Sahabat adalah perisai diri

Thursday, October 30, 2014

Nasib Anak Di Rumah Pengasuh...

Assalamualaikum..

MasyaAllah....pasai apa sampai jadi macam ni...kalau dah tak mampu nak jaga tak payah lah jaga...biasa lah budak2 mana yang tak nakal..dah sifat depa Allah bagi macam tu..kalau kita dah sanggup terima nak jaga depa kita kena lah tahan dengan kerenah depa...dalam usia depa yang macam tu apa lah yang depa tau,hanya makan main,buang dan tidur ja kerja depa...

Kalau dah tak tahan..bagi balik kat mak ayah dia..pasai apa nak kena buat sampai macam tu...mana pi sifat kasih sayang sesama insan yang Allah kurniakan kat kita...tambahan pulak pengasuh tu seorang ibu jugak...

Tak sampai hati Kak Ros tengok...kesian...

Butterworth: Naluri seorang ibu bagaikan dapat berasakan ada sesuatu tidak kena apabila anak lelakinya yang berusia tiga tahun pulang daripada rumah pengasuh dalam keadaan lapar sejak beberapa hari lalu, akhirnya terbukti benar.

Malah, pemeriksaan mengejut dilakukan wanita berkenaan di rumah pengasuh anaknya di Taman Sri Pinang dekat sini, jam 10 pagi, kelmarin mendapati tangan anaknya terikat ke belakang dan kaki turut diikat dan dibiarkan terbaring di atas lantai.

Lebih mengejutkan wanita berkenaan, ketika itu hanya anak pengasuh berkenaan yang berusia 11 tahun berada dalam rumah manakala pengasuh terbabit tiada di rumah.

Sumber berkata, berikutan itu, wanita yang bekerja kilang itu membuat laporan polis kelmarin dan pengasuh terbabit ditahan hari sama.

“Wanita berusia 38 tahun itu menghantar anak lelakinya ke rumah pengasuh berusia 39 tahun di kawasan flat sama, sejak Jun tahun lalu dan pada hari kejadian, dia menghantar anaknya seperti biasa jam 5.30 pagi.

“Sebelum ini, tiada masalah, namun wanita itu curiga selepas anaknya pulang daripada rumah pengasuhnya dalam keadaan lapar sejak beberapa hari lalu.

“Berikutan itu, ibu mangsa yang mengesyaki anaknya didera membuat pemeriksaan mengejut dengan pergi ke rumah pengasuh pagi, semalam (kelmarin),” katanya.

Beliau berkata, pengadu membuat laporan polis kerana tidak puas hati dengan tindakan pengasuh mengikat anaknya.

“Pengasuh mendakwa mengikat tangan kanak-kanak itu menggunakan tali pinggang dan kaki dengan tali kerana dia terlalu nakal, namun tiada kecederaan lain ditemui pada badan mangsa,” katanya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan suspek direman tiga hari sehingga Jumaat ini.

Sumber....http://www.hmetro.com.my/node/5272

7 comments:

  1. Kalau pun nakal (mana ada budak yg reti diam sekarang ni) kenalah asuh dan didik cara yg betul. Tak mahu jaga inform baik-baik. Bagi mak-ayahnya cari pengasuh lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Kakzakie...

      Betoi tu Kakzakie...jangan ingat nak duit ja...mak pak dia percayakan kita..tak dak hati perut langsung kan...budak2 tu apa lah yang depa tau..

      Delete
  2. sangat melaumpau.
    budak kot. biasa la kalau nakal sikit.
    betul kak zakie cakap, kalau rasa kita tak mampu nak menjaga budak tu, maklumkan pada mak ayah dia. jangan kejar duit je, jaganya malas. kesian budak tu. budak besar tu belum ada akal lagi nak fikir. kita yang dah tua ni tolong la berfikir sebelum buat apa2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Farhana..

      Banyak kes kak Ros dengar pasai pengasuh ni..sampai ada kes mati pun ada...kesian dengan anak2 ni..mak ayah pi cari rezeki..depa percayakan pengasuh..tapi ni lah nasib yang depa dapat...

      Delete
  3. KAK ROS MMG GERAM BETUL.. RASA NAK LUKU2 AJE PALE SI PENGASUH TU...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Mayang..

      Tu la kan..Kak Ros pun geram jugak ni...nak duit ja..tapi kerja tak mau buat..kesian kat budak tu...

      Delete
    2. Janagan salahkan pengsuh je.. mak pak budak kena pikir sama . Upah ciput je RM200-RM350 sorang 7 pagi sampai 7 malam dah tu hantar dengan taik masam (dah tentu tak mandi) bila nak ambik disuruh mandi dan bedak wangi2 dan makan kenyang . . Yang kerja kat taska lagi teruk kena jagatak kurang 10 orang /pengasuh . masa kerja pun sama 12 jam. Gaji ciput nak mintak gaji min. rm 900 je.. banyak sogeh ot ????. nak bayar kena istihar perang dulu . ini pengalaman isteri saya so saya suruh berhenti je...

      Delete

Related Posts with Thumbnails