Sahabat adalah perisai diri

Monday, March 4, 2013

Kes Pencerobohan Lahad Datu (ATM Ambil Alih, Tiada Lagi Kompromi. Gempur!!)

Assalamualaikum.
Semoga Allah bersama dengan depa...(ATM) jugak semua penduduk2 tempatan kat Sabah....,semoga ATM perolehi kejayaan yang cemerlang dalam operasi serangan besar besaran ni..,semoga semuanya ni akan cepat berakhir...dan tak dak lagi mangsa yang terkorban...Sama2 lah kita berdoa..

Al Fatihah buat semua mangsa yang telah terkorban dan takziah buat semua keluarga arwah...


Berita Terkini Kes Pencerobohan Lahad Datu (ATM Ambil Alih, Tiada Lagi Kompromi. Gempur!!) | Dikhabarkan awal pagi tadi iaitu pada jam 1:45 pagi, satu arahan Eksekutif Telah Dikeluarkan dan Berkuatkuasa serta merta. Kini ATM mula mengambilalih situasi Insiden di Lahad Datu, Sabah dengan arahan hapus musnah penceroboh tanah air, tiada lagi rundingan.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka melancarkan serangan besar-besaran dalam masa 24 jam bagi menamatkan pencerobohan tentera Kesultanan Sulu di beberapa daerah di Sabah.

Difahamkan kawasan yang menjadi fokus utama serangan adalah Kampung Tanduo, Lahad Datu di mana ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie iaitu adik kepada Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III bersama lebih 100 pengikutnya berkubu

Ketika ini, anggota penembak tepat Tentera Darat ditempatkan di beberapa lokasi strategik dan tiada lagi sebarang rundingan bakal dibuat sebaliknya misi kali ini adalah menumpaskan ke semua musuh.

Sama-sama kita mendokan supaya kes ini tidak berlarutan, semua penduduk Sabah selamat dari ancaman pemberontak dan juga Pasukan Keselamatan Negara dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang dan selamat.

11 comments:

  1. semoga semuanya selamat. rasanya semua penceroboh dah berundur. tp mungkin diorang xnak mengalah untuk tuntut sabah. kesian orang sabah..

    ReplyDelete
  2. semoga segera berakhir, kasihan pada anggota keselamatan yang gugur, harap tiada nyawa anggota kita yang melayang lagi

    ReplyDelete
  3. kenapa lah mereka tak nk berunding, n mengapa lah mereka nk menyushkn diri sndiri jugak org lain... kalu ngn polis boleh lg berunding tp kalu atm dh amik alih mmg takde maap bagi mu... dana nih pun berdebar2 sbb ada sorang pakcik kene bertugas kt sana, dr jumaat lg dia kene join pertahanan negara, kebetulan nyer dia mmg anggota pga di sabah

    ReplyDelete
  4. Ya Allah, semoga semuanya berakhirrr dgn selamat.
    lindungila kami Ya Allah

    ReplyDelete
  5. Sama-sama kita mendoakan kejayaan wira-wiar kita. Kakak gerun sebenarnya. Harap tidak ada lagi yg terkorbanlah...

    ReplyDelete
  6. saya pun takut risau sebenarnnya... harap tiada lagi yang terkorban.. ya ALLAH lindungilah tanah airku...

    ReplyDelete
  7. semoga kita terselamat dari kejahatan manusia. dan keselamatan juga untuk wira-wira negara yg berjuang. namun disudut hati bersedih melihat apa yg berlaku sesama Islam..

    ReplyDelete
  8. Al-Fatihah..semuga arwah mereka ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..amin..jasa & pengorbanan mereka tiada nilainya..

    ReplyDelete
  9. al fatihah kpd yg terkorban. semoga negara puih seperti sedia kala. aman makmur selamanya.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails