Sahabat adalah perisai diri

Thursday, August 29, 2013

Kreatif Sungguh...(Video)

Assalamualaikum,
Apa pun kalau kita mahu seribu daya kan...yang pastinya mahu,rajin dan tekun berusaha ja insyaAllah pasti kita akan dapat apa yang kita nak...
Kreatif sungguh penduduk kat sini..tanpa ada apa-apa peralatan dan kemudahan pun depa berjaya membina jambatan..bukannya satu malah dah banyak dah yang depa bina....Mai kita tengok...

Wednesday, August 28, 2013

Unik Sungguh Kampung Ni..

Assalamualaikum,
Indah,unik dan damai sungguh suasana diperkampung ni kan,suka Kak Ros tengok...nampak hijau ja...bayangkan tak ada langsung jalan raya dan tak ada langsung bunyi bising dari kenderaan..hanya sanpan,titi dan sungai ja..
Inilah kurniaan alam semulajadi dari Allah SWT yang tak kan ada tandingannya...mai kita tengok..


Bagi siapa pun yang ingin melihat dan merasakan kehidupan yang sederhana, mungkin perkampungan kecil Giethoorn di Belanda boleh menjadi salah satu tempat yang patut dikunjungi. Perkampungan kecil Giethoorn tidak mempunyai jalan raya, hampir seluruh kampung ini di kelilingi oleh terusan kecil yang indah.

Penduduk di perkampungan kecil ini biasa menggunakan perahu kecil sebagai cara pengangkutan atau berjalan melalui jambatan. Bagi para pelancong yang melawat tempat ini, kereta atau bas harus diletakkan di luar bandar Giethroon.

Terletak di wilayah Overijssel, kampung Giethroon mempunyai sungai sepanjang 6.5 km dengan rumah-rumah tradisional khas Belanda disekelilingnya. Tidaklah menghairankan apabila Giethroon telah menjadi daya tarikan pelancong di Belanda dengan gelaran Venice dari Belanda. Perkampungan kecil ini ditubuhkan oleh sekumpulan pelarian dari kawasan Mediterranean sekitar tahun 1230. Giethroon menjadi terkenal pada tahun 1958 ketika dibuat lokasi filem oleh Bert Haanstra dan ditayangkan dalam festival filem Fanfare.





















Sumber

Tuesday, August 27, 2013

Tahniah Shanie...

Assalamualaikum,
Tahniah la buat Shanie...semoga Allah pelihara ikatan ni kekal hingga kehujung nyawa...

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
a
SELEPAS 11 tahun menjanda, kini sudah tiba masanya untuk Syanie kembali bergela isteri.

KEGAGALAN dalam perkahwinan pertama tidak bermakna pelakon Syanie Hisham enggan lagi mendirikan rumah tangga. Ternyata, kehadiran lelaki yang bernama Nadi Putera Mohd. Zainol berhasil mengisi kekosongan hatinya.

Ketika umat Islam masih sibuk meraikan sambutan Aidilfitri, Syanie dan Nadi telah selamat mengikat tali pertunangan pada 10 Ogos lalu dalam satu majlis yang diadakan di rumah pelakon itu di Petaling Jaya, Selangor.

Menurut Syanie, sebelum kata putus dibuat untuk menerima lamaran Nadi, dia tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk membuat keputusan.

“Pertama sekali, saya membuat perbincangan dengan ibu serta adik perempuan mengenai hasrat kami ini. Banyak perkara yang kami bincangkan seperti pertimbangan terhadap keputusan yang akan dibuat.

“Lagipun, perkahwinan bukanlah suatu perkara suka-suka dan kami sekeluarga memang mengambil serius mengenainya.

“Sekiranya saya dan Nadi ditakdirkan berkahwin, sudah tentu saya mengharapkan sebuah hubungan yang kekal sehingga akhir hayat,” ujarnya.

Apabila ditanya tentang hasratnya yang mahu kembali mendirikan rumah tangga setelah 11 tahun bergelar janda, pelakon tersebut meluahkan bahawa sudah tiba masanya untuk dia memiliki teman hidup.

“Setiap wanita pastinya mempunyai keinginan memiliki seorang suami yang sentiasa berada di sisi. Lagipun, keputusan yang dibuat ini merupakan gerak hati dan yakin Nadi merupakan pilihan yang tepat,” luahnya.

IBU SYANIE menyarungkan cincin pertunangan pada jari manis Nadi.

Bercerita lebih lanjut mengenai perkenalan mereka berdua sehinggalah mengikat tali pertunangan, Syanie menyatakan bahawa semuanya terjadi secara kebetulan.

Ujarnya, mereka sebenarnya sudah lama mengenali diri masing-masing apabila Nadi bekerja dengan syarikat milik keluarganya kira-kira tujuh tahun lalu.

“Setelah berhenti kerja, saya dapat tahu Nadi telah mendirikan rumah tangga tetapi hubungan kami masih lagi kekal sebagai teman biasa sehinggalah dia bercerai dengan bekas isterinya itu.

“Walaupun sudah jarang bersua muka kami tetap lagi bertanya khabar.

“Kemudian, hubungan kami mula menjadi rapat apabila sama-sama pergi ke Kedah untuk menghadiri majlis perkahwinan salah seorang rakan,” jelasnya.

Cerita Syanie lagi, sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kedah, mereka berbual pelbagai perkara sehinggalah membabitkan hala tuju dan perhubungan bersama.

“Setelah masing-masing meluahkan perasaan dari hati ke hati, sebulan kemudian kami mengambil keputusan untuk menjadi pasangan kekasih,” ujarnya.

Berkenaan dengan pemilihan 1 Mac 2014 sebagai hari perkahwinan mereka, Syanie memberitahu bahawa tiada sebarang yang istimewa berkenaan tarikh tersebut.

Menurutnya, tarikh berkenaan dipilih kerana dia dan Nadi sepakat untuk tidak mahu mengadakan upacara perkahwinan ketika musim cuti persekolahan.


KELUARGA Syanie dan Nadi gembira dengan keputusan mereka untuk bersatu di alam rumah tangga.

“Selain itu, kami memang enggan bertunang dalam tempoh yang lama dan ia merupakan kehendak bapa Nadi sendiri yang mahu ia diadakan secepat mungkin.

“Saya fikir elok juga kalau kami tidak bertunang lama-lama. Lagipun, kalau sudah bertunang ini memang banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa dihadapi nanti.

Mama Syanie

Berbanding Syanie yang tidak dikurniakan cahaya mata ketika perkahwinan terdahulu, Nadi pula mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Mohd. Putera Danish, 5, dan Mohd. Putera Dafiq, 4.

