Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, January 23, 2013

Trauma Kena Dera Sampai Hilang Ingatan..(video)...

Assalamualaikum,
Sebak hati Kak Ros tengok budak ni..terbayang seperti anak sendiri...terlalu lama dari umurnya tiga tahun dia keseorangan menanggung sengsara tanpa ibu bapak membela nasibnya.......sampai macam tu sekali dia kena dera dengan bapak tiri dia...memang kejam dan tak berperikemanusiaan langsung...

Syukur alhamdulillah dia dah mendapat perlindungan dah la ni...semoga Allah sentiasa memeliharanya...


Kuala Lumpur: Seluruh kepala serta badan dipenuhi parut dan dia turut hilang ingatan. Itu kesengsaraan dialami seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun akibat didera bapa tirinya sejak lebih tujuh tahun lalu.

Berdasarkan kesan kecederaan pada tubuhnya, kanak-kanak etnik Rohingya dikenali sebagai Shafiq itu dipercayai didera dengan dicucuh api puntung rokok, ditekap pisau panas, dipukul dengan kayu, wayar, tali pinggang, selain disepak terajang tanpa belas kasihan.

Akibat penderaan berterusan untuk tempoh panjang itu, Shafiq kini hilang ingatan dan menjalani rawatan hospital sebelum ditempatkan di sebuah rumah anak yatim di Selayang, dekat sini.

Dia diserahkan ke rumah anak yatim itu oleh wakil Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang berpejabat di Kuala Lumpur, semalam.

SHAFIQ menunjukkan kesan dera di belakang badannya.

Menerusi maklumat diberikan kepada jurubahasa, Nasaruddin Shamsuddin, 13, kerana Shafiq tidak fasih berbahasa Melayu, kanak-kanak itu hanya mengingati beberapa fakta secara umum disebabkan ingatannya terjejas berikutan trauma dialami terlalu teruk akibat kesan penderaan.



Oleh Raja Noraina Raja Rahim, Muhaamad Hafis Nawawi dan Shahrul Redzuan Zulkifli

8 comments:

  1. allahuakbar...tengok dia pun dah rasa sakit, apatah lagi empunya diri

    ReplyDelete
  2. kesianya....kan kak ros......manusia apa agaknya....tergamak buat anak macam tu.....ini manusia bertopingkan syaitan nie......

    ReplyDelete
  3. assalam ros..org lain susah nak dpt ank..diaorg ni bila dah ada anak senang2 nak mendera ank mereka..hu2x kesian tgk kanak2 yg tak berdosa ni..

    ReplyDelete
  4. simpati dengan nasib budak ni..apalah dosanya sehingga dihukum begini rupa...

    ReplyDelete
  5. entahlah Ros, ada saja manusia yg kejam ini...dera ini lah dera itulah..nanti kita dera dia pulak, bias dia rasa macam mana kesakitan anak itu

    ReplyDelete
  6. kunjungan balas...tapi bia tulis gatal tangan rasa macam tak seronok nak buat ulasan hehe

    ReplyDelete
  7. astaghfirullah kak ros.. siannyer dia dah x macam org dah dengan parut2 di seluruh badan..... semoga adik ni selamat ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. menitik air mata saya bila tengok video tu kak... sian nyer .... semoga allah melindungi dan menjaga kanak2 tersebut...

      Delete

Related Posts with Thumbnails