Sahabat adalah perisai diri

Monday, June 23, 2014

Kenapa dia menangis nak mandikan jenazah suaminya...?


Assalamualaikum..

Terharu Kak Ros bila membaca kisah kat bawah ni..bertapa hormat dan sucinya cinta seorang isteri terhadap suami dia..
Dia cukup  menghargai pengorbanan insan yang bernama suami ni..,dia jugak sangat2 menghargai semua kenangan2 dan susah senang hidup mereka semasa mereka bersama...

Cukup indah janji mereka berdua kan...akan mandikan jenazah siapa yang pergi dulu..

semoga dia tabah menghadapi semua dugaan Allah ni..dan semoga Roh suaminya diterima disisi Allah...



seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia.. bapak mertua degan polis forensik x bagi.. sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu..

dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then ustaz tu kate x pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..
dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."

membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."
membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"
membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"

selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "terima kasih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerna meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku sbg seorang istri redha akan pemergianmu kerna kasih sayang Allah pd mu."

Kredit to: Mamat fan page


2 comments:

  1. Kakak rasa setiap isteri wajar jadikan ini sebagai renungan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum..

      Betoi tu Kakzakie...semua suami isteri patut contohi pasangan ni...insyaAllah baru lah rumah tangga kekai aman bahagia sampai akhir hayat..

      Delete

Related Posts with Thumbnails