Sahabat adalah perisai diri

Thursday, January 31, 2013

Kisah Benar...Apa Yang Membuatkan dia Suka Sangat Memakannya...

Assalamualaikum,
Kegemaran makanan kita ni selalunya yang sedap2 ja kan...tapi lain pulak dengan kegemaran seorang wanita yang bernama Lisa nih....Biar betoi minah sorang ni...tang mana yang bestnya makan bulu kucing ni pun tak tau lah kan...Kita pun suka dan sayang jugak dengan kucing nih,tapi tak la sampai nak makan bulu dia...he.he..
Mai kita baca kisah dia..macam mana dia boleh dan suka sangat makan bulu kucing nih he.he...

LISA menjilat haiwan peliharaannya.

Detroit: Apabila menyentuh mengenai tabiat pelik, seorang wanita, Lisa, 43, dari Detroit, Michigan tidak dinafikan memang seorang yang aneh.

Dia mengakui gemar memakan bulu kucing dan menelan tiga perempat bebola bulu kucing sehari.

Dia sudah memakan lebih 3,200 bebola kucing sejak ketagihannya itu bermula sejak 15 tahun lalu.

“Saya ketagih makan bulu kucing,” katanya dalam musim baru program TLC My Strange Addiction. Kisah Lisa adalah satu daripada banyak siri yang sangat pelik dalam musim keempat rancangan popular itu yang akan mula ditayangkan pada 13 Februari depan. Lisa menyediakan pilihan snek aneh itu dengan mengumpulkan bulu kucing dari sekitar apartmen tempat tinggalnya termasuk di lantai dan di belakang sofa, tetapi mengatakan “bulu paling sedap ialah daripada tubuh kucing itu sendiri.” Dia memanjakan haiwan peliharaannya itu dengan lidahnya seperti ibu kucing memanjakan anaknya serta menjelaskan dia tidak menjilat punggung atau celah kuku kaki haiwan itu. Lisa mula menjamah hidangan bulu kucing sebagai cara untuk lebih dekat dengan haiwan peliharaannya itu dan menggelarnya ‘ikatan mesra’. Dia juga berkata bulu kucing amat menenangkan.

Sementara kebanyakan daripada kita tidak boleh menerima walaupun seurat bulu anjing, Lisa ketagih ingin menikmati bulu kucing setiap dua jam.

Dia juga menjelaskan proses ketika mengulum bebola bulu kucing seperti sedang mengulum gula-gula getah.


“Saya akan mencuitnya sedikit dan memasukkan ke dalam mulut. Saya kunyahnya sebentar, mengeluarkannya semula dan memasukkan kembali ke dalam mulut,” katanya. - Daily Mail

Sunday, January 27, 2013

Taktik Perompak Nak Masuk Rumah...

Assalamualaikum,
Syukur alhamdulillah... adik ni selamat daripada perompak yang telah memasuki rumahnya...semoga cepat sembuh ya...
Macam2 taktik penjenayah la ni nak merompak kan..kita mesti kena hati2 tak kiralah dengan sapa2 pun dan walau dimana pun kita berada....
Yang paling kak Ros takut sekali... depa ni sanggup lakukan apa saja dekat kita walaupun dekat budak2 yang masih kecik...tengoklah macam adik ni baru berusia sembilan tahun....bukannya dia boleh buat apa2 pun kat depa...tapi depa tetap sanggup mencederakannya...
Semoga Allah melindungi kita semua...


Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun boleh digelar ‘hero cilik’ apabila cuba melawan seorang daripada tiga perompak yang memasuki rumah keluarganya di sini, Rabu lalu.

Bagaimanapun, tindakan beraninya itu berakhir tragedi apabila dia cedera di kedua-dua belah tangan selepas menahan libasan parang dihayun suspek menyebabkan remaja itu terpaksa menerima 15 jahitan.

Mangsa yang juga murid tahun tiga di sebuah sekolah rendah di daerah ini, terpaksa dibawa ke Hospital Batu Gajah bagi mendapatkan rawatan sebelum dibenarkan keluar kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.35 petang di Taman Bemban Raya itu, mangsa yang tinggal bersendirian di rumah didatangi tiga lelaki kononnya pekerja Tenaga Nasional Bhd (TNB) yang ingin menukar meter elektrik.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, mangsa sempat menelefon ibu yang sedang bekerja di sebuah kilang bagi memaklumkan kehadiran tiga lelaki itu. Beliau berkata, mangsa terkejut apabila tiga lelaki itu memasuki rumah dan mencekik lehernya sebelum menggeledah rumah bagi mencari barangan berharga menyebabkan mangsa menjerit meminta tolong.

“Jeritan mangsa didengari seorang jiran yang kemudian datang membantu. Sebelum beredar, seorang daripada suspek sempat melibas kanak-kanak berkenaan dengan parang.

“Jiran mangsa sempat bergelut dengan suspek sebelum seorang daripada suspek berjaya diberkas selepas dibantu beberapa jiran lain,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Katanya, suspek berusia 33 tahun dari Taman Seri Ara, Parit itu ditahan reman tujuh hari berakhir 30 Januari ini bagi membantu siasatan.

Shaharon berkata, suspek turut mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah, manakala identiti dua lagi suspek gagal diperolehi sehingga kini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kumpulan berkenaan mula bergiat aktif sejak akhir tahun lalu selain terbabit dalam modus operandi sama iaitu menyamar sebagai pekerja TNB.

“Siasatan awal mendapati tindakan suspek sukar diragui memandangkan suspek lengkap berpakaian seperti pekerja TNB dan membawa perkakasan membaiki meter elektrik.

“Kami juga akan bekerjasama dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh berkaitan jenayah dilakukan kumpulan sama di Chemor sekitar Disember lalu,” katanya.

Katanya, beliau menasihatkan kepada orang awam supaya berwaspada dengan individu tidak dikenali dan tidak sesekali membenarkan mereka masuk ke dalam rumah tanpa sebab.


Saturday, January 26, 2013

Haaa...Dah Ada Dah La Ni....Lepas Ni Apa Pulak...

Assalamualaikum,
Tudiaaa.... hebat betoi penjenayah zaman la ni...siap ngan ada papan tanda lagi nak jual barang depa...dah tak payah dok sorok2 lagi dah....Ishhh..macam mana boleh jadi lagu ni....?Kak Ros nampak depa bebas tak dak rasa takut dan macam tak dak masaalah langsung ja nih....


Yan: Sindiket pengedaran dadah di daerah ini bertindak berani apabila memaparkan iklan menjual dadah secara terbuka di kawasan Simpang Empat, Sedaka dan Kuala Sala, di sini, sejak beberapa hari lalu sekali gus menggemparkan penduduk tempatan.

Tinjauan Harian Metro semalam mendapati papan iklan yang dipasang di beberapa batang pokok di kawasan berkenaan menimbulkan keresahan penduduk kerana ia boleh mempengaruhi golongan remaja terutama pelajar sekolah.

Iklan itu memaparkan tulisan “Bukit Neraka FC – Yan 013-……., ubat – 1g RM25, ais – 05g RM110 dan ubat 1/2 suku gram – RM1,000“.


Wednesday, January 23, 2013

Trauma Kena Dera Sampai Hilang Ingatan..(video)...

Assalamualaikum,
Sebak hati Kak Ros tengok budak ni..terbayang seperti anak sendiri...terlalu lama dari umurnya tiga tahun dia keseorangan menanggung sengsara tanpa ibu bapak membela nasibnya.......sampai macam tu sekali dia kena dera dengan bapak tiri dia...memang kejam dan tak berperikemanusiaan langsung...

Syukur alhamdulillah dia dah mendapat perlindungan dah la ni...semoga Allah sentiasa memeliharanya...


Kuala Lumpur: Seluruh kepala serta badan dipenuhi parut dan dia turut hilang ingatan. Itu kesengsaraan dialami seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun akibat didera bapa tirinya sejak lebih tujuh tahun lalu.

Berdasarkan kesan kecederaan pada tubuhnya, kanak-kanak etnik Rohingya dikenali sebagai Shafiq itu dipercayai didera dengan dicucuh api puntung rokok, ditekap pisau panas, dipukul dengan kayu, wayar, tali pinggang, selain disepak terajang tanpa belas kasihan.

Akibat penderaan berterusan untuk tempoh panjang itu, Shafiq kini hilang ingatan dan menjalani rawatan hospital sebelum ditempatkan di sebuah rumah anak yatim di Selayang, dekat sini.

Dia diserahkan ke rumah anak yatim itu oleh wakil Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang berpejabat di Kuala Lumpur, semalam.

SHAFIQ menunjukkan kesan dera di belakang badannya.

Menerusi maklumat diberikan kepada jurubahasa, Nasaruddin Shamsuddin, 13, kerana Shafiq tidak fasih berbahasa Melayu, kanak-kanak itu hanya mengingati beberapa fakta secara umum disebabkan ingatannya terjejas berikutan trauma dialami terlalu teruk akibat kesan penderaan.



Oleh Raja Noraina Raja Rahim, Muhaamad Hafis Nawawi dan Shahrul Redzuan Zulkifli

Tuesday, January 22, 2013

Kisah Benar: Ikhtibar Buat Kita Semua...

Assalamualaikum,
Dengar ceritanya pun Kak Ros dah seram lembut lutut rasanya...,apatah lagi dia yang merasakan seolah olah dirinya betoi2 dah terima hukuman dari Allah...hukuman yang amat perit dan yang amat gerun sekali...
Allah tu maha pengasih dan maha penyayang pasai tu lah Dia bagi peluang lagi dekat kakak ni untuk bertaubat...mailah sama2 kita ambik ikhtibar dari cerita ni....semoga Allah menerima kita dunia dan di akhirat...


Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di
Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji
dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.
Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. “Kakak ni sakit,” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

“Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya…kita bawa dia ke hospital,” kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.
Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji.. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wanita tersebut, “Kenapa kakak menangis?” “Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat.”

“Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?” tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara , menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, “Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap.

Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.
Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja,” katanya tersedu-sedan.

