Sahabat adalah perisai diri

Thursday, August 29, 2013

Kreatif Sungguh...(Video)

Assalamualaikum,
Apa pun kalau kita mahu seribu daya kan...yang pastinya mahu,rajin dan tekun berusaha ja insyaAllah pasti kita akan dapat apa yang kita nak...
Kreatif sungguh penduduk kat sini..tanpa ada apa-apa peralatan dan kemudahan pun depa berjaya membina jambatan..bukannya satu malah dah banyak dah yang depa bina....Mai kita tengok...

Wednesday, August 28, 2013

Unik Sungguh Kampung Ni..

Assalamualaikum,
Indah,unik dan damai sungguh suasana diperkampung ni kan,suka Kak Ros tengok...nampak hijau ja...bayangkan tak ada langsung jalan raya dan tak ada langsung bunyi bising dari kenderaan..hanya sanpan,titi dan sungai ja..
Inilah kurniaan alam semulajadi dari Allah SWT yang tak kan ada tandingannya...mai kita tengok..


Bagi siapa pun yang ingin melihat dan merasakan kehidupan yang sederhana, mungkin perkampungan kecil Giethoorn di Belanda boleh menjadi salah satu tempat yang patut dikunjungi. Perkampungan kecil Giethoorn tidak mempunyai jalan raya, hampir seluruh kampung ini di kelilingi oleh terusan kecil yang indah.

Penduduk di perkampungan kecil ini biasa menggunakan perahu kecil sebagai cara pengangkutan atau berjalan melalui jambatan. Bagi para pelancong yang melawat tempat ini, kereta atau bas harus diletakkan di luar bandar Giethroon.

Terletak di wilayah Overijssel, kampung Giethroon mempunyai sungai sepanjang 6.5 km dengan rumah-rumah tradisional khas Belanda disekelilingnya. Tidaklah menghairankan apabila Giethroon telah menjadi daya tarikan pelancong di Belanda dengan gelaran Venice dari Belanda. Perkampungan kecil ini ditubuhkan oleh sekumpulan pelarian dari kawasan Mediterranean sekitar tahun 1230. Giethroon menjadi terkenal pada tahun 1958 ketika dibuat lokasi filem oleh Bert Haanstra dan ditayangkan dalam festival filem Fanfare.





















Sumber

Tuesday, August 27, 2013

Tahniah Shanie...

Assalamualaikum,
Tahniah la buat Shanie...semoga Allah pelihara ikatan ni kekal hingga kehujung nyawa...

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
a
SELEPAS 11 tahun menjanda, kini sudah tiba masanya untuk Syanie kembali bergela isteri.

KEGAGALAN dalam perkahwinan pertama tidak bermakna pelakon Syanie Hisham enggan lagi mendirikan rumah tangga. Ternyata, kehadiran lelaki yang bernama Nadi Putera Mohd. Zainol berhasil mengisi kekosongan hatinya.

Ketika umat Islam masih sibuk meraikan sambutan Aidilfitri, Syanie dan Nadi telah selamat mengikat tali pertunangan pada 10 Ogos lalu dalam satu majlis yang diadakan di rumah pelakon itu di Petaling Jaya, Selangor.

Menurut Syanie, sebelum kata putus dibuat untuk menerima lamaran Nadi, dia tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk membuat keputusan.

“Pertama sekali, saya membuat perbincangan dengan ibu serta adik perempuan mengenai hasrat kami ini. Banyak perkara yang kami bincangkan seperti pertimbangan terhadap keputusan yang akan dibuat.

“Lagipun, perkahwinan bukanlah suatu perkara suka-suka dan kami sekeluarga memang mengambil serius mengenainya.

“Sekiranya saya dan Nadi ditakdirkan berkahwin, sudah tentu saya mengharapkan sebuah hubungan yang kekal sehingga akhir hayat,” ujarnya.

Apabila ditanya tentang hasratnya yang mahu kembali mendirikan rumah tangga setelah 11 tahun bergelar janda, pelakon tersebut meluahkan bahawa sudah tiba masanya untuk dia memiliki teman hidup.

“Setiap wanita pastinya mempunyai keinginan memiliki seorang suami yang sentiasa berada di sisi. Lagipun, keputusan yang dibuat ini merupakan gerak hati dan yakin Nadi merupakan pilihan yang tepat,” luahnya.

IBU SYANIE menyarungkan cincin pertunangan pada jari manis Nadi.

Bercerita lebih lanjut mengenai perkenalan mereka berdua sehinggalah mengikat tali pertunangan, Syanie menyatakan bahawa semuanya terjadi secara kebetulan.

Ujarnya, mereka sebenarnya sudah lama mengenali diri masing-masing apabila Nadi bekerja dengan syarikat milik keluarganya kira-kira tujuh tahun lalu.

“Setelah berhenti kerja, saya dapat tahu Nadi telah mendirikan rumah tangga tetapi hubungan kami masih lagi kekal sebagai teman biasa sehinggalah dia bercerai dengan bekas isterinya itu.

“Walaupun sudah jarang bersua muka kami tetap lagi bertanya khabar.

“Kemudian, hubungan kami mula menjadi rapat apabila sama-sama pergi ke Kedah untuk menghadiri majlis perkahwinan salah seorang rakan,” jelasnya.

Cerita Syanie lagi, sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kedah, mereka berbual pelbagai perkara sehinggalah membabitkan hala tuju dan perhubungan bersama.

“Setelah masing-masing meluahkan perasaan dari hati ke hati, sebulan kemudian kami mengambil keputusan untuk menjadi pasangan kekasih,” ujarnya.

Berkenaan dengan pemilihan 1 Mac 2014 sebagai hari perkahwinan mereka, Syanie memberitahu bahawa tiada sebarang yang istimewa berkenaan tarikh tersebut.

Menurutnya, tarikh berkenaan dipilih kerana dia dan Nadi sepakat untuk tidak mahu mengadakan upacara perkahwinan ketika musim cuti persekolahan.


KELUARGA Syanie dan Nadi gembira dengan keputusan mereka untuk bersatu di alam rumah tangga.

“Selain itu, kami memang enggan bertunang dalam tempoh yang lama dan ia merupakan kehendak bapa Nadi sendiri yang mahu ia diadakan secepat mungkin.

“Saya fikir elok juga kalau kami tidak bertunang lama-lama. Lagipun, kalau sudah bertunang ini memang banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa dihadapi nanti.

Mama Syanie

Berbanding Syanie yang tidak dikurniakan cahaya mata ketika perkahwinan terdahulu, Nadi pula mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Mohd. Putera Danish, 5, dan Mohd. Putera Dafiq, 4.

Menurut Syanie, setakat ini hubungannya dengan kedua-dua anak tunangnya itu cukup baik terutama sekali dengan Dafiq yang menetap dengan bapanya.

“Anak sulung Nadi iaitu Danish kini tinggal bersama bekas isterinya dan kami cuma sempat berjumpa sekali sahaja manakala Dafiq pula menetap bersama ayahnya.

“Jadi, saya dan Dafiq memang selalu berjumpa, terutamanya kalau saya dan Nadi keluar bersama. Malah, dia juga memanggil saya dengan panggilan Mama Syanie,” ujarnya.

Mengenai harapannya selepas selamat bergelar isteri Nadi kelak, Syanie memohon agar semua peminat dapat mendoakan kebahagiaan mereka berdua sehingga ke akhir hayat.

Sumber
Related Posts with Thumbnails