Menurut Syanie, setakat ini hubungannya dengan kedua-dua anak tunangnya itu cukup baik terutama sekali dengan Dafiq yang menetap dengan bapanya.

“Anak sulung Nadi iaitu Danish kini tinggal bersama bekas isterinya dan kami cuma sempat berjumpa sekali sahaja manakala Dafiq pula menetap bersama ayahnya.

“Jadi, saya dan Dafiq memang selalu berjumpa, terutamanya kalau saya dan Nadi keluar bersama. Malah, dia juga memanggil saya dengan panggilan Mama Syanie,” ujarnya.

Mengenai harapannya selepas selamat bergelar isteri Nadi kelak, Syanie memohon agar semua peminat dapat mendoakan kebahagiaan mereka berdua sehingga ke akhir hayat.

Sumber

Thursday, June 6, 2013

Al Fatihah Buat S.Shamsuddin...

Assalamualaikum,
Ajal maut semuanya ditangan Allah..sampai masa ja,semua kita akan pi mengadapNya...Al Fatihah buat Pak Sudin semoga arwah Pak sudin diterima Allah disisiNya bersama dengan orang orang yang beriman.


Semua filem2 lakonan Pak Sudin ni.. Kak Ros minat sangat tak jemu tengok... walaupun dah berpuluh tahun tapi masih segar dalam ingatan lawak2 spontannya tu...

Dilaporkan oleh anak Allahyarham Pak Sudin iaitu Noredah.... bapanya tidak mengadu sebarang kesakitan sebelum ia meninggal.

Noredah berkata Allahyarham sebelum ini sedang menjalani rawatan akibat ada keretakan pada tulang pinggulnya akibat jatuh dari katil, dan selain dari itu Pak sudin mengalami jangkitan kuman pada paru-paru, menurutnya penyakit tersebut sudah berlaku beberapa tahun yang lalu.

Allahyarham telah meninggal seorang balu Puteh Esmoon dan tujuh orang anak.



Lebih 200 individu termasuk ahli keluarga, rakan dan orang ramai mengiringi jenazah pelakon komedi S Shamsuddin atau Samsudin Dali, 84, untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Aman Choa Chu Kang, di sini, pada jam 11.30 pagi semalam.

Terdahulu jenazah dibawa dari rumahnya di West Avenue 6, Bukit Batok untuk disembahyangkan di Masjid Al-Mukmin, Jurong East pada jam 10.45 pagi, dengan keadaan cuaca baik yang melancarkan urusan pengebumian.

KELUARGA dan kenalan berdoa ketika upacara pengebumian Allahyarham S Shamsuddin di Pusara Aman, Singapura, semalam.


Friday, May 31, 2013

Tip Elak Anak Daripada Hilang...

Assalamualaikum,
Masa cuti sekolah macam ni,mesti semua ibu bapa merancang nak bawak anak-anak keluar melancung kan...jadi hati-hati dan sentiasa beringat lah...terutama sekali kalau kita bawak anak-anak yang masih kecik...kena lah sentiasa awasi depa,jangan lah sampai ada perkara yang tak diingini berlaku..

Kat bawah ni ada sikit tip yang mungkin dapat membantu kita...sangat berguna buat ibu bapa..tip macam mana supaya kita tidak akan terpisah dengan anak- anak ketika keluar rumah....Mai kita sama2 baca..

Oleh Suliati Asri


Ajar anak mengingat nama anda

Ada kanak-kanak masih tidak tahu atau mengingati nama ibu atau bapa. Perkara ini juga merumitkan untuk mencari keluarga si kecil.

Jadi, ajar anak mengi­ngati nama anda atau pasangan supaya jika terpisah, petugas dapat mencari anda.

Tanda nama

Tanda nama yang leng­kap dengan nama anda dan pasangan serta alamat dan nombor telefon untuk dihubungi ditulis di atas kertas atau kad kecil cukup membantu terutama terpisah dengan si kecil.

Dengan meletakkan kad nama itu di dalam poket seluar anak atau beg anak, ke mana pun anda pergi dapat membantu sesiapa yang menjumpai mereka menghubungi anda.

Ajar mereka untuk menunjukkan tanda nama itu kepada petugas atau individu yang menjumpai mereka.

Dukung anak

Mendukung anak dalam keadaan yang sesak adalah langkah paling bijak daripada memegangnya apatah lagi jika anak masih kecil.

Selain itu, ketika berjalan di dalam kesesakan, adalah lebih baik isteri di depan, anak di tengah dan bapa di belakang lebih-lebih lagi jika mempunyai anak lebih daripada dua.

Dalam apa juga situasi, awasi anak anda dan jangan sesekali leka.

Tetapkan tempat berjum­pa 

Jika bercuti dalam kumpulan, pastikan anda menetapkan lokasi untuk berjumpa pada masa sudah ditetapkan.

Walaupun masing-masing punya telefon, tetapkan tempat berjumpa untuk mengelak sebarang masalah seperti bateri telefon bimbit habis atau sebaliknya.

Jika berkunjung ke taman tema atau kompleks beli-belah, jadikan kaunter pertanyaan sebagai tempat pertemuan jika terpisah dari kumpulan atau sebaliknya.

Jangan panik

Ketika terpisah dengan anak, jangan panik. Carilah mereka sebaik mungkin dan dapatkan bantuan daripada pihak yang sepatutnya di mana juga anda berada.

Panik hanya membuatkan anda hilang fokus dan bukan menyelesaikan masalah dengan sebaiknya.

Gambar terkini anak

Gunakan kemajuan tek­nologi yang ada dengan merakam gambar terbaru anak. Gambar ketika keluar pada hari itu adalah yang terbaik.

Sekurang-kurangnya, apabila anda mencari mereka, anda boleh tahu warna pakaian, kasut, beg dan banyak lagi petunjuk untuk mencari anak anda ketika mereka terpisah.


Saturday, May 18, 2013

Gambar Anak Kedua Syuib Dan Siti Sarah..

Assalamualaikum,
Tahniah la buat Siti Sarah dan Shuib dah menimang cahaya mata yang kedua...comel dan tembam he.he...
Dah sepasang dah anak depa ni kan....rasanya macam baru kahwin ja..he.he..
Cepat sungguh masa berlalu... pejam celik pejam celik dah dua dah anak depa ni...




Friday, May 17, 2013

Apa Itu Fidofilia...?

Assalamualaikum,
Memang menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk mengabil tahu pasai anak2 ni... dan kita jugak mestilah sentiasa melindungi depa walau dimana pun depa berada,terutama sekali anak2 yang baru nak besar tu..bukannya depa tau apa2 pun pasai bahaya jenayah nih...

Banyak sungguh yang kita dok dengar pasai jenayah2 yang berlaku dekat kanak2..terutama sekali kanak2 perempuan...takut sungguh Kak Ros dengan trajedi2 yang dok berlaku dekat anak2 kecik la ni...sentiasalah kita perihatin dengan depa jangan lah dok percaya sangat dengan orang2 yang berada disekeliling kita ni,tak kira lah kita kenai ka atau pun tidak..

Orang yang gila dengan kanak2 ni dikenali sebagai fidofilia..(baru hari ni Kak Ros tau nama penyakit orang yang macam ni)..depa nampak normal ja..padahal depa tu gila..nak tau lebih lanjut pasai penyakit ni..mai kita sama2 baca kat bawah ni...
Apapun yang penting sekali..sentiasalah ingatkan Allah dan bagi lah lebih perhatian dekat anak2 kita.

IBU BAPA perlu peka melihat perubahan yang berlaku kepada anak masing-masing bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.- Gambar hiasan

SUDAH beberapa kali kita dikejutkan dengan berita rogol ke atas kanak-kanak perempuan. Terbaharu, Nur Amyliana Shuhada, gadis berusia 11 tahun yang ditemui mati di tempat letak kereta di Bukit Tinggi, Klang, Selangor.

Ia kisah yang menyayat hati. Anak kecil seperti itu sepatutnya menghabiskan masa mereka di sekolah dan petangnya bermain bersama kanak-kanak lain.

Malangnya, kegembiraan anak-anak seperti itu telah diragut oleh penjenayah kejam yang tidak berhati perut. Mereka bukan sahaja merogolnya, tetapi membunuhnya pula.

Sesekali kita berasa janggal mengapa ada orang yang sanggup menyimpan nafsu kepada kanak-kanak kecil seperti itu? Adakah dunia ini sudah sangat kejam. Perkara ini sesuatu yang tidak masuk akal bagi kita apabila ada orang yang tertarik dengan kanak-kanak.

Ia mungkin hal pelik bagi orang normal. Hakikatnya, hal yang jarang-jarang berlaku itu adalah satu penyakit psikologi. Ada kemungkinan apa yang berlaku itu bersabit dengan simptom yang selalu dibincang dalam bidang psikologi.

Ia mungkin berkait dengan simptom fidofilia.

Secara umumnya, fidofilia didefinisikan sebagai kecenderungan manusia tertarik secara seksualnya dengan kanak-kanak atau dalam bahasa mudah 'ingin menjadikan kanak-kanak sebagai sahabat'.

Walaupun penyakit itu boleh menimpa sesiapa sahaja, tetapi ia biasanya merujuk kepada kesukaan orang dewasa terhadap kanak-kanak.


KANAK-KANAK tidak tahu membezakan antara manusia yang baik dan manusia yang mempunyai niat jahat terhadap mereka.

Bagaimanapun, simptom itu tidak semestinya seksual, walaupun banyak daripada kecenderungan tersebut berasas kepada seksual.

Ada juga perlakuan yang mungkin untuk menyakiti kanak-kanak misalnya merosakkan barang permainan mereka.

Mereka yang mempunyai masalah psikologi itu berasa puas apabila anak-anak kecil menderita atau merasa kecewa.

Secara puratanya masalah kejiwaan itu selalu menimpa lelaki pertengahan umur, walaupun ada kajian menunjukkan wanita mempunyai gejala tersebut.

Kajian-kajian yang dilakukan (misalnya Gebhard, 1965) menunjukkan pelaku atau pesakit fidofilia biasanya kenal dengan mangsa.

Pelaku tersebut biasanya juga mengenali keluarga mereka, hidup sebagai jiran atau sahabat kepada keluarga mangsa. Kajian-kajian juga menunjukkan 10 hingga 15 peratus kanak-kanak terdedah dengan perlakuan sumbang itu.

Ini bermakna, walaupun anak-anak kita sering kali diingatkan untuk berhati-hati dengan orang luar, bagaimanapun dalam sesetengah kes, kita juga patut menyarankan agar anak-anak kita berhati-hati dengan orang yang mereka kenali.

Perasaan curiga

Orang yang tidak mereka kenali mungkin tidak mampu mengajak mereka keluar bermain-main dengan mudah, tetapi individu yang mereka kenali mampu melakukan sesuatu yang tidak terjangkau oleh orang luar.


MUIDIN MAIDIN dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh Nurul Nadirah Abdullah yang dikenali sebagai Dirang.

Masyarakat khususnya, perlu menyedari hakikat ini. Ia penting kerana tanpa pengetahuan, kita mungkin tidak menyedari bahawa anak-anak kita mungkin sedang 'diintai' untuk menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab.

Apatah lagi, apabila pelakunya bukanlah orang asing dalam keluarga kita.

Apabila ada hal-hal yang agak janggal berlaku, kita patut melihatnya dengan sedikit rasa curiga.

Misalnya apabila anak-anak kita dibelikan dengan hadiah yang mahal, atau sering diajak keluar bermain, individu seumpama itu sewajarnya diperhatikan.

Walaupun semua perlakuan seperti membelikan hadiah atau mengajak anak kita keluar rumah mungkin juga dilakukan oleh mereka yang budiman, tetapi sedikit kecurigaan patut wujud. Setidak-tidaknya, kita dapat mencegah sesuatu yang buruk berlaku kepada anak-anak kita.

Ini kerana secara umumnya, pelaku fidofilia adalah orang yang kelihatannya normal. Mereka mungkin boleh menampilkan imej warak atau seperti orang kebanyakan yang lain.

Bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, kajian-kajian menunjukkan bahawa mereka ini ada kecenderungan untuk bersikap antisosial.

Ibu bapa dan sesiapa sahaja wajar memberikan keutamaan kepada anak-anak mereka setiap masa. Secara logiknya, anak-anak kita akan bermain atau berbaik-baik dengan rakan sebaya mereka bukan mereka yang dewasa.

Sumber

Monday, April 29, 2013

WAJIB BACA !!..Untuk Diri Dan Keluarga Tersayang...

Assalamualaikum,
Ambik laaa.. masa sat..mai kita baca artikal kat bawah ni...memang sangat penting buat diri kita semua...ambik lah ikhtibar dari apa yang telah terjadi...sayangilah anak2,keluarga dan diri kita sendiri...

Kak Ros pikir2kan balik apa yang Kak Ros baca dari artikal kat bawah ni....rasa2nya kebanyakkan kejadian jenayah yang berlaku adalah mai dari diri kita sendiri...Sama2 lah kita beringat...dan berpikirlah dulu sebelum kita nak buat sesuatu perkara tu...peringatan buat diri kak Ros jugak nih...


Nauzubillah min zalik, ianya berlaku didalam negara kita sendiri, mungkin tidak jauh dari tempat anda tinggal.

Kami ditayangkan dengan gambar-gambar kejadian rogol, bunuh dan buang oleh ramai mangsa yang anda tak akan dapat lihat didalam Metro atau KOSMO. Yang menyayat hati banyak mangsa-mangsa adalah kanak-kanak, ada yang besar2 anak saya sendiri. Tenunglah anak perempuan anda sekarang, bayangkan dada mereka ditoreh, pungung dikerjakan, disumbat mulut dengan kertas, beras, kemaluan disumbat dengan benda-benda. Ni bukan rekaan tuan-tuan dan puan-puan. Saya tengok gambar tu dengan mata saya sendiri.

Yang lebih menyedihkan 80% mereka yang ditangkap terlepas, kerana tidak cukup bukti untuk didakwa dan ditahan didalam penjara. Jadi awas tuan-tuan dan puan-puan, dikalangan kita ada perogol, pedophiles, pembunuh bersiri yang bebas mencari peluang utk bertindak.

Dan mereka ni bukan orang kurang siuman. Semuanya bijak belaka. Mereka mengunakan kaedah seperti PHISING dan reverse phsycology utk mendapatkan maklumat peribadi kita.

Jadi anda boleh membuat perbezaan. Saya nak sarankan beberapa perkara mudah di FB yang InsyaAllah boleh menyelamatkan nyawa anda dan keluarga anda.

1. REMOVE semua maklumat berkenaan suami, isteri, anak, ibu, bapa, pakcik yang kita publish di Facebook. Tak perlu unfriend mereka, hanya tukar relationship sahaja.

2.JANGAN post gambar anda, anak-anak, keluarga dan sahabat handai. Jika perlu tetapkan setting SECURITY pada kiriminan. Tentukan org-org yg hanya boleh melihat gambar tersebut.

3. Aktifkan option untuk review TAG. Ada didalam ruangan Setting. Pilihan ini akan meminta anda utk approve gambar, post yang anda telah di tag. Jadi ini akan memberikan anda ruang untuk menilai kiriman tersebut samanda ianya akan mengamcam keselamatan

4. JANGAN lah nak bersayang-sayang, aniversary di FB. Buat offline sahajalah.Tindakan seperti ini akan memberitahu siapa orang kesayangan anda dan boleh jadi target

5. HENTIKAN post yang boleh menunjukan anda bersendiri. Sperti "Boringnya, sorang-sorang kat rumah" atau "I nak tido kejap"

6. MATIKAN fungsi geo-location pada pengguna Android atau iPhone. Fungsi ini boleh mndedahkan lokasi anda.

7. Review friendlist anda dengan kerap. Ingat 80% penjenayah ni masih terlepas.

8. REMOVE no telefon dari FB. Kerana penguna Android boleh nampak no telefon anda

9. Gamba profile letak lah yang sopan santun

10. REVIEW semula album FB anda. Mana gambar yg tak patutu delete sahaja!

Nampak paranoid, tapi kalau korang tgk sendiri baru korang tau. Jangan salahkan pihak berkuasa. Kita sendiri yg expose maklumat peribadi.


Thursday, April 25, 2013

Permandangan Diwaktu Malam...

Assalamualaikum,
Terima kasih la buat kawan Kak Ros yang menghantar gambar ni...Kredit dah tahniah jugak la Kak Ros buat gambar2 dan jurugambar2nya sekali...

Cuba lah kita amati betoi-betoi permandangan didalam gambar ni..memang cantik dan indah sungguh semua permandangan-permandangan yang diambik pada waktu malam ni kan...terasa sunyi,aman,damai dan tenang ja sambil menikmati suasana-suasana yang sangat indah ciptaan Allah  SWT ni......

Mai kita layan sat...buang segala semak-semak yang ada kat dalam kepala tu he.he...









Wednesday, April 17, 2013

Tengoklah Apa Yang Katak ni Sedang Buat..(Video)..

Assalamualaikum,
Ada seorang hamba Allah menghantar video ni dekat Kak Ros..Tengoklah bertapa Maha Agongnya  dan Maha adilnya Allah SWT terhadap semua makhluk ciptaannya di muka bumi ni,walaupun tak dibagi akal dan fikiran tetapi katak ni masih boleh berfikir demi anak2nya,walaupun dia boleh tinggalkan saja tak payah ambik peduli pun...,tetapi dia masih lagi ada sifat kasih dan sayang terhadap anak2nya hinggakan sanggup berusaha bersusah payah asalkan anak2nya tu dapat diselamatkan..... 

Friday, March 29, 2013

Peringatan buat kita semua...

Assalamualaikum,
Wajib kita sebagai sebagai hamba Allah.mengambik tau benda2 ni semua....Hari yang pastinya akan datang...
Setiap manusia yang hidup diatas nuka bumi ni tak akan boleh lari dan tak akan boleh terlepas dari mati dan jugak hari perhitungan kita dengan Allah SWT...Hayat kita tak lama..jadi buatlah yang terbaik sementara hayat masih ada...pilih lah pintu yang betoi semoga kita diberkati Allah SWT....
Mai kita baca artikel kat bawah ni...buat renungan bersama...dan jugak peringatan buat diri sendiri....


1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
A- Pemimpin yang adil.
B- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
C- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
D- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
E- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
F- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
G- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan
gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
d Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

18. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

19. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

20. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

21. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
d Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

22. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

23. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

24. Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
A- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
B- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
C- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

25. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

26. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

27. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

28. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

A. Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: d77; Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. d78; Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
B. Sedekah/amal jariahnya.
C. Doa anak²nya yang soleh.
D. Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Thursday, March 21, 2013

Burung Yang Bijak...(Video)..

Assalamualaikum,
Subhanallah....Allah nak tunjuk kat kita ni manusia, yang binatang pun pandai berpikir...berpikir dan berusaha macam mana nak mencari rezeki bagi mengisi perut untuk teruskan hidup...bukannya dok pi mencuri dari kawan2 yang lain....sebaliknya dia cuba ikhtirkannya sendiri...mai kita tengok hasil dari usahanya tu...

Monday, March 11, 2013

Minat Orang Ni Bukannya Sama he.he..

Assalamualaikum,
Dengar nama tikus ja pun Kak Ros dah rasa takut dan geli satu badan dah he..he...Apatah lagi nak memegangnya..Tu lah kan..minat seseorang ni bukannya sama..Tak kisah lah dia nak suka binatang apa pun.. semuanya makhluk Allah kan....
Ini adalah satu sikap yang patut dicontohi kerana dia memelihara haiwan2nya ni dengan penuh kasih sayang....
Cuma yang Kak Ros peliknya sikit ni...macam mana lah..dia boleh sayangkan tikus2 tu lebih daripada  suaminya he.he....


London: Seorang wanita berkata, dia lebih cintakan tikus daripada manusia, termasuk suaminya.

Chantal Banks, yang akan muncul dalam episod TLC, My Crazy Obsession berkata, dia memiliki 19 ‘sahabat ekor panjang’ yang dianggapnya sebagai anak di kediaman dua biliknya.

Dia membiarkan tikus itu menjilat bibirnya, memakan makanan daripada mulutnya dan berkeliaran ketika dia tidur.

Ketaksuban Chantal terhadap tikus bermula sejak dia berusia 16 tahun.
“Anda akan sedar matlamat hidup anda sebaik anda menemuinya. Itu yang berlaku pada saya apabila saya melihat tikus pertama saya,” katanya dalam rancangan itu.

Sejak itu tikusnya semakin bertambah dan dia tidak akan membiarkan dirinya bersendirian tanpa mereka.
Dia bernasib baik kerana suaminya, Chester, dapat menerima minatnya terhadap tikus.
Anak mereka, Kevin berkata: “Saya membesar dengan tikus”.


Bagaimanapun, ketaksuban Chantal terhadap tikus sudah tidak terkawal dan perkahwinannya berdepan dengan masalah hingga memaksanya berpindah ke rumah lain.

“Suami saya tidak sanggup lagi tinggal dengan tikus. Sukar bagi kami untuk meneruskan rumah tangga yang kami bina 11 tahun lalu. Dia tidak memahami hati saya. Dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa saya lebih cintakan tikus daripada dia,” katanya.

Wanita itu yang kini hidup bersendirian di apartmennya menghabiskan sebahagian besar masa dengan tikusnya.

Setiap tikus itu diberi nama manusia, seperti Lily dan Janice. Ia menggambarkan personaliti mereka.

“Burka gemar makan tetapi malas bersenam. Janice suka mencium. Lily pula gemar melompat,” kata Chantal.

Menurut wanita itu, dia gemar memakan bersama mereka.

Apabila tidak bersama tikusnya untuk seketika, Chantal berkata, dia mengalami masalah GGMR yang bermakna ‘I Gotta More Rats” (Saya perlukan lebih banyak tikus).

Merumuskan ketaksubannya dia berkata: “Saya cintakan tikus lebih daripada manusia. Saya tidak boleh hidup tanpa mereka. Tikus saya cintakan saya. Apabila saya menangis, mereka menjilat air mata saya.” - Daily Mail

Friday, March 8, 2013

Gambar Serpihan Tahi Bintang Fukang..

Assalamualaikum,
Subhanallah...maha besar Allah...cantiknya....nampak unik Tahi Bintang ni kan...apatah lagi bila dibawah sinaran cahaya matahari...memang terserlah sungguh kecantikannya tu...
Indah sungguh ciptaan Allah....

Serpihan Tahi Bintang Fukang ini ditemui di gurun gobi di china pada 2000..setelah dipotong kepada beberapa bahagian . Memang nampak cantik....




Sumber

Thursday, March 7, 2013

Apa Mamat Ni Tengah Buat..?(Video)..

Assalamualaikum,
Biaq betoi mamat ni he.he....lucu pulak Kak Ros tengok....macam tak percaya pun ada gak ni..he.he..mai kita tengok apa yang mamat ni tengah dok buat..
Hebat betoi lah iklan depa ni kan...

Tuesday, March 5, 2013

Penduduk Kampung Tanduo,Mula Beredar Keluar Dari Kediaman...(Video)..

Assalamualaikum,
kak Ros tak boleh bayangkan perasaan penduduk disana tika ni..harap semuanya tabah menghadapi apa jua dugaan dari Allah ni...Semoga semuanya berakhir dengan selamat..



Ensan Youtube

Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini.

LAPORAN LANGSUNG

11.10am: Bercakap dalam satu akhbar, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata operasi masih berjalan dan pihak keselamatan yang terdiri daripada anggota PDRM dan tentera mendapat tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak musuh.

Katanya, ketika ini pasukan keselamatan sedang menjalankan pengeledahan terhadap beberapa buah rumah di kampung tersebut.

Ketika sidang akhbar itu diadakan, beliau berkata, setakat ini tidak ada kehilangan nyawa di pihak keselamatan di pihak PDRM dan tentera.

11am: Datuk Seri Najib Razak berkata operasi besar-besaran hari ini bermula dengan serangan udara menggunakan pesawat TUDM, serangan mortar dan diikuti serangan oleh pasukan tentera darat dan polis.

"Kita bermula dengan serangan udara melalui pesawat TUDM diikuti dengan kekuatan mortar dan pada saat saya sedang berucap ini, pasukan tentera darat dan anggota polis, dalam kereta dengan anggota yang mengikuti dibelakang sedang melakukan tindakan untuk memberkas, menumpas pasukan yang telah melanggar kedaulatan negara,"katanya.

Menurutnya, tindak tanduk "yang berhemah" tersebut, pada awalnya tidak ada niat lain melainkan untuk tidak membenarkan setitik darah tertumpah di bumi Sabah, sama ada rakyat Malaysia atau kumpulan yang menceroboh.

"Namun amat dukacita, niat murni kita telah dibalas dengan tembakan dengan sangat kejam yang dilakukan kepada pasukan polis kita," katanya dalam satu majlis di Bukit Jalil.

10.45am: Media Filipina melaporkan jurucakap presiden negara itu Benigno Aquino berkata Manila melakukan apa yang termampu untuk mengelakkan situasi di Sabah berakhir dengan keganasan.

“Kami melakukan semua yang kami mampu untuk mengelakkannya, namun akhirnya orang (Jamalul) Kiram memilih jalan ini,” kata Setiausaha Ricky Carandang.

10.43am: Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur mendedahkan satu pertemuan diadakan pada malam tadi di antara setiausaha luar negaranya Albert F del Rosario, menteri luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman dan menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pertemuan di Kuala Lumpur itu bagi membincangkan langkah untuk penyelesaian aman berhubung situasi di Lahad Datu.

10.17am: Memetik laporan dari ANC News Channel, InterAksyon.com melaporkan bahawa bom telah digugurkan kira-kira satu kilometer jauhnya dari kubu Azzimudie Kiram dan orang-orangnya.

Azzimudie berkata pihaknya tidak pasti sama ada bom tersebut mensasarkan mereka atau pengikut mereka, tetapi mereka kekal selamat dan bersedia untuk bertempur.

Sementara itu di Manila, sekumpulan penunjuk perasaan tiba di kedutaan Malaysia untuk mengutuk serangan itu.

10.15am: Azzimudie Kiram, pemimpin penceroboh, meluahkan kemarahannya terhadap kerajaan Filipina, dalam temubual radio dengan InterAksyon.com - portal berita dalam talian saluran TV Filipina TV5.

"Kerajaan mengarahkan penangkapan sahabat kita walaupun kita tidak melakukan apa-apa yang buruk," katanya. "Ia seperti kita bulan rakyat Filipina."

Sementara itu, Abraham Idjarani, jurucakap kesultanan, memberitahu stesen radio dzBB bahawa Azzimudie telah menelefon untuk memberitahu mereka tentang serangan tersebut.

"Tidak ada apa yang dapat dilakukan tentang itu sekarang," kata Idjirani dalam satu wawancara berasingan dengan AFP.

Beliau mengulangi pengumuman awal Azzimudie bahawa mereka akan berjuang hingga ke akhir ayat.

"Kami bukan penceroboh. Mereka (rakyat Malaysia) adalah orang yang menduduki tanah nenek moyang kami," katanya.

10.09am: Pihak polis telah menubuhkan pusat pemeriksaan di jalan utama di Tanjung Labian, iaitu kira-kira 5km dari medan pertempuran. Tiada siapa dibenarkan masuk ke kawasan itu.

Bunyi letupan telah berhenti sejak sejam yang lalu. Tidak jelas sama ada tentera darat telah dikerah masuk ke Kampung Tanduo.

10.05am: Di Manila, pasukan polis dan wartawan berkumpul di luar kedutaan Malaysia. Mereka menjangka satu kumpulan penunjuk perasaan akan tiba di sana.


9.55am:Azzimudie Kiram mengesah dalam temubual dengan radio dzMM ABS-CBN bahawa pasukan Malaysia menggunakan jet pejuang dalam serangan terbaru itu ke atas kedudukan mereka di Lahad Datu.

Pemimpin tentera diraja itu juga melahirkan kekecewaan terhadap pendirian Presiden Filipina Benigno Aquino berhubung krisis tersebut.

Beliau berkata kerajaan Malaysia dan Filipina jelas telah berhenti mendengar gesaan mereka untuk menyelesaikan krisis tersebut secara aman.

9.45am: Menurut ABS-CBNnews, sebelum serangan, pagi ini Azzimudie Kiram, yang mengetuai kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, memberitahu radio dzMM bahawa dia tidak risau dengan rancangan kerajaan Malaysia untuk membawa lebih ramai tentera ke Sabah untuk membanteras mereka.

Azzimudie berkata dia dan tenteranya akan tidak akan berganjak walaupun kerajaan Malaysia dan Filipina telah berulangkali menggesa mereka supaya menamatkan pencerobohan tersebut.

"Ini adalah masa. Kami perlu komited untuk memperjuangkan hak kami. Saya meminta mereka (Filipina) melakukan sesuatu untuk menyokong kami.

"Mereka tidak boleh menakutkan kami kerana kami berjuang untuk hak kita - hak Bangsa Sulu dan secara umum, rakyat Filipina. Iaitu, jika kerajaan Filipina masih menganggap kami adalah rakyat Filipina," katanya.

9.41am: Stesen radio Filipina dzBB melaporkan bahawa Abraham Idjarani, jurucakap kesultanan Sulu, berkata Azzimudie Kiram, adik sultan yang mengetuai pencerobohan itu, mengesahkan jet pejuang telah menggugurkan sekurang-kurangnya dua butir bom.

Bagaimanapun, Idjirani mendakwa bom mengenai kedudukan penduduk Malaysia dan bukan kumpulan Azzimudie.

Stesen radio itu juga berkata pertempuran itu berlaku 107 tahun selepas bermulanya Perang Bud Dajo di Sula pada 1906 .
Dalam pertempuran itu 1,000 Tausug, termasuk wanita dan kanak-kanak, telah dibunuh oleh tentera Amerika juga dikendali sebagai Pembunuhan Bud Dajo.

9.37am: Menurut sati sumber tentera, operasi yang terlibat jet pejuang, meriam serta askar berjalan kaki.

9.15am: Di bandar Lahad Datu, kira-kira 120km dari medan pertempuran, persediaan sedang dibuat di hospital utama bagi menerima mangsa serangan tersebut.

9.11am: Difahamkan tujuh batalion tentera dikerahkan ke kawasan tersebut untuk mengukuhkan pasukan polis.

8.54am: Seorang pegawai Felda tiba dan memberitahu ketua kampung untuk membuat kiraan jumlah penduduk dan mendaftarkan mereka. Seluruh penduduk kampung sekitar 300 orang beredar dari tempat itu menuju ke jalan kebun kelapa sawit.


8.45am: Penduduk Kampung Sungai Merah meninggalkan kediaman mereka dengan menaiki lori, dengan hampir seratus orang memenuhi setiap kenderaan.

Ketua kampung, Bani Rauf berkata mereka telah cuba ke Kampung Embara Budi tetapi tidak dibenarkan masuk.

"Pengawal kata mereka tidak akan benarkan kami masuk, jadi kami datang ke sini," katanya.

Mereka berhimpun di di jalan utama dari Kampung Tandou menunggu apa yang perlu dilakukan selepas ini.

8.19am: Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini.


8:18am: Letupan kedengaran berhampiran Kampung Tandou yang diduduki sekumpulan penceroboh asing, pada kira-kira jam 7:30 pagi ini, menyebabkan 100 penduduk kampung melarikan diri.

"Mereka telah mula mengebom kawasan itu. Kami nampak jet pejuang di udara, mereka mengebom tempat itu empat kali," kata seorang penduduk kampung, Nasir Asrama, 38.

Penduduk kampung tersebut adalah dari Kampung Sungai Merah, sebuah kampung jiran dengan Kampung Tandou di mana kira-kira 100 penceroboh bersenjara dari Filipina berkubu.

Kampung Tandou terletak di antara Tanjung Labian dan Kampung Sungai Merah, masing-masing dalam 5km dan 2km.