“Habis yang kakak pergi haji ini?”
“Yalah…kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi.”
“Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?” tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, “Mazlan…Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah di azab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.
“Betul ke kak?” tanya saya, terkejut.

“Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti di azab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah.”

“Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini… putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik.” tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, “Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih…pedih yang amat sangat…tak boleh nak diceritakan. ” sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. “Mazlan…kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar.

Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidaksedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. “Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi…kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui… azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini.”

Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. “Masa di azab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah akan jadi umat yg soleh.

Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.”
Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.

“Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat… kakak taubat nasuha,” katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

“Kakak…yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke…” tegur saya.
“Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar.” menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
“Tak boleh Mazlan.. Kakak takut…kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul- betul bertaubat.”

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, “Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa di azab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa.”

“Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah…”

“Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam.”

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya di azab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah di azab barulah kita mahu percaya bahawa “Oh… memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal….” itu dah terlambat.

Halim Islam

Monday, January 14, 2013

Hebat Sungguh....he.he..

Assalamualaikum,
Biar betoi depa ni...punya lah hebat he.he...
Dimana ada kemahuan disitu lah ada jalan kan...Kak Ros tabik lah kat depa nih,biar pun kerja tu susah ka.. berat ka..,teruk ka..,tak dak masaalah bagi depa... depa akan cuba berusaha sedaya upaya depa asalkan kerja tu halal dan boleh bagi rezeki kat depa..
Kalau kak Ros la...habis bertabur kot jalan dah he.he...










\


Sumber...

Thursday, January 10, 2013

Jambatan Gantung daripada Rumput....

Assalamualaikum,
Kreatif dan berani sungguh la puak2 ni kan....kalau Kak Ros... ,depa buat dengan simen kongkrit pun belum tentu Kak Ros boleh jalan kat atas jambatan tu he.he...takut...
Qeswachaka ni adalah sebuah jembatan gantung yang terletak di bahagian selatan Canas di Cuzco, Peru.
Jambatan ini adalah hasil tenunan tangan dari tangan depa sendiri...dihasilkan dari rumput yang bernama “Qoya”.
Panjangnya Jambatan ni adalah 120 meter...Ia dibina dan dibaiki pada setiap tahun oleh masyarakat setempat nilah....Mai kita tengok macam mana hasil kerja tangan depa ni....










Sumber

Friday, January 4, 2013

Objek Apakah Ni....?

Assalamualaikum,
Semoga semua saudara Kak Ros sihat dan dilindungi Allah selalu....kak Ros mintak maaf lah kat semua kawan2,tak dapat nak update selalu dan tak sempat nak pi melawat semua...kak Ros sibuk dan tak berapa sihat sikit akhir2 ni....
Hari ni Kak Ros curi masa sikit nak berkongsi cerita Kak Ros dan nak tanya pendapat kawan2 semua....macam ni ceritanya...macam lah hebat sangat kan he.he...

Tiap2 pagi ni lah kerja rutin harian kak Ros, bangun  pukul 5 Am...buat persiapan untuk anak ngan suami nak pi kerja...lepas subuh ja kak Ros dah keluar dok terpacak dekat pintu pagar rumah nak hantar suami ngan anak bujang kak Ros pi kerja..sambil dok mendoaakan kesejahteraan depa,dan dok melambai lambai tangan kat depa... tak semena mena kak Ros terpandang satu objek yang agak besar dan bercahaya kat atas langit menjunam laju turun dekat belakang perumahan yang baru dibina depan rumah kak Ros....

Kak Ros dok tunggu tengok ja,apa yang nak jadi ngan cahaya api tu...dia nak meletup ka...he.he...takut pun ada jugak ni...tapi lepas dia jatuh tu ,dah tak nampak apa lagi dah...kelihatannya objek tu macam dalam gambar ni lah,apinya bewarna merah kebiru biruan,cantik pulak kak Ros nampak...mulanya Kak Ros ingatkan bunga api...tapi sapa laaa....yang nak main bunga api subuh2 ni kan he.he.... lagi pun api dia satu ja,menjunam laju kebawah pulak tu...
Apakah kawan2 semua pikir...adakah objek ni Meteor...?

Gambar Google..

Thursday, January 3, 2013

Akuarium Gergasi Pecah Dalam Shopping Mall China.

Assalamualaikum,
Mujur la..ikan2 jerung tu kecik2 ja kan...Kak Ros ni..memang suka sangat pi jalan2 dekat Akuarium ikan...suka tengok macam2 ikan yang dok berenang renang kat dalam tu...bila tengok gambar kat bawah ni mula lah rasa takut pulak...tak sangka Akuarium yang macam ni pun boleh pecah sampai lagu tu.











Sebuah akuarium gergasi yang boleh memuatkan 7 ekor ikan jerung telah dibina di sebuah Shopping Mall sekitar China dua tahun yang lalu. Namun ianya tidak tahan lama kerana minggu lepas, ianya pecah dan mencederakan seramai 56 orang serta membunuh kesemua ikan jerung di dalamnya.

Related Posts with Thumbnails