Sahabat adalah perisai diri

Friday, May 31, 2013

Tip Elak Anak Daripada Hilang...

Assalamualaikum,
Masa cuti sekolah macam ni,mesti semua ibu bapa merancang nak bawak anak-anak keluar melancung kan...jadi hati-hati dan sentiasa beringat lah...terutama sekali kalau kita bawak anak-anak yang masih kecik...kena lah sentiasa awasi depa,jangan lah sampai ada perkara yang tak diingini berlaku..

Kat bawah ni ada sikit tip yang mungkin dapat membantu kita...sangat berguna buat ibu bapa..tip macam mana supaya kita tidak akan terpisah dengan anak- anak ketika keluar rumah....Mai kita sama2 baca..

Oleh Suliati Asri


Ajar anak mengingat nama anda

Ada kanak-kanak masih tidak tahu atau mengingati nama ibu atau bapa. Perkara ini juga merumitkan untuk mencari keluarga si kecil.

Jadi, ajar anak mengi­ngati nama anda atau pasangan supaya jika terpisah, petugas dapat mencari anda.

Tanda nama

Tanda nama yang leng­kap dengan nama anda dan pasangan serta alamat dan nombor telefon untuk dihubungi ditulis di atas kertas atau kad kecil cukup membantu terutama terpisah dengan si kecil.

Dengan meletakkan kad nama itu di dalam poket seluar anak atau beg anak, ke mana pun anda pergi dapat membantu sesiapa yang menjumpai mereka menghubungi anda.

Ajar mereka untuk menunjukkan tanda nama itu kepada petugas atau individu yang menjumpai mereka.

Dukung anak

Mendukung anak dalam keadaan yang sesak adalah langkah paling bijak daripada memegangnya apatah lagi jika anak masih kecil.

Selain itu, ketika berjalan di dalam kesesakan, adalah lebih baik isteri di depan, anak di tengah dan bapa di belakang lebih-lebih lagi jika mempunyai anak lebih daripada dua.

Dalam apa juga situasi, awasi anak anda dan jangan sesekali leka.

Tetapkan tempat berjum­pa 

Jika bercuti dalam kumpulan, pastikan anda menetapkan lokasi untuk berjumpa pada masa sudah ditetapkan.

Walaupun masing-masing punya telefon, tetapkan tempat berjumpa untuk mengelak sebarang masalah seperti bateri telefon bimbit habis atau sebaliknya.

Jika berkunjung ke taman tema atau kompleks beli-belah, jadikan kaunter pertanyaan sebagai tempat pertemuan jika terpisah dari kumpulan atau sebaliknya.

Jangan panik

Ketika terpisah dengan anak, jangan panik. Carilah mereka sebaik mungkin dan dapatkan bantuan daripada pihak yang sepatutnya di mana juga anda berada.

Panik hanya membuatkan anda hilang fokus dan bukan menyelesaikan masalah dengan sebaiknya.

Gambar terkini anak

Gunakan kemajuan tek­nologi yang ada dengan merakam gambar terbaru anak. Gambar ketika keluar pada hari itu adalah yang terbaik.

Sekurang-kurangnya, apabila anda mencari mereka, anda boleh tahu warna pakaian, kasut, beg dan banyak lagi petunjuk untuk mencari anak anda ketika mereka terpisah.


Saturday, May 18, 2013

Gambar Anak Kedua Syuib Dan Siti Sarah..

Assalamualaikum,
Tahniah la buat Siti Sarah dan Shuib dah menimang cahaya mata yang kedua...comel dan tembam he.he...
Dah sepasang dah anak depa ni kan....rasanya macam baru kahwin ja..he.he..
Cepat sungguh masa berlalu... pejam celik pejam celik dah dua dah anak depa ni...




Friday, May 17, 2013

Apa Itu Fidofilia...?

Assalamualaikum,
Memang menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk mengabil tahu pasai anak2 ni... dan kita jugak mestilah sentiasa melindungi depa walau dimana pun depa berada,terutama sekali anak2 yang baru nak besar tu..bukannya depa tau apa2 pun pasai bahaya jenayah nih...

Banyak sungguh yang kita dok dengar pasai jenayah2 yang berlaku dekat kanak2..terutama sekali kanak2 perempuan...takut sungguh Kak Ros dengan trajedi2 yang dok berlaku dekat anak2 kecik la ni...sentiasalah kita perihatin dengan depa jangan lah dok percaya sangat dengan orang2 yang berada disekeliling kita ni,tak kira lah kita kenai ka atau pun tidak..

Orang yang gila dengan kanak2 ni dikenali sebagai fidofilia..(baru hari ni Kak Ros tau nama penyakit orang yang macam ni)..depa nampak normal ja..padahal depa tu gila..nak tau lebih lanjut pasai penyakit ni..mai kita sama2 baca kat bawah ni...
Apapun yang penting sekali..sentiasalah ingatkan Allah dan bagi lah lebih perhatian dekat anak2 kita.

IBU BAPA perlu peka melihat perubahan yang berlaku kepada anak masing-masing bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.- Gambar hiasan

SUDAH beberapa kali kita dikejutkan dengan berita rogol ke atas kanak-kanak perempuan. Terbaharu, Nur Amyliana Shuhada, gadis berusia 11 tahun yang ditemui mati di tempat letak kereta di Bukit Tinggi, Klang, Selangor.

Ia kisah yang menyayat hati. Anak kecil seperti itu sepatutnya menghabiskan masa mereka di sekolah dan petangnya bermain bersama kanak-kanak lain.

Malangnya, kegembiraan anak-anak seperti itu telah diragut oleh penjenayah kejam yang tidak berhati perut. Mereka bukan sahaja merogolnya, tetapi membunuhnya pula.

Sesekali kita berasa janggal mengapa ada orang yang sanggup menyimpan nafsu kepada kanak-kanak kecil seperti itu? Adakah dunia ini sudah sangat kejam. Perkara ini sesuatu yang tidak masuk akal bagi kita apabila ada orang yang tertarik dengan kanak-kanak.

Ia mungkin hal pelik bagi orang normal. Hakikatnya, hal yang jarang-jarang berlaku itu adalah satu penyakit psikologi. Ada kemungkinan apa yang berlaku itu bersabit dengan simptom yang selalu dibincang dalam bidang psikologi.

Ia mungkin berkait dengan simptom fidofilia.

Secara umumnya, fidofilia didefinisikan sebagai kecenderungan manusia tertarik secara seksualnya dengan kanak-kanak atau dalam bahasa mudah 'ingin menjadikan kanak-kanak sebagai sahabat'.

Walaupun penyakit itu boleh menimpa sesiapa sahaja, tetapi ia biasanya merujuk kepada kesukaan orang dewasa terhadap kanak-kanak.


KANAK-KANAK tidak tahu membezakan antara manusia yang baik dan manusia yang mempunyai niat jahat terhadap mereka.

Bagaimanapun, simptom itu tidak semestinya seksual, walaupun banyak daripada kecenderungan tersebut berasas kepada seksual.

Ada juga perlakuan yang mungkin untuk menyakiti kanak-kanak misalnya merosakkan barang permainan mereka.

Mereka yang mempunyai masalah psikologi itu berasa puas apabila anak-anak kecil menderita atau merasa kecewa.

Secara puratanya masalah kejiwaan itu selalu menimpa lelaki pertengahan umur, walaupun ada kajian menunjukkan wanita mempunyai gejala tersebut.

Kajian-kajian yang dilakukan (misalnya Gebhard, 1965) menunjukkan pelaku atau pesakit fidofilia biasanya kenal dengan mangsa.

Pelaku tersebut biasanya juga mengenali keluarga mereka, hidup sebagai jiran atau sahabat kepada keluarga mangsa. Kajian-kajian juga menunjukkan 10 hingga 15 peratus kanak-kanak terdedah dengan perlakuan sumbang itu.

Ini bermakna, walaupun anak-anak kita sering kali diingatkan untuk berhati-hati dengan orang luar, bagaimanapun dalam sesetengah kes, kita juga patut menyarankan agar anak-anak kita berhati-hati dengan orang yang mereka kenali.

Perasaan curiga

Orang yang tidak mereka kenali mungkin tidak mampu mengajak mereka keluar bermain-main dengan mudah, tetapi individu yang mereka kenali mampu melakukan sesuatu yang tidak terjangkau oleh orang luar.


MUIDIN MAIDIN dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh Nurul Nadirah Abdullah yang dikenali sebagai Dirang.

Masyarakat khususnya, perlu menyedari hakikat ini. Ia penting kerana tanpa pengetahuan, kita mungkin tidak menyedari bahawa anak-anak kita mungkin sedang 'diintai' untuk menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab.

Apatah lagi, apabila pelakunya bukanlah orang asing dalam keluarga kita.

Apabila ada hal-hal yang agak janggal berlaku, kita patut melihatnya dengan sedikit rasa curiga.

Misalnya apabila anak-anak kita dibelikan dengan hadiah yang mahal, atau sering diajak keluar bermain, individu seumpama itu sewajarnya diperhatikan.

Walaupun semua perlakuan seperti membelikan hadiah atau mengajak anak kita keluar rumah mungkin juga dilakukan oleh mereka yang budiman, tetapi sedikit kecurigaan patut wujud. Setidak-tidaknya, kita dapat mencegah sesuatu yang buruk berlaku kepada anak-anak kita.

Ini kerana secara umumnya, pelaku fidofilia adalah orang yang kelihatannya normal. Mereka mungkin boleh menampilkan imej warak atau seperti orang kebanyakan yang lain.

Bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, kajian-kajian menunjukkan bahawa mereka ini ada kecenderungan untuk bersikap antisosial.

Ibu bapa dan sesiapa sahaja wajar memberikan keutamaan kepada anak-anak mereka setiap masa. Secara logiknya, anak-anak kita akan bermain atau berbaik-baik dengan rakan sebaya mereka bukan mereka yang dewasa.

Sumber

Related Posts with Thumbnails