Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, January 15, 2014

Zaman Semakin Gila..

Assalamualaikum,
Terkejut Kak Ros baca berita ni.. ishhhh....betoi2 membimbang kan...gila ka apa sampai budak2 pun depa nak rompak..apa laaa..yang ada dekat budak2 ni..kalau ada duit pun berapa lah sangat kan..

ANGGOTA polis menahan lelaki yang cuba merompak dua beradik.

Kuching: “Sebaik mendapat tahu dua beradik itu cuba dirompak, saya segera memecut kenderaan mengejar suspek,” kata seorang ahli perniagaan yang mematahkan cubaan dua lelaki bersenjatakan pisau lipat merompak dua beradik, sekali gus membolehkan seorang daripadanya ditahan dalam kejadian di Tabuan Jaya, di sini, semalam.

Menceritakan kejadian itu, ahli perniagaan berusia 34 tahun yang enggan namanya disiarkan berkata, dia nekad memecut Toyota Harrier miliknya untuk mengejar suspek yang ditinggalkan rakannya sebaik orang ramai mengerumuni lokasi kejadian pada jam 3.15 petang.

“Sebelum itu, saya ke lokasi kejadian kerana mahu menjemput isteri pulang sebelum dikejutkan dengan kekecohan itu.

“Saya melihat penduduk keluar beramai-ramai dan mereka memaklumkan dua beradik itu cuba dirompak.

DUA beradik ditenangkan selepas ketakutan disamun dua lelaki.

“Hati saya geram dan sebab itu saya terus memecut kenderaan untuk mengejar suspek. Ketika itu, suspek berlari selepas ditinggalkan rakannya.

Sumber.....http://www.hmetro.com.my/

6 comments:

  1. biar betui.... bdk2 pun nk rompak mmg melampau... mmg ptt la ko kene belasah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum norhidana..

      Tu la norhidana..Kak Ros pun terkejut jugak..memang teruk dah zaman la ni kan..sampai budak2 pun kena rompak...bahaya betoi...

      Delete
  2. salam kenal..

    makin teruk. pasti ni mat gian. asal dapat je lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum..

      Salam kenal jugak ya Azian...terima kasih ya sudi ikut blog Kak Ros yang tak seberapa ni he he...

      Ya..mungkin betoi jugak kot depa ni mat gian..sebab tu lah depa tak kenai dah budak ka orang tua ka semuanya depa sebat...

      Delete
  3. Replies
    1. Assalamualaikum Anies..,

      kita yang tua ni pun trauma apatah lagi budak2 kan...mujur la depa tak apa2..

      Delete

Related Posts with Thumbnails