, yang tersiat dihantar, yang terkait berada dalam neraka…” Sebahagian dari hadith riwayat Muslim

Dari hadith Abi Hurairah dan Huzaifah r.a : “…berjalan bersama mereka amalan mereka dan nabi kamu berada di atas titian sirat dalam keadaan berkata: “Ya Tuhan, selamatkan! Selamatkan!”, sehingga lemahnya amalan hamba-hamba dan sehingga datang seorang lelaki yang tidak mampu berjalan melainkan merangkak” Sebahagian dari hadith riwayat Muslim

Dari Abi Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “…dibentangkan titian Sirat di antara Neraka Jahannam, maka akulah dan ummatku yang pertama menyeberanginya. Tidak berkata-kata pada ketika itu kecuali para rasul dan doa mereka ialah : “Ya Allah, selamatkan, selamatkan!” Riwayat Bukhari

|Fudhal bin iyadh berkata perjalanan di sirat memakan masa 15000 tahun... 5000 tahun menaik...5000 tahun mendatar dan 5000 tahun manaik,ada makhluk yg melintasinya seperti kilat,seperti ANGIN, menunggang binatang korban dan berjalan kaki... ada yg tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka JATUH ke dalamnya|

Orang pertama melalui sirat ialah Nabi Muhammad SAW yang mengepalai umat lain.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Dan direntangkan sirat di antara dua jurang neraka jahanam, maka akulah Rasul pertama yang melaluinya bersama umatku yang lulus.”

Tahap kelajuan seseorang mukmin meniti titian itu bergantung kepada tahap keimanan dan amalan masing-masing. Semakin tinggi keimanan dan amalannya, kian laju lah menuju titian itu. Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah :

1.Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.

2.Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.

3.Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.

4.Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.

5.Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.

6.Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.

7.Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.

8.Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.

9.Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.

10.Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.


semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.

Diantara tips untuk melepasi Titian Siratul Mustaqim:

Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud

“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”

Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”
Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

“Ya ALLAH, Selamatkan, Selamatkan.”

Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini,

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.”

(Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil berpegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :

1.Banyakkan bersedekah kerana Allah..
2.Melazimkan diri hadir ke masjid kerana Allah..

Beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat:

 Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.
Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”

Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.

SUMBER: Sha Ridhuan

Nak tau maklumat lebih lanjut mai masuk sini..(kat gambar).. berminat nak daftar,ada link kat atas ni...jangan dok risau daftar free ja....



Related Posts with Thumbnails