Monday, March 4, 2013

Kes Pencerobohan Lahad Datu (ATM Ambil Alih, Tiada Lagi Kompromi. Gempur!!)

Assalamualaikum.
Semoga Allah bersama dengan depa...(ATM) jugak semua penduduk2 tempatan kat Sabah....,semoga ATM perolehi kejayaan yang cemerlang dalam operasi serangan besar besaran ni..,semoga semuanya ni akan cepat berakhir...dan tak dak lagi mangsa yang terkorban...Sama2 lah kita berdoa..

Al Fatihah buat semua mangsa yang telah terkorban dan takziah buat semua keluarga arwah...


Berita Terkini Kes Pencerobohan Lahad Datu (ATM Ambil Alih, Tiada Lagi Kompromi. Gempur!!) | Dikhabarkan awal pagi tadi iaitu pada jam 1:45 pagi, satu arahan Eksekutif Telah Dikeluarkan dan Berkuatkuasa serta merta. Kini ATM mula mengambilalih situasi Insiden di Lahad Datu, Sabah dengan arahan hapus musnah penceroboh tanah air, tiada lagi rundingan.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka melancarkan serangan besar-besaran dalam masa 24 jam bagi menamatkan pencerobohan tentera Kesultanan Sulu di beberapa daerah di Sabah.

Difahamkan kawasan yang menjadi fokus utama serangan adalah Kampung Tanduo, Lahad Datu di mana ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie iaitu adik kepada Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III bersama lebih 100 pengikutnya berkubu

Ketika ini, anggota penembak tepat Tentera Darat ditempatkan di beberapa lokasi strategik dan tiada lagi sebarang rundingan bakal dibuat sebaliknya misi kali ini adalah menumpaskan ke semua musuh.

Sama-sama kita mendokan supaya kes ini tidak berlarutan, semua penduduk Sabah selamat dari ancaman pemberontak dan juga Pasukan Keselamatan Negara dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang dan selamat.

Thursday, February 28, 2013

Keajaiban Daripada Allah...

Assalamualaikum,
Ajal maut semuanya ditangan Allah...kalau kehendaknya..apapun tak akan mustahil kan...
Anugerah Allah  buat adik Muhd Syafiq ni...
Alhamdulillah dah sembuh pulih seperti sedia kala..

Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Bagan Serai: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun mendapat julukan ‘budak Superman’ berikutan masih hidup dan mampu berjalan walaupun selepas buah pinggang, limpa, tulang rusuk dan paru-parunya cedera teruk akibat dilenyek traktor mengangkut buah kelapa sawit.

Muhd Syafiq Abdul Hamid, 10, digilis traktor mengangkut buah sawit seberat lebih tiga tan ketika dalam perjalanan menuju pusat pengumpulan sawit Changkat Lobak, Alor Pongsu, di sini, jam 2.30 petang, 29 Januari lalu.

Pemeriksaan doktor mendapati Muhd Syafiq mengalami kecederaan organ dalaman yang teruk menyebabkan dia ditahan untuk menerima rawatan di hospital selama 26 hari termasuk 16 hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping.

Bagaimanapun, bapanya, Abdul Hamid Dahaman, 48, berkata, keanehan berlaku kerana anak bongsunya itu bukan saja tidak menunjukkan kesan kecederaan fizikal teruk sejurus kejadian, malah kini mampu berjalan.



ABDUL Hamid menunjukkan kesan timbul tulang bahu kanan anaknya, Muhd Syafiq yang patah manakala isterinya menunjukkan surat pengesahan dari Hospital Taiping.

“Doktor turut menganggap apa yang berlaku ke atas Muhd Syafiq satu keajaiban daripada Tuhan kerana dia masih hidup biarpun banyak organ dalamannya cedera teruk,” katanya.


Wednesday, February 27, 2013

Derita Budak Berusia Empat Tahun..

Assalamualaikum,
Allahhuakbar......Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya...dia masih kecik,tu lah yang buatkan hati Kak Ros lagi tersentuh bila melihatnya....Semoga dia tabah dan kuat menghadapi ujian dari Allah ni...dan semoga dia cepat sembuh pulih seperti sedia kala...
Sama2 lah kita semua menghulurkan bantuan dan mendoakannya....

ROSMIZA KASIM

Keadaan mata kiri Muhammad Azim ketika berada di rumahnya sebelum dibawa ke Hospital Kuala Krai dan dipindahkan ke HUSM Kubang Kerian.

Gambar terkini keadaan bonjolan pada mata Muhammad Azim ketika menerima rawatan di HUSM Kubang Kerian.

KOTA BHARU - “Ore tok sir mati lagi (Saya tidak mahu mati lagi) ummi.” Itulah luahan Muhammad Azim Nor Hazri kanak-kanak penghidap kanser mata yang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sejak awal bulan ini.

Walaupun Muhammad Azim sudah mengetahui penyakitnya itu amat kritikal namun, kanak-kanak tersebut berusaha melawan kesakitannya, apatah lagi seolah-olah mahu meyakinkan ibu bapanya yang dia masih kuat.

Kata-kata itulah yang memberi kekuatan bagi ibunya, Nik Zuraidah Nik Yali, 39, tatkala melihat anaknya berusia empat tahun itu terbaring dan mata terkebil-kebil kerana terpaksa menanggung penderitaan sejak dua tahun lalu.

Nik Zuraidah berkata, dia sendiri memberitahu anaknya berhubung penyakitnya berada di tahap keempat sebagaimana dinyatakan pihak hospital untuk persediaan awal bagi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

“Sebak hati saya ketika menceritakan tentang kematian bersama Muhammad Azim, namun saya gagahkan jua supaya dia mengerti keadaannya sekarang. Rupanya di sat sebegini pun dia kuat.

“Lebih menyedihkan saya dan juga menjadi pembakar semangat sehingga ke saat ini apabila anak kecil ini merenung kepada saya dan memberitahu dia tidak mahu mati lagi,” katanya.

Nik Zuraidah dari Kampung Keroh, Kuala Krai mengakui dengan kesengsaraan yang ditanggung oleh anak bongsunya itu, dia reda apa jua akan berlaku selepas ini kerana pelbagai usaha dilakukannya termasuk kerap kali dibedah.

“Saya sudah puas menangis, saya reda dengan ketentuan ALLAH uji kehidupan kami sekeluarga, namun selagi umur panjang kami tetap akan menjaga Muhammad Azim dengan baik,” katanya.

Nik Zuraidah yang kini terpaksa bergilir-gilir dengan suaminya, Nor Hazri Ahmad, 40, menjaga Muhammad Azim di HUSM juga memberitahu anaknya sebelum ini petah berkata-kata namun sekarang menjadi semakin pendiam.

“Sepanjang hari Muhammad Azim tidur dan sekali-sekali membuka matanya. Jika dahaga dia akan minta air dengan suara yang perlahan. Dia kurang makan kerana doktor memberikan susu khas membuatkannya kenyang.

“Dia hanya boleh minum menggunakan penyedut minuman kerana bonjol pada matanya menutup sedikit ruang mulutnya dan ini menyukarkannya minum seperti biasa,” katanya.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan penderitaan dilalui Muhammad Azim setelah disahkan menghidap retinoblastoma atau sejenis kanser mata kanak-kanak pada 2011.

Di samping itu, ibu bapanya mengharapkan gaji harian selain bantuan bulanan RM300 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menampung perbelanjaan bagi menyara dua lagi tanggungannya.

Bagi mereka yang ingin membantu bolehlah menyalurkan sumbangan menerusi akaun Maybank Nik Zuraidah sendiri iaitu, 153029208754.


Thursday, February 21, 2013

Kasih Sayang...

Assalamualaikum,
Semoga semuanya sihat dirahmati dan dilindungi Allah selalu...
La ni ayah mertua Kak Ros dah balik dari Hospital dah...alhamdulillah..dah beransur pulih...

Ehsan Google...

Kak Ros teringat semasa dia di klinik hari tu...semasa kat dalam klinik ramai orang berbilang bangsa....bermacam2 penyakit..yang paling Kak Ros terharunya tu,bila tengok depa saling bantu membantu diantara satu sama lain tak kisah langsung pun pasal agama dan bangsa.....

Bila benih kasih sayang disemai dan di tanam dengan hati yang penuh keikhlasan...,bukan rupa paras yang menjadi ukuran...,bukan agama dan bangsa yang menjadi halangan..,bukan harta benda yang menjadi pertaruhan...,maka akan tumbuhlah nilai kasih sayang yang berpanjangan kekal hingga ke hujung nyawa..

Bila kasih sayang dah bertunjangkan keikhlasan..,sakit perit akan di tanggung besama..,susah senang pasti tak akan berpisah jua. Cinta yang ikhlas itu akan terserlah bila di saat saling memerlukan...,saling berpayahan kerana di situlah akan terpancarnya kasih sayang yang tiada bertepian...Apa yang kita buat dah tak rasa beban lagi dah bagi kita..sebab semuanya adalah kerana Allah dan jugak kasih sayang kita yang tulus dan ikhlas...

Apa pun...ni semua adalah cinta kita pada sesama manusia..cinta pada ibu bapa..,pada suami isteri..,pada anak2 dan jugak pada semua saudara2 kita kat atas dunia ni...Tapi janganlah kita lupa cinta agung kita yang sebenar benarnya yang akan kekal abadi selamanya adalah cinta kita pada Allah S.W.T...


Saturday, February 16, 2013

Terima kasih....


Assalamualaikum,
Semoga saudara2 Kak Ros semuanya ceria dan sihat2 ja hari ni....Terima kasih banyak2 lah buat semuanya yang sudi memberi semangat dan yang sudi mendoakan kesejahteraan Kak Ros jugak ayah mertua Kak Ros...Hanya Allah saja dapat membalasnya...
Dengan izin Allah...berkat doa semua...ayah mertua Kak Ros dah semakin sembuh...Pada yang tinggalkan komen tu...Kak Ros hargai sangat2 terima kasih sekali lagi...

Yang membuatkan diri kita ni TABAH dan KUAT..... adalah DOA..
Yang membuatkan diri kita ni DEWASA dan MATANG...... adalah MASALAH..
Yang membuatkan diri kita ni MAJU dan BERJAYA..... adalah USAHA KERAS..
Yang membuatkan diri kita ni MUSNAH dan HANCUR...... adalah PUTUS ASA..
Yang membuatkan diri kita ni SEMANGAT...... adalah HARAPAN dan IMPIAN..
Yang membuatkan diri kita ni menjadi yang hamba yang TERBAIK....... adalah mengakrabkan diri dgn keheningan JIWA, memperbanyak SUJUD dan jugak BERZIKIR pada Allah SWT.....


Tuesday, February 12, 2013

Masa Yang Tak Mengizinkan....

Ensan Google...

Assalamualaikum,
Maaf la ya dan terima kasih banyak2 buat semua kawan2 yang tak jemu2 sudi mai ziarah blog Kak Ros kat sini...buat masa sekarang ni Kak Ros tak boleh nak update selalu dan tak dapat nak pi ziarah kawan2 semua sebab masa yang betoi2 tak mengizinkan...

3 minggu lepas ayah mertua Kak Ros jatuh sakit..agak tenat jugak lah...mulanya dah masuk Hospital,Doktor cakap dah ok dah boleh balik dah...jadi Kak Ros pun bawak balik lah mai kat rumah Kak Ros,dia duduk kat rumah Kak Ros lebih kurang seminggu....Dalam seminggu dirumah Kak Ros tu,Kak Ros tengok dia macam tak ok lagi ...la ni masuk Hospital balik...Rupa2nya ayah mertua Kak Ros ni ada dua tiga macam penyakitnya...

Yang Kak Ros herannya tu... macam mana sebelum ni dia masuk Hospital 4 hari ..Doktor dah bagi dia balik dah...depa tak periksa habis2 ka....?entah lah....pening jugak kepala kalau kita asyik dok pikir benda2 macam ni semuakan...Tapi memang terus terang Kak Ros cakap Kak Ros betoi2 tak paham...kalau lah macam ni keadaannya...memang penyakit kita dah tenat dah barulah kita nak dapat tau kan...?Bagi Kak Ros  la..tak kira lah kita ni sakit apa pun...bila kita pi jumpak Doktor tu..depa mestilah kena periksa habis2...

Masuk Hospital kali ni baru lah depa bagitau yang ayah mertua Kak Ros ni ada luka dekat usus dalam perut dia,dah berlaku pendarahan agak lama jugak dah...darah dia dah banyak hilang...setakat ni dah masuk 6 beg dah darah kat dalam badan dia...
Paru2 dia pun ada bengkak...la ni Doktor cakap satu lagi berkemungkinan besar buah pinggangnya pulak rosak teruk...Terkejut jugak Kak Ros bila dengar apa yang Doktor cakapkan tu...
Harapan Kak Ros sekeluarga semoga ayah mertua Kak Ros cepat sembuh dan pulih sihat seperti sedia kala....

Related Posts with Thumbnails