Sahabat adalah perisai diri

Sunday, January 27, 2013

Taktik Perompak Nak Masuk Rumah...

Assalamualaikum,
Syukur alhamdulillah... adik ni selamat daripada perompak yang telah memasuki rumahnya...semoga cepat sembuh ya...
Macam2 taktik penjenayah la ni nak merompak kan..kita mesti kena hati2 tak kiralah dengan sapa2 pun dan walau dimana pun kita berada....
Yang paling kak Ros takut sekali... depa ni sanggup lakukan apa saja dekat kita walaupun dekat budak2 yang masih kecik...tengoklah macam adik ni baru berusia sembilan tahun....bukannya dia boleh buat apa2 pun kat depa...tapi depa tetap sanggup mencederakannya...
Semoga Allah melindungi kita semua...


Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun boleh digelar ‘hero cilik’ apabila cuba melawan seorang daripada tiga perompak yang memasuki rumah keluarganya di sini, Rabu lalu.

Bagaimanapun, tindakan beraninya itu berakhir tragedi apabila dia cedera di kedua-dua belah tangan selepas menahan libasan parang dihayun suspek menyebabkan remaja itu terpaksa menerima 15 jahitan.

Mangsa yang juga murid tahun tiga di sebuah sekolah rendah di daerah ini, terpaksa dibawa ke Hospital Batu Gajah bagi mendapatkan rawatan sebelum dibenarkan keluar kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.35 petang di Taman Bemban Raya itu, mangsa yang tinggal bersendirian di rumah didatangi tiga lelaki kononnya pekerja Tenaga Nasional Bhd (TNB) yang ingin menukar meter elektrik.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, mangsa sempat menelefon ibu yang sedang bekerja di sebuah kilang bagi memaklumkan kehadiran tiga lelaki itu. Beliau berkata, mangsa terkejut apabila tiga lelaki itu memasuki rumah dan mencekik lehernya sebelum menggeledah rumah bagi mencari barangan berharga menyebabkan mangsa menjerit meminta tolong.

“Jeritan mangsa didengari seorang jiran yang kemudian datang membantu. Sebelum beredar, seorang daripada suspek sempat melibas kanak-kanak berkenaan dengan parang.

“Jiran mangsa sempat bergelut dengan suspek sebelum seorang daripada suspek berjaya diberkas selepas dibantu beberapa jiran lain,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Katanya, suspek berusia 33 tahun dari Taman Seri Ara, Parit itu ditahan reman tujuh hari berakhir 30 Januari ini bagi membantu siasatan.

Shaharon berkata, suspek turut mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah, manakala identiti dua lagi suspek gagal diperolehi sehingga kini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kumpulan berkenaan mula bergiat aktif sejak akhir tahun lalu selain terbabit dalam modus operandi sama iaitu menyamar sebagai pekerja TNB.

“Siasatan awal mendapati tindakan suspek sukar diragui memandangkan suspek lengkap berpakaian seperti pekerja TNB dan membawa perkakasan membaiki meter elektrik.

“Kami juga akan bekerjasama dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh berkaitan jenayah dilakukan kumpulan sama di Chemor sekitar Disember lalu,” katanya.

Katanya, beliau menasihatkan kepada orang awam supaya berwaspada dengan individu tidak dikenali dan tidak sesekali membenarkan mereka masuk ke dalam rumah tanpa sebab.


10 comments:

  1. Mcm2 jenis orng nak buat jahat skrng nie....tu yg kadang ssh dah nak pecaya kat orng....

    ReplyDelete
  2. semoga kita di jauhkan dari di timpa masalah macam tu
    sya dah pernah alami pecah rumah, ada kala terdetik hati juga kalau tinggalkan rumah lama lama tu

    ReplyDelete
  3. dasatnye kak ros...bahaya kat mane2 je skrg kan..depa bole wat ape shaja..

    ReplyDelete
  4. keselamatan diri lagi penting dr wang ringgit

    ReplyDelete
  5. macam tu sekali..
    muda lagi perompak tu..

    ReplyDelete
  6. nauzubillah..moga kita semua dilindungi Allah..

    ReplyDelete
  7. mcm2 betul kn skrg nih,skrg nih edy takde kt umah mmg rasa seram jugak kadang2 tu tkt lah apa2 kan, yelah kt umah sume pmpuan... pencuri zmn skrg nih dhla hardcore2

    ReplyDelete
  8. skrg ni orang malas nak berusaha..mencuri & menyamun pun bukan kerja yg mudah..kesian adik tu..hu2x..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails