Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, February 12, 2013

Masa Yang Tak Mengizinkan....

Ensan Google...

Assalamualaikum,
Maaf la ya dan terima kasih banyak2 buat semua kawan2 yang tak jemu2 sudi mai ziarah blog Kak Ros kat sini...buat masa sekarang ni Kak Ros tak boleh nak update selalu dan tak dapat nak pi ziarah kawan2 semua sebab masa yang betoi2 tak mengizinkan...

3 minggu lepas ayah mertua Kak Ros jatuh sakit..agak tenat jugak lah...mulanya dah masuk Hospital,Doktor cakap dah ok dah boleh balik dah...jadi Kak Ros pun bawak balik lah mai kat rumah Kak Ros,dia duduk kat rumah Kak Ros lebih kurang seminggu....Dalam seminggu dirumah Kak Ros tu,Kak Ros tengok dia macam tak ok lagi ...la ni masuk Hospital balik...Rupa2nya ayah mertua Kak Ros ni ada dua tiga macam penyakitnya...

Yang Kak Ros herannya tu... macam mana sebelum ni dia masuk Hospital 4 hari ..Doktor dah bagi dia balik dah...depa tak periksa habis2 ka....?entah lah....pening jugak kepala kalau kita asyik dok pikir benda2 macam ni semuakan...Tapi memang terus terang Kak Ros cakap Kak Ros betoi2 tak paham...kalau lah macam ni keadaannya...memang penyakit kita dah tenat dah barulah kita nak dapat tau kan...?Bagi Kak Ros  la..tak kira lah kita ni sakit apa pun...bila kita pi jumpak Doktor tu..depa mestilah kena periksa habis2...

Masuk Hospital kali ni baru lah depa bagitau yang ayah mertua Kak Ros ni ada luka dekat usus dalam perut dia,dah berlaku pendarahan agak lama jugak dah...darah dia dah banyak hilang...setakat ni dah masuk 6 beg dah darah kat dalam badan dia...
Paru2 dia pun ada bengkak...la ni Doktor cakap satu lagi berkemungkinan besar buah pinggangnya pulak rosak teruk...Terkejut jugak Kak Ros bila dengar apa yang Doktor cakapkan tu...
Harapan Kak Ros sekeluarga semoga ayah mertua Kak Ros cepat sembuh dan pulih sihat seperti sedia kala....

8 comments:

  1. salam rindu kak ros.....

    harap kak ros bersabaq noh....mai sama2 kita berdoa moga Allah memberi kesihatan yang baik untuk pak mertua kak ros......

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Ros...

    kadang2 tu doktor pun cincai jer bila periksa pesakit, arwah sepupu saya dulu pun pernah kena, sakit kepala sampai mengelupur, bawak ke hospital besar doktor bagi panadol je, 2 hari tak hilang sakit, pergi lagi check.... rupa2 nya tumor otak

    ReplyDelete
  3. moga dipermudahkn urusan dan ayah mertuanya cepat sembuh..

    ReplyDelete
  4. Salam...
    Sabarlah menghadapi ujian Allah,
    bertuah dapat menantu macam Kak Ros. Insyaallah...kesusahan akak akan mendapat balasan yg setimpal.
    Teruskan usaha dan berdoa.

    ReplyDelete
  5. semoga ayah mertua kak ros sembuh. juga diberikan kesihatan baik buat mereka yang turut menjaganya...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails