Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, July 9, 2014

Kemalangan yang selalu terjadi di bulan Ramadhan....

Assalamualaikum..

Setiap tahun menjelang bulan puasa mesti kita dengar ada orang cedera kerana main mercun..cederanya pulak bukannya sikit,mangsa mesti mengalami kecacatan kekal malah sampai hilang nyawa pun ada..

Kak Ros tak nampak best tang mana pun main mercun ni..bahaya tu ada lah...ingat lah adik2,abang2 kat luar sana tu sayangilah diri kita ni..kalau dah hilang mana2 anggota kat badan tu bukannya ada Spare Part kat kedai nak ganti yang baru..

Baru ja berapa hari kita berpuasa dah ada kes cedera main mercun..kesian Kak Ros tengok adik kat bawah ni..usianya baru 17 tahun..jauh lagi perjalanan hidup yang harus dia tempuhi..semoga dia tabah dengan keadaanya nanti dan semoga cepat sembuh..

Oleh Betty Subaryati
Kota Bharu: “Belum sempat saya lempar, tiba-tiba mercun itu meletup dan saya mula merasa tangan kanan kebas serta darah keluar mencurah-curah,” kata Abu Bakar Nasir, 17, yang kudung tangan kanan gara-gara mercun bola yang ditemuinya di tepi jalan, Sabtu lalu.

Kejadian berlaku jam 8.30 malam ketika pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tiang Chandi, dekat Lubok Jong, Pasir Mas itu dalam perjalanan ke Masjid Tiang Chandi yang terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya untuk menunaikan solat Tarawih.

Abu Bakar berkata, ketika berjalan dia menemui mercun bola yang masih elok di tepi jalan dan mengutipnya sebelum membakar sumbu mercun itu menggunakan mancis.
“Saya pegang mercun itu menggunakan tangan kanan, namun sebaik api dinyalakan ia terus meletup sebelum sempat saya melemparnya.



ZALUZI (dua dari kiri) melawat Abu Bakar yang kehilangan pergelangan tangan kanan akibat bermain mercun sambil ditemani Che Limah (kiri).

“Dalam keadaan tangan berdarah, saya berlari semula ke rumah dan dibawa ke Hospital Lati, Pasir Mas oleh mak dan ayah untuk rawatan sebelum kes dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

“Keesokan harinya doktor memberitahu tangan saya hancur dengan tapak tangan dan empat jari hilang menyebabkan pergelangan tangan terpaksa dipotong,” katanya ketika ditemui di HRPZ II di sini, semalam.

Menyesal dengan perbuatannya, anak kelima daripada tujuh beradik itu memberitahu reda dan membiasakan diri dengan kecacatan dialaminya, apatah lagi dia bakal berdepan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada September.

Sementara itu, ibu Abu Bakar, Che Limah Haron, 45, berkata, tidak menduga bunyi letupan kuat yang didengari berdekatan masjid berpunca daripada tindakan anak lelakinya.

“Saya terkejut apabila mendapati tangannya cedera teruk,” katanya.


Sumber

3 comments:

  1. thn ni lwt sikit kak... 10 ramadhan baru ada kes mercun thn2 lps lg awal kan

    kadang pelik mereka2 nih tak serik agaknyer, tiap2 thn ada kes psl mercun tp main jugak, dana teringat masa kecik2... kt kg pakcik2 suke main meriam buluh time pose tp tak penah lak jd kes gitu, main meriam pun ada cara bkn ikut suke... takde lak yg dana dgr sampai meletup msk spital

    ReplyDelete
  2. AstarfiruALLAH al azim..tu jer yang boleh terucap..tapi yerlahkan tahun ni tak bnyak snagt kes mercun ni..semoga adik abu bakar cepat sembuh k

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails