Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, August 28, 2013

Unik Sungguh Kampung Ni..

Assalamualaikum,
Indah,unik dan damai sungguh suasana diperkampung ni kan,suka Kak Ros tengok...nampak hijau ja...bayangkan tak ada langsung jalan raya dan tak ada langsung bunyi bising dari kenderaan..hanya sanpan,titi dan sungai ja..
Inilah kurniaan alam semulajadi dari Allah SWT yang tak kan ada tandingannya...mai kita tengok..


Bagi siapa pun yang ingin melihat dan merasakan kehidupan yang sederhana, mungkin perkampungan kecil Giethoorn di Belanda boleh menjadi salah satu tempat yang patut dikunjungi. Perkampungan kecil Giethoorn tidak mempunyai jalan raya, hampir seluruh kampung ini di kelilingi oleh terusan kecil yang indah.

Penduduk di perkampungan kecil ini biasa menggunakan perahu kecil sebagai cara pengangkutan atau berjalan melalui jambatan. Bagi para pelancong yang melawat tempat ini, kereta atau bas harus diletakkan di luar bandar Giethroon.

Terletak di wilayah Overijssel, kampung Giethroon mempunyai sungai sepanjang 6.5 km dengan rumah-rumah tradisional khas Belanda disekelilingnya. Tidaklah menghairankan apabila Giethroon telah menjadi daya tarikan pelancong di Belanda dengan gelaran Venice dari Belanda. Perkampungan kecil ini ditubuhkan oleh sekumpulan pelarian dari kawasan Mediterranean sekitar tahun 1230. Giethroon menjadi terkenal pada tahun 1958 ketika dibuat lokasi filem oleh Bert Haanstra dan ditayangkan dalam festival filem Fanfare.





















Sumber

16 comments:

  1. Meh kita bayangkan kita naik sampan sama-sama Ros. Menikmati alam sekitar yg nyaman sambil makan jambu cecah asam boi hahaha... bestnya kan..

    Seumur hidup kakak tak pernah naik sampan tau Ros:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Kakzakie...,

      Dok tengah bayangkan nih..menitik air liur dah haaaa.....he.he...bestnya...

      Delete
  2. tengok gambarpun dah rasa tenang je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Nita..,

      Best kan kalau ada kat tempat kita ni perkampungan yang macam tu...aman ja rasa..

      Delete
  3. ya Allah... rasa mcm nk terbang gi situ skrg gk kak... dhla cantik, damai tenang je... rumah2 besar2 cantik2 lak tu... laman rumah pun cantik... tak terbayang kalu dpt lepak situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Norhidana...,

      Betoi tu Norhidana...boleh dok berkelah pulak kat depan laman rumah tepi sungai tu...emmmm bestnya...

      Delete
  4. harap suatu hari nanti angah akan berjaya menjejaki perkampungan ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Angah..,

      Ya la Angah..semoga berjaya...Kak Ros pun teringin jugak he he...

      Delete
  5. bestnye kampung ni...!!! jom pegi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum gadisBunga.,

      Memang best sangat...tambah lagi boleh dok naik sampan keliling kampung he.he...

      Delete
  6. Menarik dan cantik sekali perkampungan ini. Susah menjaga kebersihan kalau tiada disiplin dan sistem kumbahan yg cekap nih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Bin Muhammad..,

      Betoi tu Bin...kampung ni dah tunjukkan macammana penghuni dia kan...kalau depa tak disiplin mesti kampung depa tak cantik sampai macam ni..eemmmm rasa damai ja bila tengok kampung ni..

      Delete
  7. kalau ada kampung secantik ni kat malaysia, saya sanggup mohon pindah mengajar, heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Anim..,

      EEEmmmm kalau ada kat sini Kak Ros pun sanggup nak pindah kat situ he he...

      Delete
  8. alahai...kalu mcm ni sure sy x mo ddk kt bandar ;-)

    ReplyDelete
  9. memang indah dengan suasana alam semula jadi. Kalaulah ada di tempat ta. Pasti seronok..

    P/s maafkan ta lama tak dtg sini.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails