Sahabat adalah perisai diri

Thursday, February 28, 2013

Keajaiban Daripada Allah...

Assalamualaikum,
Ajal maut semuanya ditangan Allah...kalau kehendaknya..apapun tak akan mustahil kan...
Anugerah Allah  buat adik Muhd Syafiq ni...
Alhamdulillah dah sembuh pulih seperti sedia kala..

Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Bagan Serai: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun mendapat julukan ‘budak Superman’ berikutan masih hidup dan mampu berjalan walaupun selepas buah pinggang, limpa, tulang rusuk dan paru-parunya cedera teruk akibat dilenyek traktor mengangkut buah kelapa sawit.

Muhd Syafiq Abdul Hamid, 10, digilis traktor mengangkut buah sawit seberat lebih tiga tan ketika dalam perjalanan menuju pusat pengumpulan sawit Changkat Lobak, Alor Pongsu, di sini, jam 2.30 petang, 29 Januari lalu.

Pemeriksaan doktor mendapati Muhd Syafiq mengalami kecederaan organ dalaman yang teruk menyebabkan dia ditahan untuk menerima rawatan di hospital selama 26 hari termasuk 16 hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping.

Bagaimanapun, bapanya, Abdul Hamid Dahaman, 48, berkata, keanehan berlaku kerana anak bongsunya itu bukan saja tidak menunjukkan kesan kecederaan fizikal teruk sejurus kejadian, malah kini mampu berjalan.



ABDUL Hamid menunjukkan kesan timbul tulang bahu kanan anaknya, Muhd Syafiq yang patah manakala isterinya menunjukkan surat pengesahan dari Hospital Taiping.

“Doktor turut menganggap apa yang berlaku ke atas Muhd Syafiq satu keajaiban daripada Tuhan kerana dia masih hidup biarpun banyak organ dalamannya cedera teruk,” katanya.


13 comments:

  1. Bila Allah berkata 'jadi', maka jadilah ia...

    Tiada batas sempadan atas kekuasaanNya. :)

    ReplyDelete
  2. Kuasa Allah s.w.t.....x kan sape dpt halang kan....subhanallah....

    ReplyDelete
  3. subhanallah....kehendak Allah tiada apa yg dapat menghalang

    ReplyDelete
  4. Begitulah tiada kuasa lain yg boleh menandingi akan kehendakNYA.
    Miracle but true sebab dah terbukti.

    ReplyDelete
  5. Ajal di tangan tuhan..Syukur dia selamat

    ReplyDelete
  6. subhanallah...itulah yg Allah sebut dalam al-Quran "kun fayakun"...alhamdulillah adik ni selamat...

    ReplyDelete
  7. Allah maha mengetahui.... apa yg dia kehendaki...itulah yg berlaku syukur!

    ReplyDelete
  8. Salam,
    Inilah tanda kekuasaan Allah. Tiada yg mustahil.
    Alhamdulillah...semoga adik ini hidup sihat.

    ReplyDelete
  9. assalam..besarnya kuasa Allah..syukur alhamdulillah dia dah sihat semula.. :)

    ReplyDelete
  10. kebesaran Allah swt, semua yg berlaku atas izinNYa

    ReplyDelete
  11. Assalam,
    Allahuakbar...Subhanallah..

    ReplyDelete
  12. Allah hu akbar..semuanya kuasa Dia...

    ReplyDelete
  13. semuanyer dengan izin Allah..
    kalau di fikir logik kan tentu kita ingat budak ni dah meninggal..
    tapi Allah masih ingin kan dia hidup..
    allahu akbar...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails