Sahabat adalah perisai diri

Friday, May 31, 2013

Tip Elak Anak Daripada Hilang...

Assalamualaikum,
Masa cuti sekolah macam ni,mesti semua ibu bapa merancang nak bawak anak-anak keluar melancung kan...jadi hati-hati dan sentiasa beringat lah...terutama sekali kalau kita bawak anak-anak yang masih kecik...kena lah sentiasa awasi depa,jangan lah sampai ada perkara yang tak diingini berlaku..

Kat bawah ni ada sikit tip yang mungkin dapat membantu kita...sangat berguna buat ibu bapa..tip macam mana supaya kita tidak akan terpisah dengan anak- anak ketika keluar rumah....Mai kita sama2 baca..

Oleh Suliati Asri


Ajar anak mengingat nama anda

Ada kanak-kanak masih tidak tahu atau mengingati nama ibu atau bapa. Perkara ini juga merumitkan untuk mencari keluarga si kecil.

Jadi, ajar anak mengi­ngati nama anda atau pasangan supaya jika terpisah, petugas dapat mencari anda.

Tanda nama

Tanda nama yang leng­kap dengan nama anda dan pasangan serta alamat dan nombor telefon untuk dihubungi ditulis di atas kertas atau kad kecil cukup membantu terutama terpisah dengan si kecil.

Dengan meletakkan kad nama itu di dalam poket seluar anak atau beg anak, ke mana pun anda pergi dapat membantu sesiapa yang menjumpai mereka menghubungi anda.

Ajar mereka untuk menunjukkan tanda nama itu kepada petugas atau individu yang menjumpai mereka.

Dukung anak

Mendukung anak dalam keadaan yang sesak adalah langkah paling bijak daripada memegangnya apatah lagi jika anak masih kecil.

Selain itu, ketika berjalan di dalam kesesakan, adalah lebih baik isteri di depan, anak di tengah dan bapa di belakang lebih-lebih lagi jika mempunyai anak lebih daripada dua.

Dalam apa juga situasi, awasi anak anda dan jangan sesekali leka.

Tetapkan tempat berjum­pa 

Jika bercuti dalam kumpulan, pastikan anda menetapkan lokasi untuk berjumpa pada masa sudah ditetapkan.

Walaupun masing-masing punya telefon, tetapkan tempat berjumpa untuk mengelak sebarang masalah seperti bateri telefon bimbit habis atau sebaliknya.

Jika berkunjung ke taman tema atau kompleks beli-belah, jadikan kaunter pertanyaan sebagai tempat pertemuan jika terpisah dari kumpulan atau sebaliknya.

Jangan panik

Ketika terpisah dengan anak, jangan panik. Carilah mereka sebaik mungkin dan dapatkan bantuan daripada pihak yang sepatutnya di mana juga anda berada.

Panik hanya membuatkan anda hilang fokus dan bukan menyelesaikan masalah dengan sebaiknya.

Gambar terkini anak

Gunakan kemajuan tek­nologi yang ada dengan merakam gambar terbaru anak. Gambar ketika keluar pada hari itu adalah yang terbaik.

Sekurang-kurangnya, apabila anda mencari mereka, anda boleh tahu warna pakaian, kasut, beg dan banyak lagi petunjuk untuk mencari anak anda ketika mereka terpisah.


12 comments:

  1. Biasa sy dukung je..wpun kdg2 dia meronta nk berjalan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum,

      Biar kita susah payah sikit pun tak pa kan myfirdz...asalkan anak kita selamat...

      Delete
  2. bila tgk tips ni risau pulak...
    p/s: padahal blom kawen g pon..he3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum,

      Zaman la ni banyak sangat bahayanya,penjenayah pun banyak...jadi kita mesti kena beringat dan berhati hati walau dimana pun kita berada kan timm_bill...

      Delete
  3. mekasih utk tips2 tu kak, zmn skrg nih mmg kene hati2 mcm2 kes ada, aiyan kecik lg mmg kami tak lps dia jln2 lah, kalu supink mmg duk dlm troli jelah jwb nyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..Norhidana sama2 lah kita saling ingat mengingati...awasi anak2 sentiasa semasa kita keluar rumah dah diri kita jugak...bahaya ni ada dimana mana..

      Delete
  4. bila dlm crowd...
    memang kena pegang kuat2...
    and jangan leka...
    zaman skarang nie macam2 org ada...
    takut lah kan...
    beringat sblum terkena...
    thanx for sharing this info...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum,

      Ya sama2...Betoi tu Rasp...anak2 ni,yang depa tau seronok ja..bukannya depa tau bahaya pun..kita lah yang dok kena sentiasa jaga depa dan ajar depa macam mana dalam tip tu kan untuk keselamatan diri depa...

      Delete
  5. bg yg dah besar sikit tu, sVs akan pastikan anak sentiasa berada di depan bukan di belakang. Yg kecik tu selalu dalam genggaman, kekadang sampai merungut sakit tangan kena pegang, nasib la... Beringat sebelum kena.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum sudipVSsenduk,

      Biar kita terok sikit pun tak pa asalkan selamat kan sVs...Apa2 pun kita mestilah kena sentiasa beringat....kalau nak jadi jugak...yang tu semuanya kerja buat Tuhan...kita hanya berusaha ..

      Delete
  6. terima kasih Kak Ros kongsi tips,
    kadang-kadang saya pun terleka jugak.

    ReplyDelete
  7. Tips yg baik..
    Dulu2 mmg suruh anak2 hafal no HP

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails